Kalo korang cam abg brian selalu terlebih masak nasi impit lepas tu kuah, rendang semua dah abis nak buat apooooo?!!!
Seperti yang dijanjikan di #SeleraLazada setiap khamis pada kul 10pm, ni abg brian payungkan resipi yang telah dikongsikan secara langsung di applikasi @lazada.my
#AbangBrianCooks
LONTONG GORENG
8 biji ketupat segera yang telah direbus
1 keping dada ayam, dihiris kecil
2 ulas bawang putih, dicincang halus
3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3 daun bawang dihiris kasar
2 cili merah, dihiris kasar
1/2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil gula
Kicap cair secukup rasa
2 biji telur, dipukul sedikit
1. Dalam kuali besar, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga bau naik.
2. Masukkan cili kisar dan juga rempah kari yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kesemua bahan perasa dan juga ayam dan gaul sehingga ayam cukup masak.
4. Gaulkan masuk cili, daun bawang dan nasi impit.
5. Ketepikan dan pecahkan telur. Masak cam telur hancur dan bila kental, gaulkan dengan nasi impit yang telah dimasak.
6. Perasakan dengan gula, kicap cair dan lada putih secukup rasa.
#tipsAbangBrian
- pastikan cukup minyak digunakan supaya cili dan rempah kari masak dengan sempurnanya.
- Utk elakkan nasi impit berkecai, gunakan yang telah disimpan semalaman dalam peti sejuk.
#lontong #lontonggoreng #rayarecipes #raya #syawal #nasiimpit #malaysianfood #compressedrice #malaysianrecipes #asianrecipes #recipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #resipi
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「rayarecipes」的推薦目錄:
- 關於rayarecipes 在 Abang Brian Facebook 的最佳貼文
- 關於rayarecipes 在 Abang Brian Facebook 的最佳解答
- 關於rayarecipes 在 Abang Brian Facebook 的精選貼文
- 關於rayarecipes 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於rayarecipes 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於rayarecipes 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於rayarecipes 在 360 Best Rachel Ray Recipes ideas - Pinterest 的評價
- 關於rayarecipes 在 No photo description available. - Facebook 的評價
- 關於rayarecipes 在 Rachael Ray Show Recipes - YouTube 的評價
rayarecipes 在 Abang Brian Facebook 的最佳解答
Seperti yang dijanjikan di #SeleraLazada khamis lepas, ni abg brian payungkan resipi yang dikongsikan secara langsung di applikasi Lazada Malaysia Online Shopping
#AbangBrianCooks
KEK BATIK CHOC PEANUT BUTTER
Bahan A
400g biskut marie
200g sandwich peanut butter
200g mentega
Bahan B
1 cawan serbuk milo
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan serbuk koko
Bahan C
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila
Ganache:
200g dark compound (chocolate gelap)
200 ml krim putar
1 sudu besar mentega
1. Dalam kuali besar, panaskan kesemua bahan B sehingga mendapat campuran yang sebati.
2. Masukkan bahan C (yang telah dipukul bersama) dan masak atas api rendah sehingga menjadi likat.
3. Gaulkan dengan bahan A dan muatkan dalam loyang yang telah dilapik ngan kertas pembakar. Biarkan menyejuk sebentar.
4. cairkan kesemua bahan ganache atas api rendah dan tuangkan atas adunan yang telah dimuatkan dalam loyang.
5. Biarkan menyejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dikeluarkan dan dipotong.
#tipsAbangBrian
- bila masukkan campuran C yang ade telur pastikan kacau selalu supaya tidak bergumpal
- Abg brian lebih konfiden kalo dibiarkan menyejuk semalaman sebelum dipotong.
- Hiaskan dengan biskut sandwich peanut butter yang dibelah dua utk hasil yang menarik!
#kekbatik #nonbake #rayarecipes #raya #syawal #cakes #malaysianfood #mariebiscuits #malaysianrecipes #asianrecipes #recipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #resipi
rayarecipes 在 Abang Brian Facebook 的精選貼文
Asyik asyik rendang daging dan ayam jer... ni abg brian payungkan resipi rendang peberet abg brian
#AbangBrianCooks
RENDANG ITIK
1/2 ekor itik, dipotong ikut suka saiz yg diingini
Bahan kisar
6 tangkai cili kering, direndam air panas
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
5 batang serai
1 helai daun kunyit, dihiris nipis
1 keping asam gelugur
500ml santan
1 sudu besar kerisik
garam dan gula secukup rasa
1. dalam kuali tumiskan bahan kisar dengan minyak secukupnya sehingga pecah minyak.
2. Masukkan kesemua bahan lain (kecuali 1/2 kuantiti daun kunyit) dan masak sehingga itik cukup lembut.
3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Taburkan dengan lebihan daun kunyit
#tipsAbangBrian
- nak lagi cepat boleh gunakan pressure cooker (lebih kurang 20 min masak dah cukup)
#duck #rendang #rayarecipes #raya #syawal #duckrecipes #malaysianfood #itik #malaysianrecipes #asianrecipes #recipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #resipi
rayarecipes 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
rayarecipes 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
rayarecipes 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
rayarecipes 在 No photo description available. - Facebook 的必吃
ray -sussmann: Timeless Beauty ©Raymond P Sussmann https://ift.tt/2PVfC6v. ... Join. or. Log In · Join. or. Log In. No photo description available. ... <看更多>
rayarecipes 在 Rachael Ray Show Recipes - YouTube 的必吃
Share your videos with friends, family, and the world. ... <看更多>
rayarecipes 在 360 Best Rachel Ray Recipes ideas - Pinterest 的必吃
Aug 22, 2016 - Explore Wanda Abraham's board "Rachel Ray Recipes", followed by 942 people on Pinterest. See more ideas about recipes, rachael ray recipes, ... ... <看更多>