Seperti yang dijanjikan di #SeleraLazada khamis lepas, ni abg brian payungkan resipi yang dikongsikan secara langsung di applikasi Lazada Malaysia Online Shopping
#AbangBrianCooks
KEK BATIK CHOC PEANUT BUTTER
Bahan A
400g biskut marie
200g sandwich peanut butter
200g mentega
Bahan B
1 cawan serbuk milo
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan serbuk koko
Bahan C
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila
Ganache:
200g dark compound (chocolate gelap)
200 ml krim putar
1 sudu besar mentega
1. Dalam kuali besar, panaskan kesemua bahan B sehingga mendapat campuran yang sebati.
2. Masukkan bahan C (yang telah dipukul bersama) dan masak atas api rendah sehingga menjadi likat.
3. Gaulkan dengan bahan A dan muatkan dalam loyang yang telah dilapik ngan kertas pembakar. Biarkan menyejuk sebentar.
4. cairkan kesemua bahan ganache atas api rendah dan tuangkan atas adunan yang telah dimuatkan dalam loyang.
5. Biarkan menyejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dikeluarkan dan dipotong.
#tipsAbangBrian
- bila masukkan campuran C yang ade telur pastikan kacau selalu supaya tidak bergumpal
- Abg brian lebih konfiden kalo dibiarkan menyejuk semalaman sebelum dipotong.
- Hiaskan dengan biskut sandwich peanut butter yang dibelah dua utk hasil yang menarik!
#kekbatik #nonbake #rayarecipes #raya #syawal #cakes #malaysianfood #mariebiscuits #malaysianrecipes #asianrecipes #recipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #resipi
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...