Hari ni terajin sedikit... Kita buat cheese tart yang dh lama xbuat... Special ckit kali ni sebab kita letak buah strawberry 🍓 dalam cheese tart... Lama sungguh xbuat ni.... Acuan dia pun separuh tak tau letak simpan mana... 🤣🤣🤣... cheese tart ni dulu kita jual dah beratus ntah beribu kot hasil jualan dia... Ingat lagi Zalie Radzi bawak p keja dan ambik oder menjual kat Hospital Kulim...Bila cuti dia la tukang buat crust tart tu... terer ooooo dia... 😂😂
Resepi Cheese tart
tart crust
170gm butter@marjerin
50gm gula aising
1biji telur size gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
- pukul butter@marjerin dan gula dgn senduk kayu dh cukup.. xpayah pukul terok sgt manja2 sudah.. masukkan telur dan esen vanila pukul lg.. masukkan tepung ckit2 uli smpai doh sebati... masa ni hampa uli jangan lembut sangat jangan keras sangat doh tu... wrap doh tu rehatkan dulu dalam peti sejuk.. tujuan nak bagi shell tart kita tu rapuh ya.. rehat dalam 1jam... lepastu tekap kat acuan shell dia n bakar selama 170oC
Cream cheese filling
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1biji telur size B
1/2 sudu teh esen vanila
3drop EO YL lemon
- pukul cream cheese dan gula smpai kembang... cream cheese tu ambik dari peti ais jangan biar cream cheese dalam suhu bilik nanti bakar cheese jd xcantik dia xgebu.. lepastu masukan telur dan esen vanila dan 3drop EO YL lemon... hat ni terus jd cheese tart hampa wangii semerbak teruih...pukul sampai sebati semua...
*sementara dok susun shell tart untuk piping... cream cheese tu sila masok dlam peti ais sbb dia kena sejuk2 nanti bakaq baru lawa gebu gebas...masukan filling blueberry or strawberry buh la buah macam saya yang rajin ni.. pastu br masukkan cream cheese yg dh putaq tu lepastu bakaq ikut oven masing2... macam oven kita ni.. 180oC selama 10-15minit ja dh siap...
sila laaaaa cuba...
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Biasa makan kek biasa je kan. Sesekali try kek lobak merah ni, fuh memang sedap.. Kombinasi rasa manis, berempah, lembut dan kena pulak rasa frosting ...
kayu cream 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Nasi Ayam ala hotel..
Lauk Ayam:
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah
Bahan perap:
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam.
Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.
Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.
Nasi Ayam:
2 sudu besar mentega - tak guna
Ketulan lemak ayam - panaskan dan ambil minyak ayam - saya tambah
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
Setelah naik bau masukkan separuh darip
kayu cream 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Resepi SUSU KURMA
Anda selalu nampak tak orang berebut nak beli susu kurma yang dalam botol putih tu sampai kehabisan stok? Kini anda boleh cuba sendiri jus susu kurma sedap gila ini di rumah:
■ Bahan-bahan
- 7-10 biji kurma (boleh ikut suka anda nak guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau apa-apa sajalah. Nak campur pun boleh)
- 1 cawan air kosong
- 2 cawan susu segar (full cream atau low fat - mengikut citarasa)
■ Bahan-bahan opsyen
- Madu
- Oat
- Kacang badam / gajus
- Kismis
- Buah tin
- Pisang
- Serbuk milo / koko / kopi
- Serbuk kayu manis
- Ketulan ais
- Aiskrim vanila
■ Kaedah
1. Belah kurma dan keluarkan bijinya.
2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.
3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
4. Kisar sehingga hancur.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus.
.
.
P/S: Jika anda guna kurma yang lembut dan manis, rasa milkshake ini akan menjadi lebih 'kick'! Kalau anda mahu cuba untuk bereksperimen, bolehlah tambahkan bahan-bahan opsyen seperti di atas untuk variasi yang lebih menyelerakan.
P/S: Resepi date milkshake ini boleh menjadi penggalak susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Selain itu, ia amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet kerana ia amat mengenyangkan dan boleh mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang. Juga sangat sesuai dijadikan menu ketika bulan puasa. Eoklah kalau buat untuk waktu sahur dan berbuka.
Selamat mencuba!
kayu cream 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Biasa makan kek biasa je kan. Sesekali try kek lobak merah ni, fuh memang sedap.. Kombinasi rasa manis, berempah, lembut dan kena pulak rasa frosting keju tu sekali, memang terliur la.. Kalau takde mixer pun boleh buat tau..
Resepi Kek Lobak Merah Sukatan Cawan | Carrot Cake Cup Measurement Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Kek Lobak Merah
Bahan-bahan (Kek Lobak Merah)
4 biji telur
1 1/4 cwn gula kastor
1 1/4 cwn minyak jagung
1 sb esen vanila
2 cwn tepung gandum
1 sb serbuk penaik
1 sb soda bikarbonat
1 sk garam
1 sk serbuk kayu manis
1 sk serbuk buah keras
3 cwn lobak merah (diparut)
walnut (secukupnya)
kismis (secukupnya)
Bahan-bahan (Frosting)
1 cwn krim keju
1/2 cwn gula aising
1/2 cwn mentega
1 sb esen vanila
Pewarna makanan oren
Pewarna makanan hijau
Cara memasak (Kek Lobak Merah)
1. Pukul telur dan gula kastor sehingga sebati.
2. Tuangkan minyak jagung, esen vanila dan kacau rata.
3. Ayakkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam campuran dan kacau sebati.
4. Masukkan serbuk kayu manis, serbuk buah keras dan garam. Kacau rata.
5. Masukkan parutan lobak merah dan kacau sehingga adunan sebati.
6. Akhir sekali, masukkan walnut dan kismis. Kacau rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit.
Cara memasak (Frosting)
1. Pukul krim keju bersama-sama mentega sehingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan gula aising dan esen vanila. Pukul seketika dan bahagikan 1/4 krim keju kepada 2 bahagian.
3. Warnakan 1/4 krim keju menggunakan pewarna makanan bewarna hijau manakala lebihan krim keju menggunakan warna orange.
4. Masukkan krim keju frosting ke dalam piping bag. Paipkan di atas permukaan kek dan ratakan menggunakan sudu.
5. Kemudian, paipkan pula bentuk mini-carrot di atas frosting keju.
6. Kek lobak merah siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Carrot Cake Recipe
Ingredients (Carrot Cake)
4 nos eggs
1 1/4 cup of castor sugar
1 1/4 cup of corn oil
1 tbsp of vanilla essence
2 cups of wheat flour
1 tbsp of baking powder
1 tbsp of baking soda
1 tsp of salt
1 tsp of cinnamon powder
1 tsp of candle-nut powder
3 cups of carrots (grated)
walnuts (as needed)
raisins (as needed)
Ingredients (Frosting)
1 cup of cream cheese
1/2 cup of icing sugar
1/2 cup of butter
1 tbsp of vanilla essence
Orange food coloring
Green food coloring
Cooking methods (Carrot Cake)
1. Beat eggs and castor sugar until well combine.
2. Pour corn oil, essence vanilla and stir well.
3. Sieve wheat flour, baking powder and baking soda into the mixture and mixed well.
4. Add cinnamon powder, candle-nut powder and salt. Mixed well.
5. Add grated carrots and mixed the batter well.
6. Lastly add walnuts, and raisins. Mixed until well combine.
7. Pour the batter into mold and bake at 180°C for 25-30 minutes.
Cooking methods (Frosting)
1. Beat cream cheese together with butter until fluffy and creamy.
2. Add in icing sugar and essence vanilla. Beat for while and divide 1/4 of the frosting for 2 portion.
3. Colored 1/4 of cream cheese using green food coloring and balance cream cheese with orange food color.
4. Pour the frosting into a piping beg. Pipe top of evenly to all surfaces and smooth the surface using a spoon.
5. Next, pipe mini-carrot pattern on top of cheese frosting.
6. Carrot cake ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#carrotcake #keklobakmerah #sukatancawan #cupmeasurement #kek #resepikek
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #lemankakap #mr_lovva #makenon #nntaca #kdboom #nrsalnaz
kayu cream 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Churros ni sedap kalau buat kudap-kudap waktu petang dengan family dan kawan-kawan..mana tak nyaa, snek hipster ni bukan je sedap malah simple sangat nak buat resepi ni..must try ni !
Resepi Churros Bersama Sos Coklat | Churros With Chocolate Sauce Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Churros Bersama Sos Coklat
Bahan-bahan (Churros)
100 gm mentega
275 ml air
150 gm tepung gandum
2 biji telur
1/2 sk serbuk kayu manis
3/4 cwn gula kastor
1 sk esen vanila
Bahan-bahan (Sos Coklat)
1 cwn coklat gelap
1/2 cwn susu penuh krim
1 sb mentega
Cara memasak
1. CHURROS: Masak air seketika. Masukkan mentega dan tunggu hingga cair.
2. Masukkan esen vanila dan tepung. Gaul sehingga campuran menjadi doh.
3. Ketepikan dan biarkan ia sejuk seketika.
4. Masukkan telur satu demi satu dan gaulkan sehingga doh berkilat.
5. Masukkan doh tersebut ke dalam piping bag.
6. Paipkan doh ke dalam minyak yang panas dengan anggaran 2 inci panjang setiap satu dan gunting.
7. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
8. Pindahkan churros ke dalam bekas bertutup. Tuangkan gula dan serbuk kayu manis. Tutup bekas dengan penutup dan goncangkan sehingga churros disalut rata.
9. SOS COKLAT: Panaskan coklat, susu, dan mentega atas api sederhana sehingga cair sebati.
10. Sejukkan seketika. Sos siap untuk dihidangkan bersama churros.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (Churros)
100 gm butter
275 ml water
150 gm wheat flour
2 nos eggs
1/2 tsp of cinnamon powder
3/4 cup of castor sugar
1 tsp of vanilla essence
Ingredients (Chocolate Sauce)
1 cup of dark chocolate
1/2 cup of full cream milk
1 tbsp of butter
Cooking methods
1. CHURROS: Bring water to a boil. Add in butter and cook until butter fully melted.
2. Add in vanilla essence and wheat flour. Mix until the mixture forming a dough.
3. Set aside and let it cool for a while.
4. Add in eggs one by one and beat until dough is shiny.
5. Place the dough inside a piping bag.
6. Pipe dough into hot oil with estimation of 2 inch long for each dough and snip off.
7. Deep fry until golden brown. Lift up and drain.
8. Transfer churros into a container. Pour in sugar and cinnamon powder. Close the lid and shake well until churros are fully coated.
9. CHOCOLATE SAUCE: Heat chocolate, milk, and butter over medium heat until fully melted and well-combined.
10. Let it cool and chocolate sauce is ready to be served with churros.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#churros #sos #coklat #kudapan #snek #dessert #spanishfood #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#lemankakap #mr_lovva #rinrinchan #makenon #sya #nntaca
kayu cream 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Kek lapis madu atau medovik ni dessert yang sangat popular kat negara Rusia tau. Rupa dia yang mengiurkan tu memang akan buat ramai tertarik.. Rasa manis madu dan masam dia pula memang tiptop la..jom try buat..
Resepi Kek Lapis Madu Rusia | Medovik Russian Layer Honey Cake Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan (Lapisan Kek)
70 gm mentega
40 gm madu
1/2 sk soda bikarbonat
225 gm tepung gandum
2 biji telur
75 gm gula
Bahan-Bahan (Campuran Krim)
260 gm krim masam
1/2 cwn krim putar tenusu
95 gm gula aising
1 sk esen vanila
Nota: Untuk menjimatkan masa, anda boleh bakar beberapa lapisan pada masa yang sama.
Cara Memasak
1. UNTUK LAPISAN KEK : Pukul telur bersama gula di dalam mangkuk hingga gebu. Masukkan madu, soda bikarbonat dan mentega.
2. Kemudian, panaskan campuran telur dengan teknik double boil. Kacau sehingga mentega cair sepenuhnya dan gula larut. Kemudian, ketepikan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi. Gaul dengan sudu kayu sehingga adunan membentuk doh.
4. Uli doh di atas permukaan bertepung. Potong doh kepada lapan bahagian yang sama saiz. Bentukkan setiap bahagian menjadi bulat.
5. Canai setiap bahagian doh sehingga menjadi nipis. Tekap cake pan atas kepingan doh dan potong keliling pan menggunakan pisau. Simpan lebihan doh untuk digunakan kemudian.
6. Kemudian, cucuk setiap kepingan doh dengan garfu.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 175°C. Bakar selama 7-8 minit atau hingga keperangan.
8. Sementara itu, canaikan doh yang lain. Bakar lebihan doh tadi untuk dijadikan serbuk.
9. Biarkan sejuk dan kisarkan lebihan doh yang dibakar tadi menjadi serbuk.
10. UNTUK KRIM: Pukul krim putar tenusu, gula dan esen vanila di dalam mangkuk hingga lembut dan sebati.
11. Masukkan krim masam. Gaul rata.
12. Setelah kepingan kek disejukkan, anda boleh menyusun setiap kepingan bersama. Sapukan satu sudu besar campuran krim pada setiap lapisan supaya kepingan melekat bersama.
13. Oleskan lebihan campuran krim di bahagian atas dan sisi kek.
14. Kemudian, lumurkan serbuk kek tadi di semua permukaan kek.
15. Sejukkan kek semalaman sebelum dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (Cake Layer)
70 gm butter
40 gm honey
1/2 tsp of baking soda
225 gm wheat flour
2 nos eggs
75 gm sugar
Ingredients (Cream Mixture)
260 gm sour cream
1/2 cup of dairy whipping cream
95 gm icing sugar
1 tsp of vanilla essence
Note: To reduce time, you can bake few layers simultaneously.
Cooking Methods
1. FOR THE CAKE LAYER: Beat eggs together with sugar inside a bowl until fluffy. Put in honey, baking soda and butter.
2. Then, heat egg mixture using double boil technique. Stir until butter is fully melted and sugar is fully dissolved. Then, set it aside.
3. Add flour bit by bit into the mixture. Mix them using a wooden spoon until the batter forms a dough.
4. Knead dough on a lightly floured surface. Cut dough into eight equal parts. Round each part into a ball.
5. Roll each part of dough until they are very thin. Place a cake pan over your rolled dough and trace around it using a knife. Keep the scraps for later.
6. Then, pierce every layer of dough using a fork.
7. Preheat oven to 175°C. Bake around 7-8 minutes or until golden brown.
8. Meanwhile, roll out other parts of dough. Bake the scraps to make crumbs.
9. Let it cool and grind baked scraps into crumbs.
10. FOR THE CREAM: Beat dairy whipping cream, sugar and vanilla essence inside a bowl until soften and well-incorporated.
11. Add in sour cream. Mix well.
12. Once the cake layers are set, assemble the cake. Spread about one tablespoon of cream mixture on each layer so that they will attach together.
13. Spread extra cream mixture on top and sides.
14. Then, spread reserved cake crumbs covering the cake.
15. Refrigerate the cake overnight before serve.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#medovik #keklapismadu #russianhoneycake #honeymedovikcake #medovikcake #honeylayercake #kek #cake #russian #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#cempakaberasap #mr_lovva #nntaca #sya #rinrinchan #makenon