Rasanya dah jumpa penginapan yang paling menarik di Melaka iaitu The Settlement Hotel. Sempat sembang dengan kakitangan di sini, pemilik ingin memaparkan seni pertukangan Baba dan Nyonya.
Harga biliknya jauh lebih murah dari hotel 5 bintang tetapi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan memang melangkaui jangkaan saya.
Antara perkara yang saya suka di hotel ini:
1) Kakitangan yang sangat peramah, membantu dan sentiasa bertanya kepada kita untuk memastikan kita benar-benar selesa di sini.
2) Bersih. Saya tidak jumpa sedikit habuk pun di lampu, langsir, lantai dan lain-lain tempat.
3) Sentuhan kemasan yang unik dan teliti. Banyak barangan lama dan ada yang diimport masuk dari luar negara termasuk jubinnya.
4) Kemudahan lengkap dan selesa. Tab mandi dalam bilik airnya memang sangat menarik!
5) Sarapan pagi percuma, sedap dan pelbagai variasi. Semasa sarapan tadi, makanan yang unik bagi saya adalah ada tart buah rambutan dan inti puff yang menggunakan daun kesum.
6) Harga mesra poket.
7) Hijau. Kawasan larangan merokok dan banyak pokok ditanam di sini.
8) Lokasi kurang sesak dan berdekatan dengan pelbagai kedai makan yang menarik seperti Nasi Lemak Ujung Pasir, Perhentian Kuih Kampung Ujung Pasir, “coin laundry” dan tidak juga jauh dari pusat bandar iaitu sekitar 2km sahaja.
9) Salah satu keistimewaan hotel berkonsepkan hotel butik ini adalah galeri lukisan yang mempamerkan hasil seni remaja autistik, Ping Lian Yeak yang mula melukis sejak usia kanak-kanak lagi.
Antara perkara yang saya tidak suka di hotel ini:
-Tiada-
Saya harap The Settlement Hotel boleh mengekalkan prestasi mereka sampai bila-bila dan semoga maju jaya.
Kredit: Shema Zack
Buat tempahan di sini, https://goo.gl/KGQj2W .
#TheSettlementHotel #Melaka
Search