*Bingkisan Kurma Ajwah*
_Antara rangkap Syair Arab....._
𝑲𝒂𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒊𝒔𝒌𝒊𝒏.
𝑴𝒂𝒏𝒊𝒔𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒂𝒚𝒂.
𝑩𝒆𝒌𝒂𝒍 𝒑𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒆𝒎𝒃𝒂𝒓𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒖𝒎 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒕𝒂𝒖.
Kurma merupakan keluarga Palma. Mempunyai kira-kira 3500 spesis yang sinonim dengan negara bersuhu panas dan juga tersebar di kawasan bersuhu sederhana & tropika.
Kurma memiliki kedudukan istimewa bagi masyarakat Islam lebih-lebih penduduk semenanjung Arab. Diibaratkan pohon kurma sebagai ibu yang penuh kasih sayang yang memeluk, menyuap, menaungi, dan menghangatkan.
Kurma disebut antaranya dalam surah:
1. Al-An'am ayat 99.
2. As-Syu'ara ayat 148
3. Al-Nahl ayat 67
4. Maryam ayat 23-25
Secara ringkas, perkataan yang memberi maksud pohon kurma atau buah kurma disebut lebih 20 kali di dalam Al-Quran. Beberapa nama selain kurma digunakan iaitu al-nakhl, al-nakhlah, al-nakhil, rutab dan linah.
Kurma digambarkan sebagai rezeki yang baik. Dalam beberapa hadis Rasulullah SAW antaranya menyebut:
"𝑻𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒍𝒂𝒑𝒂𝒓 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒉𝒖𝒏𝒊 𝒓𝒖𝒎𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌𝒊 𝒃𝒖𝒂𝒉 𝒌𝒖𝒓𝒎𝒂." [𝑯.𝑹 𝑴𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎 & 𝑰𝒃𝒏𝒖 𝑴𝒂𝒋𝒂𝒉]
“𝑨𝒑𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒖𝒌𝒂 𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒉𝒆𝒏𝒅𝒂𝒌𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒖𝒌𝒂 𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒖𝒓𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂𝒏𝒚𝒂 (𝒌𝒖𝒓𝒎𝒂 𝒊𝒕𝒖) 𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏. 𝑱𝒊𝒌𝒂 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒊𝒂𝒏𝒚𝒂 (𝒌𝒖𝒓𝒎𝒂) 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒅𝒊 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒖𝒌𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒊𝒓 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂𝒏𝒚𝒂 (𝒂𝒊𝒓 𝒕𝒆𝒓𝒔𝒆𝒃𝒖𝒕) 𝒊𝒕𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒊𝒉.” [𝑹𝒊𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕 𝒊𝒎𝒂𝒎 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅, 𝑻𝒂𝒓𝒎𝒊𝒛𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝑨𝒃𝒖 𝑫𝒂𝒖𝒅]
Keistimewaan Kurma Ajwa adalah kerana menjadi kesukaan Baginda Rasulullah SAW. Sebagaimana Baginda menganjurkan pengambilan kurma Ajwa sebanyak 7 biji untuk menghindarkan diri dari sihir.
Kurma kaya dengan pelbagai unsur pemakanan penting seperti gula, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. Dengan serat yang tinggi, kurma memberikan nutrisi kepada tubuh tanpa mengganggu proses pencernaan kerana mudah dicerna.
Dr David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation mendapati gula biasa akan menyerap dalam tubuh selama 20-30minit tetapi gula yang terkandung dalam kurma mengambil masa 45-60 minit. Oleh itu, sesiapa yang mengambil kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar.
Ini menjadikan bukti kukuh kurma adalah sebagai makanan yang mempunyai kesan perawatan dan pencegahan.
Ini dijelaskan melalui hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:
"𝑺𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒃𝒖𝒂𝒉 𝒌𝒖𝒓𝒎𝒂 𝑨𝒋𝒘𝒂 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑨𝒍𝒊𝒚𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒂𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒏𝒂𝒘𝒂𝒓" [𝑯𝑹. 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅]
Besarnya pengertian dari hadis ini agar kita umat Islam untuk mengusahakan bahawa kurma tidak hanya dimakan pada bulan Ramadhan sahaja bahkan menjadi anjuran agar diamalkan sepanjang tahun.
Olive House mendatangkan khas kepada anda Kurma Ajwa dari Lembah Alya, Madinah. Lembah yang dikatakan memiliki kebunan kurma paling subur dan berkualiti tinggi.
Ayuh dapatkan Kurma Ajwa dari Lembah Alya keluaran Olive House sekarang!
Hubungi:
#KurmaAjwa
#OliveHouse
Search