JANGAN TUNGGU GIGI TUMBUH BARU NAK UBAH TEKSTUR MAKANAN.
Kes cekik, kes tersedak ada terjadi dan ini akan menjadi sumber ketakutan dan kerisauan kepada mommies dan daddies untuk ubah tekstur makanan anak terutamanya yang antara 6-12bulan.
Tapi jangan tunggu ada gigi baru nak ubah tekstur.
Sebab
1. Kadar pertumbuhan gigi adalah berbeza dengan setiap anak.
Ada anak yang cepat dan ada anak yang lambat. Ada kes tumbuh gigi 4 bulan ada yang tumbuh gigi usia 1 tahun, takkan nak bagi makan bertekstur waktu macam tu?
2. Gusi baby memang dah kuat..hanya ibu kut yang merasa sebab kalau anak gigit waktu breastfeeding..adoiii menangis..
Gusi mereka kuat nak kunyah makanan..tapi bukan maksud makanan macam kita..tapi makanan yang bertekstur.
3. Baby perlu berkembang dan stimulasi seiiring dengan umur mereka ye
.
.
Kenapa kena tukar tekstur?
.
Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa?
.
Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
.
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun
Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang
Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah
.
6-7 BULAN PURI, CAIR, KISAR HALUS
- baby belajar merasa makanan dan telan
- sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
- transition dari susu ke makanan pelengkap
- jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup
- tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
.
.
7-8 BULAN : LENYEK, KISAR KASAR
- bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
- lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby 'rasa'
- sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
- transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan
- kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan
8-10 BULAN : CINCANG KASAR
- kuatkan lidah baby untuk men'golek' makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
- melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
- makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
- kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
- dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
10 -12 BULAN : POTONGAN KECIL/KIUB LEMBUT
- bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
- anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
- kuantiti 5 - 7 sudu besar
- memberi 'fun' dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
12 BULAN KE ATAS
- Sama seperti makanan dewasa
- anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri
- jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita
- sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun.
.
.
Ubahla tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak
Apa apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku.
Contoh 3x makan puri semasa nak introduce tekstur baru
Hari pertama bagi 1x makan lenyek 2x puri
Keesokan hari 2x lenyek dan 1x puri
Seterusnya 3x lenyek
.
.
Jngan risau rumah bersepah atau lantai makan lagi banyak dari anak..tu senang je nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah😉
Kredit : Dietitian fizah sobri
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
stimulasi bayi 5 bulan 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Bayi sangat cepat membesar. Si kecil juga pantas berkembang dan belajar. Jangan ingat, bayi yang hanya terbaring sahaja tak belajar banyak perkara.
Kalau anda nak bayi cepat belajar banyak perkara, rajin-rajinlah bagi mereka rangsangan atau stimulasi.
Rangsangan tak semestinya menggunakan mainan yang mahal atau tempat yang tertentu. Yang penting anda rajin untuk merangsang otak bayi kerana aktiviti ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja. Mudah kan?
1. Cium badan bayi
Bayi sangat suka kalau ibu dan ayah menciumnya kerana dia tahu yang orang itu melindungi dan menjaganya. Dia akan rasa selesa dan tenang. Mencium pipi, perut, lengan atau kaki bayi anda yang kecil sangat disukai mereka. Buat secara lembut dan penuh kasih sayang. Sesekali tiup manja badan bayi anda kerana rasa geli yang dirasai akan membuatkan bayi tersenyum dan seronok.
2. Menyokong dan membuai
Menyokong dan membuai bayi secara perlahan penting untuk perkembangan emosi diri seperti rasa percaya, empati, belas kasihan selain merangsang kecerdasan dan kemampuannya untuk menerima, memberikan kasih sayang dan kebahagiaan.
Dukung bayi anda dalam keadaan tidur, iaitu bahagian leher bayi diapung oleh lengan anda kerana ahagian leher masih tidak kuat dan belum boleh mengangkat kepalanya. Untuk bayi berusia 2 - 3 bulan, dukunglah dengan posisi kepala berada di bahu anda tetapi masih menyokong leher, kepala dan punggungnya.
3. Sandarkan ke dadaPosisi ini sangat digemari oleh si comel kerana mereka boleh mendengar bunyi degupan jantung ibu yang teratur. Ini akan membuatkan rangkaian otak bayi terutama di bahagian korteks yang menjadi titik memori dan pengendalian emosi terbentuk dengan sempurna. Bunyi degupan jantung yang teratur akan tersimpan dalam otak hingga terbentuk keseimbangan antara kognitif dan emosi.
4. Memeluk bayi
Pelukan adalah ubat yang paling mujarab. Pelukan terbukti boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan kekebalan badan. Pelukan juga boleh memberi tenaga baru pada tubuh yang keletihan menjadi segar semula. Pelukan yang dilakukan di rumah secara rutin akan mengeratkan kasih sayang. Sama juga dengan bayi yang sangat perlukan pelukan daripada ibu dan ayah secara kerap. Memeluk bayi dapat memberi mereka keyakinan diri yang tinggi.
5. Pandang mata bayi
Walaupun penglihatan bayi masih belum jelas tetapi dia boleh melihat wajah anda dalam jarak 20 - 30 cm. Bila anda pandang mata bayi, dia akan membalas pandangan mata anda. Ketika itu bayi sedang belajar dan mengingati wajah anda. Ajak bayi bermain "baba cak" dan fokus pandang matanya sambil mendepakan tangan anda.
6. Berbual dengan bayi
Walaupun si manja belum faham apa yang anda cakapkan tetapi ia dapat merangsang perkembangan bahasanya nanti. Beberapa bulan sebelum bayi boleh bercakap dengan baik, kata-kata yang selalu didengari akan tersimpan rapi dalam perkembangan otaknya. Pandang ke mata anak anda apabila bercakap dengannya, guna bahasa yang ringkas, intonasi yang bersesuaian mengikut cerita yang ingin disampaikan.
7. Sentuh badan. Sentuhan dapat mengenalkan bayi tentang erti kasih sayang dan menyayangi. Bayi yang selalu dibelai, disentuh dan disayangi akan lebih mudah dijaga, tidur lena dan tidak cerewet.