Saya mungkin tidak sama dengan orang lain. Maaf jika ada yang tidak setuju. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Dari dulu sehingga kini. Dari mula bekerja sehingga dah bersara. Lebih lebih lagi, kerana saya tidak mendapat pencen.
Sikap berjimat adalah sikap yang sentiasa relevan untuk manusia tak kira zaman dulu atau zaman sekarang. Lahir dan dibesarkan di kampung. Tidak senang walaupun tidak susah. Kedua ibubapa saya membanting tulang bawah panas mentari untuk membesarkan kami menjadikan saya sangat berjimat cermat sehingga sekarang.
Ibubapa saya adalah role model buat saya. Sikap mereka yang rajin berusaha dan berjimat cermat. Saya dan kakak perlu membantu menyiram beratus ratus anak pokok tembakau setiap hari menjadikan saya memahami kepenatan untuk mencari rezeki. Menyiram dengan membawa baldi berisi air dari pokok ke pokok.
Saya berjimat dalam bab memasak. Saya tak tuang minyak separuh kuali untuk menggoreng ikan atau ayam. Saya tak buka paip air secara berterusan ketika menyiang dan membasuh ikan ayam dsb. Tuang air dalam besen. Basuh dan ganti air lain untuk membilas.
Saya akan perhatikan suis kipas, suis lampu bilik dan bilik air yang tiada orang, suis charger handphone ditutup bila tidak digunakan.
Semua ini adalah sikap yang ada dalam diri sendiri. Sikap tidak sukakan pembaziran walaupun setelah saya mampu.
Berjimat bukan bermakna kita kedekut. Saya juga memberi reward pada diri saya selepas berpuluh tahun bekerja. Tapi saya mengambil masa bertahun sebelum mendapatkan sesuatu yang saya ingini dengan cara menyimpan. Saya membuat timbang tara sebelum membuat sesuatu pembelian terutama jika untuk diri sendiri.
Jadi di masa susah ini, kita semua harus belajar berjimat. Berjimat pada benda benda yang boleh dielakkan. Siapa yang ada persamaan dengan saya, jom share.
#gambartiadakaitandengancaption
#sikapdiri
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...