Sekali sekala makan "seafood" apa salahnya kan? 😄 Apa kata kita cuba resepi Sotong Sambal Hitam dengan menggunakan @sambaleena.my , confirm lagi pedas, lagi berdengung 🔥
BAHAN-BAHAN SOTONG SAMBAL HITAM
Minyak Masak
3 Sudu Tepung Gandum
1 Sudu Tepung Beras
Gula Pasir
Garam Kasar
Serbuk Kunyit
5 Ekor Sotong Torak
1 Biji Telur Ayam
1 Biji Bawang Besar
2 Inci Halia
3 Biji Cili Merah
2 Biji Cili Padi
Sambal Itam Sambaleena
CARA-CARA PENYEDIAAN SOTONG:-
1️⃣Masukkan campuran tepung, sedikit kunyit, gula dan garam.
2️⃣Potong sotong torang dengan size sederhana.
3️⃣Pecahkan telur ayam dan masukkan sedikit garam dan kacau sehingga rata.
4️⃣Kemudian masukkan sotong yang telah dipotong ke dalam mangkuk telur dan gaulkan.
5️⃣Akhir sekali, masukkan sotong yang disaluti dengan telur ke dalam mangkuk yang berisi tepung tadi dan salutkan sekali lagi.
CARA-CARA GORENG SOTONG:-
1️⃣Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
2️⃣Masukkan sotong yang disaluti tepung tersebut satu per satu ke dalam kuali dan goreng sehingga masak.
2️⃣Setelah masak, toskan sotong yang digoreng tersebut ke dalam pinggan.
CARA-CARA PENYEDIAAN SOTONG SAMBAL HITAM:-
1️⃣Hiriskan bawang besar, halia, cili merah dan cili padi.
2️⃣Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
3️⃣Masukkan bawang besar yang dihiris tadi dahulu untuk menumis.
4️⃣Kemudian, masukkan cili dan halia. Tumis sehingga naik bau.
5️⃣Seterusnya, masukkan 1 sudu Sambal Itam Sambaleena dan kacau sehingga sebati.
6️⃣Akhir sekali, masukkan sotong yang telah siap digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga disaluti bahan-bahan tersebut.
Selamat Mencuba! 😄
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Dapatkan Kombo Kasih Sayang Destinasi TV bersama Sambaleena. Harga murah confirm puas hati! Website Sambaleena » https://sambaleena.com/product/dest...
「sambal ayam goreng sederhana」的推薦目錄:
- 關於sambal ayam goreng sederhana 在 Facebook 的精選貼文
- 關於sambal ayam goreng sederhana 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於sambal ayam goreng sederhana 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於sambal ayam goreng sederhana 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於sambal ayam goreng sederhana 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於sambal ayam goreng sederhana 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
sambal ayam goreng sederhana 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Simple Bihun Sup Chinese Style, selalu mkn nasi sesekali ubah selera...
🍜 Bihun Sup Chinese Style 🍜
Bihun (celur)
15 ekor Udang sederhana besar
Fish Ball
Pati kiub ayam seketul
1 labu bawang putih (tumbuk)
Cili padi merah/hijau
Cuka
Kicap Cair
1 sdb serbuk lada hitam kasar
Untuk Hiasan:-
Sawi Jepun Celur
Broccoli Celur
Fish Cake goreng hiris nipis
Bawang putih goreng
Caranya :-
Tumis bawang putih yg telah di tumbuk tadi hingga perang, keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi kedlm mangkuk..separuh lagi di biarkan dlm periuk....Utk supnya masukan air secukupnya kedlm periuk berisi bawang putih tadi....kuah terpulang pada korang nk banyak mana ok.
kemudian masukkan kiub pati ayam, fish ball, udang, serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula..Reneh beberapa minit jer ok siap..
sambal kicap, cmpur kicap cair , cuka dan hirisan cili padi merah hijau kacau rata.
cara hidangan bihun bersama sup bawang putih goreng tadi, sayur sawi jepun, Broccoli dan fish cake goreng, sambal kicap, boleh rujuk pada gambar...ok siap boleh yumny yummy Alhamdulillah kenyang.😉 opss! Lupa puasa.
Sumber : Cik Puan Julieta
sambal ayam goreng sederhana 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
*RESEPI NASI KAK WOK*
Nasi putih berlaukkan Ayam Goreng kunyit yang dipotong saiz dadu, lengkap dengan kuah gulai pekat dan sambal belacan,perghhhhh sape je yang tak cair konfom meleleh
walaupun lauknya agak simple.Ini resepi untuk nasi kak wok bagi sesiapa yang tidak tahu dan ingin mencuba.
Resepi gulai ayam kakwok
Bahan Bahan:
Bawang bombay – 4 labu
Bawang putih – 5 ulas
Halia – 1 inci setengah
Lengkuas – 1 inci setengah
Rempah kari daging – 3 sudu
Rempah kerutub – 1 sudu
Kacang panjang – potong
Terung potong kecil
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.
Santan (jangan pekat sangat)
Garam dan kiub ayam
1 Nisan Kerek / Gula Melaka
Cara-cara Penyediaan:
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam, perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan bahan yang ditumis tadi, masukkan ayam dan masak ayam empuk, masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat dan kemudian masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam, dan biarkan masak sekejap.
Ayam goreng harum
Bahan Bahan:
1 ekor Ayam – potong kecil
Garam- 2 sudu kecil
Kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
Serbuk cili – 1 sudu kecil
Daun kari – 3 tangkai
*Tips, daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ini.
Cara-cara Penyediaan:
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecil dan lumurkan/sapu ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal belacan ala kak wok
Bahan Bahan:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara-cara Penyediaan:
Blend kesemua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒
sambal ayam goreng sederhana 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Dapatkan Kombo Kasih Sayang Destinasi TV bersama Sambaleena. Harga murah confirm puas hati!
Website Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destinasitv-combo/
Bertemu kembali dalam Resepi Tok di Dapur Fendi, dibawakan oleh Sambaleena.. pasti terangkat! Dalam episod ini Fendi nak mengajar cara mudah untuk memasak Sotong Sambal Hitam menggunakan sambal itam dari Sambaleena. Jom belajar dan cuba resepi ini!
Bahan-bahan untuk sotong tepung:-
5 ekor sotong torak
3 sudu tepung gandum
1 sudu tepung beras
1 camca serbuk kunyit
garam gula secukup rasa
1 biji telur ayam
Cara penyediaan sotong tepung:-
Masukkan potongan sotong kedalam telur dan campuran tepung. Goreng didalam kuali bersama minyak yang panas dengan menggunakan api yang sederhana.
Bahan-bahan untuk masakan sotong sambal hitam:-
1 biji bawang besar
2 inci halia
3 biji cili merah
2 biji cili padi
1 sudu sambal itam Sambaleena
Cara penyediaan sotong sambal hitam:-
Panaskan kuali dengan dua sudu minyak masak. Masukkan hirisan bawang dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan hirisan halia, cili merah, cili padi dan kacau sehingga sebati. Masukkan satu sudu sambal itam Sambaleena dan akhir sekali masukkan sotong tepung. Siap untuk dihidang!
#resepitok #resepimudah #sambaleena
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

sambal ayam goreng sederhana 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Pilihan Terbaik merupakan rancangan terbaru Destinasi TV yang di hos kan oleh abang Sembang Bros, Amal dan Azry. Dalam siri terbaru ini kami akan menilai satu jenis makanan yang mempunyai 3 perbezaan harga iaitu murah, sederhana dan mahal. Dan di akhir rancangan kami akan memilih satu kedai yang berbaloi dan menjadi pilihan terbaik! Dalam episod ini, kami akan ke 3 Restoran Nasi Lemak yang mempunyai nilai harga yang berbeza.
Untuk lokasi pertama kami ke satu gerai medan selera di Pekan Banting untuk mencuba Nasi Lemak Sambal Sotong Warisan Pak Musa. Sambal sotong di sini merupakan kegemaran penduduk Banting kerana keunikkan sambal sotong yang tidak terlalu pedas dan isi sotong yang lembut. Yang lebih menarik, set Nasi Lemak ini hanya berharga RM4 sahaja.
?Lokasi 1 » Nasi Lemak Pak Musa
Medan Selera Sri Pekan, Banting 42700 Banting, Selangor
☎️ Telefon » 017-209 1162
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 7.30 pagi hingga 12 tengahari
- - - - - - - - - - - - - - - -
Untuk lokasi kedua kami bergerak ke Capitol Cafe Bukit Bintang dan mencuba set lunch Nasi Lemak Special dengan berharga RM15 sahaja. Hidangan Nasi Lemak Special ini dihidangan bersama lauk ayam goreng dan sambal udang petai. Dengan setiap hidangan set lunch, anda akan mendapat air secara percuma!
?Lokasi 2 » Capitol Cafe
46, 48 & 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
☎️ Telefon » 03-2110 5591
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 7.30 pagi hingga 5 petang
- - - - - - - - - - - - - - - -
Dan lokasi yang terakhir kami ke Restoran The Nasi Lemak Co yang terletak di Central i-City Shah Alam. Kami juga telah mencuba Nasi Lemak bersama lauk yang sangat premium iaitu Nasi Lemak Lamb Shank NALE yang berharga RM45.90. Yang menarik disini adalah kebanyakkan lauk-pauk Nasi Lemak disini dihidangkan bersama kuah NALE.
?Lokasi 3 » The Nasi Lemak Co.
LG34-B, Central i-City No1 Persiaran Multimedia i-City, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
☎️ Telefon » 016-257 1748
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam
Kalau anda ingin mencuba kesemua jenis Nasi Lemak yang tertera diatas boleh lah datang dan rasai sendiri keunikkan Nasi Lemak yang kami nilai. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar dan kurangkan berkumpul ditempat yang terlalu ramai orang.
- - - - - - - - - - - - - - - -
Time Stamp
00:00 - Intro Siri
00:28 - Lokasi 1 Nasi Lemak Pak Musa
00:50 - Interview Nasi Lemak Pak Musa
01:31 - Review Nasi Lemak Sambal Sotong
05:44 - Fun Fact Nasi Lemak
07:28 - Lokasi 2 Capitol Cafe
09:15 - Interview Manager Capitol Cafe
13:14 - Review Nasi Lemak Special
13:56 - Lokasi 3 The Nasi Lemak Co
14:10 - Review Nasi Lemak Lamb Shank
19:09 - Conclusion Pilihan Terbaik
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

sambal ayam goreng sederhana 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Resepi mee sup dengan sambal kicap
Bahan-bahan mee sup:
Mee kuning 250gram
½ bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
Isi ayam (dihiris)
½ batang lobak merah (dihiris memanjang)
1 batang kek ikan (dipotong sederhana besar)
½ sudu kecil perasa ayam
½ sudu garam
Lada sulah
1 biji telur
Lada merah (untuk hiasan)
Daun sup (untuk hiasan)
Bawang goreng (pilihan)
Minyak masak
Air
Bahan-bahan sambal kicap pedas:
5 cili padi merah/hijau
1 bawang putih
Garam
Gula
Kicap
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan hirisan isi ayam, kek ikan dan lobak merah. Setelah isi ayam dan kek ikan agak masak, masukkan air sehingga penuh separuh kuali (bergantung pada kuantiti mee kuning).
2. Setelah menggelegak, masukkan mee kuning. Masukkan telur. Perasakan dengan perasa ayam, garam dan lada sulah. Letakkan hirisan lada merah untuk menaikkan warna masakan.
3. Untuk sambal kicap, tumis cili padi dan bawang putih selama dua minit. Letakkan ke dalam lesung batu. Tambahkan garam dan gula. Tumbuk dan kemudian tambah kicap.
4. Siap untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan bersama sambal kicap ketika panas..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Yellow noodle soup with spicy soy sauce recipe
Ingredients for yellow noodle soup:
Yellow noodles 250gram
½ onion (sliced)
3 garlic (sliced)
Chicken breast (sliced)
½ carrot (sliced)
1 fish cake(sliced in medium size)
½ tsp chicken seasoning
½ tsp salt
White pepper
1 egg
Red chilli (for garnish)
Soup leaves/parsley (for garnish)
Ready-made fried onion (optional)
Cooking oil
Water
Ingredients for spicy soy sauce:
5 bird’s eyes chillies (red/green)
1 garlic
Salt
Sugar
Soy sauce
Preparations:
1. Stir fry onion and garlic until the colour turn golden. Add sliced chicken breast, fish cake and carrot. After chicken breast and fish cake half-cooked, fill in water until half-full wok.
2. When the broth is boiling, add in yellow noodle and egg. Season with chicken seasoning, salt and white pepper. Add sliced red chillies to make the broth looked colourful.
3. For spicy soy sauce, stir-fry the bird’s eye chillies and garlic for around two minutes. Add the chillies, garlic, salt and sugar into a stone mortar. Pestle and finally add some soy sauce.
4. Ready to serve. Garnish with soup leaves and fried onion. Great to eat while hot with spicy soy sauce.
Follow& Subscribe Youtube Kami:
https://www.youtube.com/channel/UC2O2V4urinEzggOPYwDyJVQ…
Follow & See First Facebook Kami:
https://web.facebook.com/syokresepi/
#resepimeesupringkasdansedap
#yummyanddeliciousyellownoodlerecipe
#mrredqueen
Nak dapatkan lebih banyak resepi? Layari https://rasaflix.com
