Mudah, Murah dan Mengiurkannn…..
Antara resipi yang pernah dikongsikan secara langsung di #SeleraAbangBrian …. ingat temu janji kite di fb (link di bio) dan @EzMall.tv
OMELETTE KACANG PANGGANG LELEH
3 telur
garam dan lada hitam secukup rasa
mentega
kacang ponggang
keju mozarella
1. Pukulkan telur bersama garam dan lada hitam secukup rasa.
2. Dalam kuali tidak melekat lebih kurang 20cm, cairkan sedikit mentega.
3. Tuangkan masuk telur dan kacaukan sehingga mula menegering. Taburkan keju dan tutupkan dengan penutup kuali.
4. Biarkan masak sehingga telur kental dan keju mencair sedikit.
5. Letakkan kacang panggang dan lipatkan omelette tersebut.
6. Hidangkan dengan salad pilihan.
#tipsAbangBrian:
- Utk rasa lebih menarik, seperti abg brian buat masa live, letakkan kacang panggang atas omelette yang sudah masak, baru taburkan keju dan bakarkan dalam oven (pemanasan atas sahaja dan pastikan kuali anda boleh dimasukkan oven) atau cairkan keju dengan blow torch.
#kacangpanggang #bakedbeans #beans #halal #resepihalal #resepi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resepimudah #resipimurah #resipikacangpanggang #EzMall #SemuanyaLebihEz #bakedbeansrecipes #asianrecipes #resipikacangpol
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...