Mesyuarat MAIWP 4 Mac 2021
Semalam, saya memulakan hari kerja dengan menghadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Nazrin di Istana Perak di KL. Saya merafak sembah maklum kepada Tuanku tentang program Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF) dan juga Muzakarah KLIFF. KLIFF 2021akan berlangsung pada 9 and 10 Mac dan Muzakarah KLIFF pada 11 Mac.
Di waktu tengahari, saya ada kesempatan untuk bertemu dan berbincang dgn YBhg Dato Ramli Musa tentang beberapa peluang pelaburan. Memang Dato Ramli Musa adalah salah seorang guru dan tokoh usahawan dalam bidang manufacturing. Banyak pengalaman beliau dalam bidang khususnya berniaga di luar negara.
Tepat jam 2.30, sesi taklimat MAIWP telah bermula untuk memberi on-boarding kepada ahli2 MAIWP mengetahui lebih lanjut tentang fungsi setiap unit dalam MAIWP. Banyak komen dan cadangan yang telah disuarakan oleh ahli2 MAIWP. Semuanya bersemangat untuk memberi input untuk meremajakan MAIWP.
Selepas tamat sesi taklikat sekitar jam 5.15 petang, saya terus bergegas ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kl, Jalan Bukit Bintang untuk program Myberas@Wilayah. Tetamu khas adalah YB Tan Sri Anuar Musa, Menteri Wilayah. Pihak MAIWP telah menyumbang sejumlah wang yang besar dengan kerjasama Yayasan Wilayah untuk menyantuni golongan asnaf di kalangan frontliners. Semalam, fokus bantuan kepada pegawai2 polis yang berada dalam kategori B40 di seluruh kawasan Kuala Lumpur.
Fokus Myberas@Wilayah adalah golongan B40 di kalangan frontliners di KL. Walaupun sumbangan beras tidaklah sebesar mana, ini adalah sekadar token menghargai golongan B40 di kalangan frontliners. MAIWP akan sentiasa menyantuni golongan B40 dalam semua ketegori daripada pelajar sekolah rendah kepada usahawan kepada frontliners.
Selepas Maghrib, ada program rakaman Sembang Santai Syariah bersama Ust. Fawwaz Fadhil sampai pukul 9 malam. Ada makan malam Laksa Ikan Temenung Sekoq yang dibawa oleh Ust. Fawwaz. Jazakalallah...semoga dimurahkan rezeki Ust. Fawwaz.
Hari yang cukup panjang.
MDB
Search