Eh korang nak tanya lah kan, korang pernah dengar tak pasal Santan Sawit? Kami ni godek-godek media sosial ternampak pula pasal Santan Sawit ni 🍴
Banyak juga khasiat si Santan Sawit yang menjadi pengganti santan kelapa ni 🥥 .Paling best Santan Sawit ni tak ada kolesterol 😁 Malaysian Palm Oil Council (MPOC) pun ada melancarkan kempen kesedaran tentang kegunaan dan manfaat Santan Sawit yang boleh korang guna dalam masakan 🥣
Kalau korang nak tahu info lanjut pasal Santan Sawit ni klik link sebelah 👉🏻www.mpoc.org.my
#malaysianpalmoil #sawit #sawitanugerahtuhan #sawitdivineblessing #palmoil #malaysian #santansawit #penggantisantan #berkhasiat
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「manfaat kelapa sawit」的推薦目錄:
manfaat kelapa sawit 在 Facebook 的精選貼文
PRODUK BAHARU!
ELAIESE (250ML) adalah 100% MINYAK KELAPA SAWIT MERAH dengan nilai khasiat yang tinggi. Dihasilkan dari ladang 'Carey Island'.
Kaya dengan khasiat seperti,
✅ Pro-Vitamin A
✅ Vitamin E Tocotrienols
.
Minyak ini telah mendapat pensijilan minyak sawit lestari dari MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia).
.
Dengan kadar "heat tolerance' yang tinggi, Elaiese juga boleh digunakan untuk:
✅ Panggang (Daging/Ayam)
✅ Baking (Kek/Roti)
✅ Tumis (Bawang)
.
Eksklusif boleh didapati secara fizikal di Kedai Ejen berhampiran anda!
.
Sebarang maklumat lanjut sila layari www.olivehouse.my
.
#OliveHouse
#AafiyatLifestyle
#MudahnyaAafiyat
#AafiyatStore
#RedPalmOil
#MinyakKelapaSawitMerah
.
Elaiese Minyak Kelapa Sawit Merah ni kelebihan dia berbanding minyak lain adalah ia boleh digunakan untuk memasak kerana nilai smoking point yang tinggi.
*MANFAAT ELAIESE*
✅ Kesihatan mata kerana sumber pro vitamin A.
✅ Tumbesaran Anak Anak kerana tinggi vitamin A & vitamin E Tocotrienols.
✅ Mengurangkan Berat Badan/ Diet. Boleh digunakan sebagai pengganti minyak sawit biasa untuk menjaga diet & masih mendapat nutrisi yang sama.
*CARA PENGAMBILAN*
✅ Kanak-Kanak: 1-8 tahun: 1 sudu teh sehari
✅ Dewasa: 1 sudu besar setiap hari
✅ Ibu Mengandung: 2 sudu besar sehari
*Campurkan dalam apa-apa masakan dan hidangan setiap hari
manfaat kelapa sawit 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
15 Tanda korang ahli neraka, No 11 amat terkejut tapi ramai yang buat.
1.Korang berhutang dengan Along
Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..
Maka nasihat saya, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..
2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.
Jangan emosi dulu, sayapun ada Kad Kredit, bagi saya kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)
Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).., dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan., sendiri mahu ingat!
Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, saya tak tahu nak cakap apa.., ok, saya tahu:
"Wahai sahabat,, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka.. aduh.."
3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.
Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…
Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.., sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, aduh!
Ps: Tolong jangan ambik gambar makan durian jika hutang kawan kawan bekum bayar.
4.Ambik rasuah.
Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakaran terbuka ditepi jalan.., arghh, saya malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan saya tambah, korang juga akan masuk neraka!
Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.
5.Jarang balik kampung
Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.., kenapa?
Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?
Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..
Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan yang lalu sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.
Kata korang:, “Mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astra full package, Nelix, iplix, lagi, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond gergasi), yuran langgangan majalah orang kaya, Play station, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), adohai..
6.Ada kerja tambahan sehingga tinggal perintah Allah.
Tak salah nak buat kerja part time, tapi.. janganlah sampai tinggal solat dan lain lain ibadat.
Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:
“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”
Maaf bang, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,
Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, al faham ke idop?
Saya ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.
Pesan saya, Tak salah buat kerja tambahan, tapi jangan sampai ibadat entah ke mana, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat.. aduh..
7. Kedekut nak mampos.
Kedukut hingga Tak bayar zakat.. Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, saya dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!
Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.
Tapi dalam bab nak bagi pinjam duit dengan orang kena tengok diri sendiri, jika tak mampu nak halalkan hutang, jangan beri hutang.
8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)
Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kerja part time pun tak laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!
Sayapun tanya jugak pada 22 haribulan, bila gaji masuk?, dan jika mereka cakap, esok lusa masuk, maka saya terus pergi membeli belah keperluan rumah sebab tak nak bersesak sesak dan biasanya sebelum 25 haribulan pasaraya lengang dan barang murah..
Woha!
9. Marah bila bercakap bab duit.
Saya tak tahupun korang ada masalah kewangan, saya tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi menyelam di Pulau Tioman?” terus korang marah kerana anggap saya hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, lalu beremosi dengan saya. Marah marah..
Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka! Maaf sebab salah Tanya bab duit.., patut saya tanya "Hutang bila nak bayar?" alamak duit jugak, aduhhhh
10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.
Pelik?, lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?
(Malas nak tulis karangan cerita ini)
11. Takde akaun tabung haji.(atau simpanan mana mana untuk kerjakan haji)
Kata kau: "Kitaorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syarikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi minyak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu,
Lagipun rumah kitaorang ada astra, TV besar kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, Wayang player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian.., tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian.."
(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana saya sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)
12. Mencuri
Ini memang dosa ber ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)!, orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, jadi jangalah mencuri, atau lebih kejam, tiba tiba jadi perompak! Boleh masuk neraka bro!
13.Menipu mintak derma konon nak buat masjid.
Kat Malaysia ni dengar cerita ada yang mintak derma konon nak buat masjid, wakil badan kebajikan, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..
Memang masuk neraka!
14:Menipu dalam jual beli.
Jual skim cepat kaya, tipu dalam pelaburan, ambik duit orang buat melabur lepas tu lepas, janji untung dalam saham kelapa sawit lah, emas lah, hotel mekkah lah, akhirnya si pelabur yang merana.. aduh..
Yang jual on line pun menipu jugak, ada baca kes hari tu orang jual alat besarkan zakar tiga kali ganda dengan harga RM500, dan siap pesan: Hati hati bila guna waktu cuaca panas. Ramai yang beli, dan bila sampai, masing masing dapat Kanta Pembesar-Woha!
15…. (berhenti minum air kejap)
Arghh, saya mula mula nak tulis sepuluh bab sahaja, tapi masuk nombor 15 ada banyak lagi ilham datang, maka saya stop sampai sini, korang sambunglah sendiri.. saya dahaga..
Akhir kata:-
Tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, jadi saya bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,
Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang sedih, rugi dunia dan akhirat!
Ada hadis jugak, jadi kaya boleh masuk syurga sambil merangkak, dan ada hadis lain, orang masuk neraka berjalan dengan muka..
Maka, tak salah juga menjadi kaya, walau masuk syurga dengan merangkak, daripada masuk neraka dengan berjalan atas muka akibat menyusahkan orang kerana miskin,
Jadi jika serius kita nak Berjaya di dunia dan di akhirat bab pengurusan wang, abang mayat cadangkan baca BIjak Mengurus Wang di sini, ada bacaan dan Video.
https://tinyurl.com/bmwhamka
Ps: Namun jika anda dah buat semua 15 perkara di atas, pintu taubat masih terbuka, Allah Maha Pengampun. Bak Kata Raihan, Selangkah kau dekat pada Allah, Seribu Langkah Allah dekat padamu. Take noted,