Makasih om @posantobing😘😘 ... Ok guys inilah dia Om Posan Tobing yang telah menciptakan lagu Untuk kamu yang telah cecah 150Juta views tontonan di Youtube... Banyak kenangan lagu ini yang di cipta bersama Alyssa tak sampai 30 menit.. masa itu om posan datang ke Malaysia ingin bertemu Alyssa.. dan boss Alyssa iaitu uncle Prashan @melakaboy terus call mummy @suzannedezek suruh datang ke studio... Selepas itu om posan terus main gitar cari ilham untuk Lagu untuk kamu di depan Alyssa sambil Alyssa ambik kertas tulis lirik yang disuruh dengan om Posan.. dan selepas satu bulan Alyssa bersama keluarga , uncle prashan, dan team xeno ke Jakarta untuk rakaman di jakarta... Tak lupa juga kalau korang ingat ada backup suara tu .. tu adalah kakak xeno saya iaitu kak nana @nanasheme yg tolong jadi backup masa tu.. thanks kak.. panjang plak cerita ni kan.. apa pun alyssa ucapkan terima kasih kepada penyokong setia Alyssa... Tanpa anda siapalah Alyssa.. Dan jangan lupa terus support Alyssa ok.. tunggu my next project tak lama lagi.. ok guys Alyssa sayang kamu ADFC dan kepada semua peminat semua .. 😘😘😘❤️❤️❤️❤️
同時也有18部Youtube影片,追蹤數超過72萬的網紅Warner Music Malaysia,也在其Youtube影片中提到,Kaka Azraff - Janjiku [Official Music Video] Jom dengar Janjiku: https://wmm.lnk.to/Janjiku #KakaAzraff #Janjiku #Gila Komposer: MFMF, Tysha Tiar ...
「lagu untuk kamu lirik」的推薦目錄:
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最讚貼文
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最讚貼文
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最佳貼文
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Lagu Untuk Kamu / Alyssa Dezek... - Lirik Lagu Untuk Kamu 的評價
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Alyssa Dezek | Lirik Lagu ( Lagu untuk kamu) - Pinterest 的評價
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Lirik Lagu Sampai Kapan (Jaga Hati Untukmu) dari Anneth ... 的評價
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Lirik Lagu WORLD - Seventeen dan Terjemahan Bahasa ... 的評價
- 關於lagu untuk kamu lirik 在 Lirik Lagu Vidhia R - 'Inilah Diriku' yang Kini Trending di ... 的評價
lagu untuk kamu lirik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
(Cerita aku yang solat tak khuyuk kerana buat orang lain tak khusyuk dalam solat mereka…,oh)
****
Aku sedang solat asar secara berjemaah.
Tiba tiba terdengar intro lagu yang biasa aku dengar, iaitu lagu dikir barat versi Terengganu yang bertajuk “KERABU PUCUK PAKU” nanyian Mat Over yang tampar David Teo baru baru ni.
"Handphone siapa yang tak OFF time solat nih?"
Tanya syaitan kepada aku. Aku tak jawab.., dan aku cuba khusuk dalam solat.., sedang syaitan dalam darah aku turut bernyayi lagu itu tanpa silap lirik sedikitpun..
(((Nok Makang sedak, kita pitih tadok,
Bining beranok rapak, anok ramai telajok,
Kadang pisang sikak, kita dok dang koyok,
Ada lagi hok dok teriok,
Wo Ho..
Hok ni kecing, hok tu berok!")))
Aku perasan itu bukan Ring tone H/P aku atau bunyi mesej masuk, tapi yang mushkilnya, kuat benar bunyinya.., dan syaitan terus mengulit aku.., lena di ulit syaitan..
(((Tambah pulok kije buleh sikit-sikik
Banyak hok duk saja perabih duik
Lepah-lepah ise dok dang makang nasik
Bosang anok duk jerik
Wo ho
Pagi pagi mitok duit)))
Hah! Baru aku perasan, berpeluh aku di buatnya kerana rupa-rupanya, bunyi nada dering ‘kerabu pucuk paku’ itu datang dari poket kiri aku, lalu terbayanglah peritwa aku dan bini aku keluar makan lunch tengah hari tadi, dan bila azan zohor, bini aku suruh aku pegang handphone dia, senang nak solat di masjid katanya, lalu aku taruk dalam poket kiri dan pergi solat sama-sama, pendek cerita.., bila dah sambung urusan masing-masing, rupanya aku dan dia tak ingat tentang H/P tu, nipis sangat kot.., dan bila nak solat asar tadi aku hanya OFF kan handphone aku, oh!? apa aku nak buat sekarang.. ? What should I do? Kuch kuch hotai hey!
((((Kadang-kadang mari pikir dalam hati
Macam mana cara nak tambah rezeki
Mujur lah pagi ni ade saing mari
Ajok niaga kecik-kecik
Wo ho
Rase senang dalam hati))))
Aku berharap lagu tu akan berhenti bila masuk rangkap kedua, tapi tidak,. Lagu itu tidak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti..Oh.., dan.. Oh sekali lagi…
(((Amber meniaga buat kusi rotang
Ade warna coklat warna itang
Nok ato dekat jabat kraf tangang
Jalan conley bukit bintang
Woho..
Boleh tambah pendapatang)))
Aku bergerak dengan tiga pergerakan kecil untuk OFF kan H/P tu tapi gagal, ada ustaz kata tak boleh OFFkan H/P masa solat, solat akan tak sah, tapi jika aku tak OFFkan H/P aku, solat orang lain pulak yang tak sah!! Aku berijitihad, aku akan bergerak 3 kali lagi untuk OFFkan H/P aku tanpa batalkan solat aku. Dalam waktu peralihan pergerakkan iktidal ke sujud, aku berjaya OFFkan Smartphone tu… Woha!
Maafkan aku wahai ahli jemaah yang lain, AKU TAK SENGAJA.. SUNGGUH!!!
Selesai solat, masa nak pakai kasut, tiba tiba ada Mamat sound dengan kuat:
“HandPhone siapa yang berbunyi tadi?”
Arggh!!, sudah..!!, apa aku nak buat? Aku ada dua pilihan, sama ada Aku nak berdiam diri tak mengaku, dan berharap mereka lupakan dan maafkan berdasarkan pengkelanaan waktu, yang mana mungkin kesan aplikasinya di padang Masyar kelak, aku akan di azab kerana dah berdosa dengan semua ahli surau yang seramai 6 orang itu kerana buat mereka solat tak kusyuk.. Oh.. dan Oh sekali lag!!!
Sambil ikat tali kasut, aku berfikir, nak mengaku ke tak nak?
Nak ke tak nak?
Aku buat kajian pantas, jika aku mengaku tentu aku akan kena lempang macam David Teo hari tu, dan sudah tentu mereka akan berjaya kalahkan aku sebab mereka ramai, di tambah pula pangkat mereka sebagai lelaki beriman akhir zaman kerana solat asar berjemaah, lalu mudah dapat nusrah Allah, dan mungkin aku akan mati kena belasah, dan adakah aku akan mati sebagai para syuhada? Oh!! Jauh benar aku merepek…
Tapi.., jika tak mengaku, silap haribulan aku akan jumpa mereka lagi di padang Masyar.., berjumpa sebagai pendosa yang mana mungkin aku akan di azab…Oh
Berjumpa di padang Masyar? Aku tak nak.., aku tak ndak!!!
*****
Apabila bercerita mengenai “Berjumpa di padang Masyar”.., korang pernah tak alami situasi di begini:
Situasi satu:
Pernah tak korang bila ‘nasihat’ orang yang perasan betul, yang mempunyai pendirian (salah) yang tetap, lalu bila mereka dah tak nak dengar nasihat korang lagi, dan dengan perasan ilmu ugama dah cukup, akhirnya mereka akan berkata:
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Yang bermaksud: “Aku sebenarnya yang betul, kamu adalah ahli neraka, nasihat kamu kat aku tetap tak guna kerana aku adalah ahli syurga, tok guru aku dah jamin dah aku masuk syurga, bila kita jumpa di padang Mahsyar kelak, baru kamu tahu bahawa kamu adalah ahli neraka dan betapa aku adalah ahli syurga…”
(Tak kan sampai macam tu kot?)
Situasi Dua:
Atau pernah tak korang bila secara tiba tiba, berbetulan hari tu mood korang baik, semangat ada lebih sikit, lantas bila sesorang terajak berdebat dengan korang tentang hal ehwal agama, lalu korang dengan bersungguh terangkan tentang kefahaman agama yang korang rasa betul lalu berdebat di sini sana, akhirnya bila dah takde hujjah yang bernas akibat segala dalil dan tamsil korang di patahkan pihak lawan, lalu korang yang dah takde idea nak berhujjah lalu menjawab..
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Yang bermaksud: “Korang sorang sahajalah yang betul, mereka yang pandai berdebat tu adalah ahli neraka, korang adalah ahli syurga walaupun segala hujjah korang tak releven, bila dah jumpa di padang Mahsyar, baru mereka tahu bahawa mereka adalah ahli neraka dan betapa korang adalah ahli shurga…”
(wah wah wah, meriahnya hidup!)
Situasi Tiga:
Atau pernah tak korang bila dengar ceramah politik, tentang bagaimana seorang ustad yang mengajak para pendengarnya pergi mengundi parti XYZ, sebab jika tak undi parti XYZ, mati akan masuk neraka kerana bila parti XYZ kalah, bermakna parti ABC akan memang, dan segala maksiat yang di buat oleh jajahan parti ABC akan di tanggung oleh orang yang tak undi parti XYZ..
Untuk mengukuhkan hujjah, ustad tu akan berkata…
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Yang bermaksud: “Ustad sebenarnya yang betul, kamu tak undi parti XYZ adalah ahli neraka, Ustaz ahli shurga, bila dah jumpa di padang Mahsyar, baru kamu tahu bahawa kamu adalah ahli neraka dan betapa Ustaz adalah ahli shurga…”
(Apa-apalah..)
Bagi aku, (bukan ustaz), Jika seorang Nabi yang di kasyafkan nampak Neraka dan Shurga, dan dah tentu confirm masuk Syurga dengan janji Allah Ta’ala.., maka tak salah jika Nabi nak berkata..
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Tetapi sebagai salah sorang ummat akhir zaman, yang tak tahu lagi hujung pangkal, lebih baik mencampakan diri dalam kerisauan terhadap ummat.., bukan marah kepada ummat..
Nak marahpun, nak emosionalpun, tak payahlah nak habislan segala usaha dengan berkata: “Kita jumpa di Padang Masyar”
Nampak bunyi macam orang kecewa dan marah…
Kecewa kerana orang tak dengar kata korang, dan marah sebab orang langsung tak nak dengar kata korang!!
Yang lebih dahsyat, bila dah bengang, terus doa pihak lawan masuk neraka…
Sahabatku...,
Orang yang tidak ikhlas berdakwah akan dapat dua perkara:-Iaitu:-
Marah.
Putus asa.
Nabi dan Sahabat dalam berdakwah tidak ada nak marah, putus asa apatah lagi, jika orang tak nak dengar cakap, tak terima nasihat, tak kan nak putus asa dan terus anggap orang tu masuk neraka, kita sorang yang masuk shurga lantas dengan berani berkata:_
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Sahabatku.., bukan senang nak masuk shurga.., dan bukan sedikit azabnya di padang Masyar.. orang yang bertakwa seperti Abu Bakar RA atau Saidina Umar Ra, sangat risaukan akhirat.., tak berani nak berkata sembarangan…
Syurga neraka belum tentu nasib kita..
Orang bertakwa sangat takut kepada hari pembalasan, bukan boleh main-main..,
Kamu tahu apa ada di padang Masyar? Biar aku cerita sepintas lalu, refresh untuk aku jugak..
*****
Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..
"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."
Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"
Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..
Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..
Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?
Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..
Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)
Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.
Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…
Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..
"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..
“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.
“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.
“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”
Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:
Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..
Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..
Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…
Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.
Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..
Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)
Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…
Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..
Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..
Panjang cerita, boleh rujuk ustaz, moral cerita aku adalah, padang masyar itu benar, maka selamatkanlah ummat islam daripada azabnya…
Bila dah marah atau kecewa, tak payahlah cakap nak jumpa di padang Masyar, bersabarlah dan cuba selamatkan mereka.., jangan marah dan putus asa.OK?!
Kalau nak jumpa di padang masyarpun, sama-samalah jumpa di bawah arash…, jangan jumpa di mahkamah nombor dua, nombor satu apatah lagi..oH!…
*****
Berbalik kepada kisah aku yang tak OFF Smartphone dalam surau buat ahli jemaah marah, buat ahli jemmah surau di ganggu ring tone lagu Kerabu pucuk paku.., akhirnya aku buat keputusan mendadak untuk mengaku, sebab?
AKU TAK NAK JUMPA KORANG DI MAHKAMAH ALLAH..Oh!
Aku lantas cepat-cepat bersalam dengan mereka sambil mengaku bahawa sayalah tuan punya ring tone kerabu pucuk paku yang tak tutup Handphone tadi.. aku cuba jadi lelaki beriman di akhir zaman..
Bila aku bersalam dengan JEJAKA yang sound tadi, mamat tu terus berkata-kata.., dan aku dah cuak dah, sebab aku memang bersalah...
“sedap lagu tu.., dah lama aku cari, boleh send lagu tu kat aku tak?”
Sambil ON kan Bluetooth kat H/P dia..
Woha!
((((Begitulah care kalu mahu hidup,
Buat ape saja yang kite sanggup
Jangan duduk saja buat buncit perut,
Lama-lama buleh meletup
Woho.., Anak bini buleh cabut)))
Ps: Kita semua jumpa di Padang Masyar OK?!, err, maksud aku di bawah arasy, boleh?!, (insyAllah….)
Ps2: Kisah ini di olah semula dari buku Permata Yang Hilang Kini dijumpai tulisan Hamka Keretamayat, woha!
lagu untuk kamu lirik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Tanya sama abang keretamayat:
Apa hukum kahwin dengan ahli kitab? Ada ustaz kata boleh?
*******
Cinta itu buta... Jika guna common sense, sebuah keluarga akan jadi agak kelam kabut dan huru hara apabila suami beragama islam, yang percaya tuhan hanya satu, tapi berkahwin dengan wanita kristian yang percaya tuhan ada tiga, so bila ada anak, anak nak ikut cakap ayah bahawa tuhan hanya satu?, atau ikut cakap mak bahawa tuhan ada tiga? lepas tu nak solat berjemaah macam mana?
Bagi saya, lebih baik ikut sahaja sunnah Nabi Muhammad SAW, iaitu berkahwin dengan wanita islam. Insya-Allah akan ada kejayaan.
Tapi jika ada problem seperti negera berperang, tinggal di Negara ahli kitab yang tak ada wanita islam, yang ada hanya ahli kitab, atau ada ahli kitab yang ada potensi untuk di dakwah kepada islam dan lain lain special request, bolehlah dibahaskan hukumnya kepada harus sebagaimana pendapat sebahagian ulamak.
Namun ada juga pendapat ulamak yang mengatakan tidak wujud ahli kitab di zaman ini kerana kitab asal mereka sudah diseleweng, berbeza dengan islam yang mana kitab asal tidak diseleweng yang mana jika ada orang islam beramal salah maka akan ada kitab yang boleh membetulkan tapi ahli kitab hari ini jika salah nak perbetulkan macam mana jika kitab rujukan pun salah? Siap dengan mensyrikkan tuhan kepada tiga yang bertentangan dengan akidah asal ahli kitab.
Lagipun dalam al quran ada ayat mansuh, dan ayat mansuh paling besar sekali yang memansuhkan semua agama iaitu:
“Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Ali Imran: 19)
“Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran: 85)
Dalam Al quran juga ada ayat yang melebel ahli kitab yang mengatakan tuhan triniti itu sebagai pelampau, maka tak kan lah nak kahwin dengan ahli kitab yang melampau?
Yusof estets bekas paderi kristian bagitahu, dalam kitab ahli kitab yang asal, iaitu Taurat, Zabur dan Injil tak ada perkataan trinity, tapi ahli kitab zaman ini ubah dan sebut trinity, dan Al quran telah melarang 1400 tahun yang dulu kerana perbuatan ini adalah pelampau..
" Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya datang dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu esa, maha suci Allah dari mempunyai anak....( An-Nisa : 171)
Tambah sikit lagi bang dalil sesetengah ustaz yang melarang kahwin dengan ahli kitab akhir zaman..
Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman” [Al-Baqarah : 221]
Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkawinan) dengan perempuan-perempuan kafir” [Al-Mumtahanah : 10]
Ada jugak hadis:
dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma bahwa beliau pernah ditanya tentang hukum menikah dengan wanita-wanita Nashrani dan Yahudi. Maka beliau menjawab : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bagi orang-orang yang beriman menikah dengan wanita-wanita musyrik. Dan, saya tidak mengetahui ada kemusyrikan yang lebih besar daripada seorang wanita yang mengatakan Rabb-nya adalah Nabi Isa. Padahal beliau adalah salah seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta’ala” [HR Al-Bukhari dalam Shahih-nya]
Ada juga kisah Ummu Sulaim ibu kepada Anas bin Malik. Yang kena cerai sebab masuk islam lalu dipinang oleh Abu Talhah tapi dia tolak kerana Talhah waktu itu belum islam.
Katanya: "Orang sepertimu tidak ditolak. Tetapi kamu seorang kafir dan aku perempuan muslimah. Tidak halal untuk aku menikahimu. Jika kamu memeluk Islam maka itulah maharku. Aku tidak meminta selain dari itu. Maka Abu Talhah pun menerima Islam dan itulah maharnya. (HR al-Nasai)
Jadi sungguh cinta itu buta.. hingga yang hodoh ada orang nak, yang sakit ada orang nak, yang cacat ada orang nak, yang tak cantik ada orang nak, yang miskin ada orang nak, semua itu kerana cinta buta dan itulah keindahan cinta tapi jangan sampai orang tak beriman pun kita nak dengan alasan cinta itu buta.. Adohai..
Cinta nak buta macam manapun sekalipun biar sampai ke syurga. Jangan sampai kedua duanya dalam neraka. Nauzubillah.
Biarlah lirik lagu Renang lautan api semua sanggup demi cinta itu tinggal dalam lagu sahaja.
Semoga kita semua woha sampai syurga dan jom renang sungai susu dan madu.
Woha!
lagu untuk kamu lirik 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最讚貼文
Kaka Azraff - Janjiku [Official Music Video]
Jom dengar Janjiku: https://wmm.lnk.to/Janjiku
#KakaAzraff #Janjiku #Gila
Komposer: MFMF, Tysha Tiar
Penulis Lirik: MFMF, Tysha Tiar
Producer: MFMF
Jom follow Kaka Azraff:
Instagram: https://www.instagram.com/kakaazraff/
Facebook: https://www.facebook.com/kakazraff
TikTok: https://www.tiktok.com/@kakaazraff?lang=en
Lirik:
[Verse 1]
Kau lah
Kebahagiaanku
Dalam
Kekaburan jiwaku
Apa-kah yang telah ku
Lakukan untukku mendapatkan mu
Segala kesilapan ku
Disempurnai dengan kewujudan mu
Segala kekurangan ku
Akan ku cuba baiki untuk mu
Moga kau tahu
[Chorus]
Dengarkan lah sayangku
Bila masa kau ragu
Pegang saja tanganku dalam
Setiap langkah mu
Ku ada disampingmu
Tunjukkan hala tuju
Lindungi kau selalu
Jadi ruang selamatmu
Janjiku kepadamu
[Verse 2]
Pinta ku
KepadaNya
Agar jalan hidupmu
Senang untuk kau lalu
Ku hanya mahu kan kamu bahagia
Hidup tanpa dugaan tenang sentiasa
Segala kesilapan ku
Disempurnai dengan kewujudan mu
Segala kekurangan ku
Akan ku cuba baiki untuk mu
[Bridge]
Tiba masanya
Nanti kau kan tahu
Biar hadirku di dalam mu
Sehingga keriput waktu Untukmu
Janjiku kepadamu
Moga kau tahu
lagu untuk kamu lirik 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最讚貼文
Pasya - Arca [Official Music Video]
#Pasya #Arca #pasyArca
Download RBT now!
DiGi Caller Tunes: Dial *233*1818773# and press CALL/SEND
Maxis Caller Ringtones: Dial *131*666631# and press CALL/SEND
Celcom Call Me Tones: Dial *323*734315# and press CALL/SEND
Listen to 'ARCA' here: https://wmm.lnk.to/Arca
Penulis Lagu: Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Shaqiel Naufal
Penulis Lirik: Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Shaqiel Naufal
Penerbit Muzik: Mas Dewangga & Firdaus Rahmat
Syarikat Rakaman: Warner Music Malaysia Sdn Bhd & Alternate Records Sdn Bhd
Lyrics:
Verse
Aku rapuh
Tanpa kamu
Tinggal aku
Yang menangung
Rindu
Aku beku
Kau ku perlu
Kau penyeri
Kan ku serah
Seluruh hati ku
Pre-Chorus
Tiba masa ku lari
Selamatkan kamu
Tiba masa ku cari
Erti arca mu
Chorus
Buka pintu
Beri aku masa
Untuk aku
Sayang
Kau tak perlu
Bimbang
Buka pintu
Beri aku masa
Untuk aku sayang
Kau, kau jangan bimbang kan arca
Verse
Ku tersiksa
Kau tiada
Ku meronta
Biarkan jantung
Hadir bicara
Bridge
Ku yang mula
Jadi ku penghujungnya
Semua hanya
Tinggal arca
Music Video
Director: SJ
Producer: Alya Azizan
DOP: Hakani Wahid
Asst DOP: Azim
PM: Syafiq
Editor: Nedriel
VFX: SJ
Art: Along, Ujang
Ass Art: Wan Gaban
Makeup Artist: Intan
Stylist: Azlina
Gaffer: Rosli, Afro
Production Asst: OT
Catering: Fakhrul, Zam
Talent: Elin Aziz
Music
Music Producer: Mas Dewangga, Firdaus Rahmat
Electric Guitar: John Jeeves
Mix & Mastering: Audi Mok
lagu untuk kamu lirik 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最佳貼文
Pasya - Arca [Official Lyric Video]
#Pasya #Arca #pasyArca
Download RBT now!
DiGi Caller Tunes: Dial *233*1818773# and press CALL/SEND
Maxis Caller Ringtones: Dial *131*666631# and press CALL/SEND
Celcom Call Me Tones: Dial *323*734315# and press CALL/SEND
Penulis Lagu: Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Shaqiel Naufal
Penulis Lirik: Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Shaqiel Naufal
Penerbit Muzik: Mas Dewangga & Firdaus Rahmat
Syarikat Rakaman: Warner Music Malaysia Sdn Bhd & Alternate Records Sdn Bhd
Listen to Pasya here: https://wmm.lnk.to/Arca
Follow Pasya:
Instagram: https://www.instagram.com/pasyaaaaaaaaaaaaaa/
YouTube: https://www.youtube.com/c/GengPasya
Lyrics:
[Verse]
Aku rapuh
Tanpa kamu
Tinggal aku
Yang menangung
Rindu
Aku beku
Kau ku perlu
Kau penyeri
Kan ku serah
Seluruh hati ku
[Pre Chorus]
Tiba masa ku lari
Selamatkan kamu
Tiba masa ku cari
Erti arca mu
[Chorus]
Buka pintu
Beri aku masa
Untuk aku
Sayang
Kau tak perlu
Bimbang
Buka pintu
Beri aku masa
Untuk aku sayang
Kau, kau jangan bimbang kan arca
[Verse]
Ku tersiksa
Kau tiada
Ku meronta
Biarkan jantung
Hadir bicara
[Bridge]
Ku yang mula
Jadi ku penghujungnya
Semua hanya
Tinggal arca.
lagu untuk kamu lirik 在 Alyssa Dezek | Lirik Lagu ( Lagu untuk kamu) - Pinterest 的必吃
Jan 24, 2020 - This Pin was discovered by Farah Izzaty. Discover (and save!) your own Pins on Pinterest. ... <看更多>
lagu untuk kamu lirik 在 Lirik Lagu Sampai Kapan (Jaga Hati Untukmu) dari Anneth ... 的必吃
Lirik Lagu Sampai Kapan (Jaga Hati Untukmu) dari Anneth Delliecia yang Trending di YouTube. Khosnol Khotimah. Sabtu, 23 Juli 2022 | 15:37 WIB. Lirik Lagu ... ... <看更多>
lagu untuk kamu lirik 在 Lagu Untuk Kamu / Alyssa Dezek... - Lirik Lagu Untuk Kamu 的必吃
2020年6月15日 — Lagu Untuk Kamu / Alyssa Dezek Setiap aku menyanyi Aku ingin menghiburmu Disetiap langkahku Disetiap karyaku Hanya ingin buatmu bahagia ... ... <看更多>