Semua orang ada buat silap.
Alkisahnya.. Hamka keretamayat ditegur kesalahannya, dan beliaupun tersenyum..
Soalan pembaca:
Asalamualaikum abang keretamayat,
Saya telah membaca buku kisah anak Autisme anda yang berjudul Kerana Dia Anak Syurga.
Maaf jikalau ini akan membuatkan abang terasa hati , saya cuma mahu menyatakan dalam petikan m/s 66 ada satu pernyataan ayat "Nauzubillah" maaf ye saya nak menegur sebaiknya menulis NAUZUBILLAHMINZALIK hendaklah menghabiskan begitu agar ayat yang disampaikan sama maksud dengannya maaf jikalau encik terasa saya ini agak hipokrit tetapi saya juga manusia biasa. Maaf jika saya pun tersalah dan terkasar di sini niat untuk menegur sahaja.Tapi setakat ini penulisan dan mesej sangat memberi kesan yang positif kepada saya.
Jawapan penulis:
Waalaikumusalam
Saya tidak terasa hati dan saya sangat gembira jika ada yang sudi menegur saya, sebab antara niat saya menulis adalah:
"Saya menulis agar jika ada yang saya tulis itu salah maka akan ada orang tahu salah saya dan sempat tegur saya sebelum saya mati dan dapatlah saya perbetulkan salah saya sebelum mati, tapi jika saya tidak tulis kerana takut salah, maka tiada orang yang tahu salah saya dan sayapun tidak tahu apa salah saya dan matilah saya dalam kefahaman yang salah, sebab itu suka saya pesan kepada mereka yang mahu menulis, jangan takut salah tulis! tapi jangan tulis benda salah, tulislah apa yang betul namun kerana kajahilan diri kita mungkin ada yang kita tidak tahu itu salah namun setelah ditulis, barulah orang lain akan tahu salah kita dan dapat kita diperbetulkan"
Jadi terima kasih dan tahniah kepada Tuan kerana menegur saya, namun setelah saya menyemak carian NAUZUBILLAH di Halaman Dewan bahasa dan Pustaka, maka jawapan DBP:
Maklumat Kata: Kamus Bahasa Melayu
Carian: nauzubillah
[na.Öu.zu.bil.lah] | نعوذبالله
Definisi : , nauzubillahi : kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita). (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)
Maka dari carian ini, saya dan sesiapa sahaja tidak salah menggunakan ayat separuh nauzubillah.
Pada pendapat saya kekeliruan timbul bila kita tersalah tafsir Bahasa arab. Sebab ada yang mentafsir: "Nauzubillah" tu bermaksud “Moga Dijauhkan Daripada Allah”. Jadi kena tulis penuh "Nauzubillahiminzalik" yang membawa maksud “Moga dijauhkan daripada Allah daripada perkara tersebut”. Sebab jika tulis separuh takut nanti termakbul permintaan kita tu konon kita nak jauh dari Allah.
Tak betul tu tafsir macam tu.
Okey, mari belajar Bahasa arab:
Min=Dari,
Bil=Dengan,
Maka, nauzubillah bermaksud : kita berlindung DENGAN bantuan Allah, bukan kita berlindung DARI Bantuan Allah.
Rujuk ayat "Aku berlindung DARI Godaan Syaitan", ada MIN kat ditu, Bukan BIL.
Maka dalam kes ini, maaf anda di terima dan saya pula minta maaf kerana menegur anda bahawa anda salah dalam memahami bahasa arab.
Semoga kita semua selamat dari azab api neraka.
Nauzubillah.
Woha!
Ps: Bagi yang belum tahu, Buku Kerana Dia Anak Syurga ini di tulis oleh saya yang ada anak OKU autisme dan turut bersama 12 penulis yang ada anak OKU, Bapa OKU, diri sendiri OKU dan pelbagai kisah ketabahan hati dan bagaimana dari medan ujian bertukar menjadi medan kesyukuran.
Nak beli? boleh kunjungi kedai buku atau rujuk wasap di ruang komen.
Woha!
「kamus dewan edisi keempat」的推薦目錄:
- 關於kamus dewan edisi keempat 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於kamus dewan edisi keempat 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於kamus dewan edisi keempat 在 Bellaidura.com Facebook 的最佳解答
- 關於kamus dewan edisi keempat 在 Kedai Buku Putatan's Damai branch - KAMUS DEWAN EDISI ... 的評價
- 關於kamus dewan edisi keempat 在 Download File Cara Terlengkap Mendapatkan Uang Dari ... 的評價
kamus dewan edisi keempat 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Antara punca menjadi pelampau liberal adalah terlalu apologetik pasal hukum Islam. Apa maksud apologetik?
.
(apologétik) bersifat menyesali sesuatu perbuatan yg telah terlanjur: nada suaranya yg ~ itu mungkin menunjukkan dia telah menyedari kesilapannya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
.
Tidak perlu apologetik tentang Islam. Mungkin sebahagian berharap dengan apologetik maka orang lain akan lebih dekat dengan Islam, menerima Islam & bertolak ansur dengan Islam tetapi hakikatnya ditolak beransur-ansur tanpa kita sedari.
.
Gunakan hikmah. Berlembut & bertegas kena pada waktu & keadaan.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #pelampauliberal #apologetikmuslim
kamus dewan edisi keempat 在 Bellaidura.com Facebook 的最佳解答
Bahagia?? Ada makna tak?? Bahagia dalam kamus dewan & bahasa edisi keempat, suasana tenang & aman, aman damai serta gembira. Maknanya yang apa saja yang mengembirakan hati kita la kan? Gemuk itu bahagia juga maknanya. Sebab kita seronok sangat makan makanan kegemaran kita.
kamus dewan edisi keempat 在 Download File Cara Terlengkap Mendapatkan Uang Dari ... 的必吃
Kamus Inggris Terlengkap & Ter-Update. Rahasia Lengkap Sukses Bermain Youtube. Edisi Terlengkap EYD & SASTRA ... keempat imam madzhab tersebut akan dikupas. ... <看更多>
kamus dewan edisi keempat 在 Kedai Buku Putatan's Damai branch - KAMUS DEWAN EDISI ... 的必吃
KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PRICE : RM60. ... <看更多>