Malam ni terasa nak berterima kasih kat semua orang yang support aku secara langsung dan tak langsung. Sedar tak sedar dah cecah 1k++ order setakat ni. Tahun lepas start jual beanie bulan 10. First order aku @hapizulismail yang beli, terbaik ah yoel. Ingat lagi masa tu aku tak reti nak jadi model, sebab aku rasa tak yakin dgn diri aku sendiri, gila ke, aku mana penah duduk depan kemera. So aku roger @alifshazni utk jadi model aku. Dan-dan @asyrafzulkefli roger nak lepak, dah tak pasal-pasal lepak kat rumah aku utk photoshoot alif. Haha. Makasih la acap tolong aku setup lighting. Korang punya hasil aku guna dah dekat setahun dah.
Tahun lepas meniaga tak agresif la orang kata, sebab masa tu aku rasa macam segan-segan nak menjual. Mano taknya, pos benda-benda jual kat ig personal. Confirm member-member menyampah punya tengok pos benda niaga hari-hari benda sama je. Tapi tu laa. Org kata kalau malu-malu, takda la hasilnya. Ada member aku pesan "kau buat je, takyah fikir org lain" lebih kurang macam ni laa. Aku tak ingat dah, kena scroll dm lama2 balik dgn @atanonfiree . Wife aku @nadianoni pun pelik knp aku tak beriya jual bulan 10-12 tahun lps. Kira aku niaga mcm santai je. Sampai byk kali la dia bising nak aku agresif. Bukan apa, aku nak buat benda yang aku minat ni suka-suka je sebenarnya. Sekadar isi masa lapang memandangkan aku tolong bisnes @dearlilyrose dgn @pnfplus ni. So, aku pun start la bulan 1 baru nak agresif. Tp takde la agresif mana pun, sekadar hilangkan rasa segan malu nak promote2 je. Kira mcm azam tahun baru ahh. Hehe. Lepas tu, ada sorang ni DM aku tanya random nak jadi dropship aku, aku ni dah la takda pengalaman buat dropship-dropship ni. Aku join orang punya dropship ada laa. Ni pulak nak buat content-content. Aku tak reti laa. Tapi korang ada cara korang sendiri nak promote, tu yang aku respect! Sorry laa geng, aku taktau apa ig dorang dah. To Wadihan, @adliaizad dgn syahmi thanks ah, korang bagi aku pengalaman untuk handle dropship yang tak seberapa ni.
Kalau nak cerita pasal sambutan aku boleh kata "boleh laa" untuk aku yang bisnes tak besar mana ni. Sambutannya sampai ada bro ni buat subscription laa, dia order semua color sekaligus, dan dia mintak aku pos 2 helai tiap minggu untuk collection dia. Memang aku tak jangka benda-benda mcm ni. Ni bagi aku laa, mungkin utk orang lain benda ni normal, tapi bagi aku benda ni pelik sbb produk beanie kau buat mcm subscription. Haha. Terima kasih boss kalau ada baca ni, benda ni saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih sebab bagi saya pengalaman merasa mcm ni.
Dah laa, tiba-tiba pulak rajin menaip. So, alang-alang rajin, aku pos panjang-panjang laa, lama tak tulis panjang-panjang macam ni. Hehehe.
同時也有12部Youtube影片,追蹤數超過7萬的網紅Mohd Azizam,也在其Youtube影片中提到,Bajet tak cukup beli telefon pintar yang mahal? Untuk kegunaan ringan seperi Google Meet / Zoom / Whatsapp d atau Telegram sahaja? Ini alah cara untuk...
「jual beli rumah」的推薦目錄:
jual beli rumah 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Zon Angker lewat tengah malam.
Pm lewat wasap
Misteri human detector, cctv
Aku namakan dia El, lokasi rahsiakan dululah. Nak jaga privacy El juga. Sebab aku mahu pun El tak tahu gangguan ini berpunca daripada apa.
Kisah bermula selepas perbincangan adik beradik.Kakak ipar El ada sebuah rumah yang tidak dihuni selama 3 tahun. Jadi rumah tu terbiarlah selama itu. Disebabkan kakak ipar El ni bujang so dia tak mahu tinggal sendirian. Bahaya. After perbincangan maka kakak ipar ni jual pada El, kontrak sewa dan beli.
3 hari selepas aidil fitri baru ni, El dan family masuk rumah ni selepas pembersihan. Dalam masa yang singkat, bincang, sewa beli terus pindah. Kata El adalah dalam 3 minggu juga proses tu.
Masa pindah tu memang tak dapatlah nak buat kenduri ke apa, pkp kan. Tapi suami El azan dulu sebelum masuk rumah, El pun bila dah masuk rajin membaca ayat- ayat suci alquran ni semua. Insya allah, yakin lah tak ada apa. Rumah tinggal kita pun faham. Rumah baru persekitaran baru, suami El jarang ada di rumah. So untuk keselamatan dia pasang cctv. Dekat belakang rumah tu pula belukar. Jadi takut jugalah.
Keanehan bermula sebaik sahaja mereka di situ. El mengadu dia paling kerap terkena. Kadang tu kaki tersadung tak memasal. Macam tak ada mata dah.. tersadung jatuh. El ni suka main basikal, pusing- pusing naik basikal dekat sekitar rumah pun boleh terjatuh. Aku tanya juga kut dia rasa ada orang tolak ke? Memang tak adalah.
Baru- baru ni dia tergelincir teruk di garaj. Sampai koyak dahi. Berdarah banyak sampai kena 4 jahitan. Pelik betul..asyik terjatuh, asyik tersadung.. walhal dah cukup berhati- hati.
Paling aneh El kata.. bab sampah. Sampah tu berbuang hari- hari tapi ulat sampah tu ada sentiasa . Lagi dia kutip,lagi banyak ulat tu. Nak kata ada bangkai, bau pun tak ada. Ulat tu muncul dari dalam tong sampah. Kalau ikut logik, takat buang sampah pagi, tengahari dah berulat? Tu pelik..
Baru ni, dah lah dahi tu sakit berjahit. Nak tunduk payah. Ulat tu datang lagi. Allah stress pula dia rasa. Kesian El..
Tu baru bab ulat sampah. Bab cctv dekat belakang tu. Mereka dah set human detect pada cctv tu kalau ada orang lalu memang boleh capture clear. Aku sertakan gambar, dalam kotak jingga tu , boleh tengok time pukul berapa sebelah kanan atas. Apa yang cctv tu capture. Dan korang baca sendiri conversation aku dengan dia pasal human detector cctv dia tu.
Apa ye dalam kotak jingga tu?
Korang boleh nampak semak samun tu, siapa nak lalu dekat situ. Tapi menurut el..ada kesan laluan dekat situ? Mahluk tu lalu? Allahualam.. kalau kita tengok semak tu , kita tak lalu.. kalau pencuri atau orang lain, mesti cctv dah capture?
Atau.. ada orang halimunan kat situ? Aih! Seram aku.
Aku cuma boleh sugest el untuk cari ustaz bantu dia. Meremang bulu roma tengok gambar cctv tu..tak tahulah apa yang dia detect dekat situ.
Payah bila terjebak di zone angker ni kan...
Kredit : Puan Ida
jual beli rumah 在 Facebook 的最讚貼文
Terbaca berita ada lelaki Guna Kereta Sewa Dan Berlakon Kaya, kemudian Tipu perempuan waktu memikat?
Nak mengorat memang kena ada kereta mewah ke?
Ada juga baca berita peniaga sewa kereta mewah dan ajak orang join bisnes dia yang Berjaya sebab dia pakai kereta mewah, dan kereta mewah tanda Berjaya?
Ingat balik, memang ada geng MLM naik kereta (jenama saya lupa) ajak mengeteh dan melabur, tapi saya tak terkesanpun.
Alhamdulillah sampai hari ni, belum pernah kena tipu dalam mana mana bisnes MLM.
Bagus jugak tak minat kereta mewah ni sebab bagi saya kereta ni bukan isu jenama, asal praktikal, tak beban, cukuplah boleh gerak, okey dah. Walau saya ni kaki movie, tapi filem Fast and Furious tu langsung tak minat, saya tak suka tengok hero naik kereta mewah atau motor besar, saya suka hero baca buku (woha!)
Saya rasa orang yang bergantung pada jenama kereta mewah ini sedikit lemah Iman. Saya rasalah!
Sebab Dia macam terpaksa bergantung kepada jenama untuk nampak hebat. (ada unsur syirik)
Paling tak tahan, berlagak sombong bila ada kereta mewah, malas nak cerita lah, dia punya feel berlagak waktu semua orang pandang dia, tak boleh blah, lagi nak remmm minyak, lagi nak pasang muzik kuat, nak bawak laju, padahal nobody care.
Lepas tu nak kena pulak ada awek seksi bodoh duduk sebelah, adohai, itu yang saya cakap peminat kereta ada sikit masalah Iman korang janglah marah yer?
Belum cerita geng beli kereta jenama tempatan dan hias dengan ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, saya sekali tengok dah tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira kepada evo three?, adohai, lepas tu bunyi macam ribut, dengan lowed kena perlahan area Bumper siap turun, lepas tu warna macam kereta macam budak tadika baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., tak kira ada masalah keimanan ke?
Nak cerita ke kereta mewah tak pergi masjid?
Nak cerita ke kisah orang bujang ikat perut pakai kereta mewah, kemudian masuk neraka wang dan jadi muflis?
Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP. Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.
"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi, amboi."
Bab kereta mewah, Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat Rawi, ramai orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam hutang seumur hidup.
(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)
Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.
ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
(gambar kereta ni saya ambik dekat forum carigold)
Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya jual kereta Charede dan beli kereta proton wira second Hand yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya jual Wira, dan beli Proton Exora, cukuplah kami tujuh beranak.
Tapi kereta Exora kuat minyak, maka saya perlukan kereta kedua untuk urusan kerja, saya beli Axia kompang.
Dijalanan orang cakap: “penulis pakai Axia jer?”
Dah ini kereta yang mampu saya pakai dan bayar bulan bulan, asalkan praktikal, saya tak kisah pun, Nobody care.
Apa-apapun, nak minat kereta biar berpada pada, ukur Iman dalam dada, kenapa nak kereta mewah? Kenapa nak Warna paling terang, bunyi eksos paling kuat? Muzik speaker baling bergegar bass? Bumper paling lowed, Awek seksi duduk sebelah? Kenapa?
Mungkin Ada orang dia cuba jadi orang pertama pakai kereta BMW dalam keluarga, ada orang dia nak jadi orang pertama ada kereta Ferarri dalam keluarga.
Alkisahnya, pernah saya baca kisah orang kaya yang ada kereta mewah, waktu sakit nak mati, harapan dia agar dapat tulis satu buku tentang kisah hidup dia.
Maka saya terfikir, antara menjadi orang pertama ada kereta mewah dalam keluarga, lebih baik saya jadi orang pertama ada BUKU dalam keluarga.
Maka terlihatlah saya menaiki sebuah kereta Axia, paling murah di Malaysia, Bersama Buku tulisan saya yang dah masuk 12 bijik!
Sesungguhnya, Kereta ‘mewah’ saya ini akan sampai setakat pagar kubur, tapi buku saya harapannya, insyaAllah menjadi bekalan kebaikkan Bersama doa anak yang soleh serta sedekah jariah.
Woha!
Ps: Hidup ini tak perlu cari kereta mawah semata mata. Sungguh Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi diukur melalui kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat, dan dibukukan pengalaman itu, tak percaya? baca buku KISAH LAKI BINI! (Woha sampai syurga!)
jual beli rumah 在 Mohd Azizam Youtube 的最讚貼文
Bajet tak cukup beli telefon pintar yang mahal? Untuk kegunaan ringan seperi Google Meet / Zoom / Whatsapp d atau Telegram sahaja? Ini alah cara untuk anda mencari sebuah smartphone dengan spesifikasi yang paling minimum.
ANDA BOLEH MEMBELI DI
LEAGOO MYFON S1 : https://shp.ee/ybghiqt
LEAGOO M10 : https://shp.ee/9jb8zud
SONY XPERIA : https://shp.ee/95mjnhy
Lain - Lain : https://shp.ee/s65nupd
Cashback SHOPEE & LAZADA: http://bit.ly/OnCashback
Bacaan Mengenai RAM : https://www.androidauthority.com/how-much-ram-do-you-need-in-smartphone-2019-944920/
JOM FOLLOW
YOUTUBE : http://www.youtube.com/MohdAzizam?sub_confirmation=1
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/azizam_ig
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MohdAzizamYT
JUAL BELI CRYPTO : http://bit.ly/TradeMY
Contact me for any Product Review/Collaboration and others : azizam97@gmail.com
#MohdAzizam #PdPR #PhoneBajet
jual beli rumah 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的最佳解答
Salam guys, disebabkan sekarang dalam tempoh Lockdown dan semua terpaksa Working From Home, jadi aku pun terpaksa buat konten dari rumah sahaja, kali ni aku berkongsi manfaat yang kita boleh dapatkan dari pokok sawit untuk aktiviti outdoor dan survival..selamat menonton
Ferro Rod Fire Starter https://shopee.com.my/Ferro-Rod-Fire-Starter-F.O.C-i.283444682.6744637782
Jom Follow/Like Social Media F.O.C:
Di Facebook: https://web.facebook.com/FCampM/
Di Intagram: https://www.instagram.com/frugal_outdoors_camping/?hl=en
Kedai Shopee F.O.C https://shopee.com.my/sham_foc?categoryId=130&itemId=3873836477
Untuk Business/Review/send me your product deal via email frugaloutdoorchannel@gmail.com
FAQ (soalan popular & jawapan)
1) Q: Tent yg FOC pakai sekarang
A: Naturehike Cloud Up 2 (https://shopee.com.my/Naturehike-Cloud-Up-2-Person-Tent-Free-Standing-Ultralight-Camping-Tent-i.129217730.2134224500)
2) Q: Flysheet yg FOC pakai sekarang
A: Hisea 3x3 meter (tak dijual lagi sekarang,company stop production)
3) Q: Guna kamera apa
A: Canon 200D (kit lens & canon 50mm + GoPro Hero 6 & 7)
4) Q: Guna motor apa
A: Bajaj/Modenas V15 (dah modi@custom,kos RM3200+) (DAH JUAL)
5) Q: Tak takut hantu ke
A: Ajaran Islam tak suruh takut hantu,percaya wujud je geng hehe
6) Q: Pernah kena ganggu/jumpa hantu?
A: Ada 2 kisah misteri sahaja(dah di ceritakan dalam video lepas), selain dari itu tiada pengalaman lain @ jumpa hantu depan2.
7) Q: Boleh join?
A: Tak janji boleh (tak plan trip biasa last minit suka2 hati je on)
8) Q: Macam tengok arah Kiblat
A: Ada jual kompas Kiblat atau boleh guna aplikasi di HP
9) Q: Macam mana berak/kencing
A: Tempat xda toilet guna konsep korek&kambus,cuci guna air sungai/laut
10) Q: Nama alat nyalakan api gores-gores tu apa
A: Ferro Rod (https://shopee.com.my/Ferro-Rod-Fire-Starter-F.O.C-i.283444682.6744637782)
11) Q: Kasut boot yang digunakan
A: Altama Maritime Assault Mid Cut (https://www.facebook.com/Original-SWAT-Malaysia-192432156259)
12) Q: Seluar outdoor yang dipakai
A: Mahameru Survival Soul (Indonesia) xda jual kat Malaysia.
13) Q: Abg ni solat tak??
A: Kalau tak solat,tak ingat Tuhan kau ingat aku berani ke camping sorang-sorang tu hihi ( tak semua benda kena tunjuk)
14) Q: Harga kayak biru FOC
A: RM1000,model basic S.O.T kayak,seller MAG,boleh ke group ni kalau nk beli https://www.facebook.com/groups/2474750919427088/?ref=bookmarks
#dapursurvival #campingmalaysia #frugaloutdoorsandcamping
jual beli rumah 在 Fizo Omar Youtube 的最佳解答
Dia tunai janji weyyy!!!
.
Seperti yg dijanjikan, owner pertama new triton athlete di Malaysia milik abe joe!
.
Siap hantar pakai towing truck ke depan rumah lagi.lu memang mantul la bro hanif.
.
Igt lagi masa beli 1st car abe joe, perodua kancil 2nd hand, 16 tahun lepas,mama lah orng pertama naik kete tu dan sampailah skng.ape2 kete yg abe joe beli, make sure mama orng pertama yg akn naik kete tu.
.
Tak salah pun kalau kita nak dahulukan mak kita, apa yg abe joe ade skng ni pun adalah dari berkat doa seorang ibu, antara doa yg tidak akan ditolak.rezeki abe joe masih ada mama yg sentiasa berdoa n mendapat satu demi satu kejayaan hri ini.
.
Ok hari ni bru terima kereta ni, lepas ni tgk plak ape abe joe akn buat kat si #oyen ni.
Jom layan #projek4X4abe joe. abe joe decide jual kete lama n angkat kete baru Mitsubishi Triton Ahtlete yg baru ni.kira abe joe owner pertama register kat Malaysia kete ni.
.
So korang nak tahu ok tak kete ni? worth it tak? ape yg best? ape yg tak best? semua abe joe ade share dalam vlog series #projek4X4abe joe ni.
.
Btw antara sbb abe joe amik kete ni, features dia dah mcm kete conti dah n 0 % interest beb utk down payment 50% dan kalau 10% DP pun, hanya 1.8% interest for 9 years..itu memang giler weh..xpernah dibuat orang.
.
So kira good deal lah… n bila dah test memang PADU…
.
jom layan episod2 yg sebelum ni.
.
vlog 1 - abe joe jual ford ranger
https://www.youtube.com/watch?v=3JXvqyd_se0
.
vlog 2 - terjah showroom , abe joe owner pertama di Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=E67xAtUvDWk&t=149s
.
vlog 3 - test drive n terus confirm
https://www.youtube.com/watch?v=tyxKxWlqAkQ&t=79s
.
vlog 4 - suprise hantar kete depan rumah
https://www.youtube.com/watch?v=y98SCvFW0QM
.
vlog 5 - abe joe test power kete ni. minyak jimat weh!
https://www.youtube.com/watch?v=Cbk29dAVE2s
.
#TRITONATHLETE
#OFFROAD
#PROJEK4X4ABEJOE
#MITSUBISHI