Apa itu Hakikat Agama?
(Sila baca sampai habis, jangan langkau nanti sesat nayer)
Korang pernah drive kereta dengan orang tua pergi tempat jauh? Lepas tu pakcik tu senyap sahaja, korang nak bukak lagu rock XPDC pakcik tu bukannya layan, nak bukak lagu Cromok lagilah pakcik tu tak layan.
Nak bukak radio mengaji karang, hati korang pulak yang gelap akan mengantuk waktu memandu.
Jadi nak borak tentang apa dengan pakcik yang membisu dikerusi penumpang tu?
Nak borak pasal Politik, Pakcik tu bekas penyokong PH, katanya tak minat dah politik, semua pasti samer jer..
Habis tu nak borak apa?
Hah! Inilah fungsi blog keretamayat, idea for better life! Fight of Mediocrity!
So apa kata korang ajak pakcik yang membisu dikerusi sebelah sembang bab Hakikat, Syariah, Tarikat, Maarifat agama Islam!
Tentu pakcik tu pun akan teruja, ya! Tahu! Tajuk ni tinggi. Tapi aku akan ajar korang borak cara santai bab tinggi ni dengan ilmu tamsilan yang mudah faham.
Mula mula korang Tanya pakcik membisu tu:
“Pakcik tahu Apa itu hakikat ugama?”
Mungkin pakcik tu jawab:
“Imu hakikat ni tak boleh cerita dengan ayat biasa, ilmu ni akan datang bila korang kenal MAARIFAT ALLAH”
Itu jika pakcik tu jawablah, jika dia membisu jugak, korang tanya soalan lain pulak:
“Pakcik tahu Apa itu Maarifat Allah?”
Mungkin pakcik tu jawab:
“Ilmu ni tak boleh belajar melalui siapa siapa pun, ilmu ni hanya akan datang bila korang belajar TARIKAT NABI”
Itupun jika pakcik tu jawablah, jika dia masih membisu jugak, korang tanya soalan lain lagi dan lagi:
“pakcik tahu. Apa itu tarikat Nabi?”
Mungkin pakcik tu jawab:
“ilmu ini, korang akan dapat bila faham SYARIAT ISLAM”
Kalau pakcik tu jawablah, jika masih membisu seribu Bahasa, korang Tanya pulak soalan ni:
“pakcik tahu Apa itu syariat Islam?”
Bosan dengan soalan korang yang bertalu talu, mungkin pakcik tu akan luahkan ilmu yang dia pernah sembunyikan jika ada, atau akan merepek cerita ilmu sesat yang dia pernah belajar, waktu tu korang diam jer, biarkan dia bercakap, niat asal nak ajak pakcik bersembang agar mengantuk hilang, niat kedua, nak wujudkan suasana agama dengan bercerita tentang kebesaran Allah.
So, biarkan pakcik tu nak cerita ilmu tasauf dia, kisah tok guru dia boleh jalan atas air macam labah labah, kisah tok guru dia boleh hidup dua alam macam katak, kisah tok guru dia tak makan tujuh hari macam ular sawa kenyang, biarkan.
Memang orang tua bila bersembang, tak terjangkau akal kita memikirkannya, lalu keluarkan kisah wali dan tok keramat, kisah wali makan durian depan kaabah, atau mungkin kisah minyak dagu mayat pengasih Cinta pun akan dikeluarkan, so ini peluang untuk kita belajar ilmu dari orang yang jauh lebih tua sewaktu terperangkap dalam kesasakkan jalan raya.
So panjang sudah pakcik itu bercerita, apa yang aku dapat ingat, ilmu Syariat adalah segala kehendak Allah dari segi perintah dan larangan. Boleh lah aku katakan syariat ini sebagai hukum-hakam Allah yang tertulis dalam Al-Quran, makala Tarikat pula adalah cara melaksanakan hukum-hakam berdasarkan hadis,: dan sudah tentu cara Nabi!, sebab tulah ada orang alim menyebut Tariqat Nabi, contoh:
Allah telah mengsyariatkan seruan Azan dan solat, maka tarikat azan dan solat adalah cara Nabi iaitu azan dalam bahasa arab, tak boleh guna Bahasa kebangsaan, dan solat berjemaah tempat azan di azankan. Jadi ilmu syariat dan tariqat ni wajib semua orang islam belajar di awal awal keislaman sebagai asas menjadi orang beriman sebagaimana orang terdahulu beriman.
Manakala ilmu maarifat dan hakikat memang tak dapat belajar dengan berguru, ilmu ni Allah akan bagi bila korang buat pengorbanan dan mujahadah yang betul. Maarifat ini adalah ilmu mengenal Allah dan Hakikat adalah ilmu paling tinggi yang bolehlah aku ertikan sebagai kemanisan beragama atau kemanisan berhubungan dengan Allah.
Begitulah istipati pakcik tu cerita, so lepas tu pakcik tu pun diam balik, dan tibalah giliran korang pulak nak sembang, atau dalam kes korang pulak, mungkin memang dari awal pakcik tu diam tak nak sembang, tapi korang tetap ajak pakcik tu sembang.
Korang Tanya pakcik tu lagi:
“Boleh tak saya nak kongsi kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan, boleh?”
Terkejut pakcik tu bila korang nak cerita kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan. Biarkan dia terkejut, lalu korang pun bercerita.
1. Syariat seorang pemancing.
Semua pemancing ada Syariat memancing iaitu ilmu undang-undang atau hokum hakam memancing seperti, mesti ada joran, joran kena ada tali, kena ada mata kail, kena ada umpan, dan ini adalah syarat-syarat sah untuk memancing, jadi untuk dapat ilmu ini kena belajar dari guru pemancing yang berpegalaman.
2. Tarikat seorang pemancing.
Ok, Dah pandai dan dah faham hukum-hakam memancing, dah pandai pilih joran, tali, mata kail, dan umpan, sekarang korang kena ikut ‘tarikat’ atau perjalanan yang betul iaitu memancing mestilah di tempat yang ada ikan, tak boleh memancing kat telaga buta, dalam baldi , kat indah water sebab itu adalah ajaran sesat tarikat memancing, jadi kena rujuk pada pakar pemancing iaitu memancing mestilah di jalan yang benar, atau di tempat yang benar seperti, tasik, sungai, laut atau kolam memancing. Ilmu ini kena belajar dari guru pemancing yang berpegalaman.
3. Maarifat seorang pemancing
Hah! Yang ni tak boleh nak belajar dari guru sahaja, kena berlatih dan terus berlatih, kena korban masa korang banyak-banyak memancing ikan dipelbagai tempat, cuaca dan masa, maka akhirnya korang akan dapat ilmu Maarifat memancing, seperti tengok air dah tahu ikan apa yang ada, tengok arus air dah tahu ikan banyak mana, tengok kocak di air, sudah tahu jantan betina, tengok umpan dah tahu ikan apa yang akan makan, tengok warna air dah tahu berapa ekor ikan yang tinggal di penempatan itu, tengok buih-buih dah tahu berapa kilogram ikan yang akn timbul…pendek kata profesional tahap gaban! Tahniah!
4. Hakikat seorang pemancing.
Akhir sekali, Hakikat seorang pemancing, atau ‘kemanisan’ memancing! yang ni aku tak reti nak terangkan, tapi member aku ada yang dah dapat hakikat memancing, orang macam gini biasa korang boleh tengok waktu maghrib pun duduk memancing lagi, tak peduli nyamuk gigit, tak peduli turun hujan ribut, kadang-kadang duduk bertenggek kat jambatan dari magrib hingga ke subuh. Jika memancing dalam hutan, harimau pun takut nak dekat, boleh tidur sambal pegang jorang tak bergerak. Lebih dahsyat kawan aku ni, hari raya aku nak pergi solat raya jam lapan pagi, dia boleh bawak joran nak pergi memancing, memang dah dapat hakikat betul, sampai satu tahap bini nak bersalin pun boleh pergi lagi, inilah hakikat tahap gaban!
Kesimpulan:
Jadi berbalik pada syariat agama, korang dan aku dan seluruh ummat kena cari ustaz berguru, dan belajar amal dengan cara yang betul, dengan tariqat yang betul iaitu cara Nabi dan Ulamak, lepas tu korang istiqamah dan buat pengorbanan baru dapat maarifat Allah, baru dapat mengenal Allah, nak belajar korban, hayati kisah Nabi Ibrahim alahisalam.
Bila korang ada makrifat agama, bab mencari hikmah dalam takdir buruk menjadi mudah, sebab korang akan faham bahawa hikamh adalah nasib baik yang menyamar dalam takdir buruk, dan korang akan faham dengan sebenar benar faham bahawa segala yang berlaku di dunia ini adalah dalam kehendak Allah, tidak ada satu pun yang berkebetulan, yang baik dan buruk semunya dari Allah! Ini rukun iman yg ke enam!
Ramai orang jadi sesat bila belajar bab takdir..nauzubillah…
Maka dalam bab Makrifat, fahamilah bahawa semalam adalah takdir yang berlaku dalam kehendak Allah, hari ini dan esok rancanglah dengan sangka baik pada Allah kerana hari ini dan esok juga akan menajdi semalam.
Faham tak? Tak faham maka belum dapat ilmu Makrifat!
Akhir sekali, korang akan dapat hakikat agama selepas korang mengenal Allah, apa itu hakikat ugama?, itulah satu hubungan yang penuh asyik dengan Allah, kemanisan dalam ibadah, kemanisan dalam dakwah, kemanisan dalam zikir, dan bila kita sudah merasai hakikat agama, maka pasti akan rasa pahit sekali bila meninggalkan suruhan Allah!
Hari ni buat ibadat rasa malas, buat maksiat rasa seronok, memang jauh lagilah marifat dan hakikat agama nak datang dalam diri.
Akhir kata,
1. Ibu segala syariat adalah: Kalimah Tauhid.
2. Ibu segala tariqat adalah: Solat berjemaah.
3. Ibu segala Maarifat adalah: Dakwah
4. Ibu segala Hakikat adalah: Tahajjud
Begitulah panjang lebar aku cerita pada pakcik di sebelah, dan pakcik tu terus membisu, matanya dipejam, adakah dia sedang insaf. Sekali tidur rupanya.
Woha!
Pakcik tu dah dapat Sakinah, sakinah dalam mendengar ceramah, apa itu sakinah? Alamak panjang pulak nak cerita, lain kali kita cerita, pakcik tu pun dah tidur, teruskan memandu sambil layan lagu sakinah dari XPDC!
“bila kenal Sakinah, kenal diri siapa sebenar!”
Woha!
Ps: Seseorang yang telah mendapat kemanisan Islam maka tidak ada mana-mana agama pun dapat rosakkan dia, dan seseorang yang tak dapat kemanisan Islam maka tida ada mana-mana agamapun dapat memberi kamanisan sebenar kepada dia, Islam adalah manis! Bagi mereka yang mendapat hakikat!
istiqamah dua 在 Facebook 的最佳貼文
Setelah berminggu minggu PKPD, hari ni dah habis, dan dapatlah jiran jiran korang pergi Solat berjemaah di surau. Alhamdulillah..
Sungguh mereka yang pergi solat berjemaah, telah di beri dengan lima nikmat yang besar!
Apa itu lima nikmat yang besar?
1-Masa lapang
2-Sumber rezeki
3-Kesihatan
4-Berkeluarga
5-Beragama.
Kenapa lima ini nikmat yang besar?
Jom bedah nikmat dan fahami lima keperluan asas ini.
(1) Masa lapang.
Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, sibuk memanjang dengan kerja tak habis, sakit tak sihat, cari harta tak kaya jugak, bayar hutang makih bertambah, oh sungguh sibuk macam hamba abdi, macam tawanan perang kena kerah buat jambatan, maka bersyukurlah jika ada masa lapang sebab jika tiada masa lapang maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk skill dalam seni, untuk lepak tenangkan diri, ohh.., hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi. Sungguh memiliki masa lapang adalah Nikmat hidup!
(2) Sumber Rezeki
Bayangkan jika kita tanpa sumber rezeki? hidup miskin, angat susah, bersama hutang keliling pinggan, aduh… kita langsung takde skill yang boleh menjana incone.. sungguh menjadi miskin tidak haram tapi menyusahkan orang itu haram, meminta minta itu haram, sungguh dalam rukun islam ada dua tempat perlu pada harta, Zakat dan Hajii, maka fahamlah kita bahawa menjadi kaya itu tidak haram.., jadi tolong usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Dalam hadis bagitahu, tangan memberi lebih baik dari tangan menerima, Sungguh dengan wang yang banyak kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi dengan miskin kita boleh mendapat penderitaan tanpa membelipun. Fahamlah, memiliki sumber rezeki, adalah antara nikmat hidup terbesar!
(3) Kesihatan.
Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah?, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, maka telah hilang nikamt hidup, sebab itu Sihat adalah antara Nikmat hidup terbesar!
(4). Keluarga
Bayangkan jika kita hidup tanpa Keluarga atau tanpa cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati. Antara nikmat besar dalam hidup, ada keluarga yang saling sayang menyangi!
(5) Agama
Bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar atau teori konspirasi dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita dan teori konspirasi takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.
Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih kepada Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!
“KEJAP ABANG KERETAMAYAT? MANA DALIL 5 NIKMAT NI NIKMAT YANG BESAR?”
Nak dalil? Ada, rujuk Hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah (5) lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa (1)sihat sebelum sakit. Masa (2)kaya sebelum datangnya masa sempit. (3)Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. (4)Masa mudamu sebelum datang masa tua dan (5)Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Dari Hadis ini, dapatlah faham bahawa hidup ini ada 5 nikmat hidup!
1. Hidup sebelum mati, Nikmat AGAMA... Apa sahaja waktu hidup kita gunakan untuk agama, akan bagi kesan pada Akhirat!
2. Muda sebelum tua, Nikmat berKELUARGA, maka masa muda hargai mak ayah, hargai semua orang yang kita sayang, sebab bila kita tua semua itu jadi kenangan, hargai anak isteri, sebelum kita semua jadi tua. Hargai kawan sebelum mereka tua.
3. Sihat sebelum sakit.. Mata boleh melihat, telinga boleh mendengar, lidah boleh mengecap, kulit boleh merasa, kaki boleh melangkah, tangan boleh mencapai, syukur.
4. Kaya sebelum miskin, ini adalah SUMBER REZEKI.. duit ada dalam poket, makanan atas meja. Tidak meminta minta. Alhamdulillah
5. Lapang sebelum sibuk, Alhamdulillah bila ada MASA LAPANG.. boleh buat apa kita suka. Menulis, membaca? Terpulang.. enjoy the silence.
Jadi lima nikmat hidup ini buakn saya reka, Nabi yang bagitahu lima keperluan asas dalam menentukan kebahagiaan hidup. Dan sekarang saya cerita tentang jiran anda yang pergi solat berjemaah, yakinlah mereka telah dapat lima nikmat hidup!
Ada hadis bagitahu jika tengok orang ke masjid, yakinlah mereka benar benar beriman.
Bila beriman, yakinlah mereka ahli syurga!
Jom kita siasat, 5 nikmat ahli syurga ni secara terperinci.
Pertama, mereka ada masa lapang.
Macam saya cakap tadi, memiliki masa lapang adalah nikmat hidup yang besar, demi masa semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang gunakan masa lapang dengan betul, maka ahli syurga ni, yang ulang alik ke masjid, mereka telah dikurniakan masa lapang, dan telah gunakan dengan cara yang betul, akhirat ada soalan di padang mahsyar, dimanakah masa lapangmu di habiskan? Senang senang jer ahli surau ni jawab: saya gunakan masa lapang dengan menjaga solat berjemaah, alhamdulillah.
Habis bab masa lapang..
Kedua, mereka ada rezeki yang berkat.
Apa itu rezeki berkat? Rezeki berkat adalah:- Korang Dapat Taat Perintah Allah Dalam Apa Jua Keadaan.. yang mana Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat! Jadi ahli surau tu rezekinya sangat berkat sebab dapat jaga solat Jemaah walau ada yang naik basikal, nak motor, jalan kaki, semua itu rezeki berkat. Alhamdulillah.
Korang pulak yang kaya raya, kereta besar serba baru tapi gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA al istidraj, macam seekor tikus asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tikus aktif, terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan rezeki berkat tapi hakikatnya bala kerana rezeki korang gagal buatkan korang jaga solat berjemah, Nauzubillah!
Ok, tadi kita cerita ahli surau yang telah di beri dengan lima (5) nikmat yang besar! Dah cerita tentang (1) nikmat masa lapang, (2) nikmat rezeki berkat, sekarang cerita tentang nikmat ketiga iaitu:-
Nikmat kesihatan.
Alhamdulliah, waktu orang lain sakit terlantar di ICU atau wad, atau menderita di rumah, ahli surau yang sihat dipilih oleh Allah untuk imarahkan masjid, nikmat sihat digunakan pada jalan yang betul, malahan ada yang uzur sikit sikit, solat duduk atas kerusi, pun masih mampu ke masjid, berkerusi rodapun ada yang mampu datang, memang ahli syurga betul jiran korang ni, Alhamdulillah.
Habis nikmat nombor tiga sekarang Nikmat ke empat yang mereka dapat adalah nikmat berkasih sayang kerana ALLAH, keluarga islam!
Ini nikmat sangat besar kerana Nikmat ni kekal sampai bawah arash dan sampai ke syurga, sebab ada kasih sayang lah mereka seronok ke masjid jumpa imam, bilal, tok siak, abang jaga, ahli baru, orang kampung, orang setaman, geng tabligh, dan lain lain Jemaah, langsung takde rasa iri hati dan dengki, semua disapa dengan kasih sayang macam sebuah keluarga, alhamdulillah.
Perasan tak? Orang yang tak suka ke masjid ni awal awal dah ada sifat sangka buruk, benci, menyampah dengan orang, Nampak buruk AJK masjid, Nampak buruk budak tabligh, dan suka tuduh orang riak, padahal dia yang sombong tu yang malas tunjuk muka, lepas tu perasan bagus solat di rumah dengan sangka orang riak padahal dia tak faham apa itu shiar islam. Hampeh!
Baik, last! Dan Nikmat kelima yang diperolehi oleh ahli syurga, adalah nikmat dapat Shiarkan Islam, ini bukan riak, sebab memang Nabi suruh kita Shiar(wujudkan suasana agama) hingga Nabi pesan, Azan kena tempat tinggi agar satu kampung boleh dengar, lepas tu Nabi pesan pergi masjid pakai baju solat dari rumah, ambik wudhu siap siap, setiap langkahan pahala dapat, darjat naik, dan dosa di ampunkan, lepas tu datang awal, dan bila balik lalu jalan lain, sebarkan salam. Itulah Shiarkan islam, bukan riak yer? Tapi Shiar kerana Allah!
Dan korang pulak yang duduk rumah, ternampak orang surau pergi balik ke masjid, jangan tuduh mereka riak, sebab Nabi ada pesanan untuk korang iaitu:
“Apabila kalian melihat seseorang yang selalu ke masjid, maka saksikanlah bahwa ia orang yang beriman kerana Allah Ta’ala berfirman, Sungguh Orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Jadi ingat tu, Nabi pesan pada korang yang Nampak ahli surau supaya menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa ahli surau tu adalah benar benar beriman. Bukan jadi saksi mereka ahli riak yer?
Tahu tak istiqamah (berterusan) itu adalah tanda ikhlas?, sebab tu lah Nabi suruh korang jadi saksi keimanan orang yang selalu ke masjid, tapi jika korang pergi jarang jarang, atau solat jumaat jer, atau awal ramadan jer, itulah riak, sebab tak istiqamah, jadi siapa yang riak sekarang? Adohai..
Eh? Tadi saya cakap nikmat ahli surau ada (5) lima, iaitu diberi (1) masa lapang, (2)rezeki berkat, (3)kesihatan, (4) kasih sayang dan (5)Nikmat menzahirkan iman, saya kena tambah satu lagi nikmat iaitu mereka semua dapat (6)saksi saksi yang akan sokong mereka ke syurga iaitu koranglah, jiran mereka, tahniah!
Alang alang dah jadi saksi, selain tahu lima nikmat ahli masjid di dunia, kenalah tahu janji Allah kepada mereka yang selalu ke masjid dengan (5)lima nikmat akhirat pula iaitu, (1)azab sakaratul maut di angkat, (2)azab kubur di tolak, (3)tangan kanan terima kitab, (4)titi sirat sepantas kilat, dan (5)masuk syurga tanpa hisab.
Wah, sempurna semua nikmat, dunia akhirat, terima kasih korang semua yang jadi saksi!
Tapi kan.., tak kan nak jadi saksi sahaja kot? Kenapa tak korang sendiri rebut peluang jadi ahli masjid?
Woha!
Ps: Artikel ini untuk lelaki sahaja. Bagi wanita digalakkan solat dirumah akan dapat pahala sama macam lelaki. Jadi kepada wanita. Galakkan lelaki ke masjid. Alhamdulillah
istiqamah dua 在 Facebook 的最佳貼文
Gambar kitab Taklim yang kami baca di rumah setiap hari.. pinjam gambar ni dari page Ustaz Ebit Lew.
Alkisahnya, sebelum PKP hari tu..
Rumah saya di datangi oleh tetamu larut malam, mereka duduk ruang tamu, isteri sediakan makanan, dan saya layan bersembang.
Di ruang tamu, ada almari buku, jadi merujuk kepada satu buku saya tanya mereka:
“Kat rumah, korang berdua ada buat taklim, macam buku ni?”
“ada, tapi, tak sempat nak buat”
Ok, masa untuk berceramah:
1. Sebenarnya Tuan puan, Al quran dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri.
2. Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..
3. Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam dan bersolat tak jemu-jemu.
4. Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
5. Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...
6. Untuk itu, belajar-belajarlah menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas isyak mislanya dan membacanya di hadapan anak bini yang mana saya telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi bini dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya.
7. Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka? Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?
8. Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali “suara Nabi” dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita.., bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu agama kerana terbukti, ramai orang ada ilmu agama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila saya tanya kawan kawan saya yang istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?
9. Jawapan mereka adalah mereka mendengar “suara Nabi” setiap hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis “suara Nabi” di rumah korang? Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi gelap? (walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)
10. Oleh yang demikian, cara penyelesaianya adalah: Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..
11. Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
12. Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..
“Kalau pasangan tak nak dengar, camne Hamka?”
Korang boleh pujuk mereka dengan ubah strategi, cakap kat mereka abang nak improve Bahasa English supaya senang naik pangkat, lalu korang beli dua kitab, satu kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof yang berwarna coklat dalam BI dan bewarna hitam dalam BM atau atau kitab Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria yang berwarna biru dalam BI dan BM.. (rumah saya ada semua versi ini)
Lalu bila baca, korang pegang kitab BI, dan direct translate kepada BM dan mintak tolong isteri betulkan jika salah iaitu dengan biarkan isteri merujuk kitab BM lalu korang bacalah dengan merangkak-rangkak kitab BI tu dan boleh buat-buat tak tahu makna supaya isteri tawajjuh membetulkan vocabulary word lalu akhirnya korang dapat menghidupkan “suara nabi” bersama anak isteri dan dapatlah mereka menjadi orang yang bertakwa, dan korang dapat improve English lalu naik pangkat, woha!
(Dunia dapat, akhiratpun dapat, kan?)
InsyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak bini kita yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak, lipas dan nyamuk.., apalah sangat..
Mudah mudahan, bila resapan cahaya hadith datang dalam hati, maka ihtisab akan datang, lalu anak bini akan nampak perintah Allah, akan faham manfaat dari perintah allah, lalu akan datang keinginan untuk beramal, insyallah..
“nak buat sampai bila majlis ‘suara Nabi’ ni Abang Hamka?”
Buat sampai mati.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?
*****
Akhirnya hampir jam 11 malam, tetamu sudah bersiap nak menyambung perjalanan pulang, singgah sebab penat memandu dari Terengganu nak ke KL, sudah dipelawa tidur tapi katanya besok pagi kena masuk pejabat.
Sebelum mereka bertolak, sempat mereka minta tip untuk tidak mengantuk sewaktu memandu.
Jawab saya:
“Waktu memandu, cuba korang laki bini mengumpat, memang boleh hilang mengantuk bila cerita keburukkan orang lain, tak percaya tanya geng lepak kedai kopi bila sembang bab politik, ha ha!”
“Nak mengumpat abang Hamka boleh?”
“Boleh, saya benarkan korang berdua mengumpat saya, contoh, Hamka tu sembang bab agama pandai sangat tapi anak bini pun nampak macam tak terjaga ajer, dia sendiri pun tunggang langgang, tak kesah apapun, korang nak kutuk, nak maki teruskan, asal korang tak mengantuk, Woha!”
Tetamu senyum panjang dan melambai bye bye sambil mengucapkan berbanyak terima kasih.
Lalu mereka pun menghilang ke dalam lebuh raya pantai timur.
Kami laki binipun masuk tidur, dan bini tanya, kenapa abang suruh tetamu mengumpat kita?
“Abang tak nak pahala mereka mengalir jauh sangat, biar pahala mereka mengalir dalam keluarga kita”
Woha!
Ps: Mengumpat orang membuatkan pahala kita dapat kat orang yang kita umpati, so jika ada masa lapang, korang boleh umpat saya. Pahala saya ambik semua. Kah kah!
Ps2; Kitab Taklim tu saya tak jual. Tapo saya jual buku Hamka Keretamayat ada 5 tajuk sahaja baki.. nak beli wasap kosong satu sembilang 911 tujuh satu enam tiger. Terima kasih sudi membeli belah dihalaman keretamayat. Semoga PKP ni berlalu dengan tinggalkan kenangan bersama buku best best!
Woha!
link kitab taklim https://invol.co/cl5d1wf
istiqamah dua 在 Pin on Islamic Quotes - Pinterest 的必吃
Dua for Istiqomah. Istiqomah | 'Steadfastness' May Allah grant us istiqomah in times we feel that everything else is going against us or even in times that ... ... <看更多>
istiqamah dua 在 MizzNina - Dua to stay istiqamah (steadfast) upon ... - Facebook 的必吃
Dua to stay istiqamah (steadfast) upon the Deen. Learn and recite this dua every day! The du'a recited most by the Prophet SAW Shahr bin Hawshab said: ... <看更多>