*CALLING FOR BEST LAPTOP QUOTATION*
Saya sangat gembira dan bersyukur apabila Parlimen Muar telah memberi sumbangan 157 laptop kepada para pelajar Muar.
Untuk #BotakChallenge, kami terima sumbangan 50 buah laptop refurbished dari orang ramai. Laptop-laptop ini berjenama Hitachi, HP, ASUS dan ACER.
Jadi semalam, kami terus segerakan buat majlis kecil dan beri semua 50 buah laptop ini untuk para pelajar Muar. Terima kasih rakyat Malaysia.
Jadi, yang tinggal sekarang adalah sumbangan wang tunai dari #BotakChallenge sahaja. Semua kena dibelanjakan dengan kadar segera HANYA untuk biaya laptop kepada pelajar.
Sekarang, Parlimen Muar sedang mencari quotation harga dari para pembekal dan peruncit laptop. Kami nak beli banyak secara pukal.
Lagi banyak pukal yang dibeli, anggaran harga sebuah laptop juga akan lebih berpatutan. Lagi banyak laptop yang boleh kita biaya. Jadi, elok buat begini.
Semua laptop yang kami cari untuk beli adalah laptop yang berkualiti, bukan netbook dan boleh digunakan untuk pelajar belajar dan buat semua jenis assignment.
Saya juga sudah hantar surat secara rasmi kepada SPRM (bertarikh 31 Disember 2020) untuk meminta panduan dan pegawai yang boleh bantu kami meningkatkan ketelusan dan integriti proses sumbangan ini.
Nanti saya update lagi. Kita telus dan ikhlas bantu rakyat Muar. Semuanya kita akan buat dan patuh untuk Muar.
Kalau ada yang nak beri quotation terbaik, boleh hubungi Shuk: 01112218300.
Terima kasih!
Search
harga laptop asus 在 laptop konten kreator, bisnis, untuk gaming? semua bisa ... 的必吃
... <看更多>