Ulasan filem Contact 1997.
Antara filem terbaik pernah saya tonton waktu remaja, adalah The Contact. Kisah saintis Atheist mencari Alien, namun akhirnya berdamai dengan Tuhan.
Filem ini tiada babak aksi, atau serangan alien ke apa, atau hero badan sasa ke apa, tidak! Filem ini focus kepada seorang wanita yang terperangkap dalam impian mencari Alien, di jalanan bertemu dengan pakwe yang kuat beragama, lalu Ellie, watak utama cerita ini rasakan dia tak akan dapat hidup dengan orang beragama kerana dia Atheist! Ellie langsung tidak percaya pada kewujudan Tuhan hinggalah ada bukti secara Fizik, baru dia akan percaya.
Jadi bila pakwenya bercerita pengalaman rohani ‘bertemu’ Tuhan, Ellie perli, mana bukti? Takde bukti aku tak percaya.., tapi hero tenang kerana orang beragama selalu bertenang bila orang tidak percaya, atau memperolok olokkan kita, tenang kerana benar, tenang kerana percaya Tuhan wujud tanpa perlu buktikan secara fizik.
Jadi Ellie memilih untuk berpisah dengan pakwe Bergama dan teruskan hidup mencari Alien.
Imbas kembali, waktu Ellie kecik, Kisah hidupnya bermula dengan gambaran luasnya angkasa tak berpenghujung yang bermula dengan penglihatan terhad seorang manusia bernama Ellie, seorang kanak kanak perempuan yang sangat seronok dan teruja bila guna radio amatur milik si ayah yang dapat menghubungi manusia dari jarak yang jauh, dan mula memasang angan angan untuk hubungi arwah ibunya yang dia tak pernah jumpa sejak dilahirkan.
Namun ayahnya memberitahu, alat canggih macam mana pun tak akan mampu hubungi ibu kerana ibunya dah mati, lalu Ellie isikan kekosongan harapan dengan berharap dapat hubungi Alien.
Terus bertanya kepada si ayah:
“Ayah, Ada tak alien hijau bersesungut di angkasa sana untuk saya hubungi?”
“Ellie.., Jika alien tak wujud, maka angkasa yang luas akan menjadi ruangan yang sangat membazir”
“Bagaimana nak hubungi Alien?”
“Kena gunakan Antena yang paling besar!”
Tiba tiba si ayah terkena serangan jantung! Dan babak Ellie berlari ambik ubat dengan sudut kamera dalam cermin memang menakjubkan di zaman itu. Kenan tonton sendiri babak tu yang nampak kamera boleh zoom secara membelok dalam cermin?. Wow!
Ayahnya mati sakit jantung, dan Paderi datang pujuk Ellie agar menerima takdir, Tapi Ellie buktikan dia tidak percaya kepada Tuhan buat selamanya kerana punca ayahnya mati bukan sebab takdir Tuhan, tapi sebab dia lambat ambik ubat dan Ellie mulai mengisi harapan untuk mencari Alien dan berharap dengan teknlogi Alien yang canggih, akan dapat pula hubungi ayahnya yang telah mati.
(Ada babak Ellie bercucuran air mata guna Radio Satelit Tanya di mana ayah? Tolong jawab, saya rindu ayah..)
Masa berlalu, Ellie jadi best student, masuk U, sambung PHd, dapat peluang kerjaya yang cemerlang di University Harvard, tapi Ellie memilih untuk focus pada kerja mencari Alien, maka gigihlah Ellie buat kertas kerja minta dana agar dapat bina Satelit paling canggih. Kos cari Alien memang mahal giler, dan awal cerita projeknya di danai oleh ahli politik yang minat Sains, tapi lepas bertahun tahun Eliie habiskan dana cari Alien tapi sekor Alien puntak jumpa-jumpa, Ahli politik ini stop dana.
Ellie bengang dan marah, tapi tak putus asa, buat lagi kertas kerja dan cari dana, hinggalah ada orang kaya tua yang pelik nak biayai projek Ellie.
Untuk rekod, projek cari Alien ini pernah dibuat oleh kerajaan Amarica, tapi lepas bertahun tahun cari Alien, sekor pun tak jumpa, dan lepas tekanan politik sebab bazirkan cukai rakyat, projek ini telah diswastakan, dan akhirnya dihentikan.
Saya zaman tu terfikir, kenapa saya tak ambik subjek sains cari alien?, sebab nampak sangat senang kerja cari Alien ni, hantar signal le angksasa, lepas tu lepak pasang computer sambil main Solitare tunggu Alien respond pada setiap bintang, takde respond? Bermakna tiada kehidupan di area bintang itu, dan takde alien, kita pindah ke bintang seterusnya, satu bintang berapa lama nak siasat? Rujuk buruj 12 bulan setahun, maka kita rujuk 12 lokasi taburan bintang sahaja tiap tahun, tunggu data. Perghhhhhh, senang gila kerja. Gaji mahal, kerja lepak, dan result kita boleh present data takde respond dan sedang mencari.. he he he.
Tapi kawan saya kata, kerja jabatan ramalan kaji cuaca lagi senang, sebab bila tak tepat, oh.. ramalan jer, woha!
Ok, serius sikit, saya akhirnya bekerja sebagai nelayan mencari ikan di dasar laut, eh?. Kejap? Ni nak cerita pasal saya ke pasal Ellie ni?
Okey, kembali kepada Ellie yang sedang cari Alien, dijalanan terjumpa pakwe hensem tapi kuat agamalah pulak.
Si pakwe bagi hadiah kompas sebagai satu simbolik yang mana jika sesat semua orang perlukan arah. Elie yang yakin jalan hidupnya tak pernah sesat, menolak hadiah itu. Lagipun Elie dah buat kiraan matematik, untuk Berjaya jejak Alien, dia tak boleh ada hubungan cinta.
Pernah Elie bertanya pada pakwenya: Tunjukan di mana Tuhan jika Dia ada?
Kata pakwenya, kau cintakan arwah ayah kau kan? Elie angguk,
“Baik tunjukkan dimana Cinta pada ayah kau itu berada?”
Ellie jadi Blur kejap, bermakna bukan semua benda boleh dibuktikan secara fizik.
Apa yang menarik tentang filem ini adalah bibit dialog yang dilontarkan, yang mana setiap dialog penuh falsafah kemanusian serta keagamaan yang terus membawa mesej keimanan di akhir cerita.
Sebagai contoh: Seluruh Filem ini tunjukkan bagaimana dana yang sangat besar telah dihabiskan dalam misi mencari Alien, hingga Pakwe beragama Tanya Ellie,
“Tak rugi ke belanja sangat besar guna kaedah Sains untuk cari Alien?”
“Perbelajaan besar macam mana pun, selagi digunakan untuk mencari kebenaran, maka tak ada yang rugi. Sebab tujuan Sains adalah mencari kebenaran! Kau menentang sains ke?”
“Tidak, Agama dan Sains adalah sama, sebab keduanya mencari kebenaran, (Tapi Agama tak perlukan belanja yang besar) dan Aku tidak menentang sains, aku menentang orang yang mengorbankan hidup dan korbankan tuhan kerana sains.
“Kau paderi ke?”
“Aku Paderi yang tak mampu bujang selamanya”
“Apa pendapat kau tentang angkasa yang luas ini?”
“Jika tiada apa apa di atas sana, angkasa adalah ruang yang membazir”
Ellie tersentak dengan ayat pakwe beragama, sama macam ayat ayah dia waktu kecik anggap angkasa adalah mebazir jika tiada apa apa di langit, terus dia jatuh cinta pada pakwe beragama, kerana dari sudut Ellie, ayat tu yang membuatkan dia punyai harapan: mencari Alien dan berkongsi teknologi dan mungkin boleh hubungi ayahnya kembali di demensi yang lain?, sedangkan maksud Pakwenya adalah, alam ini sangat membazir jika tiada TUHAN!
Simple., dari segi tersiratnya, Pakwe beragama nak bagitahu: Jika ahli sains anggap angkasa membazir sebab tiada Alien, maka Sama jugak kehidupan kita, susah payah mak kita lahirkan kita, lepas tu kita susah payah belajar merangkak, berjalan, dan berlari, lepas tu susah payah belajar ilmu dunia cari rezeki, dan hidup berdepan dengan pelbagai masalah, lalu ada yang di zalimi, di tindas, teriniayai, OKU, cacat, atau separuh hidup normal dan separuh hidup lagi jadi OKU kerana bencana, lepas tu tu tua dan sakit, dikhianati, diabaikan dan uzur, ada yang menderita dalam perang, atau yang terseksa sebagai tawanan perang, lepas tu semua mati tanpa ada apa apa kesimpulan? maka alangkan membazirnya hidup yang luas ini, kerana hidup ini semuanya adalah SIA-SIA jika tiada TUHAN!
Selalu Pakwe Bergama cakap, dia tak boleh bayangkan hidup tanpa Tuhan, sebab Jika dunia yang luas ini tiada tuhan, bukan sahaja membazir akan apa yang kita dapat dari takdir, tapi sia sialah hidup berusaha habis baik macam Elle tapi akhirnya menjadi masa sailang geng politik!
Satu lagi ayat best dalam movie ini, “Adakah kita lebih bahagia setiap hari kerana sains, atau agama?”
Ada orang bahagia sebab sains memudahkan hidup, tapi terbukti orang beragama lebih bahagia kerana hidup bersama harapan, dan kenapa kita tak bahagia dengan keduanya, Sains dan agama? Logic sangat!
Sains ada harapan tak tercapai, ingin panjang umur dan tak mati agar terus menikmati hidup, Agama ada harapan yang bakal dicapai, buat baik di dunia, dan hidup bahagia di kehidupan selepas mati. Mana nak pilih?
Itulah perdebatan ilmiah antara lelaki beragama dan wanita Atheist yang menjadi tunjang cerita dari awal hingga akhir.
Pendek cerita, satu hari Ellie dapat signal bersuara Hitler dari Planet Vega, lepas Ellie kaji dan dapati Signal pertama hantar ke angkasa adalah dari hitler, dan alien pulangkan balik lepas 26 tahun, bermakna mereka wujud!
Yes! Alien wujud dah telah hubungi manusia!
Terus Ellie bagitahu dunia, dan muncullah babak PM baca perutusan macam Abah selalu buat di Malaysioa, Tapi Movie ini di Amarica maka majlis perutusan sdiang media di buat oleh Bill Clanton (jangan tak percaya, PM America turut berlakon dalam movie ini?) yang bagitahu apa reaksi dunia bila Alien hubungi kita?
Geng tentera anggap mesej ini bahaya macam hadiah kuda Trojan dalam perang Rom!
Geng Saintis anggap Alien tak bahaya, baik, dan penuh moral. Jom balas mesej itu.
Geng agama anggap bercakap dengan Alien, menghina Tuhan. Ada jugak geng agama cakap cakap itu bukan Alien, tapi Tuhan.
Ada jugak Pihak tentera America yang anggap ini teori konspirasi, mesej tu diadakan oleh jutawan kaya yang dah tua tak tahu duit nak habiskan kat mana, lalu prank hantar isyarat guna Satelit canggih konon itu dari Planet Vega!
Apa cakap Pakwe Beragama?
Ini mungkin mesej dari Tuhan, tapi Ellie cakap ini Alien sebab jika Tuhan nak sampaikan mesej, tak perlu guna Satelit canggih, terus kita dengar suara dari langit!
Pakwe Beragama cakap, Tapi itulah yang kau temui, suara dari langit.
Woha!
Okey, sekarang lepas meeting, Dunia setuju untuk bina mesin ke Planet Vega dan borak dengan Alien tu, Tapi Mesin tu boleh muat seorang sahaja, siapakah wakil manusia pertama nak jumpa alien tu?
Dah tentu Ellie yang paling layak..
Kata Pakwe Bergama:
“Ellie, Kau akan ke vega yang jauhnya 4 tahun perjalanan cahaya pergi balik, dan bila kau balik, bumi dah lewat 40 tahun, aku mungkin akan mati, kau mahu pergi jugak ke? I love you Ellie”
“Demi sains aku akan pergi, mungkin perjalanan ini sehala, aku akan mati di angkasa”
“Ellie, Kenapa saintis rela mati dalam misi angkasa?”
“Nak cari jawapan, kenapa kita di sini? Walaupun ada sedikit ilmu di tambah, saintis rela mati, Sains adalah antara keberanian dan kegilaan”
“Nampaknya kau rela mati kerana ‘percaya’ sesuatu lebih baik di luar sana akan dapat menambah ilmu ummat manusia, perbuatan kamu sekarang macam orang agama, yang sanggup buat apa sahaja kerana percaya kepada Tuhan”
“Bagaimana jika aku ke sana dan temui bukti Tuhan tidak wujud?”
Perghh, begitulah kerasnya hati Ellie bab ketuhanan, lalu dalam Sesi soal jawab sebelum ke angkasa, setiap wakil dari pelbagai bidang telah temu ramah ellie, antara soalan yang di Tanya.
“Ellie, jika kau sampai ke Vega, dan dapat Tanya satu soalan sahaja, apa kau nak Tanya?”
“Err, saya akan Tanya, bagaimana kamu dapat selamat dari fana, dan Berjaya hidup kekal di angkasa tanpa musnahkan diri sendiri”
Nampaknya tiada bantahan akan soalan tu, sebab bagi saintis, dari semua bidang, satu jer yang manusia gagal iaitu halang penuaan dan kematian, maka memang sesuai sangat jika Ellie nak belajar dengan Alien ilmu hidup kekal selamanya. Dari Ellie sendiri yang kematian ayah dan ibu waktu kecil, satu tanggung jawab sosia sains iaitu ingin sangat satu ilmu yang dapat halang kematian atau hubungi orang yang dah mati.
Bila tiba giliran pihak Beragama. Ada yang bertanya:
“Ellie, kau percaya Tuhan tak?”
Ellie jawab tak percaya sebab takde bukti, sebab jika alam yang hebat dan besar ini dicipta Tuhan, kenapa takde bukti kewujudannya? Atau manusia cipta Tuhan sebab tak nak rasa kesepian, Sebagai saintis, saya percaya bila ada bukti sahaja, dan oleh sebab tiada bukti kewujudan Tuhan, maka saya tak percaya!
Akibat jawapan Ellie tak percaya pada Tuhan, maka oleh kerana 95% penduduk dunia percaya wujudnya tuhan, maka adalah tidak patut orang yang dipilih untuk menjadi wakil manusia pertama adalah orang yang anggap 95 % penduduk bumi adalah salah dan sedang berkhayal.
Maka Ellie tak terpilih dan projek tu dapat kepada bekas bosnya yang beragama, dan juga Saintis.
Waktu ni kita tengok kesian kat Ellie, sebab dia paling layak sepatutnya, tapi bila campur tangan politik, Ellie kena reject.
Eliie pernah cakap, Masa kecik tengok planet venus sangat cantik maka terbayang planet tu indah, tapi bila dewasa, teropong kat sana ada hujan asid dan gas membunuh. Begitulah hidup ini, Ellie yang kaji Alien, bekas bosnya dapat nama, sedangkan dari segi Sains, apa salahnya tak percaya pada Tuhan? Tapi ini politik Ellie, mana boleh wakil manusia adalah orang yang anggap 90% penduduk bumi adalah bodoh!
Tapi ada sesuatu Ellie belajar, tentang takdir dan hikmah, kerana bekas bosnya mati dalam misi sebab geng taksub agama telah sebotaj dan letupkan mesin tu, bermakna Jika Ellie yang pergi, dia akan mati.
Kita pulak boleh belajar sesuatu iaitu Dunia ini akan dapat pada sesiapa yang berusaha, walaupun tidak percaya kepada Tuhan, tapi akhirat hanya untuk mereka yang beriman.
Maka nasib menyebelahi Ellie, sebab Jepun juga ada bina mesin ke Planet Vega, dan Ellie terpilih untuk guna mesin tu kerana dari segi ilmu dan pengalaman, Ellie lah orangnya.
Pendekkan cerita, Ellie dapat peluang jumpa Alien tu, naik mesin khas yang semua orang nampak 5 saat sahaja, tapi Ellie bagitahu dia dah 8 jam berborak dengan Alien.
Alien tu datang dalam bentuk ayah dia, dan guna lokasi impian Ellie yang di lukis dibilik tidur (Teknik senapang Russia? Chekhov's gun Ingat tak?) untuk berborak dengan Ellie.
Dalam versi novel, Alien tu bagitahu Alam ini di cipta oleh Tuhan yang demensinya tak sama, maka tak akan dapat buktikan secara fizik, dan Alien itu sendiri ada kemajuan untuk cipta demensi perbualan guna pengalaman dalam otak ellie, dalam filem pulak, Alien tak cerita tentang Tuhan, sebab Hollywood ni ramai Athies, jadi dalam movie ini, bila Ellie minta Alien buktikan secara fizik agar semua manusia di bumi dapat lihat apa yang dia lihat, maka Alien bagitahu, Hukum alam ini dah beribu tahun berjalan seperti ini, manusia kena beriman dan percaya tanpa perlukan bukti fizik. Tidak boleh mendadak dalam keimanan, satu langkah kecil, cukup untuk manusia setiap waktu. Sekarang kamu balik dan ceritakan pengalaman kamu.
Bila Ellie balik, dan ceritakan pengalaman dia, takde orang percaya sebab tiada bukti, Ellie hanya masuk dalam mesin tu 5 saat, tiba tiba cakap dah 8 jam berborak dengan Alien di Palnet Vega?
Masa ini barulah Elie sedar bagaimana perasaan orang yang alami pengalaman Rohani bersama Tuhan di abaikan kerana tiada bukti.
Dalam Sains, bila kita nak explain sesuatu, kita kena guna kaedah yang simple dan tertutup tanpa ada ruang untuk manusia isi dengan teori konspirasi, kaedah itu di kenali sebagai Pisau Ockham.
Sebagai contoh, Seorang penduduk melihat pohon hangus di tanah lapang, katanya dia nampak cahaya terang, dan anggap itu mungkin adalah UFO. Tapi dari segi Sains, kena gunakan kaedah Pisau Occam, yang mana sambaran petir adalah penjelasan yang patut dipilih karena menutup ruang untuk sebarang pengisian konspirasi, atau Sains Fiksyen.
Maka untuk pisahkan Sains dan Sains Fiksyen pihak Saintis beretika seperti Ellie kena guna kaedah “Pisau Ocham” atau istilah asalnya
“Occam's Razor yang berasal dari William Ockham, seorang ahli Sains Barat dari abad ke-14.
Jika dalam Islam, Nabi pesan guna konsep sederhana dalam explain, agar Ummat tak terbeban, atau memetik kata kata Albert Einstein:
"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough." –Woha!
Maka bila Alien makluk Fizik yang mampu bina demensi dalam otak elie pun tak mampu Elie buktikan, maka akhirnya Elie pilih kaedah Pisau Ocham yang mana. Pilihan paling masuk akal adalah: dia hanya berhalusinasi sahaja waktu bertemu Alien itu. Kerinduan pada arwah ayahnya buatkan dia mencipta pengalaman itu. Kes di tutup. Saya tak pernah pergi ke Planet Vega sebab saya tak ada bukti.
Hujung cerita, Ellie akhirnya berdamai dengan pakwenya kerana ketika satu dunia berkata dia bohong tentang pertemuannya dengan Alien, tapi pakwenya sokong dan percaya , sebab? begitulah pengalaman tentang Tuhan, hanya kita yang dapat rasai kehadranNYA tanpa perlu buktikan apa apa.
Filem ini bermula dengan tiga pihak, Atheist, Agama, dan Politik, yang mana Atheist dan Agama akhirnya berdamai, tapi politik, akhir cerita, tetap ada agenda, sebab pihak politik rupanya sorok bukti pita rakaman Alien yang berdurasi 8 jam membuktikan Elie memang berada selama 8 jam di demensi alien walaupun zahirnya hanya 5 saat. Oh.. politik ni memang tak boleh bawak bincang kan?
Woha!
Akhir kata, dalam movie ini, ada babak Elle guna kaedah matematik waktu hubungi Alien, Jadi bila pihak Kerajaan Tanya Kenapa nak hubungi alien kena guna Bahasa matematik?
Jawab Ellie, Sebab dunia ini ada 70 perbezaan Bahasa, dan matematik satu satunya Bahasa universe!
Kata saya dalam hati: Wahai si cantik Ellie (Jodie foster), marilah belajar matematik dengan abang mayat dengan SATU Tuhan, DUA Kalimah Syahadah, TIGA Golongan di Akhirat, EMPAT Mazhab utama, LIMA Kali Solat, Enam Sifat Sahabat, Tujuh Petala Langit, LAPAN Tingkat Syurga, SEMBILAN kitab Hadis, SEPULUH Sahabat di Jamin Syurga, 13 Rukun Solat, 20 Sifat Tuhan, 25 Rasul terpilih, 99 Nama Tuhan, 313 Ambia, 120 ribu Nabi, and Counting….
Sila abaikan Pakwe Beragama lakonan Matthew McConaughey sebab dalam filem Interstellar dia pulak pergi angkasa cari Alien tapi akhirnya masuk lubang hitam dan bersatu dengan awek cantik si Anne Hathaway di Planet Edmunds.
Woha!
Ulasan filem Interstellar oleh Hamka Keretamayat https://www.facebook.com/keretamayat/posts/266406618174751
#hamkafilm
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,10 filem perang terbaik sepanjang zaman. Menonton filem perang yang sampai adalah seperti kita pejamkan mata dan pergi rak buku kisah sejarah dunia b...
「hamkafilm」的推薦目錄:
- 關於hamkafilm 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於hamkafilm 在 Facebook 的最佳解答
- 關於hamkafilm 在 Facebook 的最佳解答
- 關於hamkafilm 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的精選貼文
- 關於hamkafilm 在 #hamkafilm - Jelajah - Facebook 的評價
- 關於hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的評價
- 關於hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的評價
- 關於hamkafilm 在 10 Filem Perang Terbaik Sepanjang Zaman - YouTube 的評價
hamkafilm 在 Facebook 的最佳解答
Selain Quantin Tarantino yang akan saya tonton apa sahaja filem darinya, Salah seorang lagi lagenda perfileman dunia yang tak akan saya tolak untuk menonton semua filemnya adalah Christopher Nolan.
Filemnya akan buat korang, (kadang kadang) pening sedikit kepala nak kena fikir dan susun olahannya, sebab gaya penceritaanya sangat unik dan lain dari yang lain, tapi itulah keseronokan menonton filem bergaya norma baru tapi digarap dengan penuh mahakarya oleh Abang Nolan kita.
Filemnya banyak bertema lelaki yang ada masalah peribadi, dan bagaimana jalan cerita pun berkembang dari masalah lelaki itu, rujuk Mamento (2000), filem yang disusun secara mengundur kerana lelaki ada masalah lupa ingatan, lepas tu Insomnia (2002), polis yang ada masalah insomnia nak cover jenayahnya sendiri.
Masuk pulak era Batman (2005-2012), kisah lelaki takut kelawar dan gunakan ketakutan itu sebagai senjata. Kemudian Nolan ajak masuk dunia Magika, The Prestige (2006), kisah lelaki yang berdendam dan cemburu, lepas tu Inception (2010), kisah lelaki ada masalah tak boleh lupakan mendiang isteri yang selalu masuk dalam mimpinya.
Dan lepas tu, filem yang kita nak bincang sekarang ini, Interstellar (2014) kisah lelaki yang mencari rahsia angkasa, dan terpaksa berpisah dengan anak kesayangan mungkin buat selamanya kerana perjalanan masa di angkasa tak sama dengan perjalanan masa di bumi yang mana bila hero masuk dalam lubang angkasa lalu berlaku kejadian, dia tak tua, tapi anaknya pula yang tua.
Nampak macam dah pening? Kan?
Kisahnya begini, waktu hero berada di Planet Miller selama beberapa jam, namun waktu di bumi adalah sebaliknya iaitu telah berlalu selama 32 tahun, dan hero mula mendapat signal dari bumi untuk jangka masa tersebut. Jadi heropun menonton rantaian video yang dihantar oleh anak lelakinya, yang mula menjadi remaja, kemudian dewasa, lepas tu habis zaman persekolahan, lepas tu jatuh cinta, lepas tu berkahwin dan mempunyai anak. Semua tu hero tengok dengan pantas perjalanan seorang anak macam tengok movie pendek sahaja.
Anak lelaki hero kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti menghantar mesej berita, kerana Hero tak pernah balas.
Kemudian, di satu video lain, hero nampak seorang wanita yang sebaya dengannya berada di skrin tersebut. Siapa minah ni yang sedang menangis? Rupa-rupanya wanita sebaya hero itu adalah anak perempuannya, yang telah sekian lama merajuk kerena hero janji nak pulang, tapi tak pulang pulang walaupun waktu umur mereka dah sebaya.
“Today is my birthday. And it's a special one because you once told me that when you came back, we might be the same age. Well, now I'm the same age that you were when you left... and it'd be really great if you came back soon.” – Murphy Cooper
Dalam kesedihan ayah membaca mesej anaknya, tiba tiba si ayah telah masuk lubang hitam di angkasa maka berlakulah kejadian “ibu bapa akan selamanya menghantui anak anak” secara sains!
Ya benar! kejadian pelik dalam filem itu semua di olah dengan logik Sains!
Malahan, semua teori sains dalam filem ini bukan di reka reka, istilah Seperti Intra-Universe Wormhole, Hawking Radiation Dalam Blackhole, Cryonic Suspension, Quantum Gravity, dan Pengolahan Waktu bukan fiskyen semata mata, tapi ianya hasil nasihat Prof. Kip Stephen Throne (Pakar Fizik Teori) yang telah menerima anugerah Nobel Fizik pada tahun 2017, di angkat sebagai penasihat filem oleh Abang Nolan kita.
Jadi babak hero yang pergi angkasa dan bila balik anak dah tua renta, lebih kurang cerita perbezaan masa sebegini ada diceritakan dalam Al Quran bagi mereka yang mahu berfikir.
Ingat tak hadis bahawa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun ke bumi dengan usia yang sama iaitu 33 tahun seperti saat ia diangkat ke langit sedangkan semua orang yang Nabi Isa kenal dah lama jadi mayat hancur lebur.
Memang benar Allah boleh jadikan Nabi Isa kekal muda dengan hanya Kun Fayakun, (berkata jadi dan ianya menjadi).
Namun Allah juga membuat dunia ini dengan Darul Asbab, yang mana jika ada orang anggap Islam agama mengarut sebab tak logic Nabi Musa boleh kekal muda waku turun akhir zaman?
Bagaimana tu?
Maka, bagi yang mahu berfikir, banyak sudah penjelasan sains boleh terangkan tentang kekal muda seperti teknoloigi “beku CPR” atau Suspended animation yang diguna James Cameron dalam filem Aliens (1986) serta Avatar (2009). Juga termasuk filam Interstellar (2014) ini namun yang best ada ayat Al quran bercerita tentang perbezaan waktu di langit dan bumi adalah berbeza, sejak seribu empat ratus tahun yang lalu..
Al quran menjelaskan.
"Dan sesungguhnya satu hari (menurut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun menurut perkiraanmu." (Al-Hajj ayat 47)
"Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun." (Al-Ma’arij ayat 4)
"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu." (As-Sajdah ayat 5)
Jadi tuan tuan yang mulia, Waktu kita hidup di dunia ini hanya SEBENTAR SAJA di sisi penduduk langit, maka hargailah masa yang sangat singkat.
“Allah bertanya: Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi ?”.
“Mereka menjawab: Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.
“Allah berfirman: Kamu tidak tinggal di bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui”. (QS. Al Mu’minuun: 112 – 114)
Jadi insaflah kita bahawa masa yang kita rasa sangat lama di dunia ini, padahal sangat singkat di akhirat. Ada ulamak bagitahu 60 tahun di dunia lebih kurang dua jam setengah sahaja di akhirat.
Kesimpulannya, Hidup ini sungguh singkat untuk habiskan masa tengok Movie berjam jam.
Maka tengok Movie itu boleh tapi jangan sampai tinggal sembahyang, atau solat lengah legah, atau tinggal solat berjemaah…
Ketahuilah, telah sampai kepada kami, akan tempoh Satu movie ada sampai dua jam, dan ada sampai tiga jam, sedangkan satu solat hanya sekitar 5 minit ke 10 minit, tetapi jika tinggal satu solat 10 minit untuk layan movie 120 minit, maka ikut hadis, tingal satu solat dengan sengaja kena masuk neraka satu huqub, yang mana satu huqub bersamaan seribu tahun.
Aduhhhhhhhhhhh!
Ps: Perhatikan waktu solat sebelum tengok apa apa movie, pesanan ini dibawa oleh keretamayat-Woha!
#hamkafilm
hamkafilm 在 Facebook 的最佳解答
Tak saya nafikan, filem hindi 3 idiots 2009 adalah antara filem hindi terbaik sepanjang zaman, kebetulan saya waktu itu sedang plan nak sambung belajar kejuruteraan elektrik ke peringkat sarrjana muda di UTM setelah tiga tahun habiskan diploma mekatronik di Polytechnic of New Castle Kelantan. Maka feel pelajar kejuruteraan waktu menonton, sangat sampai.
Filem ini sangat popular di seluruh dunia hingga pecah panggung, masuk filem paling untung dalam Guinness World Records india, dan masuk carta di China, hingga mexico pun buat remake, 3 Idiotas pada tahun 2017.
Malahan, pada tahun 2013, Steven Spielberg tonton movie ini sebanyak tiga kali, dengan ulasan: "loved the emotional undertones." Beliau letak filem ini sama hebat macam "The Godfather" (1972)
Shah Rukh Khan yang tolak tawaran berlakon movie ini kerana sibuk dengan film "My Name Is Khan" (2010) sangat menyesal dan melebelkan dirinya, 4th idiot.
Aamir khan pula pelakon utama filem ini berumur 44 tahun, tapi entah macam mana, nampak macam umur 20-an, rupanya jauh sebelum berlakon watak pelajar, beliau dah diet tak makan kek hari jadi dan hanya minum susu dan makan pisang, tips nak kurus dan muda ni woi.
Oleh sebab dah ramai yang puji dan ulas filem ini, maka semua tahu kisah tiga pemuda ini dan pilihan kerjaya masing masing.
Antara isi penting cerita ini, Aamir Khan's (Rancho) bagi nasihat kepada keluarga Farhan, agar izinkan anak kesayangan untuk buat apa yang dia suka. Dan Movie ini bermula dengan Farhan bercerita kisah dia dan sahabatnya, bagaimana dia yang dipaksa menjadi jurutera oleh ayahnya, namun berkat nasihat kawan nya, akhirnya si ayah akur, dan biarkan anak berjaya memilih aktiviti mengembara sebagai jurugambar dan menulis buku..
12 tahun kemudian, waktu PKP, saya terjumpa kisah indah di sebalik Farhan dalam movie berjudul Maara (2021).
Movie ini tidaklah sesempurna 3 idiots, tapi watak Farhan sebagai Maara sangat Berjaya membawa mesej mengembara dan bekarya.
Maara di gambarkan seorang pelukis berjiwa besar, lukisan mural nya telah menyelamatkan kampong dari di roboh pihak berkuasa, satu hari seorang gadis telah bertemu dengan luisan Maara, dan menjejak setiap makna dari lukisan Maara hingga membuka kepada sisi baik Maara dan manusia di sekelilingnya.
Maara telah menjadi sangat sempurna dalam khayalan gadis itu dan sigadis telah jatuh cinta melalui lukisan Maara, namun di satu sudut terlihat Maara sedang kecewa dengan ketidak mampuannya membantu cinta ayah angkatnya, lalu gadis itu tiba tiba membawa penyelesaian yang tidak di sangka sangka. Perghhh.
Oleh sebab pelakon watak Maara adalah Farhan dari 3 idiots, maka saya tak dapat tidak, teranggap bahawa Maara adalah sama unirvese dengan 3 Idiots.
Apa-apapun, Sangat puas hati dengan ending Maara, lagipun saya memang sangat suka filem bertema lukisan, sebab sayapun pandai melukis, dan nampaknya kita dah tahu apa yang berlaku pada Farhan, jadi 12 tahun dari 3 Idiots, apa pulak berlaku pada Raju Rastogi? Atau pada Chatur Ramalingam? Ada filem boleh rekemen?
Woha!
#hamkafilm
hamkafilm 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的精選貼文
10 filem perang terbaik sepanjang zaman.
Menonton filem perang yang sampai adalah seperti kita pejamkan mata dan pergi rak buku kisah sejarah dunia bab perang, ambik mana-mana buku, buka mana-mana muka surat dan baca dua helai, maka kita akan dapati masalah hidup kita sangat simple berbanding dengan mana mana manusia yang hidup zaman perang.
Nasihat ini disampaikan oleh Dale Carnegie dalam bukunya How to stop Worry.
Jadi filem perang yang ‘sampai’ akan buatkan kita sangat bersyukur keran tinggal di zaman Malaysia yang aman dan betapa perang itu tak untungkan sesiapa, kerana yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Benda boleh bincang, buat apa nak perang?
Woha!
Okey, di sini saya kongsikan 10 filem perang yang best dalam senarai yang saya pernah tonton, saya akan bagi synopsis sikit dan jika koranh handal, cuba teka tajuk filem perang terbaik ini, dan nanti hujung artikel saya bagi jawapan:
1. Ada satu filem ni, bermula dari hero lepak bawah pokok, dan tiba tiba dapat tugas khas, apa yang bagusnya filem ini adalah kerana kameranya hanya follow pada watak utama, kita tak perlu tahu strategi musuh, kita tak perlu kenal musuh, yang kita perlu tahu, hero ni nak selesaikan misi yang sangat mustahil sebab hidup bersama lintasan peluru yang tak henti henti. Maka berdoalah semoga hero Berjaya, dan semoga dunia tidak akan hadapi perperengan dunia ketiga, buat selama lamanya. Feel sampai sebab single one shooting. Tajuk filem nanti saya bagi kat bawah
2. Ok, filem kedua: Kisahnya Bila perang, orang perempuan selalu jadi tawanan dan kena rogol, dalam filem ini hero tak nak rogol walaupun dipaksa oleh kawan-kawan, maka bermulalah masalah seoramg askar yang cuba mengikut etika sedangkan kawan-kawan lain dah rosak akhlak! Teka jika handal., ha ha.
3. Filem ketiga, Bila perang, selain wanita, kanak kanak ramai yang menjadi mangsa, maka apa kata kita follow nasib yang menimpa kanak-kanak jepun yang yatim piatu dan tinggal dua beradik sahaja, dan bagaimana susahnya seorang abang nak jaga adik perempuan di zaman perang, walaupun filem animasi, tapi feelnya sampai, boleh bercucuran air mata.
4. Satu keluarga telah mati selamatkan negara, dan bila Negara tahu, ada seorang lagi masih hidup di medan perang, maka satu pasukan khas perlu dihatar untuk selamatkan lelaki terakhir dalam keluarga itu. Berjayakan mereka? Kena tengok, Sampai bro!
5. Kisah orang kaya jerman yang membantu pelarian yahudi dengan wang dah pengaruhnya, di zaman itu, orang OKU, tua, gay dan tidak sihat akan dibunuh. Berjayakah orang kaya itu? Kena tengok.
6. Bukan semua askar jerman setuju dengan Hitler, lalu ada gerakan untuk membunuh Hitler, berjayakah mereka? Ending filem ini buat saya solat hajat bersyukur kerana tidak hidup dizaman itu. Hint: Lakonan Tom Cruise.
7. Dah bosan dengan watak baik dan jahat dalam perang? Ada tak watak yang tak sebelahi mana mana pihak tapi ada di medan perang? Kena tengok filem ini, kisah Doktor askar yang baik hati:
8. Balai polis kena kepong, anak bini pun ada kat balai polis tu, lepas tu balai polis tu kena bakar, “Mak dan ayah dah mati.. sob sob sob.” Filem melayu.
9. “Demi kuda perang yang berlari kencang”. Sungguh Tuhan juga memuji kuda yang berani dalam Al quran, maka ada tak filem focus pada kuda yang berani? Inilah filemnya, sangat menarik dan lain dari yang lain,
10. Hitler dijadualkan akan pergi tonton wayang kisah askar jerman yang hebat membuh Yahudi, maka satu kumpulan khas merancang untuk letopkan pangung wayang itu, berjayakan mereka? Dah tiga kali repeat tengok filem ini, sangat best! Brad Pitt berlakon sebagai watak penting.
11. Seorang anak yatim bernama Hassan masuk askar dan menjadi Sarjan, alamak, Alamak dah lebih 10, banyak lagi best yang korang boleh tambah, tapi bagi saya waktu PKP ni, tonton filem sebegini buatkan kita sangat bersyukur hidup di negara yang aman.
Nikmat mana lagi yang kita dustakan.
Ps: di satu sudut dunia, manusia tak boleh beribadat kerana sibuk berperang atau sibuk menjadi mangsa perang, kita di Malaysia yang boleh tonton filem perang, janganlah lupa ibadat kepafda Tuhan.
Woha!
Jawapan untuk 10 filem tersebut, klik di sini: https://youtu.be/bWsj2RkuSTI
#hamkafilm
hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的必吃
2022年6月23日 — ... orang jahat tu nak cerita bahawa bini hero tu adalah awek dia. Jika betul, memang Woha ganda dua puluh tujuh! Sekian. #hamkafilm. ... <看更多>
hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的必吃
2022年6月23日 — ... orang jahat tu nak cerita bahawa bini hero tu adalah awek dia. Jika betul, memang Woha ganda dua puluh tujuh! Sekian. #hamkafilm. ... <看更多>
hamkafilm 在 #hamkafilm - Jelajah - Facebook 的必吃
explore #hamkafilm at Facebook. ... <看更多>