RESEPI RED AND WHITE CHEESE TART
.
Bahan2 untuk kulit :
200gr butter / Marjerin
350gr tepung gandum
3gr serbuk koko
50-60gr gula halus ( mengikut selera)
1 sdm air sejuk
1/2 sdt pewarna merah
CARA PENYEDIAAN :
1. Pukul marjerin/butter hingga sedikit pucat.
2. Masukkan tepung, serbuk koko dan gula halus yg sudah di ayak terlebih dahulu. Hancurkan menggunakan pisau pastry atau garfu. ( seperti pasir)
3. Tambahkan pewarna makanan dan 1 sdm air sejuk. Jika masih keras dan sukar di bulatkan tambahkan lagi air sejuk.
4. Bulatkan dan tutup dengan cling wrap. Simpan dalam peti sejuk lebih kuranh 30 minit.
5. Bulatkan atau bentukkan mengikut bentuk acuan tart. ( sy guna 35gr setiap tart)
6. Cucukkan bahagian bawah dengan garfu.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama lebih kurang 25 hingga 30 minit.
8.keluarkan kulit pie dari dalam acuan dan biarkan sejuk baru di isikan dengan filling.
------
Filling Frosting Cream Cheese
Bahan2 :
225gr cream cheese
50gr butter
120gr gula aising
1 sdt vanilla esen
1/2 sdt air lemon
CARA PENYEDIAAN :
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga rata dan creamy.
2. Tuang vanilla esen, kemudian gaul hingga rata dan masukkan gula aising, pukul lgi hingga betul2 rata dan sebati. Terakhir masukkan air lemon dan gaul.lagi hingga rata.
3. Masukkan dalam piping bag, dan simpam sebentar di dalam peti sejuk.
4. Keluarkan piping bag, dan pipekan filling diatas permukaan kulit tart tadi. Gunakan sudu untuk membantu membulatkan permukaan filling tart tadi.
5. Akhir sekali, taburkan sedikit serbuk kulit pie di atas permukaan cream tadi dan boleb di yambah hiasan lain2 mengikut kesukaan masing2. ( sy menggunakan strawbery dan daun pudina)
Sedia untuk.di hidang! 😋
#RedAndWhiteCheeseTart
#ApaKauRasa
#Resepireview
#bylinaguikitchen
Kredit-Apakau_rasa
Jom Like Komen Share
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...