Dari buah Kelapa Sawit sehingga minyak masak yang berwarna MERAH! Harvist_official
#destinasitv #minyakkelapasawit #palmoil #malaysia
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1,490的網紅eintan nurfuzie,也在其Youtube影片中提到,Cara handling (mengekang) kerbau untuk tujuan pengambilan sampel darah bagi Program Kesihatan Ternakan Tahunan dan penvaksinan HS Nampaknya ada yang ...
buah kelapa sawit 在 Facebook 的最讚貼文
Ok..aku , dah lama amalkan bab pemakanan sihat ni. Bukan apa.. dalam usia aku sekarang ni, aku kena jaga pemakanan aku. Apa yang aku makan , akan beri impak pada tubuh badan aku seterusnya , aktiviti harian aku. Penyakit zaman sekarang ni tak kenal usia dah. Segalanya berpunca dari pemakanan dan aktiviti harian kita. Sebab tu kena ambil berat bab bab ni. Harga kesihatan amatlah mahal di zaman ni.
Makanan superfood yang terkini telah dimasukan ke dalam senarai pengambilan makanan harian aku ialah ELAIESE. Pernah dengar tak minyak kelapa sawit Merah ? Nah... ELAIESE ni adalah MINYAK sawit merah terhasil daripada pemprosesan minyak secara dari mesokap buah sawit (Elaeis guineensis). Ia mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol.
buah kelapa sawit 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
11 perkara yang RAMAI TAK TAHU bila berlaku banjir. Ini berdasarkan pengalaman kampung aku banjir beberapa kali dan duduk di Pusat Pemindahan Banjir.
.
1. Makanan BUKAN satu masalah besar.
Malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan ada yang tidak habis. Sebab semua yang datang biasanya bagi bantuan makanan. Melainkan tempat-tempat yang ada masalah transportation.
.
2. Masalah terbesar adalah TANDAS.
Semua tandas TAK BERFUNGSI. Lubang tandas dipenuhi air. Tak boleh flush sebab sekeliling kawasan pusat pemindahan banjir juga digenangi air. Kasihan orang tua, ibu mengandung atau yang ada anak kecil. BAYANGKAN situasi itu. Siksa & mengerikan dengan bau dan kebersihan yang menyedihkan.
.
3. Penternak haiwan paling kasihan.
Ada beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ribu ekor ayam kena pindah ke tempat lain. Takde kandang untuk letak. Takde makanan (rumput tenggelam). Banyak binatang lemas.
Cuba bayangkan korang ada 20 ekor lembu/kambing. Takde kandang nak letak. Nak bagi makan apa setiap hari kalau rumput semua tenggelam? Bayangkan bagi yang ada 100 ekor ke atas.
Itu belum ayam, kucing, anjing liar yang 1-2 minggu duduk atas pokok atau kat bumbung rumah takde siapa bagi makan. Ada yang mati dan ada yang kurus kering bila dijumpai.
.
4. BANYAK POKOK MATI.
Bila air bertakung, banyak pokok (buah-buahan, bunga, sayur dll) akan lemas. Kampung aku langsung takde pokok durian. Ia pokok paling manja. 100% confirm mati bila banjir. Pokok paling tahan, pokok kelapa sawit. Sebulan bergenang air, takde satupun yang mati.
.
5. Banyak PERABOT ROSAK & pintu tak boleh buka.
Perabot zaman sekarang semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kitchen cabinet, almari baju, meja makan, perabot Ikea dll akan kembang dan rosak. Dia punya kembang tu bahagian kena air banjir akan kembang membesar sampai 1-2 inci. Pastu jadi rapuh. Kalau katil, bila duduk je roboh terus. SEMUA kena beli lain.
Pintu kayu jenis cengal, meranti pun kembang. Frame keliling pintu juga kembang menyebabkan semua pintu tak boleh buka. Kena ketam semula.
.
6. Selamat tinggal karpet dan tikar getah. Semua akan berbau busuk, rosak dan penuh lumpur. Sebab tu kawasan yang selalu banjir akan pasang tiles satu rumah.
.
7. Binatang dalam tanah semua keluar. Cacing banyak keluar di lantai tanah (tak timbul). Panjang-panjang semuanya bergumpal-gumpal nak cari oksigen. Takut kalau nampak. Kalau cacing tu mati baru timbul.
.
8. Kena jauhi pokok. Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung. Ular sawa, ular tedung, lipan, kala jengking, biawak dll semua ada kat situ.
.
9. Kejadian kecurian berleluasa. Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk. Diaorang ambil kesempatan rumah kosong. Sebab masa pindah cuma bawak baju dan dokumen penting je. Lain semua tinggal.
.
10. Banyak penyakit kulit dan cirit birit berlaku kat mangsa banjir selama berminggu-minggu. Air banjir ni bukannya bersih walaupun banyak kuantitinya.
.
11. Paling azab dan siksa adalah ketika nak bersihkan rumah pasca-banjir. Dalam rumah banyak lumpur. Lumpur ada kat almari baju, almari pinggan, dalam kabinet dapur dll. Perlukan tenaga yang banyak dan air yang banyak untuk bersihkan. Kena ada water jet.
.
.
Kesimpulannya,
Bantuan banjir terbaik sebenarnya :
.
1. Bantuan bersihkan rumah.
Ramai orang tua yang duduk sendiri tak mampu nak bersihkan lumpur dalam rumah. Camne nak tidur kalau tilam berlumpur, dapur berlumpur, tandas berlumpur dsb.
2. Bantuan kewangan.
Semua perabot musnah dan kena beli baru. Bantuan ni terbaik berbanding korang bagi beras, sardin, tepung yang sampai 3-4 bulan tak habis-habis.
.
.
Semoga semua tempat yang dilanda banjir di seluruh negara segera pulih. Ujian banjir ini seksanya hanya yang pernah alami faham. Ia mengganggu emosi, fizikal dan kewangan akan terjejas.
.
Doakan untuk mereka semua.
Kredit: Faisal Rahim
buah kelapa sawit 在 eintan nurfuzie Youtube 的最佳貼文
Cara handling (mengekang) kerbau untuk tujuan pengambilan sampel darah bagi Program Kesihatan Ternakan Tahunan dan penvaksinan HS
Nampaknya ada yang salah faham mengenai proses pengambilan sampel darah ini. Kerbau ini adalah kerbau di ladang kelapa sawit yang mengangkut buah. Tiada celung disediakan untuk kakitangan jabatan veterinar mengambil darah. Jadi celung sementara ini dibuat tapi keadaan celung yang tak mengikut speks ditetapkan menyebabkan kerbau meronta ronta. Jadi penggunakan tali digunakan untuk stabil kerbau. Untuk pengetahuan semua, darah akan di ambil di bahagian leher kerbau. Jadi penting untuk memastikan kepala kerbau tidak menanduk semasa proses pengambilan darah dibuat. Kerbau ini jarang dibuat program kesihatan jadi kerbau agak takut. Tiada penganiayaan berlaku. Proses ini mengambil masa 10 minit atau kurang saja. Maklumat persampelan ini boleh dibaca di
http://www.nurfuzie.com/2016/05/apabila-kerbau-bergimnastik.html