"Tolonglah, jgn manjakan isteri". Even maggi pun dia minta saya buatkan sbb dia takut minyak panas. Dah byk kali saya cuba ajar, tapi dia marah. Katanya memasak tu tanggung jawab suami, bukannya isteri.
artikel memasak 在 Fazley Yaakob Facebook 的精選貼文
Hari ini merupakan hari terakhir restoran saya beroperasi di Taman Pertama, Cheras. Kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi. Tapi buat masa ini kami akan tutup buat sementara, sambil menunggu kerja-kerja renovasi di tempat baharu.
Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada tahun 2012, saya tidak sangka bahawa perjalanan hidup saya, yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang chef. Dengan restu dan izin arwah Bapak dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan SukaSucre Bistro.
7 tahun kemudian, setelah beberapa ratus artikel di media, berpuluh-puluh anugerah kami terima dan juga pengiktirafan kami terima dari dalam dan luar negara, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu.
Terima kasih kepada semua yang pernah melanggani restoran kami; Yang datang dari dekat dan juga yang datang dari jauh. Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik pun sebagai anggota dapur, management, ataupun helpers/cleaners. Jasa mu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini.
Terima kasih kepada mentor-mentor saya @_chefwan58 & @chefjoe82, dan mentor-mentor dari @mylecordonbleu & @lecordonbleuparis atas tunjuk ajar dan panduan selama ini.
Minggu depan @minangtapau mula beroperasi semula di Bukit Damansara. #SukaSucreBistro akan dibuka juga tidak lama lagi di lokasi yang belum diumumkan lagi. Terima kasih semua. Salam sayang buat semua.
Masih ingat apa menu air tangan saya yang menjadi kegemaran anda? Dessert pun kalau ada?
Share ok?
artikel memasak 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Teknik sedap bercakap atau sedap menulis.
Saya ni takdelah sedap mana bercakap, tapi bila tulis blog ramai orang suka dulu-dulu, tulis FB pun ramai like, tulis buku pun laku, Cuma video youtube saya kurang popular sebab rupa kot, ha ha!
Tapi takpe, ilmu ni jika kita kongsi, Allah akan tambah rezeki.
Balik kepada Teknik sedap bercakap atau sedap menulis.
Ianya bermula dengan pilihan soalan, sesedap segugus soalan sesedap itulah juga segugus jawapan.
Contoh artikel ini, soalan asalnya berbunyi “bagaimana nak sedap menulis macam encik Hamka?”
Kan sedap soalan tu, ha ha.
Jadi ringkas cerita, dalam “jawapan” kita pada mana mana persoalan, pastikan ada empat perkara iaitu:
(1) Masa (2)Tempat (3) Watak (4) Aktiviti
Contoh: Jika Isteri Tanya, “Kenapa abang nampak Happy sahaja?”
Kitapun jawab: “entahlah, salah ke?” atau “Sebab awak lah” atau “Sebab awak pun Happy, saya happy”
Maka jawapan begitu, kurang sedap! Biasa sahaja..
Nak bagi jawapan yang sedap, mesti ada empat perkara di atas, laitu: (1)Masa (2)Tempat (3) Watak (4) Aktiviti
Lalu saya jawab”
“Abang gembira sekarang kerana pada waktu ini, abang sentiasa sedar ada orang yang sayang abang dan orang itu ada dekat dengan abang”
Cia.. cia..cia…
Nampak tak? Ada empat perkara dalam jawapan itu:
“Abang gembira sekarang (masa) kerana pada waktu ini, abang sentiasa sedar (aktiviti) ada orang (watak) yang sayang (aktiviti) abang dan orang itu ada dekat (tempat) dengan abang”
Jika korang berani merujuk, Allah juga bagitahu dalam al Fatihah empat perkara itu, boleh check makna, dan dalam Al quran dan hadis banyak kenyataan dari Allah melibatkan empat perkara itu buatkan Al quran seronok di baca, dalam hadispun sama dengan kisah Nabi goyang daun, disisi sahabat, lalu bercerita dan lain lain.
Dalam hadis kudsi ada kisah Allah yang lebih kurang bermaksud, pernah Allah bagitahu malaikat, Aku suka bila (masa) ada satu Jemaah sedang bermusafir(aktiviti), apabila sampai di tempat tujuan(lokasi), maka ada yang solat dua rakaat lalu tertidur (aktiviti) sewaktu sujud kerana kepenatan, lalu Allah memberitahu malaikat lihatlah Hambaku, jasadnya paling hampir dengan Ku (sujud adalah posisi paling hamper dengan Allah ) dan nyawanya berada dalam gengamam Ku. (Tidur adalah separuh mati)
Nampak tak?
Jadi semalam, al kisahnya, anak-anak ajak muzakarah bab bahagiakan ibu bapa, yang uruskan muzakarah anak darjah enam, lalu anak minta semua adik beradik bagi ilmu bagaimana nak bahagiakan ibu bapa.
Maka masing masing bagai teknik nak gembirakan ibu bapa dan bila tiba giliran saya maka saya pun bagi jawapan yang ada empat perkara di atas.
“Anak anak, nak gembirakan ibu bapa samalah juga macam kita nak dapat keredaaan Allah, iaitu kita kena tahu mana satu perintah Allah, dan mana satu larangan Allah dan buat ikut keutamaan, maka kena ada ilmu bab hokum hakam, kerana perintah Allah adalah apa yang menggembiran Allah, dan larangan Allah adalah apa yang memurkakan Allah..
Jadi anak anak kena tahu apa yang ibu bapa suka, dan apa yang ibu bapa tak suka melalui apa yang ibu bapa suruh, dan apa yang ibu bapa larang..
Jadi, ayah suka jika bangun pagi hari anak dah siap berwudhu, dan ayah dengar anak sedang azan (musim PKP ni, azan di rumah), lalu ayah ambil wudhu dan lihat anak anak semua dah bersedia nak solat tunggu ayah sahaja, oh indahnya pagi itu tapi itu jarang berlaku sebab korang tidur lewat dan ayahlah yang kejutkan korang hampir setiap hari untuk solat subuh berjemaah… adohai.
Maka tolong, bangun awal dan kejut ayah solat kerana itu yang menggembirakan ayah…
Namun banyak tempat ayah nak puji korang, tertutama waktu lepas solat zohor, korang buat majlis muzakarah, banyak ilmu yang dapat korang kongsikan. Ada yang mencatat, ada yang google, kesungguhan itu buatkan pandangan itu menjadi indah.
Lepas asar, korang buat ceramah, masing masing bergilir dan ayah suka dengar kamu bersembang bab agama, Alhamdulillah. Bagus pandai bersembang bab agama sebab dalam kubur malaikat ajak sembang, siapa diam akan kena sembam!
Lepas magrib, korang membaca Al quran, terhingguk hingguk, ada yang tunjuk dengan jari, ada yang pejam mata sambil mengaji, ada yang membaca makna, sungguh indah magrib sebegitu.
Lepas Isyak korang baca taklim sorang satu hadis, hujung majlis, amir taklim akan recall balik hadis siap dengan perawi dan bila amir taklim lupa, orang yang baca hadis tadi akan sudi bantu, dah macam utaz ustaz ayah tengok korang semua. Alhamdulillah.
Dan selang waktu yang lain, ayah suka bila Bonda korang memasak, anak perempuan ada di sebelah, dan anak lelaki juga turut ada bantu Bonda masak.
Waktu lapang melihat korang membaca buku, sampai tertidur, lalu ayah tutup buku kamu itu, dan betulkan posisi tidur kamu lalu kuncup dahi, hehehehehe
(okey, panjang lagi saya berkongsi dengan anak anak, apa saya nak bagitahu, jawapan yang ada empat perkara memang sedap di dengar)
Jadi begitulah teknik sedap menulis, dan sedap bercakap.
Tapi ada tempat, tak perlu pada empat tu, iaitu sewaktu saya menjual, korang terus membeli. Woha!
Ps: Paling indah di malam hari, waktu Ayah nak solat tahajjud, bermunajat di hadapan kekasih nombor satu, tiba tiba kekasih ayah, Bonda kamu tak ada sebelah katil, lalu ayah Nampak bonda sedang sujud dalam tahajjud bersama anak anak, perghhhh, bunyi cengkerik waktu itu, adalah paling indah, betul kata cicak yang sedang chap chap chap di siling, oh indahnya sepertiga malam ini yang bakal berlabuh di pinggir fajar sidek!
artikel memasak 在 Tonton 7 Youtube Memasak untuk Dapatkan Resep yang ... 的必吃
Jika kamu ingin mencoba memasak makanan kekinian, “Tasty” bisa menjadi salah ... Artikel,Lifestyle ... Rekomendasi Channel YouTube Memasak. ... <看更多>