NAZAR
Arti nazar ialah seseorang mewajibkan dirinya untuk melakukan kebaikkan kerana mendekatkan diri kepada Allah.
Nazar wajib ditunaikan kerana firman Allah :
وَلْيُوفُوا۟ نُذُورَهُمْ
Artinya : “Dan hendaklah mereka menunaikan segala nazar mereka itu.” (Al-Haj : 29)
Bermula nazar itu ada tiga rukunnya :
Pertama : Orang yang bernazar
Kedua : Perkara yang dinazarkan
Ketiga : Lafaz nazar
Orang Yang Bernazar
Disyaratkan orang yang bernazar itu hendaklah seorang Islam dan bernazar dengan pilihannya bukan dipaksa dan mampu menunaikan nazarnya.
Jika orang yang tidak mampu berpuasa sebab tuanya bernazar untuk berpuasa maka tidak sah nazarnya itu.
Begitu juga tidak sah nazar seorang untuk pergi haji pada tahun ini apabila waktu telah sempit.
Jika nazar tersebut berkait dengan membelanjakan harta maka tidak sah nazar kanak-kanak dan orang yang muflis dan orang gila.
Lafaz Nazar
Lafaz nazar hendaklah diucapkan pada lidah maka jika berniat sahaja di dalam hati maka tidak jadi nazar tetapi sunat ditunaikannya.
Hendaklah pada lafaz nazar itu ada pengertian mewajibkan baginya tunaikannya seperti aku bernazar akan sekian atau wajib atasku akan sekian.
Contoh lafaz nazar yang sah :
Jika aku sembuh maka aku bernazar untuk berpuasa sehari.
Jika aku dikurniakan zuriat maka wajib atasku kerana Allah menyembelih seekor kambing.
Perkara Yang Dinazarkan
Perkara yang dinazarkan hendaklah perkara yang berkebajikan dan ketaatan kepada Allah seperti solat sunat atau bersedekah atau berpuasa sunat atau ziarah orang sakit atau membaca Quran dan seumpamanya.
Tidak sah bernazar untuk melakukan perkara yang diwajibkan seperti bernazar seorang untuk menutup aurat jika dia sembuh dari sakit kerana menutup aurat itu adalah diwajibkan ke atas dirinya samada dia dalam keadaan sihat atau sakit.
Begitu juga tidak sah bernazar untuk solat lima waktu atau untuk belajar ilmu agama yang fardhu ain atau puasa Ramadhan atau memberi zakat kerana semua ini adalah wajib ke atas semua orang Islam.
Begitu juga tidak sah nazar seorang yang berkata jika aku menjadi pemimpin negara aku bernazar untuk menjalankan hukum Islam di dalam negara ini kerana setiap pemimpin wajib melaksanakan hukum dan peraturan Islam di dalam negara yang ia menjadi pemimpin.
Dan tidak sah nazar untuk melakukan perkara dosa dan maksiat seperti bernazar untuk membuka aurat atau meminum arak atau bernazar seorang wanita untuk menari di depan lelaki ajnabi kerana semua ini adalah haram dan maksiat.
Rasulullah saw bersabda :
من نذر أن يطيع الله فليطعه ، ومن نذر أن يعصيه فلا يعصيه
Artinya : Siapa yang bernazar taatkan Allah maka hendaklah ia tunaikan dan siapa yang bernazar derhakakan Allah maka jangan ia tunaikan.” (Hadith Bukhari)
Dan tidak sah nazar melakukan perkara yang makruh seperti bernazar untuk berpuasa setiap hari atau seumpamanya.
Dan tidak sah bernazar melakukan perkara yang bodoh seperti bernazar untuk merangkak pergi ke masjid atau seumpamanya.
Dan juga tidak sah melakukan perkara yang harus yang tidak termasuk berpahala melakukannya seperti bernazar untuk tidur atau makan nasi atau memakai baju.
Nazar Tabarrur
Arti nazar tabarrur ialah seorang bernazar untuk melakukan perkara yang berkebajikan. Nazar tabarrur ini terbahagi kepada dua bahagi :
Pertama : Nazar Tanpa Taklik
Nazar tanpa talik ialah seorang itu bernazar untuk melakukan perkara kebajikan tanpa mentaklikkan dengan suatu kejadian atau sebab seperti berkata ia “Aku bernazar kerana Allah menyembelih seekor kambing” atau “Aku bernazar untuk berpuasa sehari kerana Allah”.
Maka wajib atas orang tersebut melakukan apa yang dinazarkannya itu dengan segera jika tiada atasnya keuzuran.
Kedua : Nazar Dengan Taklik
Nazar dengan taklik ialah seorang itu bernazar dengan ditaklikkan dengan mendapat suatu nikmat atau terlepas dari satu bencana.
Contoh taklik dengan dapat nikmat itu seperti berkata ia :
Aku bernazar jikalau aku mendapat kerja ini aku akan bersedekah sebanyak seribu ringgit kepada orang miskin.
Contoh taklik dengan terlepas dari bencana itu seperti berkata ia :
Jika aku sihat dari sakitku ini aku wajibkan diriku berpuasa tiga hari.
Siapa yang bernazar dengan taklik seperti ini maka tidak wajib menunaikan nazarnya itu selagi belum terjadi perkara yang ditaklikkan itu.
Maka jika ditaklikkan dengan dapat pekerjaan selagi dia belum dapat pekerjaan tersebut maka dia tidak wajib menunaikan nazarnya itu dan jika ditaklikkan dengan sembuh dari sakit selagi dia belum sembuh maka tidak wajib atasnya menunaikan nazarnya itu.
Jika orang yang bernazar untuk berpuasa lalu jatuh sakit ia dan tidak mampu ia mengerjakan puasa nazarnya itu maka tidaklah berdosa ia dan bila telah sembuh maka barulah wajib ditunaikan nazarnya untuk berpuasa itu.
Jika dia bernazar untuk menyembelih kambing tiba-tiba kambing tidak didapati dinegeri ia tinggal maka hendaklah ia menunggu ketika kambing sudah ada di negerinya itu dan menunaikan nazarnya.
Tidak Mampu Tunaikan Nazar
Siapa yang tidak mampu tunaikan nazar seperti sebab sakit atau jatuh miskin atau seumpamanya maka wajib ia bayar kafarah nazar yaitu bersamaan dengan kafarah sumpah.
Berkata Ibnu Abbas r.a. :
من نذر نذرا لا يطيقه فكفارته كفارة اليمين
Artinya : “Siapa bernazar dan tidak mampu menunaikannya maka kafarahnya ialah kafarah sumpah.” Riwayat Abu Daud
Kafarah Nazar
Firman Allah :
فكفارته إطعام عشرة مساكين من أوسط ما تطعمون أهليكم، أو كسوتهم أو تحرير رقبة، فمن لم يجد فصيام ثلاثة أيام
Artinya : “Maka kafarahnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari makanan yang kamu beri makan akan ahlimu atau beri pakai akan sepuluh orang miskin atau merdekakan hamba sahaya. Maka siapa yang tidak kuasa yang demikian itu hendaklah ia berpuasa selama tiga hari.” (Al-Maedah : 89)
Beberapa Masalah
Jika seorang bernazar hendak memberi makan kepada orang miskin tanpa disebutnya berapa orang maka memadai ia beri makan akan seorang miskin sahaja.
Jika seorang bernazar hendak puasa 3 hari maka sunat ia puasa tiga hari itu berutur-turut. Tetapi jika disebut dalam takliknya mahu puasa berturut-turut maka wajib dipuasakan dengan berturut-turut.
Jika ditaklikkan nazar dengan sembuh dari sakit lalu kurang sedikit sakitnya maka tidak wajib lagi ia tunaikan nazarnya kerana belum sembuh sepenuhnya.
Jika bertaklik dengan mendapat anak lalu hamil isterinya maka masih belum wajib ia tunaikan nazar sebab anak masih dalam kandungan dan apabila lahir anak itu maka wajib ia tunaikan nazarnya.
Jika bertaklik pada nazar untuk sembelih kambing lalu ia wakilkan kepada orang lain yang sembelih bukan disembelihnya sendiri maka memadai.
Jika bertaklik mahu beri makan kepada orang miskin lalu ia beri makan kepada orang kaya maka tidak memadai.
Jika ia bertaklik mahu ziarah kubur bapanya tetapi ia hanya pergi sampai diluar pagar kubur tanpa pergi ke kubur bapanya maka tidak memadai kerana tidak dinamakan ziarah.
Jika bernazar hendak bersedekah kepada masjid maka sah ia berikan kepada mana-mana masjid melainkan jika disebutnya masjid yang tertentu maka wajib ia berikan kepada masjid tersebut.
Jika bernazar mahu sedekah seribu ringgit tiba-tiba dia hanya ada lima ratus ringgit maka hendaklah diberikan lima ratus ringgit yang dia ada itu manakala bakinya diberikan setelah ia mampu nanti.
Semoga dengan penerangan yang serba ringkas ini dapat memberi kefahaman kepada orang yang baru belajar mengetahui hukum berkenaan nazar.
Wallahua’lam
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過70萬的網紅ESBEYE,也在其Youtube影片中提到,Assalamualaikum Wr.Wb. Surat Ad Duhaa diyakini sebagai surat dicukupkannya rezeki. Disebutkan, surat Ad Dhuha merupakan surat pembawa banyak rezeki....
arti sedekah 在 ESBEYE Youtube 的最讚貼文
Assalamualaikum Wr.Wb.
Surat Ad Duhaa diyakini sebagai surat dicukupkannya rezeki. Disebutkan, surat Ad Dhuha merupakan surat pembawa banyak rezeki. Surat Ad Duhaa termasuk dalam golongan surah Makkiyah, surat ke-93 dalam Alquran, dan terdiri dari 11 ayat. Ad-Dhuha berarti waktu matahari sepenggalahan naik. Arti itu berasal dari ayat pertama surat Ad Dhuha.
Keutamaan Surat Ad Dhuha:
1. Senilai 360 Sedekah
"Di dalam tubuh manusia terdapat tiga ratus enam puluh sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya." Mereka (para sahabat) bertanya, "Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?"
Beliau menjawab, "Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua rakaat Dhuha sudah mencukupimu." (HR. Abu Dawud).
2. Mencukupi Kebutuhan
Allah Ta'ala berfirman, "Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu." (HR. Ahmad).
3. Ghanimah (Harta Rampasan Perang) Terbanyak dari Sholat Dhuha
Nabi Muhammad bersabda, "Barangsiapa berwudhu kemudian pergi pada waktu pagi ke masjid untuk melaksanakan sholat dhuha, maka hal itu adalah peperangan yang paling dekat, ghanimah yang paling banyak, dan kembalinya lebih cepat." (HR. Tirmidzi dan Ahmad; hasan shahih).
4. Dicukupkan Rezekinya
"Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rekaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu" (HR. Abu Darda).
5. Diampuni Segala Dosanya
"Orang yang sholat dhuha akan di ampuni dosa-dosanya oleh Allah, barang siapa yang selalu mengerjakan sholat dhuha niscaya akan di ampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan" (HR.Tarmidzi).
Mixing & Mastering : Ekky : https://www.instagram.com/ekky_flute/?hl=id
Video by : ESBEYE : https://www.instagram.com/esbeye_offi...
Vocal : Oday
Follow Instagram Kami
► ESBEYE : https://www.instagram.com/esbeye_offi...
► Oday Akhras : https://www.instagram.com/odayakhras/
ESBEYE Management
► Ihfadz
Call / Wa : 081273731989
arti sedekah 在 Pengertian Sedekah, Manfaat dan Waktu yang Dianjurkan ... 的相關結果
Sedekah adalah pemberian harta kepada orang-orang fakir, orang yang membutuhkan, ataupun pihak-pihak lain yang berhak menerima sedekah, tanpa ... ... <看更多>
arti sedekah 在 Sedekah - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas 的相關結果
Sedekah adalah memberi secara sukarela (tanpa kepentingan apapun) harta atau bahan makanan untuk memenuhi kebutuhan orang lain. Aturan dalam sedekah lebih bebas ... ... <看更多>
arti sedekah 在 Definisi Sedekah - BAZNAS 的相關結果
Sedekah merupakan kata yang sangat familiar di kalangan umat Islam. Sedekah diambil dari kata bahasa Arab yaitu “shadaqah”, berasal dari kata sidq (sidiq) ... ... <看更多>