bila en suami minta belikan kimchi....tetiba rasa kedekut😅.
benda kita boleh buat...boleh jimat kenapa nak kena beli😬.
anggaran kos bahan mentah tak sampai rm 10 boleh dapat 3 bekas.
secukup rasa seadanya😊.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
========================
Bahan-bahannya:
1. Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
2. Sebiji carrot merah - hiris nipis
3. Sebiji carrot putih - hiris nipis
4. Segenggam daun bawang - potong sederhana panjang
5. 5 ulas bawang putih *
6. Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
7. Satu inci halia tua *
8. 5 sudu sos ikan *
9. 2 sudu kecil gula merah *
10. 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
11. Garam halus secukupnya
12. 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
CARA-CARANYA:
=============
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh....berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gamba tak beresepi. Ingatkan tak laku😅😅😅
Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.💕💕💕
Pada yang suka kimchi...sukalah. Yang kata masam@ tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.😇
Kredit: noor azmawani
.
.
同時也有58部Youtube影片,追蹤數超過4,080的網紅Dr Soo Wincci Official Channel,也在其Youtube影片中提到,#Puasa6 #Puasa #Sepanyol #Valencia Hari Pertama: Sahur: 2 Biji Kentang Direbus + Salad Buka: 2 Biji Kentang Direbus + Salad Hari Kedua: Sahur: 2 ...
「resepi sayur」的推薦目錄:
- 關於resepi sayur 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi sayur 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi sayur 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於resepi sayur 在 Dr Soo Wincci Official Channel Youtube 的最佳解答
- 關於resepi sayur 在 iamfuzy Youtube 的最佳解答
- 關於resepi sayur 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於resepi sayur 在 Sayur Kacang Panjang Goreng Sedap! - YouTube 的評價
- 關於resepi sayur 在 Jom Masak Bersama Sheila Rusly - Facebook 的評價
- 關於resepi sayur 在 Asyik Masak Sayur Campur Biasa Je. Jom Cuba Resepi ... 的評價
- 關於resepi sayur 在 Resepi Viral - 21 RESEPI SAYUR SAYURAN - Facebook 的評價
resepi sayur 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Late dinner.
Mee bandung 🍜
1/2 bj bwg merah besar
1/2 bj bwg holland
2 ulas bwg putih
1inch halia
2sb udang kering
5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)
Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)
2sb sos cili
2sb sos tiram
Ayam&udang
1sb chicken stock powder
Gula&garam
500ml air
Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).
Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.
Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang.
Resepi asal : marina sweet bakery
resepi sayur 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
RESEPI YEE MEE SIZZLING
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.
Kredit Resepi ini kpd Nor Azlindawati Salha Baharudin
resepi sayur 在 Dr Soo Wincci Official Channel Youtube 的最佳解答
#Puasa6 #Puasa #Sepanyol #Valencia
Hari Pertama:
Sahur: 2 Biji Kentang Direbus + Salad
Buka: 2 Biji Kentang Direbus + Salad
Hari Kedua:
Sahur: 2 Biji Kentang Dibakar
Buka: 2 Biji Kentang Dibakar
Hari Ketiga:
Sahur: 2 Biji Kentang Dimasak Dengan Sayur + Yogurt
Buka: 2 Biji Kentang Dimasak Dengan Sayur + Yogurt
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/qd8YVsliFgE/hqdefault.jpg)
resepi sayur 在 iamfuzy Youtube 的最佳解答
Assalammualaikum, selamat berpuasa. Dah masuk hari ke 23 Ramadan dan harapnya banyak amalan yang telah kita lakukan untuk mendapat pahala. InsyaAllah
Nasi ulam utara ni memang sajian wajib bila bulan puasa sebab ianya special. Kalau ikut resepi asal menggunakan 101 jenis ulaman mentah tapi memang tak pernah dapatlah cuma ada beberapa ulaman penting kena ada dan memadai dan penting ada daun yang menambah kesedapan dan keharuman Nasi Ulam ni
Bagi orang Kedah, memakan nasi ulam ni memang digandingkan dengan asam pedas keladi yang dipanggil Sayuq Keladi.
jom tengok bahan Resepi Nasi Ulam Utara
Bahan:-
Nasi putih yang dibiarkan sejuk
2 sudu kerisik
Ikan tenggiri jeruk atau ikan talang masin yang digoreng (dibuang tulang dan diperisi dan ditumbuk supaya hancur)
Bahan untuk ditumbuk:-
3 batang serai
1/2 inci lengkuas - jangan terlalu banyak sebab lengkuas ni agak panas
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
2 sudu lada hitam
garam secukup rasa
Bahan untuk dihiris:-
1 ikat daun pegaga
1 ikan daun cekur
daun sekentut (wajib ada)
ulam raja
daun gajus
daun kesom
daun kaduk
daun mengkudu
daun kunyit
daun kari
daun limau purut
daun putat
daun selasih
daun ketumbar
daun lemuni
bunga kantan
daun belalai gajah
pucuk tenggek burung
pucuk dakap anak
pucuk jambu batu
pucuk cemumar
daun selasih
daun kemangi
daun salam
Untuk cara membuatnya boleh baca di di https://www.iamfuzy.com/2020/05/sayur-asam-pedas-keladi-gandingan-nasi.html
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/W1p3wcBihSo/hqdefault.jpg)
resepi sayur 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
"Pulau Tak Boleh Pergi, Kita Bawak Dia Mari!" Fendi mencipta resepi Char Kuey Tiow gaya Pulau Pinang menggunakan bahan dari Sambaleena, iaitu Sambal Ketuk. Jom Saksikan.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ketuk pedas Level 5. Resepi paling senang dan hanya guna 8 bahan sahaja. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Pinggan Kuey Tiow (di basuh)
Udang Segar 3 Ekor
Sambal Ketuk 1 Sudu
Daun Kucai 4 Tangkai
Taugeh Mentah 1 Mangkuk
Sos Cili 1 Sudu
Kicap Manis 2 Sudu
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan penyediaan bahan bahan. Seperti memotong daun kucai mengikut saiz yang di cadang. Basuh semua bahan bahan seperti sayur, kuey tiow & telur.
Mulakan dengan memanas minyak, dan goreng udang sehingga separuh masak. Lebih kurang selama seminit. Selesai menggoreng udang, pecahkan telur dan kacau sehingga hancur.
Seterusnya, letak satu sudu Sambal Ketuk Sambaleena dan campurkan ke dalam telur tadi dan gaul hingga sebati.
Setelah sebati, campur kan kuey tiow ke dalam kuali dan gaul hingga sebati. Pastikan jumlah sambal dan kuey tiow seimbang. Selepas itu, letakkan kicap manis dan sos cili. Gaul hingga sebati.
langkah seterusnya, campur kan taugeh dan daun kuchai dan gaulkan semuanya. Maka dengan itu, Char Kuey Tiow Sambaleena sudah selesai
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #charkueytiow #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/mHVVjt9xiE4/hqdefault.jpg)
resepi sayur 在 Jom Masak Bersama Sheila Rusly - Facebook 的必吃
RESEPI SAYUR CAMPUR ♥ Bahan-bahannya : ○seikat kacang buncis (atau 12 btg) ○1 batang carrot ○Bunga kobis ○2 biji Tauhu. 1 biji dipotong 9 ○5 ekor... ... <看更多>
resepi sayur 在 Asyik Masak Sayur Campur Biasa Je. Jom Cuba Resepi ... 的必吃
sayur tu. Resepi ini perkongsian dari @lemzfe (Tik Tok) Bahan-bahan. Lobak merah. Kacang panjang. Cendawan hitam. Jagung Bawang ... ... <看更多>
resepi sayur 在 Sayur Kacang Panjang Goreng Sedap! - YouTube 的必吃
Assalammualaikum semua. Saya nak kongsikan resepi sayur kacang panjang goreng yang sangat sedap. Selamat mencuba.Bahan:Sayur kacang ... ... <看更多>