Saya bersama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow & Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Sr. Rozali Mohamud serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa hari ini bagi menyertai lawatan kerja meninjau paras air semasa di Mengkuang Dam, #PermatangPauh.
Empangan Mengkuang merupakan empangan strategik yang berfungsi bagi mengumpul lambakan air ketika musim hujan supaya tidak dibazirkan mengalir ke laut bagi dimanfaatkan ketika musim kemarau panjang di negeri ini.
InshaaAllah, gesaan bagi mempercepatkan Fasa 2B & Fasa 2C projek pembesaran empangan Mengkuang yang bakal memanfaatkan rakyat Pulau Pinang khususnya, akan saya usulkan di persidangan Parlimen yang akan berlangsung Julai ini melalui kamar khas.
Disamping itu, saya juga berharap sebahagian daripada kawasan empangan ini yang merupakan kawasan rekreasi komuniti terkenal dapat dibuka semula tidak lama lagi.
#Penang2030
#PermatangPauh
#DemiPermatangPauh
penang2030 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最佳貼文
Lawatan ‘Cyber Counter’ di Menara Bandaraya untuk mendorong pelanggan membiasakan diri dengan sistem digital yang disediakan.
#Penang2030
#PermatangPauh
#DemiPermatangPauh
penang2030 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最佳貼文
Hari ini saya bersama Ketua Menteri, YAB Tuan Chow Kon Yeow dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Sr. Rozali Mohamud sempena lawatan Ketua Menteri bagi melihat ‘Cyber Counter’ MBSP, sebagai usaha mendigitalkan perkhidmatan MBSP selaras dengan Visi Penang2030.
‘Cyber Counter’ MBSP ini menyediakan sebanyak 100 jenis perkhidmatan pelanggan termasuk PTG (Pejabat Tanah dan Galian), MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang).
Syabas dan tahniah diucapkan buat Datuk Bandar serta seluruh warga pasukan MBSP di atas usaha pendigitalan perkhidmatan ini!
#PermatangPauh
#DemiPermatangPauh