Perjumpaan Dengan Sheikh Saleh Kamel
Hari ini padat dan sarat juga tapi berwarna warni.
Sebelah pagi, menghadiri mesyuarat bulanan Majlis Penasihat Syariah di Suruhanja Sekuriti Malaysia.
Di waktu tengahari dijemput untuk menghadiri sesi dengan Sheikh Saleh Kamel pengasas Bank Dallah Barakah dan juga seorang yang super 'kaya' di kalangan orang Islam di Timur Tengah. Beliau juga mempunyai rangkaian bisnes dalam pelbagai bidang.
Selepas sesi ini, saya berkesempatan berbincang dengan Ketua, Jabatan Kewangan di bawah pejabat Presiden Turki. Banyak mendapat maklumat dan data terbaharu tentang gerakan memperkukuhkan kewangan Islam di Turki. Saya turut berkongsi perspektif saya tentang strategi kewangan Islam untuk Turki....pada hemat saya. Kami banyak mempunyai pandangan yang sama. Perbincangan seterusnya nanti di Istanbul.
Selepas sesi ini sekitar jam 3 petang, saya terus bergegas ke Sasana Kijang Bank Negara untuk sesi Town Hall dengan penasihat2 Syariah dan pegawai2 Syariah di institusi2 kewangan Islam. Teruja melihat jumlah yang ramai di kalangan penasihat dan pegawai Syariah....mungkin yang terbesar di dunia. Banyak isu yang disidangkan. Teruja juga dengan keilmuan dan 'keberanian' semua menyuarakan pandangan dan perspektif. Aktivism adalah suara masyarakat yang hidup dan sihat.
Hari saya masih panjang lagi. Sebelum maghrib, kena patah balik ke Mandarin Oriental untuk sesi perbincangan dengan Sheikh Saleh Kamil kali ini secara perseorangan. Di akhir perbincangan, beliau membuat artikulasi tentang 'kegagalan' kewangan Islam membumikan maqasid Syariah. Saya hanya mendengar luahan rasa hati beliau. Di akhir pertemuan, saya sebut bahawa saya sedang menulis sebuah buku tentang Maqasid Syariah dan big data. Ini sangat menarik perhatian beliau. Beliau menjemput saya bekerjasama dengan institusi kajian beliau di Mesir tentang buku saya. Saya gembira dan juga teruja.
Mesyuarat terakhir ialah dengan pihak pengurusan kanan UIAM.....Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik dan 'berwarna warni'. Besok adalah hari yang amat ringan. Hari Jumaat pula saya akan bercuti buat pertama kali bersama keluarga dan cucunda2 di tahun 2019. Destinasi Cherating.
MDB
mandarin oriental istanbul 在 Mandarin Oriental - YouTube 的必吃
21st century luxury hotels and resorts with oriental charm.Community Guidelines: https://www.mandarinoriental.com/connect/guidelineMandarin Oriental Hotel ... ... <看更多>
mandarin oriental istanbul 在 Mandarin Oriental Bosphorus, Istanbul - Home | Facebook 的必吃
Mandarin Oriental Bosphorus, Istanbul, İstanbul. 642 likes · 172 talking about this · 910 were here. Positioned along the glimmering shoreline where East... ... <看更多>