"SAYA TAHU RAMAI LAGI YANG SUSAH DI LUAR SANA."
30 Oktober 2020 - Tangkak, Johor. Semalam selesai sudah pengagihan sumbangan daripada saya & @juliananazarudin sebagai wakil Domino's Malaysia kepada keluarga yang memerlukan di daerah Tangkak. Harini inshaAllah kita akan sambung di daerah Muar pula.
Ada 3 rumah yang kami ziarah harini ternyata terdapat 3003 kisah di sebalik senyum & tawa ketiga-tiga keluarga ini. Sorotan utama 'Hepitami Charity' untuk harini adalah kisah ibu & bapa kepada 6 orang anak, dan salah seorang dari anak mereka yg ke-5 yg baru seminggu telah kembali ke rahmatullah disebabkan kanser. Beliau ternyata gembira melihat rombongan kami walaupun ternyata ada sejuta kisah disebalik wajah beliau.
Paling terkesan dengan ayat, "Kalau diikutkan, saya masih mampu lagi tapi saya pasti ramai lagi yang susah di luar sana. Apa pun Alhamdulillah rezeki Allah beri." Allahu😭
Ramai diluar sana yang susah. Ramai yang ada pelbagai latar belakang & pengalaman berbeza dalam menghadapi liku kehidupan. Moga apa usaha kami ni, dapat berterusan & terus membantu mereka yang memerlukan di luar sana.
Terima kasih kepada @dominosmy kerana sudi memberi sumbangan pizza kepada keluarga ini dengan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Tangkak bagi memberi senarai nama keluarga yang kurang bernasib baik. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada En Norazzeme Amad selaku presiden & wakil dari @komunitipemuzikmuar yang turut turun padang bersama kami bagi menyampaikan sumbangan.
InshaAllah harini kita akan sambung beri sumbangan di daerah Muar. Moga dipermudahkan & diberi kekuatan buat kami utk teruskan @hepitamicharity #HepitamiCharity inshaAllah 💙
Terima kasih juga kepada Chachago Muar kerana sudi memberi sumbangan air minuman berkualiti & sihat kepada semua keluarga.
Credit photo : @are_yiepppp7
Domino’s Pizza ada buat kempen Buy 1 Free 2 dengan khidmat penghantaran PERCUMA! Kini dengan tawaran diorang ni, korang punyai lebih banyak pilihan bagi mendapatkan kedua-dua item percuma!
Untuk maklumat lanjut boleh tengok https://youtu.be/bMk0ayqT-Lo
VARIETY FOR ALL
#DominosMy #VarietyForAll #HepitamiCharity #TaleebMizad
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...