BUAT SUAMI YANG NAK TUNGKU ISTERI MASA PANTANG... =)
Ada suami excited nak jaga isteri masa pantang... Tiba tiba balut tungku macam sup bunjut... hihi..
Nak balut tungku ada cara... Suami perlu cari 4 bahan ni kalau nak tungku isteri :
1. Tungku:
2. Kain pelikat
3. Tali panjang
4. Daun mengkudu
Tungku dengan daun mengkudu akan bagi mood luar biasa untuk ibu yang berpantang. =)
Kalau tungku macam gambar ni.. panaskan antara 15 - 20 minit... kemudian angkat menggunakan kain tebal.. dan balut macam step dalam picture...
Saya pernah tanya dengan pakar o&g - Dr Hamid Arshat pasal tungku ni... sebab ada "orang orang moden" yang elak terus amalan tradisional ni...
.
.
"Doktor.. bagus tak bertungku..."
"Bagus... sebab kepanasan yang ada pada tungku beri sensasiyg baik kepada ibu berpantang. Tapi kalau orang dulu2 guna tungku.. zama sekarang ni dah ramai guna hot pack... fungsinya sama..."
.
.
Bertungku memang best... bagi ibu ibu yang dah biasa bertungku, dia memang akan nak bertungku lagi.
Masa berungku tu rasa sedap bahagian rahim & perut.
Usually lepas settle bertungku, kita dapat rasa banyak darah nifas keluar.
Menurut pengamal perbidanan Melayu lama.. tujuan bertungku adalah untuk keluarkan saki baki darah kotor, kecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain.
.
.
Kalau kita (orang Melayu) bertungku.... masyarakat lama Cina lagi lah... depa tak bagi terus pasang kipas... dengan tujuan nak bagi keluar semua peluh2 jahat tu...
Bertungku ni antara 'syarat' untuk berpantang cara kampung..
Berbekung, bertangas, rendaman faraj, mengurut antara amalan berpantang yang sangat bagi positif result kepada pengamalnya... =)
Bagi 9bulan10hari, berpantang cara Melayu, Cina, India atau Guatamala sekalipun banyak kebaikannya..
Selagi tak memudaratkan kesihatan... selagi tak bertentangan dengan ajaran ALLAH... berpantanglah... sedap badan tu hanya yang lalui saja yang faham...
.
.
Tapi make sure.. pantang makan, bertangas, rendaman faraj tu bawalah sampai bila2... bukan pantang masa 45 hari saja... huhu..
Lepas habis pantang, tolonglah bersenam... buat senaman kegel.. makan #sukusukuseparuh... elakkan duduk dalam aircond 24 jam...
Semoga badan kita kekal sihat & bertenaga walaupun dah ada anak 4 5 6 7 8 9 & 10 orang.. =)
COPYRIGHT@9bulan10hari. Silakan share & elakkan budaya copy paste!
Search
dr kegel 在 Kegel Exercises for Men - Beginners Pelvic Floor ... - YouTube 的必吃
... <看更多>