Temuramah ekslusif mengenai Asal Usul Lagu Ulek Mayang bersama penyanyi asal ulek mayang iaitu Pn. Wan Salmah Wan Sulaiman.
#UlekMayang berasal dari Terengganu, satu tarian yang terkenal kerana kaitannya dengan #AlamMistik. Ulek Mayang di katakan bermula ratusan tahun dahulu. la sebenarnya sebuah mentera yang di nyanyikan untuk menghalau roh laut yang jahat. Lagenda menyatakan sekumpulan nelayan telah keluar ke laut. Di tengah laut, tiba-tiba sebuah ribut yang kuat memukul perahu mereka lalu mereka tercampak ke laut. Dalam keadaan yang cemas, laut yang masih bergelora, mereka menyerah sahaja nasib mereka.
Selepas reda laut, kesemua nelayan di hanyut ke pantai. Seorang demi seorang terjaga. Hanya seorang sahaja yang tak terjaga. Mereka percaya bahawa jasadnya ada di sini tapi jiwanya terperangkap di alam lain. Mereka meminta bantuan bomoh untuk mengembalikan kawan mereka. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Seorang puteri bunian ingin menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh itu cuba mengembalikan nelayan itu ke dunia nyata tetapi di halang oleh puteri bunian. Pertarungan menjadi senget apabila seorang demi seorang adik beradik #PuteriBunian (hingga 6 orang) datang membantunya.
Akhirnya Puteri Sulung muncul, puter ke-7, muncul. Paling cantik, bijak dan kuat antara mereka. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
"aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat". - kata Puteri sulung. Tanda terima kasih, bomoh itu menyerahkan nasi berwarna kepada puteri-puteri bunian. Nelayan itu sedar tidak lama kemudian.
Dahulu, lagu Ulek Mayang akan disertakan bersama tarian. Ritual ini selalunya dilakukan di kawasan tepi pantai yang digunakan sebagai kaedah untuk merawat penyakit seseorang. Biasanya penyakit-penyakit mistik seperti kerasukan, tidak sedar diri dan lain-lain.
Kini Ulek Mayang telah diubah dan dijadikan sebagai persembahan budaya untuk majlis-majlis tertentu.
Ikuti saya di social media berikut :-
Instagram : @mawardiyunus (https://www.instagram.com/mawardiyunus/)
Facebook : Mawardi Yunus (https://www.facebook.com/mawardiyunus)
Twitter : mawardiyunus (https://twitter.com/mawardiyunus)
Blog : www.mawardiyunus.com
For Business / Inquiry : mawardiyunus@gmail.com
alammistik 在 RUMAH BRITISH Sg.Petani, Kedah | Kinect SLS vs Ghostbox 的必吃
... #rumahhantu #santau #sihir #hauntedhouse #rumahpuaka #bunian # alammistik #trending #malaysiatrending #misterialambunian #misteri #puaka ... ... <看更多>
alammistik 在 Alam Mistik Sheikh | Facebook 的必吃
Alam Mistik Sheikh is on Facebook. Join Facebook to connect with Alam Mistik Sheikh and others you may know. Facebook gives people the power to share and... ... <看更多>