TIPS BERCUTI DI PULAU RAWA, MERSING JOHOR
Salam semua dan salam sejahtera,tak ramai yang share tentang Pulau Rawa di Mersing di Johor. Okeh saya share sikit tentang Pulau Rawa.
1. Pulau Rawa kat Malaysia ni ada dua,satu di Terengganu dan satu lagi di Johor,yang ada gelungsur ni di Johor. Pemilik Pulau Rawa Adalah Sultan Johor sendiri.
2. Di Mersing ada dua Jeti utama iaitu Jeti Mersing utk ke Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Besar & Pulau-Pulau yg berhampiran. Manakala Jeti Tanjung Leman Mersing ke Pulau Sibu & Pulau Tinggi sahaja. Kami naik dari Jeti Mersing bot resort yang akan pick up dalam 30 minit perjalanan.
3. Kalau yang melalui kereta boleh parkir kereta berhampiran di Jeti Mersing,caj parkir mengikut zon,ada zon A,B,dan C. Kalau nak parkir berpagar zon A dan B,Zon A berharga rm45 untuk dua malam,Zon B rm36 untuk dua malam dan Zon C rm30 untuk dua malam.
4. Pulau Rawa di Johot ni dia private island,so kalau nak stay kena book awal,selalu full. Kalau pergi group lagi murah.
5. Caj masuk dikenakan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Rm20 untuk warganegara malaysia dan rm50 untuk bukan warganegara. Oleh kerana kami pergi hari Ahad,kaunter tutup,jadi free of charge,jimat!
6. Pulau Rawa Johor adalah private island ia cuma ada dua resort. Rawa Island Resort dan Alang Rawa. kalau yang berkeluarga banyak budak kecil dan lebih santai prefer pilih Rawa Island Resort,dan yang backpackers prefer Alang Rawa.
7. Kami menginap di Alangs Rawa,acah-acah backpackers skit,heh.
harga ni subjektif,ikut package yg kite ambil. So boleh buat booking direct melalui email sahaja. Kalau menginap di Rawa island Resort boleh melalui agen atau direct melaui email. Strictly untuk hujung minggu tak dibenarkan untuk kanak-kanak bawah 16tahun,(Alangs Rawa Resort)sahaja.
8. Pilihan bilik bermacam macam jenis. Ada, Beachfront Beach House,Jungle Side, Coconut Tree,Little A-Frames,dan Coconut Tree Group. Kami menginap di Beachfront.buka-buka pintu je terus laut yang jernih membiru dan harga pakej kami rm8xx per pax untuk 3 hari 2 malam include accomodation, bot transfer,2x breakfast,2x lunch,2x dinner dan water sport equipment.
9. Layanan sangat first class,staff sangat la membantu dan ramah. Makanan sangat sedap,tak pernah tak sedap. Berbaloi dengan harga yang dibayar.
10. Oleh kerana private island tiada walk in,kena beli pakej siap-siap.pakej yang di offer tiada island hoping,tapi bila dah sampai sini,trust me u dont need island hopping packages guys. Depan pulau sahaja dah banyak coral-coral yang cantik,kalau kena gaya dan masa boleh jumpa pari,penyu dan ikan yu.
11. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain snorkeling,berkayak,junggle tracking,hill climbing,dan bagi ikan makan hanya di depan resort sahaja.
12. 98% pelancong yang datang adalah pelancong luar. Susah nak jumpa orang melayu kecuali staf. Tapi ok je,pelancong yang datang pun jenis ramah-ramah.
13. Air paip yang digunakan di pulau ni air laut yg di tapis (not sure tapis ke ape) yg pasti mmg air laut. Tiada air bersih mcm kite kt rumah tu. So kena bawak mineral water
14. Oleh kerana Pulau Rawa ni adalah private island,dia sangat well kept, visitors pun yg duduk kat dua resort tu je. Kalau nak cari tempat yg offer privacy and tak sesak manusia memang sesuai.
15.Memang tak nafikan cost nya agak tinggi jika dibandingkan dgn pulau-pulau yg saya pernah pergi sebelumnya. Tapi pendapat saya harga yang bayar akan diganti balik dengan panorama,environment,resort services,makan,bilik etc pada saya exclusive.
16. Speedboat menghala ke Alangs Rawa Resort ada dua masa,pukul 12 tengah hari dan 4 petang. Dari Rawa pukul 11pagi dan 3 petang.
17 . Paling ideal nak pergi ke Pulau Rawa nidari March sampai ke September,bulan selain tu musim monsun di timur laut dan Resort semua ditutup sementara.
Harap dapat membantu korang semua untuk tip-tip di atas.
Kredit Wan Khairul Kilmore
Search