UMNO (Baru) hilang semangat perjuangan bela Melayu
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam membangkitkan tentang ‘UMNO yang hilang’.
Beliau meluahkan kekecewaan tentang apa yang berlaku dalam UMNO sejak ia ditubuhkan semula di bawah entiti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas ‘UMNO asal’ diharamkan pada 1988.
Secara ringkasnya, tokoh politik veteran yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li itu berpandangan, UMNO yang ada sekarang tidak sama dengan UMNO yang ditubuhkan oleh Almarhum Datuk Onn Jaafar pada 11 Mei 1946.
UMNO yang asal memang benar-benar memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Kesan penjajahan selama 446 tahun menyebabkan orang Melayu hilang kuasa sehingga menjadi melukut di tepi gantang di tanah air sendiri.
Melihat kepada nasib anak bangsa yang menyedihkan itu, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO asal iaitu Datuk Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein dan Almarhum Tun Hussein Onn untuk menebus maruah orang Melayu yang tercalar.
Mereka semua sangat komited dalam menjayakan misi mulia itu sehingga sanggup mengetepikan status bangsawan semata-mata untuk membela nasib orang Melayu melalui UMNO.
Segala-galanya berubah apabila UMNO berada di bawah cengkaman Dr Mahathir mulai 28 Jun 1981 hingga 31 Oktober 2003 di mana parti orang kampung itu mula beransur-ansur menampilkan imej korporat dan elitis.
Ramai yang mula melihat UMNO sebagai lubuk duit. Lebih tinggi jawatan dalam parti, lebih besar habuan yang bakal diterima.
Perkembangan yang kurang sihat itu telah mengakibatkan gejala perebutan kuasa yang parah dalam UMNO sehingga membawa kepada episod pengharaman parti terbesar orang Melayu tersebut pada 4 Februari 1988.
Dr Mahathir seterusnya menubuhkan UMNO (Baru) yang lama-kelamaan disebut sebagai UMNO sahaja. Mereka yang malas mengkaji sejarah mungkin terkeliru sehingga menyangka ia adalah parti yang sama dengan yang ditubuhkan oleh Datuk Onn.
Malangnya UMNO (Baru) yang masih kekal sehingga hari ini sudah lari daripada matlamat perjuangan asal iaitu membela nasib orang Melayu dan bumiputera yang semakin tercicir dalam arus pembangunan negara yang pesat.
Ramai pemimpin UMNO lebih berminat untuk memenuhkan kantung sendiri kerana bagi mereka, wang adalah kuasa. Mereka memerlukan wang yang banyak untuk merebut atau mempertahankan jawatan dalam parti.
Akibatnya, sebahagian besar kepimpinan UMNO di segenap peringkat tidak lagi diisi oleh mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Jawatan-jawatan penting di peringkat bahagian dan Pusat seolah-olah menjadi milik mutlak mereka yang kaya-raya dan mempunyai kabel besar.
Golongan muda yang berpendidikan tinggi tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam parti jika mereka bukan berasal dari keluarga yang kaya dan berpengaruh.
Jika mereka masuk UMNO, peranan mereka hanyalah sekadar sebagai ahli jawatankuasa biasa di peringkat cawangan yang khidmat mereka cuma diperlukan untuk mengangkat barang dan menguruskan mesyuarat.
Ada juga permohonan keahlian daripada mereka yang berkelulusan tinggi ‘diperam’ oleh ketua cawangan yang takut kedudukan mereka akan terancam.
Lama-kelamaan, generasi intelektual muda Melayu semakin tidak akrab dengan UMNO dan ramai yang memilih untuk menceburi politik bersama PAS, PKR malah DAP.
UMNO pula mengalami ketandusan cerdik pandai di peringkat akar umbi dan situasi ini menyebabkan mereka mudah dimanipulasi oleh pucuk pimpinan yang lebih berminat mengejar agenda peribadi.
Rakyat termasuk orang Melayu sendiri sudah mulai hilang keyakinan terhadap UMNO (Baru) yang dilihat masih belum insaf selepas menerima tamparan yang amat pedih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Keadaan semakin buruk di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan gagal mengembalikan reputasi UMNO yang tercalar serta memberi hala tuju yang jelas terhadap parti.
Ramai yang berharap agar pemimpin-pemimpin UMNO yang lain khususnya Datuk Seri Mohamad Hasan bertindak segera untuk membaiki segala kepincangan dalam parti dan membebaskannya daripada penguasaan kluster mahkamah.
Namun apa yang diharapkan itu masih belum berlaku. Sedangkan masa semakin suntuk kerana PRU-15 dijangka akan diadakan seawal-awalnya tahun depan.
Mungkin Ku Li sangat bimbang melihat apa yang berlaku dalam UMNO sekarang sehingga mendorong beliau meluahkan hasrat untuk menghidupkan semula UMNO asal.
Kita tidak pasti sama ada beliau akan menubuhkan parti baharu atau melancarkan gerakan pemulihan dalam UMNO. Semuanya masih samar-samar lagi.
Apa yang pasti, gelombang penolakan terhadap kluster mahkamah sudah bermula. Jika mereka masih bersikap angkuh dan enggan menerima kenyataan, kelak UMNO akan menerima padahnya.
https://wartarakyat.com.my
同時也有276部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Ikuti temubual eksklusif bersama bekas bintang Hero Remaja, usahawan dan juga pengasas Absout Chocolat, Ben Ali yang mengimbas kembali memori jatuh ba...
「mahathir」的推薦目錄:
- 關於mahathir 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
- 關於mahathir 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
- 關於mahathir 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最讚貼文
- 關於mahathir 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
- 關於mahathir 在 Melinda Looi Youtube 的最讚貼文
- 關於mahathir 在 Jing Jing Beh 妗妗 Youtube 的精選貼文
- 關於mahathir 在 Dr. Mahathir bin Mohamad | Facebook 的評價
mahathir 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
UMNO 1946 masih wujud dan pengharaman parti 1988 adalah TIDAK SAH. Ini antara mesej penting YBM Tengku Razaleigh sampaikan tadi dalam dewan Rakyat.
UMNO perlu kembali ke landasan yang asal. Tujuan dan matlamat nya menyatupadukan bangsa telah terhenti semenjak UMNO Baharu ditubuhkan oleh Tun Mahathir.
Perjuangan yang belum selesai demi Agama Bangsa dan Negara.
mahathir 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最讚貼文
Saya dah lama kenal Rodi. Kalau ada sesiapa yang belum tahu, Rodi adalah seorang usahawan dalam bidang hartanah, teknokrat muda.
Waktu sebelum PRU14, Rodi dan saya banyak bekerja bersama untuk rangka polisi negara. Hampir setiap minggu, ada perbincangan dan ada perjumpaan dengan Tun Mahathir untuk “policy talk” mingguan.
Dulu waktu saya dibuang kerja sebab lawan BN, saya kekurangan dana nak lancarkan “Policy talk” bersama Tun M sebab kena hire media & peralatannya. Rodi bantu gerakkan kempen Policy talk bersama Tun M setiap minggu dan berikan pinjaman untuk lancarkan.
Apabila saya jadi Menteri, saya jemput Rodi sertai saya tapi ditolak. Rodi mahu focus dengan kerja teknokrat dan bisnesnya.
Dia kata, dia boleh sumbang idea juga untuk dasar perumahan, big data, internet of things dan lain-lain. Tak perlu masuk Kementerian.
Waktu kerajaan PH, buat pertama kali orang muda diangkat dalam membuat dasar. Rodi antara 3 orang muda yang dilantik ke dalam National Economic Council.
Banyak hal dan cerita orang muda dibangkitkan di dalam mesyuarat. Itulah yang berlaku kalau kerajaan terus ambil orang Muda bekerja untuk negara.
Happy Birthday bro! Semoga usia panjang murah rezeki!
Radzi Tajuddin
mahathir 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Ikuti temubual eksklusif bersama bekas bintang Hero Remaja, usahawan dan juga pengasas Absout Chocolat, Ben Ali yang mengimbas kembali memori jatuh bangun dalam dunia selebriti dan bisnes. #BORAKSINIHABISSINI #BENALI
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
mahathir 在 Melinda Looi Youtube 的最讚貼文
To celebrate International Women’s Week, I am speaking to some very influential women this week.. My guest today is Datin Paduka Marina Mahathir @les_yeux_malaisienne .
She shared a quote she read… "Teach your daughter economic independence, so that in the future she can have a partner, not a master. Teach your son to do housework, so that in the future he can have a partner, not a servant." It is a perfect quote of the day.
Happy International Women's Week. Empower yourself and those who are around you.
#IWD2021 #ChooseToChallenge #EmpowringWomen #MelindaLooi #MelTalks #marinamahathir
mahathir 在 Jing Jing Beh 妗妗 Youtube 的精選貼文
#penanghokkien
KKM announced
As of 7th Mar 2021 – there are more than 127,608 Malaysian
Had been vaccinated with 1st dose
Then, Our Health director-general Noor Hisham Abdullah said in a Facebook
As at 11am on Friday (March 5), 2,024,356 people have registered through the MySejahtera app
Malaysia aims to vaccinate at least 80 per cent of its population of about 32 million by February next year
In addition to the Mysejahtera app, you can now register to get vaccinations through more methods:
1. http://vaksincovid.gov.my
2. National COVID-19 Vaccination Registration Line: 1800-888-828
As of 7th March, our former. prime minister
Tun Dr Mahathir Mohamad and his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali
Received their first covid-19 vaccine jab today
They are 95 years old !!!
Thumb Up ….
我国卫生部在日前公布,
截至2021年3月7日,有多达127,608大马人
接种了他们的第一支疫苗。
另外,卫生总监丹斯里诺希山,在其脸书发布贴文指出,
截至3月5日,上午11时,有多达2,024,356人使用MySejahtera应用程序注册疫苗接种。
马来西亚也计划在明年2月前,在3200万总人口中,有80%人口注射疫苗。
除了使用MySejahtera应用程序,您也可以选择以下方式注册疫苗接种:
1. 登录 http://vaksincovid.gov.my
2. 或拨打全国新冠疫苗接种热线:1800-888-828
在3月7日,我国前首相
敦马哈迪医生及其夫人茜蒂哈斯玛
也接种了他们第一支疫苗!
他们俩都95岁了!!!
赞!
********************************************************
Talent 演员:
Jing Jing 妗妗
https://www.instagram.com/jingjingbeh
How to speak Penang Hokkien? 如画讲槟城福建话?
https://www.youtube.com/playlist?list=PLfRlIk28_INunK5BfN4foae9C2hmxgT5t
Jing Jing Challenge 挑战
https://www.youtube.com/playlist?list=PLfRlIk28_INtvKfWE6R0LfpEx2RNesVql
mahathir 在 Dr. Mahathir bin Mohamad | Facebook 的必吃
Official Facebook of Tun Dr Mahathir bin Mohamad 4th & 7th Prime Minister of Malaysia. Page · Politician. [email protected]. ... <看更多>