Penumpang cedera, tren LRT berhenti mengejut
Kuala Lumpur: Beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya cedera dalam insiden membabitkan dua tren, hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 9 malam ketika tren itu dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan di lokasi.
"Berdasarkan maklumat awal, dua tren berkenaan tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut.
"Kejadian itu menyebabkan penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Bagaimanapun, katanya, maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik siasatan dilakukan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu yang membabitkan tren bernombor 40 dan 81.
"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.
"Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan serta mengawal keadaan," kata kenyataan itu.
Tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video yang menunjukkan kecederaan penumpang dan situasi cemas di lokasi kejadian.
⏩?????? ?????
Disiarkan pada: May 24, 2021 @ 10:00pm
#lrtbertembung
#kemalanganlrt
#lrtkemalangan
#insidenlrt
#viralmalaysia
#viralterkini
#viralmalaysiaterkini
#lrtberlanggar
#lrtaccidentmalaysia
#lrtaccident
#lrtkelanajaya
#lrtkelanajayaline
#lrtklcc
#lrtmalaysia
#lrtkelanajayaaccident
lrtmalaysia 在 MRT Putrajaya Line Opening Day in 2022 - YouTube 的必吃
MRT Putrajaya Line Opening Day in 2022 | Klang Valley MRT | Public Transport Expansion in Malaysia. 4.3K views 6 months ago. ... <看更多>
lrtmalaysia 在 MRT Malaysia - Siemens Inspiro the new generation - Pinterest 的必吃
Sep 17, 2013 - Siemens has won a €260m contract from Malaysia's Mass Rapid Transit (MRT) to supply 58 driverless metro trains with complete equipment for ... ... <看更多>
lrtmalaysia 在 MRT Corp | Kuala Lumpur - Facebook 的必吃
MRT Corp, Kuala Lumpur, Malaysia. 77128 likes · 1565 talking about this · 4993 were here. The official account for Mass Rapid Transit Corporation Sdn... ... <看更多>