Kata-kata dari seseorang ni tersemat dalam diri saya, dan buat saya ada sebab lebih besar utk terus buat kebaikan.
Kalau nak diikutkan, anytime, saya boleh je pakat buat content, buat kontroversi murahan/gosip buruk dan bayar beribu pada media yg laju menyebarkan 'dakwah' negatif kepada generasi muda, dan terus upkan nama saya dlm industri. Mana keberkatan rezeki yg saya dapat tu nanti? Bagi pada keluarga?
Alhamdulillah syukur saya dikurniakan akal yg waras untuk bezakan baik & buruk. Biar org kenang & gunakan ilmu dari kita yg bawa manfaat. Moga kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman ni.
Dunia ni sementara, jangan terjerumus dan terpedaya dengan tipu daya dunia. Hala tuju utama kita kehidupan di sana.
Biar org pandang kita sebagai seorang yang berilmu, berprinsip dan bertuhan. Kita ada Yang Maha Besar lebih hebat dari segala permainan dunia yang sementara ni.
Jika tiada yg ingin jadi contoh yg baik, biarlah kita sendiri jadi yg pertama. Terutama buat anak & keluarga yg jadi amanah utama kita💙 #tweettm
同時也有209部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Dayang Nurfaizah & Hael Husaini Tuju Lagu Ini Untuk Pasangan Yang Tengah Bahagia - HARI INI ? You can also follow me here: Portal: https://www.budiey...
「tuju」的推薦目錄:
- 關於tuju 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於tuju 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
- 關於tuju 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
- 關於tuju 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
- 關於tuju 在 MeleTOP Youtube 的精選貼文
- 關於tuju 在 Tolok Version Youtube 的最讚貼文
- 關於tuju 在 TUJU - Khayalan (Official Music Video) - YouTube 的評價
- 關於tuju 在 Tuju: It is Chebukati who initiated a secret meeting with me 的評價
tuju 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
Jual Char Kuey Teow Bawah Pokok Kini bergelar jutawan!
Tuan Aizat yang dulunya bermula dengan berniaga Char Kuey Teow di gerai bawah pokok dan pasar malam. Kini, mempunyai restoran besar yang menjadi daya tarikan pelancong di Port Dickson. Selain itu, bisnes beliau telah dinobatkan sebagai TOP 15, Enterprise 50 (E50) Awards dan tersenarai di The Malaysia Book Of Records sebagai The Most Cooked Char Kuey Teow In One Hour.
Dulu datang kelas pun pakai T-shirt biasa je. Sekarang ni nampak sangat ketara perubahan beliau. Walaupun bergelar Usahawan Berjaya RichWorks beliau tetap merendah diri.
Tuan Aizat ceritakan bagaimana beliau pada permulaan bisnes sekadar bisnes, asalkan dapat pendapat dan tiada hala tuju. Atas desakan isteri, beliau beri peluang pada diri sendiri untuk hadir ke program Dr Azizan Osman bersama isteri dan saudara hanya menaiki motor pada sekitar tahun 2014.
Itu adalah permulaan beliau melihat apa itu Keberkatan dan Kebahagiaan yang sebenar. Beliau makin jelas dengan apa yang beliau nak capai dalam hidup dan perniagaan. Beliau yang pernah hadir ke sesi Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan lebih 10 kali! Ya 10 kali beliau hadir ke sesi ini sebelum ditamatkan pada tahun 2018.
Beliau kongsikan lagi, beliau sendiri tak nampak potensi sendiri, tapi apabila isteri beliau yang tak henti beri sokongan, beliau rebut PELUANG dan hari ini, beliau capai apa yang beliau capai kerana keputusan beliau beberapa tahun dahulu.
Anda pengusaha restoran? Nak MenThor bimbing anda sehingga berjaya capai RM1 juta setahun, RM1 juta sebulan dan sehingga berjaya capai RM1 juta seminggu dengan bisnes anda sekarang?
Tulis “NAK MENTHOR” sekarang! It’s now or never!
#TitanSummit2021
#BangsaUsahawanDigital
#SatuMisiBantuTheNation
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
tuju 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
UMNO (Baru) hilang semangat perjuangan bela Melayu
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam membangkitkan tentang ‘UMNO yang hilang’.
Beliau meluahkan kekecewaan tentang apa yang berlaku dalam UMNO sejak ia ditubuhkan semula di bawah entiti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas ‘UMNO asal’ diharamkan pada 1988.
Secara ringkasnya, tokoh politik veteran yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li itu berpandangan, UMNO yang ada sekarang tidak sama dengan UMNO yang ditubuhkan oleh Almarhum Datuk Onn Jaafar pada 11 Mei 1946.
UMNO yang asal memang benar-benar memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Kesan penjajahan selama 446 tahun menyebabkan orang Melayu hilang kuasa sehingga menjadi melukut di tepi gantang di tanah air sendiri.
Melihat kepada nasib anak bangsa yang menyedihkan itu, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO asal iaitu Datuk Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein dan Almarhum Tun Hussein Onn untuk menebus maruah orang Melayu yang tercalar.
Mereka semua sangat komited dalam menjayakan misi mulia itu sehingga sanggup mengetepikan status bangsawan semata-mata untuk membela nasib orang Melayu melalui UMNO.
Segala-galanya berubah apabila UMNO berada di bawah cengkaman Dr Mahathir mulai 28 Jun 1981 hingga 31 Oktober 2003 di mana parti orang kampung itu mula beransur-ansur menampilkan imej korporat dan elitis.
Ramai yang mula melihat UMNO sebagai lubuk duit. Lebih tinggi jawatan dalam parti, lebih besar habuan yang bakal diterima.
Perkembangan yang kurang sihat itu telah mengakibatkan gejala perebutan kuasa yang parah dalam UMNO sehingga membawa kepada episod pengharaman parti terbesar orang Melayu tersebut pada 4 Februari 1988.
Dr Mahathir seterusnya menubuhkan UMNO (Baru) yang lama-kelamaan disebut sebagai UMNO sahaja. Mereka yang malas mengkaji sejarah mungkin terkeliru sehingga menyangka ia adalah parti yang sama dengan yang ditubuhkan oleh Datuk Onn.
Malangnya UMNO (Baru) yang masih kekal sehingga hari ini sudah lari daripada matlamat perjuangan asal iaitu membela nasib orang Melayu dan bumiputera yang semakin tercicir dalam arus pembangunan negara yang pesat.
Ramai pemimpin UMNO lebih berminat untuk memenuhkan kantung sendiri kerana bagi mereka, wang adalah kuasa. Mereka memerlukan wang yang banyak untuk merebut atau mempertahankan jawatan dalam parti.
Akibatnya, sebahagian besar kepimpinan UMNO di segenap peringkat tidak lagi diisi oleh mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Jawatan-jawatan penting di peringkat bahagian dan Pusat seolah-olah menjadi milik mutlak mereka yang kaya-raya dan mempunyai kabel besar.
Golongan muda yang berpendidikan tinggi tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam parti jika mereka bukan berasal dari keluarga yang kaya dan berpengaruh.
Jika mereka masuk UMNO, peranan mereka hanyalah sekadar sebagai ahli jawatankuasa biasa di peringkat cawangan yang khidmat mereka cuma diperlukan untuk mengangkat barang dan menguruskan mesyuarat.
Ada juga permohonan keahlian daripada mereka yang berkelulusan tinggi ‘diperam’ oleh ketua cawangan yang takut kedudukan mereka akan terancam.
Lama-kelamaan, generasi intelektual muda Melayu semakin tidak akrab dengan UMNO dan ramai yang memilih untuk menceburi politik bersama PAS, PKR malah DAP.
UMNO pula mengalami ketandusan cerdik pandai di peringkat akar umbi dan situasi ini menyebabkan mereka mudah dimanipulasi oleh pucuk pimpinan yang lebih berminat mengejar agenda peribadi.
Rakyat termasuk orang Melayu sendiri sudah mulai hilang keyakinan terhadap UMNO (Baru) yang dilihat masih belum insaf selepas menerima tamparan yang amat pedih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Keadaan semakin buruk di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan gagal mengembalikan reputasi UMNO yang tercalar serta memberi hala tuju yang jelas terhadap parti.
Ramai yang berharap agar pemimpin-pemimpin UMNO yang lain khususnya Datuk Seri Mohamad Hasan bertindak segera untuk membaiki segala kepincangan dalam parti dan membebaskannya daripada penguasaan kluster mahkamah.
Namun apa yang diharapkan itu masih belum berlaku. Sedangkan masa semakin suntuk kerana PRU-15 dijangka akan diadakan seawal-awalnya tahun depan.
Mungkin Ku Li sangat bimbang melihat apa yang berlaku dalam UMNO sekarang sehingga mendorong beliau meluahkan hasrat untuk menghidupkan semula UMNO asal.
Kita tidak pasti sama ada beliau akan menubuhkan parti baharu atau melancarkan gerakan pemulihan dalam UMNO. Semuanya masih samar-samar lagi.
Apa yang pasti, gelombang penolakan terhadap kluster mahkamah sudah bermula. Jika mereka masih bersikap angkuh dan enggan menerima kenyataan, kelak UMNO akan menerima padahnya.
https://wartarakyat.com.my
tuju 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Dayang Nurfaizah & Hael Husaini Tuju Lagu Ini Untuk Pasangan Yang Tengah Bahagia - HARI INI
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog Budiey: https://cutt.ly/HnAOWsZ
Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!
tuju 在 MeleTOP Youtube 的精選貼文
Kongsikan 2 faktor yang membuatkan Herbal Essenses #NaturallyLegit ?
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
tuju 在 Tolok Version Youtube 的最讚貼文
tuju 在 Tuju: It is Chebukati who initiated a secret meeting with me 的必吃
The Azimio la Umoja coalition Executive Director Raphael Tuju has dismissed allegations by Independent Electoral and Boundaries Commission ... ... <看更多>
tuju 在 TUJU - Khayalan (Official Music Video) - YouTube 的必吃
TUJU - Khayalan [Official Music Video]Strim 'Khayalan' di: https://BHC.lnk.to/KhayalanLirik lagu:Pre-Chorus: Siapa mengganggu kamu? kamu? ... <看更多>