#KEUTAMAAN_PEMAKANAN_SELEPAS_BERSALIN:
#MENANGKIS_MITOS_PANTANG_KETERLALUAN.
Di dalam adat budaya kita terdapat pantang larang pemakanan yang selalunya amat ketat dan terhad. Ada yg akan hanya makan ikan haruan dan linang sepanjang tempoh pantang disertai dengan pelbagai pantang yang lain. Ada yg lebih ekstrim dengan melarang pemakanan buah2an dan juga menyekat pengambilan air.
Semua ini saya kira adalah bertujuan untuk menghilangkan berat badan yg bertambah akibat mengandung dan mahu kembali ke susuk badan yang cantik secepat yang mungkin.
Namun apa yang lebih utama yang patut difikirkan oleh setiap wanita adalah kepentingan makan makanan yg berkhasiat supaya anda mampu menjadi ibu yang terbaik utk anak anda. Anda memerlukan tenaga dan adalah penting untuk anda memakan makanan yg berkhasiat bagi memastikan kesihatan anda terjaga untuk jangka masa panjang.
Jika anda menyusukan anak anda (susu ibu), sungguhpun anda kurang zat dalam badan, kualiti susu ibu anda akan kekal sama. Namun kualiti ini dikekalkan dengan mengguna pakai simpanan nutrien dan zat dalam badan anda. Itulah sebabnya wanita Asia mempunyai insiden osteoporosis yang tinggi sebenarnya kerana calcium dari tulang anda digunakan untuk anak anda tanpa gantian!
Saya gariskan beberapa makanan yang sepatutnya anda makan mengikut pandangan perubatan moden dan semoga ia membantu anda membentuk pelan pemakanan anda yang akan mempunyai pilihan menu yang lebih luas dan berkhasiat.
1. Ikan.
Ikan adalah merupakan sumber protein yang bagus untuk badan. Protein adalah diperlukan untuk membaiki tisu2 badan yang koyak, rosak dan renggang apatah lagi jika ada pembedahan atau jahitan episiotomy (jahitan luka pada faraj).
Ikan juga mempunyai kandungan lemak DHA yang amat penting di dalam pembentukan sistem otak dan saraf bayi anda. Semua susu ibu mengandungi DHA namun nilainya adalah lebih tinggi di dalam susu ibu yang mempunyai DHA dalam diet pemakanan mereka.
DHA di dalam pemakanan anda juga membantu keseimbangan mood anda selepas bersalin yg kadang kala boleh mengalami kemurungan.
Tidak ada pengkhususan khas bahawa hanya ikan haruan dan linang saja dimakan ketika mengandung sebenarnya. Anda bebas memakan ikan2 lain juga seperti ikan kembung, bilis, terubuk, tenggiri dan lain2 ikan. Malahan kandungan DHA adalah lebih tinggi di dalam ikan laut berbanding ikan air tawar seperti haruan. Jadi pelbagaikanlah sumber ikan anda tanpa was2. 😉
2. Produk tenusu rendah lemak.
Produk seperti yogurt/tairu, dadih, keju dan susu adalah penting memandangkan anda sedang menyusukan anak. Produk tenusu ini mengandungi Vitamin D yang amat penting utk menjaga kesihatan tulang anda. Ia juga merupakan sumber calcium terbaik bagi menggantikan calcium badan anda yang akan hilang di dalam susu ibu. Susu juga merupakan sumber protein yg tinggi dan juga kaya dengan Vitamin B. Pastikan anda minum dan makan produk tenusu ini sekurang2nya 2 kali setiap hari. Calcium juga membantu perkembangan tulang bayi anda.
3. Daging.
Pemakanan daging adalah penting semasa pantang. Pilihlah bahagian daging yang kurang kandungan lemaknya atau dipanggil lean meat. Contoh lean meat cuts ini adalah bahagian batang pinang, bahu (shoulder), peha, t-bone dan sebagainya. Daging mengandungi protein, zat besi dan Vit B 12 yang amat penting untuk wanita pasca bersalin apatah lagi yang menyusukan anak mereka.
4. Kekacang.
Pemakanan legumes atau kekacang seperti kacang hitam dan kacang panggang (kidney beans) adalah merupakan sumber protein gantian terbaik terutama bagi golongan vegeterian yang tidak mengambil produk haiwan, telor dan tenusu dalam pemakanan mereka. Makanan ini boleh ditambah juga di dalam kepelbagaian menu anda. 😊
5. Buah-buahan.
Buah2an kaya dengan mineral dan vitamin dan amat penting dalam proses penyembuhan luka dan sebagai pemberi tenaga. Ia juga mengandungi serat yang tinggi yang membantu mengelakkan ibu2 mengalami sembelit, satu komplikasi pasca bersalin yang normal bagi wanita Asia. Jadi seruan berpantang dari makan buah2an kononnya atas sebab ia 'sejuk' atau 'panas' adalah tidak benar.
Anda boleh makan buah2an yang kaya dengan zat seperti buah oren, anggur, jambu batu, betik, mangga dan pelbagai pilihan buah2an yang lain.
6. Karbohidrat.
Kebanyakan wanita selepas bersalin akan amat menitik beratkan penurunan berat badan. Mereka mahu segera langsing ke bentuk asal mereka. Justeru itu, mereka akan berpantang makan nasi atau mengurangkan pengambilannya sama sekali. Sungguhpun ia boleh menurunkan berat badan, penurunan berat badan yang mendadak ini akan menyebabkan badan anda lesu dan penghasilan susu ibu yang berkurangan. Beras perang boleh menggantikan beras yang anda biasa gunakan bagi tempoh pantang anda ini.
7. Telur.
Berbeza dengan sesetengah budaya yang mengatakan telor tidak boleh dimakan ketika pantang atas sebab gatal dan bentan, perubatan moden memandang telor sebagai sumber pemakanan yg baik terutamanya selepas pembedahan dan selepas bersalin. Ia mengandungi sumber protein yang tinggi. Pilihlah telor yang kaya dengan DHA dan Omega3 yang sudah pasti membantu anda semasa tempoh pantang.
8. Whole meal bread (roti biji-bijian utuh) dan bijirin.
Roti jenis ini kaya dengan asid folik yang amat penting bagi perkembangan bayi. Selain itu ia juga mengandungi serat dan zat besi yang amat penting bagi ibu2 selepas melahirkan anak. Terdapat pelbagai jenama roti dan bijirin ini di pasaran dan anda bebas memilih mengikut kemampuan ekonomi anda. Brand TESCO oat pun ada. Saya ada jumpa hari tu. Tapi berkemungkinan kandungan mineral dan vitaminnya berlainan. Sila rujuk sebelum beli. 😝
9. Sayur-sayuran hijau.
Sayur2an terutamanya yang hijau seperti bayam, sawi, kailan, lobak merah, brokoli adalah kaya dengan vitamin A. Malahan bagi wanita2 yang vegetarian, ia adalah sumber makanan gantian yang cukup kaya dengan calcium, zat besi dan vitamin C. Sayur2an secara umumnya kaya dengan antioksidan dan rendah dengan kalori. Banyakkan pemakanan sayur2an ketika waktu normal apatah lagi ketika mengandung.
10. Air.
Ibu2 yang menyusukan anak sudah pasti akan kehilangan air dari badan mereka dalam penghasilan susu ibu. Oleh itu amat mustahak bagi mereka menggantikan sumber air dalam badan mereka agar mereka kekal mempunyai hidrasi yang baik. Jangan tunggu hingga haus. Sebaliknya minumlah air secara kerap. Pastikan anda boleh buang air kecil setiap 4-6 jam yang menunjukkan pengambilan air yang mencukupi dalam badan anda. Kekeringan badan anda akan menyebabkan penghasilan susu juga akan berkurangan. Anda tidak perlu hanya minum air masak setiap masa tetapi boleh saja berselang seli dengan pengambilan jus2 buah2an, jus yogurt dan susu. Namun anda perlu elakkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh ketika tempoh pantang. Ini adalah kerana kafein boleh menyerap ke dalam susu ibu dan masuk ke badan anak anda. Ia boleh mengakibatkan anak anda meragam dan tidur anak anda terganggu.
Seterusnya, ia juga menyebabkan tidur anda dan paling utama, tidur suami2 seperti saya terganggu. 😝😝😝😝
#Kesimpulan:
1. Makan dan minumlah makanan yg berkhasiat tanpa pantang keterlaluan seperti sesetengan adat dan budaya.
2. Tubuh badan anda boleh langsing semula sesuai dengan keseimbangan semula hormon yang akan berlaku serta penat menjaga anak.
3. Lakukan senaman dan diet membentuk tubuh badan anda setelah anda sembuh sepenuhnya selepas tempoh pantang.
4. Bagi anda yang mempunyai mertua yang amat keras pandangan mereka berkenaan pantang ini, usahlah melawan mereka. Menjadi tanggung jawab sang suami untuk seludup makanan untuk isteri yang tercinta. 😜
Sumber :
(Bagi rujukan pantang makanan selepas pembedahan, sila baca di sini:
https://m.facebook.com/notes/abdul-rahman-abdul-kadir/mitos-pantang-makanan-selepas-pembedahan/1024824344227052/
Gambar: Contoh makanan pantang saya. Sedap wey Salmon. Hgpa makan ikan haruan saja, kesian haruan wey. Asyik depa jadi mangsa. Kih333.
「sayur yang tidak boleh dimakan ketika berpantang」的推薦目錄:
sayur yang tidak boleh dimakan ketika berpantang 在 Menu & Resepi Diet Sihat Facebook 的最佳貼文
__________________________________
13 RESEPI BERPANTANG YANG MUDAH
------------------------------------------------------------
Minuman Milo Nestum
Bahan-bahan :
3 sudu besar milo
1 sudu susu pekat manis / atau
2 sudu susu tepung (kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit)
4 sudu besar nestum
Cara-caranya :
Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug.
Lepas tu tuangkan air panas dan kacau.
Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam.
Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga – tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
1 inci kunyit hidup
Cara:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak.
Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas.
Mesti sedap dan menyelerakan.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ikan Tenggiri Goreng Halia
Bahan-bahannya :
1 keping ikan tenggiri
4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Cara :
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.
Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan.
Taburkan halia goreng di atasnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ayam Masak Bijan
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua – di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara:
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum.
Masukkan ayam dan di kacau hingga rata.
Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil.
Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering.
Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata.
Bila ayam masak tutupkan api.
Tambah garam jika perlu. resepi berpantang mudah ini boleh disiapkan sepantas 5minit.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sup Ikan Haruan
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
2 cm halia – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris
Cara:
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau. Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.
--------------------------------------------------------------------------------------------
AYAM MASAK KERING
Bahan-bahan:
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka).
Hidangkan ketika masih panas.
Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
--------------------------------------------------------------------------------------------
SUP AYAM
Bahan-bahan:
250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya.
Angkat dan hidangkan.
Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.
--------------------------------------------------------------------------------------------
DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih – dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
--------------------------------------------------------------------------------------------
AYAM LADA HITAM
Bahan-bahan:
3 ketul ayam
1 labu bawag putih..hiris halus
2 inci halia-hiris halus
3 sudu lada hitam tumbuk
minyak untuk tumis
Cara menyediakan:
Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air…bagi ayam empuk..rasa garam dan gula…siap dihidang makan dengan nasi panas
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sup Tulang
Bahan A
1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya
Bahan B (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
Bahan C (ditumis)
2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
Bahan D
2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur
Cara:
Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk.
Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk.
Tambah air jika perlu.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning.
Masukkan kesemua bahan C dan kacau.
Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Setelah garing, masukkan rempah sup.
Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap.
Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap.
Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan.
Tutup dan biarkan mendidih lagi.
Kemudian masukkan separuh bawang goring.
Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup.
Tuang jus limau dan kacau rata.
Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.
Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sup Sayur Campur
Bahan:
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan. Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering.
Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Rendang Hati Lembu
Bahan:
½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan (dikisar):
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Daging Bakar
Bahan-bahan:
300 gm daging lembu
garam minyak
Cara:
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Air Assam
Bahan:
4 keping asam gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil
Cara: gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.