Ulasan ringkas filem TENET 2020: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan
TENET ni adalah gabungan kepada TEN TEN, yang disusun Depan-Belakang, membuakan menjadi TENET, itulah tema filem ini, sekejap kau ke depan, sekejap kau ke belakang. Dan kenapa TEN? sebab ending filem ini berkenaan TEN minit terakhir yang "TEN TEN" menjadi TENET.
Babak akhir ada dua team askar, satu geng Warna Biru dan satu lagi geng warna merah yang mana mewakili warna masa untuk depan belakang berdasarkan Doppler effect, gelombang merah ke depan, dan gelombang biru ke belakang. Jadi Team merah berperang dengan musuh dengan gerak masa ke depan, mana kala Team biru lawan musuh dnegan gerak masa ke belakang.
Selain dari merentas masa secara mengundur, filem ini juga fokus pada drama hubungan suami yang melayan cinta dengan cara kejam, ibu yang sanggup buat apa sahaja demi anak, erti persahabatan dalam tugas, keberanian dan kesetiaan dalam hidup, juga focus kepada gaya hidup orang kaya, serta kisah hidup perisik ala ala James Bond bila bergerak solo, dan campur misi ala-ala Mission Imposible bila minta bantuan team.
Balik kepada tajuk: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan? kenapa?
Kerana waktu tonton filem ini, saya terfikir tentang konsep Chaos to in order, filem ini tujukkan bagaimana sesuatu yang rosak boleh kembali kepada stabil.
Dalam dunia fizik, bila kita pecahkan telur, maka telur pecah, dan tidak akan bercantum lagi,atau kita tendang istana pasir ditepian pantai, maka istana pasir itu akan berkecai menjadi rata, atau kita bakar pokok kayu, maka pokok akan hangus di makan api.
Bermakna, dunia ini akan berjalan satu hala selamanya, iaitu dari elok kepada musnah, itu Fizik Ciptaan Tuhan sehingga dalam pepatah melayu ada menyebut, “Nasi Dah Jadi Bubur”, atau pepatah barat: “Jangan Menangisi Yang Susu Tumpah”..,atau “Jangan Gergaji Serbuk Kayu”.
Atau lebih deep, hadis Nabi ada menyebut, Susu tak akan kembali ke dalam puting, yang bermaksud pena takdir telah terangkat, dakwat takdir telah kering, catatan takdir telah tertulis..,
Maka dalam filem ini, hero tiba tiba terjumpa ada pistol yang boleh undurkan peluru, dapat tangkap balik peluru yang dah keluar, hero juga ada jumpa objek yang sudah di buang boleh kembali ke pangkuan, cermin pecah boleh bercentum kembali, begitu lebih kurang, eh? Macam mana boleh ada yang sesuatu yang rosak tiba tiba menjadi elok? Eh? Kenapa jadi macam tu?
Maka misi hero adalah mencari siapa yang cipta alat yang mampu undurkan masa melalui kaedah reverse Entropy ini dan akhirnya hero bertemu dengan Grandfather Paradox.
Di sini saya tak nak spoiler lebih lebih, kerana filem ni nak bagitahu kita bila ada sesuatu yang dah huru hara, tapi tiba tiba dapat dipulihkan menjadi sistem, maka sudah tentu ada PUNCA yang mengawal kejadian ini.
Gigih hero siasat mencari punca kejadian sepanjang penceritaan ini siap bertempur dengan dirinya sendiri yang versi terbalik, dahsyat!
Maka kata saya dalam hati waktu melihat babak hero mencari punca fizik terbalik maka tak terfikirkah kita bagaimana dari huru hara (letupan big Bang) tiba tiba alam ini tercipta dengan penuh sistematik?, yang mana lokasi bumi terbaik jaraknya dari mata hari, ada bulan sebagai pengawal pasang surut, ada sembilan planet menjadi perisau hentaman meteor, ada lapisan ozon yang membakar kemasukkan bedasing ke bumi.
Ada rasa nak kaji tak? Kenapa bumi ini sangat sangat dilindungi? Terfikir tak akan dari mana puncanya alam ini? Kenapa kita di sini? dan ke mana kita pergi? Lepas tu apa akan berlaku pada alam ini akhirnya nanti?
Jadi, mari kita renungkan, sewaktu kita melihat filem yang hebat, lalu kita memuji dengan berkata, sungguh hebat orang yang buat filem ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada pengarah abang Nolan walaupun kita tak pernah jumpa dengan Abang Nolan.
Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, yang mana setiap orang akan ada jalan cerita yang sangat hebat dan mengkagumkan, hingga kita memuji satu sama lain, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam yang menulis takdir walaupun kita tak pernah jumpa dengan Tuhan.
Ini kerana kita bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. Dan kita bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’? Lalu fitrah kita akan yakin bahawa Tuhan itu wujud.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia ini, siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk jawab soalan ini, mari kita kembali kepada Filem Tenet, yang mana hero akhirnya bertemu dengan Grandfather Paradox. Iaitu Golongan masa hadapan percaya, jika mereka membunuh nenek moyang di masa lalu, maka masa depan anak cucu dapat diselamatkan, padahal tiada nenek moyang, maka tiadalah anak cucu, maka berlakulah Grandfather Paradox.
Bagi yang tidak tahu apa itu paradox, ianya adalah satu istilah bagi menerangkan situasi yang tidak boleh diselesaikan oleh akal, yang dikenali sebagai “Paradox”.
Secara mudah fahamnya, oleh sebab filem TENET ini bercerita tentang mesin masa, maka mari kita ambik tiga contoh paradox berkenaan mesin masa.
1. Ontological Paradox :
Dalam filem XX Ray arahan Aziz M Oman, beliau telah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan Hang Tuah dan sempat memberi idea, “Tak kan melayu hilang di dunia”, dan Hang Tuah yang tak pernah dengar ayat ini kagum dan menyebut berkali kali,
Jadi ini bermakna idea itu datang dari Aziz M Osman yang dapat dari membaca sejarah melayu yang kata itu dari Hang Tuah, jadi, dari mana idea itu datang? Dari Aziz M Osman? Atau Hang Tuah? Maka ini adalah Ontological Paradox.
2. Predestination Paradox :
Dalam filemTerminator, sekiranya Terminator tidak datang dari masa depan untuk membunuh Sarah Conner, maka Kyle Reese juga tidak datang, tapi jika Kyle Reese tidak datang, macam mana john Conner boleh ada kerana dialah ayah kepada John Connor, Jadi, dari mana John Connor bermula? Maka ini adalah Predestination Paradox,
Nak lagi pening korang tonton filem berjudul Predestination (2014) lakonan hebat Ethan Hawke, kisah aku perempuan, jumpa aku lelaki, aku kahwin dengan aku dapat anak juga seorang aku, anak aku kena culik dengan aku, aku kena bunuh penculik anak aku, rupanya aku yang culik anak aku, dan aku dibunuh oleh aku, tapi aku di tolong oleh aku, ha ha ha, pening tak?
3. Grandfather paradox :
Korang nak bunuh diri, tapi tahu bunuh diri itu boleh buat korang kekal dalam neraka, maka korangpun pergi ke masa lalu dan membunuh atuk kita yang masih muda supaya atuk tidak kahwin dengan nenek yang akan dapat ayah. Dan jika korang berjaya bunuh atuk korang, maka ayah korang tidak wujud, jadi.., korang datang dari mana? Inilah yang berlaku dalam filem TENET.
Golongan masa depan yang kecewa dengan kerosakkan masa hadapan oleh tangan tangan nenek moyang, maka telah cipta mesin masa untuk hapuskan nenek moyang dengan sangkaan, mereka boleh selamat sedangkan Grandfather paradox telah berlaku kerana tanpa nenek moyang, mereka semua tidak akan wujud.
Pening tak korang? Releks, jangan pening, perkara paradox biarkan sahaja ia dalam keadaan begitu jika korang tak nak gila isim… sebab Allah sendiri larang kita fikir tentang ZATnya yang tidak berawal dan tidak berakhir.
Tapi rujuk sejarah, dah lama soalan paradox ini dimainkan oleh ahli falsafah untuk rosakkan akidah orang beragama..
Paradox 1:
“Jika semua di ala mini di cipta Tuhan? Maka siapa yang cipta Tuhan?”
Nampak tak? Memang susah akal cetek manusia nak terima kenyataan ini.., manusia percaya bahawa setiap sesuatu ada permulaan dan ada pengakhiran, orang barat percaya yang kita ni berasal dari beruk sebab rupa beruk macam rupa kita, dan percaya beruk mungkin datang dari biawak, ada iras cuma takde bulu, dan biawak mungkin datang dari ikan berkaki, dan ikan berkaki datang dari ikan, dan ikan datang dari sel dan, dan, dan ,semua ini datang dari letupan big bang, dan letupan itu datang secara bang beng bong!
Tapi akan tetap timbul soalan, siapa yang mencipta letupan itu?
Ok, Tuhan yang mencipta letupan, tapi Tuhan datang dari mana, siapa yang cipta Tuhan? Boleh jadi pecah otak jika layan akal kita...
(saya akan jawab di hujung artikel untuk soalan siapa cipta tuhan, sila baca sampai habis)
Paradox 2:
“Jika Allah duduk atas Arasyh, sebelum Allah cipta Arasy, Allah duduk di mana?”
Pada awal islam, tiada soalan seperti ini kerana semua serah makna pada Allah akan makna setiap ayat Al quran, tapi bila datang ahli falsafah mempertikaikan ayat ini, maka wujud golongan yang Memujasimmahlan Allah dengan anggap Allah duduk atas Arasy macam Raja duduk atas Singgah Sana, lalu kerosakkan akidahpun berlaku, apa nak buat?
(kejap lagi saya jawab)
Paradox 3:
“Jika semua telah ditakdirkan dalam rukun iman ke enam? Kenapa kita kena pilih amalan yang baik dan buruk?”
Ramai orang jadi putus asa bila fikir ayat ni secara logic.., hingga menolak rukun iman yang ke enam, lalu muncul golongan Qadariah dan jabariah, yang keduanya adalah sesat, satu anggap semua Allah dah takdir maka jahatpun dari Allah, kita tak boleh si salahkan, satu lagi anggap Allah tak campur tangan dalam urusan manusia, semua dari kita, takdir itu tak wujud. Aduhh..
(baca sampai habis, nanti saya jawab)
Paradox 4:
“Bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya? Dan dalam masa yang sama, Bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi?”
Jika kita jawab boleh, maka mustahil pedang dan perisai itu boleh wujud serentak, jika kata tak boleh, maka menafikan kuasa Allah, kejap lagi saya jawab.
Paradox 5:
“Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah?”
Tengok, dia pusing situ, jika jawab boleh, bermakna Allah akan lemah tak mampu angkat batu? Macam mana tu? Paradox ni bang mayat?
Ok, releks, semua free lagi ke? banyak juga soalan nak kena jawab ni, Abang mayat cuba jawab satu persatu.
Baik, untuk soalan pertama, jika semua dicipta Tuhan, siapa yang cipta Tuhan?
Maka untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh menembak?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu,
Maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkluk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa, tempat dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik, tempat dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Kemudian apa yang hebat kepada makhluk seperti melihat, mendengar, maka Tuhan adalaah Maha Melihat dan Maha Mendengar.
Kemudian apa yang lemah kepada makhluk seperti mengantuk, tidur, penat, lapar, maka Tuhan langsung tidak mengantuk, tidak tidur, tidak penat dan tidak lapar!
Semua ini sudah dibincang oleh ulamak dalam Sifat 20 guna kaedah Asyaari atau Maturudi.
Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa
Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selepas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Sungguh hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan.
Ok, habis soalan satu, panjang gila jawapan, adohai, soalan lepas ni saya jawab ringkas sahaja.
Seolan kedua: Sebelum Allah ciptakan Arasy, di mana tempat bagi Allah?
Cara terbaik adalah serah makna “istiwa” pada Allah, tapi jika ada pihak yang tafsir dengan menghina Allah, melemahkan Allah, maka jika nak jawab boleh guna pendekatan Asyaari, atau Maturudhi, iaitu tempat adalah makhluk, tempat pun Allah yang cipta, maka Allah wujud tanpa perlukan tempat.
Bagi saya pulak, lebih suka guna istilah sains, iaitu Allah tidak terikat dengan fizik, masa, dan tempat, Allah tidak ada sebelum dan selepas, dan Allah tidak berawal dan berakhir, Allah sedia ada, dan Allah jua yang cipta demensi, masa dan tempat, Allah yang mulakan masa dengan t=0. Kerana masa juga dicipta oleh Allah. Simple. Maka Yakinlah kita bahawa Allah langsung tidak sama dengan mahkluk!
Soalan tiga bab takdir, saya pernah jawab panjang dalam artikel lain. Cara mudah faham, semalam adalah takdir, hari ini adalah pilihan, rancang yang terbaik untuk hari ini dan esok kerana esok juga akan menjadi semalam.
Nampak tak?
Soalan empat dan lima tak payah jawab sebab soalan itu dah salah, kerana Apabila soalan ini bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian,
Rujuk kepada jawapan dari nombor satu dan dua, “boleh” di situ telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk.
Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang kita fikir, Allah melihat tanpa perlukan cahaya, dan Allah telah melihat masa depan, dan masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah. Allah punya rule: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang akal tak boleh terima..
Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah tadi, sebenarnya merendahkan Maha Boleh, yang mana boleh mangangkat itu adalah setaraf bolehnya mahkluk…, Allah tak sama dengan yang baharu, Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya!
Lagi satu bab “boleh”, Allah Maha berkuasa dan tidak akan menghina dirinya Sendiri, bolehkah seorang raja pakai mahkota dari tahik? Jawapannya boleh tapi itu menghina diri raja itu sendiri, jadi soalan boleh ke Allah buat perisai dan pedang itu adalah perbuantan yang akan menghina Allah!
So, soalan seakan paradox itu bukan paradox lagi kerana soalan itu sudah salah, bodoh, dan menghina kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang betul jika soalan sudah salah.
Setakat soalan salah, semua orang gila boleh tanya soalan yang salah, orang bodoh apatah lagi.
Al faham ke idop?
Akhir kata, bab soalan paradox tentang ketuhanan, tak perlu kita nak cuba jawab sebab kita terlalu lemah nak fikir tentang zat Allah. Usahkan bab Tuhan, bab ayampun orang tak boleh jawab, mana dulu, ayam atau telur?
Woha!
Ps: Saya bukan ustaz, jika ada penerangan saya yang salah, boleh tegur, kita sama sama belajar insyaAllah sebab George Wilhelm pernah berkata: Kita telah belajar dari sejarah bahawa kita tidak pernah belajar dari sejarah. – Paradox jugak. Woha!
satu satu aku sayang ibu ciptaan 在 Facebook 的精選貼文
Bila Alien Mencari Tuhan?
“abang mayat., Agak-agak rajin, sila buat ulasan movie PK lakonan amirkhan.. Agak deep”
ULASAN FILEM PK oleh Hamka Keretamayat
Baik, ingatkan filem tentang PKP, rupanya PK adalah… begini kisahnya…
Sekonyong-konyongnya, lantas terlihatlah sebuah pesawat berbentuk aneh yang telah tersesat ke dalam awan di sebuah kawasan lapang di benua India, dan dari pesawat tadi, turunlah seorang (atau seekor?) makhluk asing yang mempunyai raut wajah seperti Aamir Khan, berjalan dalam keadaan berbogel macam bayi yang baru dilahirkan.
Sebagai ‘bayi yang baru lahir’, maka surrounding authortylah yang akan mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi atau islam.
Arakian, selepas alat kawalan kapal angkasanya hilang kena curi, maka seekor alien berwajah Aamir Khan ni mencuri pakaian dari dua ekor penzina yang sedang buat projek dalam kereta.
Untuk kembali pulang ke angkasa, seekor Alien ni perlu belajar bahasa orang bumi, caranya dengan pegang tangan orang lama-lama. Tapi siapa larat nak tangan di pegang lama lama tak buat apa-apa macam transfer USB gaya Yoga. Tapi akhirnya ada seekor perempuan pelacur yang sanggup menerima layanan pelik, iaitu tak perlu berzina, cukup tangan di pegang oleh seekor alien ini selama berjam-jam untuk transfer bahasa tempatan.
Ok, masalah bahasa dah selesai, walaupun bercakap macam gampang sebab guna dialek pelacur tempatan tapi misi mesti di teruskan untuk mencari alat kawalan kapal angkasa yang di curi orang.
Pendek cerita, bila dia mengadu masalah hilang barang pada semua orang di jalanan, respon yang diterima:
"hanya tuhan sahaja yang mampu tolong kamu"
Ok, misi berubah. Kena cari Tuhan dahulu, dah jumpa Tuhan, baru minta tolong kepada Tuhan carikan alat kawalan kapal angkasa.
Tapi di mana nak cari Tuhan?
Tanya pada orang di jalanan. Yang membuatkan semua orang kata dia ni dah “PK” yang bermaksud “Mabok”.
Oleh sebab semua orang panggil dia PK, maka PK faham namanya di bumi adalah PK.
“My name is PK, where is God?”
Pendekkan cerita lagi, PK akhirnya jumpa kedai menjual Tuhan (berhala) area situ. Rupanya tuhan ada dijual secara runcit, banyak jenis dan pelbagai saiz pulak tu. Adohai..
Dengan menggunakan duit curi, PK beli sebuah ‘tuhan’ (patung) kecil, itu yang paling murah tapi rasa kena tipu sebab tuhan tu tak bergerak, di sangkanya tuhan kecil tu sudah habis habis bateri. Maka berdialoglah PK dengan penjual patung itu. Selepas ini PP.
PK : kenapa tuhan ni tak function? , habis bateri ke? Tolong masukkan bateri lagi.
PP: Kamu gila ke apa?, tuhan ni mana pakai bateri.
PK : habis tu kenapa tidak function?
PP: Malas layan orang mabuk!
PK: Siapa cipta tuhan kecil ini?"
PP: tentulah saya!
PK: Siapa tuhan sebenarnya? Jika kamu yang cipta tuhan ni, siapa pula cipta kamu?"
PP: Tuhan cipta saya.
PK: jika tuhan cipta kamu, kenapa kamu mahu cipta tuhan pula?
PP: kamu mahu rosakkan bisnes saya ke? Berambus!
Nasib baik Raja Namrud tak ada waktu itu, kalau tak, dah tentu PK ni kena bakar api macam Nabi Ibrahim a.s.
Imbas kembali:
Raja Namrud: Siapa pecahkan semua tuhan (berhala) yang kecil?
Nabi Ibrahim: Patung yang besar tu, tengok kat tangan ada kapak.
Raja Namrud: Berhala itu mana boleh bergerak!
Nabi Ibrahim: Habis tu, kenapa kamu sembah tuhan yang tak bergerak!
Raja Namrud: Bakar!
Then rest is history, Tamat Imbas kembali.
PK yang keliru kerana terlalu banyak Tuhan di dunia ini, akhirnya membuat keputusan mencari Tuhan dengan mencuba semua agama, masuk kuil, masuk gereja, bersembahyang di masjid lantas membuatkan aku teringat kepada mualaf seperti Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji pelbagai agama dan akhirnya berjumpa dengan agama Islam.
Di sini suka aku berpesan kepada orang bukan islam, dalam bab dunia, dalam menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, baca journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan hokum. Fakta tetap fakta.
Tapi dalam bab agama, kita tidak kaji dan siasat, kita tidak rujuk semua dokumentasi, kita abaikan data, tiada perbadingan analisis, dan tolak kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita menolak fakta dan menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang, atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..
Sambung balik, akhirnya PK jumpa dengan orang yang mendakwa boleh berhubung dengan Tuhan.
Tapi bila tengok orang datang mengadu masalah di suruh selesaikan masalah dengan cara yang salah, PK gelar orang ni ada masalah "wrong number".
Sebab jika betul dari Tuhan, maka cara penyelesaian akan menyelesaikan masalah, bukan menambahkan lagi masalah.
Rupanya di hujung cerita, orang tu ada memiliki alat kawalan kapal angkasa PK dan tipu itu konon hadiah dari tuhan.
Akhirnya PK berjaya bongkar kesalahan mamat ni kerana rupanya seorang conman, manusia biasa, yang guna sentiment agama sebagai modal untuk tipu orang yang jahil lalu mendapat duit dan pengaruh. Adohai, bab duit ni, tuhan pun orang main-mainkan.
Rujuk Al quran, Nabi tak kenakan cas dalam berdakwah bang,
" wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah dalam menyampaikan ugama, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata" (Hud:29)
Last, PK dapat balik alat kawalan kapal angkasa dan kembali ke langit, dari langit PK datang, kepada langit PK pulang setelah ‘berjumpa’ Tuhan, namun sebelum PK pulang, sempat PK berpesan:
"Dalam dunia ini, ada dua jenis tuhan. Tuhan yang menciptakan kita. Dan Tuhan yang kita cipta. Berhentilah menyambah Tuhan yang kita cipta. Kembalilah kepada Tuhan yang menciptakan kita."
PK Aamir Khan Movie part 2.0
PK sewaktu entry ini ditulis, belum ada part 2, tapi jika ada mungkin kisahnya begini.
Sebaik beliau naik ke angkasa, maka akan berjumpa dengan ketua beliau yang akan mintak laporan sepanjang mengembara di bumi, kenapa lama sangat turun baru balik?
Jadi PK akan bercerita tentang pengalamanya mencari Tuhan.
Maka berkatalah PK.
Tuan, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun yang terbesar ada 4 iaitu:
Christian 2.0 billion
Islam 1.2 billion
Hindu 811 million
Buddha 360 million
Dalam hidup manusia yang beragama, mereka adalah makhluk yang logic, mereka bersetuju bahawa mereka ini adalah sebahagian dari alam semesta. Mereka bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’.
Dan mereka bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’? Jadi mereka percaya dunia dan mereka di cipta oleh Tuhan.
Untuk pengtahuan tuan, Dunia manusia ini menjadi semakin hari semakin stabil dalam kehidupan manusia apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih berkesan, sebagai contoh, skru yang manusia beli di kedai, ada saiz yang standard, pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang standard, dari mana standard ini datang?, ianya bukan datang secara semula jadi, tapi dari kesepakatan perwakilan dunia, lalu mencullah ISO, Internasional Standard of Organitation.
Contoh lain yang orang agama percaya, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone?
Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.
Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api, angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan berevolusi menjadi tumbuhan dan binatang lalu di tengahnya, datang kausa “kun fayakun” yang menjadikan manusia sebaik baik kejadian yang mana tiada mana mana binatang mampu mengatasi manusia di dunia.
Jadi, orang agama percaya pada Tuhan yang mengaturkan evolusi dan Kun Fayakun, macam telefon juga berevolution dalam ciptaan manusia, dulu telefon besar gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu fungsi, sekarang semua fungsi ada, telefon bukan berevolution sendiri, ada orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti ada kuasa yang menguruskannya iaitu Tuhan.
Saya pernah berborak dengan manusia, bertanya kenapa kamu percaya adanya Tuhan?
Jawab mereka:
“ Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan planet lain?
Oh mungkin tak berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi? Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka berlakulah siang dan malam, bagi garisan khatulistiwa, maka putaran bumi adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas sepanjang tahun kecuali di bulan Disember, iaitu lokasi bumi di salah satu sudut alam semesta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsisten setiap tahun, musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan. Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?
Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan, kita semua ada smart phone?
Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta yang Maha Kuasa?
Guna Common sense, adakah smart phone itu tiba tiba sahaja ada?
Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di cipta oleh yang Maha Kuasa.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia, siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, manusia tu suruh saya bayangkan kes aduan rakyat yang sudah bersedia nak selesaikan masalah rakyat, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh bekerja?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu, maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang anti paradox, Tuhan mestilah berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Jadi, kepada semua alien sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu anti paradox, iaitu Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa
Sebagai makhluk yang di cipta, maka sifat kita adalah saling berhajat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Di dunia, saya ada jumpa manusia lelaki yang nak bunuh diri kerana katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup berputus asa untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin bunuh diri dalam keadaan sedih.
Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.
Dan saya juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.
Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.
Begitulah manusia di dunia ini, ada yang mati kerana tidak jumpa air, ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati kesedihan kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak bertemu Tuhan.
Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.
Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini.
Maka di sarankan untuk mencari Tuhan carilah seorang wakil tuhan atau Nabi yang paling common sense, iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup, jaga kambing misalnya.
Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?
Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
“sudah PK, panjang sangat laporan kamu, macam nak berdakwah pulak saya rasa, jadi apa agama paling make sense untuk hidupan manusia?”
Lepas di tanya oleh kutua alien, jawab PK:
“agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia hanya merujuk satu kitab.
Lagipun tuhan orang Islam adalah satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa.
Nabi yang di utus Tuhan orang Islam juga paling common sense. iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, Nabi ini juga yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup
Malahan Nabi orang islam termasuk dalam senarai nombor satu orang paling berpengaruh, kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Selain itu, dalam Kitab Nabi orang Islam juga banyak ayat yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..
Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam tahu dengan serentak dan mereka semua akan jawab huruf “ba” yakni Huruf asal Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!
Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya pada pengikut ajaran agama lain yang bertaraf otai dalam agama mereka, baca ayat kitab mereka suruh sambung, pun belum tentu mereka boleh jawab.
Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak DUA orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah menghafal semua ayat Al quran, malahan yang mengaku sudah hafalpun ada di situ.
Jadi ini adalah keajaiban, mereka orang Islam ada sistem yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.
Carilah sebuah kitab yang ada 6000 ayat yang mampu di hafal dengan dengan mudah sebagaimana Hafiz Al quran menghafal dalam Islam.
Ternyata, hafalan Kitab al quran oleh ramai orang Islam, adalah Mukjizat dari langit.
“Tapi kenapa mereka saling bergaduh dan membunuh antara satu sama lain?”
Tanya Ketua PK kepada PK.
Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam, but something wrong with (some) muslims "
Hasil kajian saya, ada dua punca kenapa sesama islam pun bergaduh:
Pertama, bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca Al quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya, dah habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:
Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,
Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?
“Kena baca semua makna ke PK?”
Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, Bro, Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan.. faham?
Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran?
Walaupun untuk satu juzuk?
Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?
Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan.., sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la ja ya jangge atau K pop?”
Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab sudah khatam Al quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku.. (cukup satu contoh)
Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran betul betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir lepas tu bergabung balik jadi Muafakat Nasional tapi PAS pecah pulak pada PAN, Umno pulak pecah pada BERSATU, itu semua orang islam tapi jika tengok komen FB macam orang takde akhlak waktu debat, belum cerita perang!Syiah dan Sunni pun berbunuhan, Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan fatah, Wahabi dan Assari, salafi dan Mazhab, and counting, belum cerita pasal pengganas dalam islam macam ISIS dan lain lain yang sanggup bunuh orang islam sewenang wenang..
Dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’ Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik.., tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja, belum pernah khatam baca makna Al quran, apa kes?
Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, Adohai..
“Okey, tidak hayati makna Al quran punca orang islam saling bergaduh, satu lagi?”
Tanya ketua PK kepada PK, Laju PK jawab:
Hadis!
Kedua, Hadis!, ini banyak mendatangkan masalah sebab hadis ni keaslian dia tidak macam al quran, lalu muncul golongan anti semua hadis, golongan anti hadis daif, golongan hadis palsu, golongan ambik hadis separuh, golongan hadis pakai otak, golongan tokok tambah hadis, dan macam-macam lagi, lantas dari pelbagai perbezaan ini, di tambah dengan kejahilan memahami ayat al quran, maka orang islam pun berpecah kepada sunni, syiah, wahabi, salafi, pengganas, ajaran sesat, ajaran songsang dan macam macam fahaman lagi.
“habis tu yang mana paling betul?”
Di sinilah kena guna akal, kerana dalam kejadian penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda bagi orang yang berakal, so carilah golongan yang berpegang pada Sunnah Wal Jemaah.
“Apa itu sunnah wal jamaah?”
Carilah golongan yang aman damai dan paling ramai dalam islam, dan paling mirip kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sababat baginda.
“Jadi..”
Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi’ tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni, manakala 8% pula menganut aliran Syiah, lagi 2% lain lain fahaman.
Ahli sunnah menolak keganasan, mereka hidup aman damai walaupun berbeza mazhab, saling hormat menghormati, tidak mengkafirkan golongan lain dengan membabi buta. Jika saya kembali ke bumi lagi, InsyaAllah saya akan memilih Sunni dalam Islam.
Woha!
Sekian ulasan filem PK lakonan Aamir Khan oleh Hamka keretamayat, Semoga Allah terima kita sebagai ahli Sunnah wal Jamaah, amin.
Post Credit
Kelihatan PK kembali ke bumi dan hidup sebagai seorang Islam yang aman damai, namun PK sedih sebab kena PKP 2.0, mujur ada buku abang mayat sebagai peneman, kata PK dalam waktu PKP-woha!
satu satu aku sayang ibu ciptaan 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Soalan pembaca ATHEIST
"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya" al-Hadith.
Betul ke Allah sayang manusia lebih dari ibu? Rujuk sejarah manusia pertama pun dah menunjukkan percanggahan yang mana bila Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke barat.
Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu mempunyai dua orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu.
Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!
Kasih sayang seorang ibu jauh lebih bernilai dari kasih sayang tuhan. Kasih sayang tuhan hanya sangat tidak masuk akal. Tiada ibu yang sanggup membiarkan anaknya tersiksa. Bukankah dari situ kita boleh nampak bahawa tuhan itu tidak lebih dari produk ciptaan minda manusia. Fikir-fikirkanlah.
*************
Hamka said:
Terima kasih kerana sudi baca blog keretamayat dan sudi bertanya soalan kepada saya yang bukan ustaz ini,
Bab kasih sayang Tuhan lebih dari ibu pula, boleh dibuktikan:
Jika Mak korang panggil korang, Mamat, oh Mamat, mari sini jap mak nak ajar mengaji, dan korang buat bodoh aje, maka mak korang panggil lagi sampai sebelas kali, saya rasa kali yang ke dua belas tentu mak korang akan menjerit dan mungkin korang kena rotan. (saya dulu, kali ketiga dah kena rotan)
Tapi Tuhan, Panggil korang 5 kali sehari : Marilah solat! Marilah Berjaya! Dan Korang buat bodoh bukan setakat 12 kali, tapi dah sampai 60 tahun buat bodoh, pun masih Tuhan bagi makan, bagi udara, bagi minum, takde pulak korang tiba tiba kena panah petir. Ini bukti Tuhan lebih rasional dari mak kita.
Tak percaya cuba tengok Mak si Tanggang, panggil Tanggang hanya beberapa kali, tapi Tanggang buat bodoh sebab dah ada bini cantik, terus mak dia sumpah jadi batu, kita hari ni, buat bodoh dengan penggilan Tuhan, ada terus jadi batu? Kena batu karang pun sebab lain, adohai..
So, terbukti Tuhan lebih sayangkan Hambanya lebih dari mak sayang pada anak.
Sama jugak macam Mak si Malin Kundang!, pun sama!, sumpah anak jadi batu walau anak dan bersujud merayu, tapi tuhan, jika dosa korang 100 kali ganda dosa Tanggang dan campur kuasa dua dosa Malim Kundang ganda lagi perkamilan perbedaan semua, Allah akan tetap ampunkan bila korang sujud merayu kerana Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Bagi bukti lain, bukti tu tak sesuai kata korang sebab ambil dari kisah rakyat, so kita ambik sejarah Tuhan dan Raja Firaun.
Firaun semua tahu betapa jahatnya dia, mengaku tuhan dan memerintah dengan zalim.
Tapi sebab Allah masih sayangkan firaunlah, maka Alllah hantar Nabi Musa pergi Berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun dan bunuh beribu ribu bayi, dan seksa bani Israel dengan penghapusan etnik, tapi tetap Allah bagi peluang bertaubat sehinggal Firaun di uji dengan 7 bala, tapi masih degil jugak, so sebagai Tuhan Yang Menunaikan JANJI, maka kena azablah Firaun sebab JANJI DITEPATI!
“Tapi bang, Tuhan tidak adil, sebab ada orang kafir yang baik baik, tidak sejahat firaun, takkanlah kena duduk azab juga dalam neraka?”
Ohhhh, bailklah! kalau kau ada anak yang perangai baik nak mampus tapi tak mengaku kau Mak dia!, dia kata dia ni anak luar nikah, dia ni bukan anak kandung kau, dia ni konon anak orang lain yang lebih kaya, kau tak marah?! kau nak mengaku dia anak?, kau kan perempuan, tentu faham bila si tanggang yang bini dia puji dan pak mertua dia sanjung sebab begitu rajin , dan budak baik.., tapi bila tak ngaku yang kau tu mak dia akhirnya kena sumpah jadi batu! ha ha, padan muka!
So, budak baik, yang tak mengaku dia ni Hamba Allah atau dalam kes Tanggang, tak mengaku dia ni anak mak dia, maka Allah janji akan azab sebab JANJI DITEPATI!
Last, kisah Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke barat.
Kata kamu, jika Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu. Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!
Bro, inilah masalahnya bila kita anggap Tuhan tu lemah macam ibu kita...
Bila ibu kita membuang anaknya ke luar rumah, atau ke dalam hutan, ibu kita tak ada kuasa nak halang ular atau harimau makan kita, dah tentu kita akan merana dan mati dalam hutan, tapi bila Tuhan takdirkan Adam dan Hawa terpisah jauh di dunia yang penuh dengan binatang buas dan tak ada pula perkhidmatan kereta.
Tapi last last ada kita dengar Nabi Adam mati dimakan Dinasour?, atau Kaki Nabi Adam kudung sebelah sebab kena baham dengan T- Rex? Ada? Atau hawa jatuh dalam kawah gunung berapi?, ada dengar kisah Hawa mati kena Ebola? ada mereka berdua sesat tak jumpa jumpa? mereka elok jer berjumpa sebab mereka diuji dengan pantauan Allah, Allah pantau segala keselamatan mereka, segala keperluan mereka, segala makan minum mereka, sedang Allah nak tengok mereka menyesal dan bertaubat, lepas tu Allah ampunkan mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga. Simple.
Begitulah kita didunia ni, diuji dengan pantauan Allah, Ada teori mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Jawapannya, sebab Allah pantau keperluan kita. Allah pantau kesalamatan bumi, Sama macam Allah pantau keselamatan Adam dan hawa sehingga mereka berjaya jumpa dan beranak pinak. Allah yang Jaga kita!
Bila tak ada air, Allah turunkan hujan, bila lapar nak makan, Allah tumbuhkan tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab Allah pantau kita.
Bila nak berak, tuhan datangkan tanda nak berak, perut sakit, dan bontot tak selesa, bayangkan jika kita berak tanpa ada tanda tanda, terus berak dalam kereta, kan susah? begitulah jugak alam ini, sebagai tanda kepada kewujudan Tuhan, sains namakan Ecosystem atau Artificial Intelligence sebagai keajaiban kosmos dalam evolusi manusia, tapi ketahulah Ecosystem atau Artificial Intelligence atau lain lain so call Scientific, itulah sebenarnya sistem Pantauan Allah. Andai kita mahu berfikir.
Sebagai manusia yang boleh berfikir, kita rujuk sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang untuk penuhi keperluan cinta.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana aku datang, apa tujuan aku di dunia ini, dan kemana aku selapas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Akhir kata, dunia ini terlalu singkat untuk berada dalam kefahaman yang salah, gunakan akal dan mata hati dalam menilai fakta, kerana hidup selepas kematian itu bukan perjudian, tapi result berdasarkan fakta yang kita pilih. Pesan pada diri sendiri.
“Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sesuatu apa pun, tetapi manusia itu sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.”.
(Surah Yunus: 44).
Fikir fikirkanlah.
Ps: Orang yang bagitahu Allah itu Tuhan adalah sebaik baik manusia, akhlak terbaik, ketua perang terbaik, pemidato terbaik, paling pemaaf dan di nobatkan manusia paling berpengaruh dalam sejarah dunia, sekarang, siapa yang bagitahu Tuhan tidak wujud? akhlak dia okey ke? pernah jadi ketua perang? pernah satukan kaum yang berbalah? ada list dalam manusia paling berpengaruh? setakat sembang teori semua boleh semang mambang, tapi sejarah dah buktikan, manusia terbaik membawa agama paling common sense. Think!