Bagaimana Nabi Melayan Sahabat yang Kurang Upaya?
Alkisahnya: Bila saya tulis: mungkin sahabat Nabi yang bernama Abu Zar seorang Autisme berdasarkan cara beliau respond pada persekitaran, lalu ada orang komen:
“Autism tu brain injury. awak tu rasa bersalah sangat sebab tu jadikan sahabat nabi konon autistic untuk sedapkan hati awak. Sudah-sudahlah menjadi penunggang agama. bila ada brain injury, pergilah berubat. bukan sedapkan hati dengan mereka cerita macam ni. tengok lah berapa ramai percaya dan cerita ni tersebar. tak takot berdosa kah? Sila tunjukkan bukti ada kajian terperinci yang sahabat nabi tu autistic..., kalau tak dapat tunjuk bukti teruskan lah menjadi penunggang agama”
Saya harap pengkomen tu buktikan jugalah Autisme brain injury tu dapat disembuhkan dengan ubat, malahan saya dah tulis dihujung artikel, ini hanyalah pendapat saya dan boleh ditolak jika ada kajian lebih tepat, jadi jika nak tolak, buktikan kajian anda, tak perlu sentap komen orang lain penunggang agama tapi bukti Autisme brain injury dapat disembuhkan dengan ubat, tak diberipun.
Maka bagi yang tidak tahu menahu tentang isu ini, alkisahnya suatu hari saya ada terfikir:
Sejak bila Autisme ini wujud? Kenapa tiada catatan dalam sejarah barat tentang Autisme di zaman silam? Lalu bila saya mencari maklumat ini di internet, tiba tiba terjumpa komen dari seorang Mild Autisme, Uğur Dinç, student M.A. History, Sabanci University, katanya dia sebagai seorang autisme sangat yakin bahawa dari pembacaanya, Abu Zar R.A adalah seorang Mild Autisme. Tulisannya ringkas sahaja tapi menjentik hati saya untuk mengkaji kisah Abu Zar R.A secara lebih dalam dan perasan ada beberapa kelakuan beliau yang boleh dikaitkan dengan autisme.
(Note: Autisme bukanlah kehinaan, ianya hanyalah kelainan upaya yang di anugerah Allah kepada insan terpilih)
Apa yang menarik, jika benar Abu Zar R.A seorang Autisme, maka kita boleh belajar tentang akhlak Rasulullah dalam berhadapan dengan Sahabat baginda yang kelainan upaya.
Bagi yang belum tahu: Autisme adalah kelainan cara berfikir sehingga mereka terasing dari masyarakat, selalu kelihatan stress, anti social, dan berkelakuan pelik.
Autisme boleh dikesan dari kanak kanak yang tidak menoleh apabila dipanggil namanya, mudah mengamuk, selalu bersikap kurang ajar dan tidak bermain dengan rakan sebaya. Autisme tidak berjangkit, tidak boleh disembuhkan tapi boleh di kawal melalui pengalaman yang berkesan.
Autisme juga adalah pengetahuan baru ummat manusia kerana lelaki pertama yang dikesan autisme adalah Donald Gray Triplett yang lahir pada tahun 1933 dan sekarang berumur 86 tahun (masih hidup), Doktor yang kaji kepelikan beliau adalah Dr Leo Kanner, dan waktu itu belum dilebel autisme tetapi "Case 1".
Sebelum tahun 1933, kanak kanak yang ada masalah autisme dituduh telah dirasuk oleh roh jahat, (rujuk Victor of Aveyron, 1798) hinggalah kajian menyeluruh dikeluarkan pada tahun 1943 terhadap nasib kanak-kanak yang mempunyai masalah sama seperti Donald Triplett maka sedarlah kita bahawa telah wujud ‘Case 1’ ini sekian lama dan mula dilebel sebagai Autisme. (Diambil dari Bahasa Latin dan Greek yang bermaksud “Menyendiri”)
Maka apabila ciri ciri Autisme telah dikenal pasti, maka mari kita kaji kisah Sahabat Nabi yang bernama Abu Zar dan kepelikkan beliau. Adakah sifat suka menyendiri beliau selari dengan Autisme?
Al kisahnya, Abu Zar R.A bukan berasal dari Mekah, beliau datang dari jauh (Ghifar) untuk mencari orang mengaku Nabi, dan cara beliau mencari Nabi adalah dengan tidak bertanya, cukup hanya dengan meninjau keadaan sekeliling, dengar-dengar cakap orang lalu cuba mencari sendiri.
Perasan tak? salah satu cari Autisme, iaitu bila ada apa-apa masalah yang rumit, sukar nak bertanya dan suka selesaikan cara sendiri.
Kemudian beliau didatangi Saidina Ali yang nampak Abu Zar ni macam pelik lalu ajak bermalam di rumahnya, Abu Zar setuju menumpang di rumah Ali R.A dan membisu di sana, Pagi keluar cari Nabi melalui pusing-pusing sekitar Mekah, pulang terus tidur rumah Saidina Ali, sampai hari ke tiga, bila Ali R.A melihat tetamu ni resah gelisah tapi tidak tahu punca, maka Saidina Ali R.A bertanya, barulah beliau bercerita nak cari Nabi. Mungkin pada waktu itu Abu Zar sudah selesa dengan Ali, dan sudi memberitahu isi hatinya.
(Pelik kan?, ada tetamu menumpang tidur di rumah kita dan tidak bercerita apa tujuan datang hinggalah ditanya pada hari ketiga baru selesa untuk bercerita)
Maka pendek cerita, Saidina Ali bawa beliau jumpa Nabi dan terus beliau masuk Islam, dan Nabi mungkin dah perasan sifat pelik pada Abu Zar lalu larang Abu Zar istiharkan Islamnya secara terang terang, kerana zaman itu orang masuk islam akan diseksa, tapi Abu Zar dengan penuh semangat, selamba pergi depan Kaabah dan menjerit bagitahu dia sudah masuk islam.
(Perasaan terlalu bersemangat dan teruja dari kalangan Autisme memang tidak disembunyikan)
Terus beliau kena pukul sampai pengsan hinggalah di selamatkan oleh Ibnu Abbas R.A, tapi adakah beliau serik?
Esok, dengan penuh teruja, beliau pergi lagi depan kaabah dan jerit lagi bahawa dia dah masuk Islam, kena pukul lagi, dan hari ketiga beliau buat lagi dan hampir mati dibunuh hinggalah Saidina Abbas R.A bagitahu kepada orang yang nak bunuh Abu Zar bahawa kaum Abu Zar duduk di jalan kita berniaga, tak selamat nanti kita nak melintas di sana.
Dari kisah ini, Maka terjawablah soalan yang pernah menghantui diri saya selama ini: “kenapa Abu Zar engkar arahan Nabi lalu pergi menjerit depan Kaabah, dan sanggup dipukul berkali kali hampir mati?”
Ada Ustaz yang jawab Itulah Iman Mualaf, sanggup mati demi kebenaran, tapi yang pelik, engkar arahan Nabi pun tak betul juga, maka bila di kaji sifat Autisme, maka memang mereka ada sifat agak sukar memahami arahan atau mematuhi arahan, pengalaman anak saya sendiri, ada benda yang merbahaya dan kita sudah larang, tapi kerana teruja, tetap di buatnya, maka untuk itu saya boleh faham kenapa Abu Zar sanggup berkelakuan aneh yang membahayakan nyawanya sebab cara faham maklumat adalah tidak sama dari seroang Autisme.
Namun apa kebaikkan Autisme?, sifat lurus mereka membuatkan mereka mudah belajar melalui visual, maka terus Abu Zar mencontohi kehidupan Nabi dan menjadilah beliau seorang yang paling zuhud di antara semua sahabat Nabi. Sehingga Nabi memuji Abu Zar, sabda Nabi: Siapa nak lihat bagaimana zuhudnya Nabi Isa, lihatlah Abu Zar!
Namun dalam kelurusan Abu Zar, maka sudah tentu ada kelemahan yang lain, pernah Nabi bertanya kepada Abu Zar, apa nak buat jika kamu nampak orang kaya mengambil harta orang miskin?, jawab Abu Zar R.A akan di pancung dengan pedang serta merta, maka Nabi menasihatinya agar jangan guna pedang, bersabarlah (serahkan kepada pemerintah untuk menjatuhkan hukum)
Lalu Abu Zar meminta jawatan menjadi pemerintah. Jawab Nabi:
”Ya Abu Zar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.” (Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, walaupun Abu Zar seorang yang warak dan zuhud, tapi Nabi tidak memberikan jawatan dalam kerajaan kepada beliau kerana ada kelemahan dalam bab menguruskan tanggung jawab. Sesuatu yang menjadi krisis bagi seroang Autisme.
Baik, sekarang kita tengok cara Nabi Muhammad S.A.w berkata-kata dengan Abu Zar R.A:
Satu hari, Abu Zar mendekati Nabi yang sedang tidur, lalu Nabi terjaga dan bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang mengucapkan "LA ILAAHA ILLALLAH" kemudian mati kerana itu melainkan dia akan masuk syurga."
Tanya Abu Zar: "Walaupun dia berzina dan mencuri?"
Jawab Nabi : "Walaupun dia pernah berzina dan mencuri."
Tanya Abu Zar lagi; "Walaupun dia pernah berzina dan mencuri?"
Jawab Nabi: "Walaupun dia pernah berzina dan mencuri."
Abu Zar tak puas hati, dan tanya lagi; 'Walaupun dia pernah berzina dan mencuri?" Tapi Rasulullah SAW dengan tenang menjawab: "Walaupun dia pernah berzina dan mencuri."
Lihat dari perbualan ini, walaupun Abu Zar ulang soalan yang sama berulang-ulang, Nabi tetap tenang menjawab sebab cara berfikir Abu Zar agak susah nak hadam, orang yang berzina dan mencuri boleh masuk syurga dengan mengucapkan "LA ILAAHA ILLALLAH".
Tapi bila hadis ini disampaikan oleh Abu Zar kepada Abu Abdulah dengan suara tak puas hati, maka tafsir Abu Abdullah, "Walaupun" sepertinya Abu Zar kurang puas. "Hal ini jika terjadi ketika seorang hamba itu meninggal atau sebelum dia meninggal lalu bertaubat dan menyesali perbuatannya serta mengucapkan "LAA ILAAHA ILLALLAH", maka dosa-dosanya akan terampuni." (HR Bukhari No 5379, HR Muslim 138)
Okey, itu kisah Nabi bertenang dengan Abu Zar walaupun Abu Zar bertanya dalam keadaan tidak puas hati, tapi: ada tak Nabi marah pada Abu Zar kerana tanya soalan yang melampau? Ada, Nabi marah tapi tidaklah sampai membenci kerana Nabi faham sifat naif dalam diri Abu Zar R.A.
Alkisahnya, bila turun ayat tentang lallatul qadar lebih baik dari seribu bulan, terus Abu Zar Tanya:
"Wahai Rasulullah beritahu kepadaku mengenai malam Lailatul Qadar, adakah ia di bulan Ramadan atau selain daripadanya?"
“Bulan Ramadan."
"Adakah ia ada sampai kiamat?”
“Ya, sampai kimat”
"Jika bulan Ramadan, bahagian mana?”
"Carilah kamu pada 10 yang terawal dan 10 yang terakhir."
“Mana satu yang 20 itu tadi wahai Rasulullah?"
"Carilah pada 10 malam terakhir dan jangan tanya aku lagi selepas daripada ini."
"Wahai Rasulullah, Aku bersumpah ke atas engkau dengan hak aku ke atas engkau, boleh tak engkau memberitahu aku mana satu 10 malam itu?"
Maka Rasulullah menjadi sangat marah dan berkata: "Carilah pada tujuh yang terakhir, dan jangan kamu tanya aku lagi selepas daripada ini”
Memang begitulah keranah Autisme, dia tak sedarpun akan di marah, dan kadang tak hairanpun bila di marah, lalu bila hadis ini di ceritakan, babak Nabi marahpun di sampaikan tanpa perlu rasa bersalah.
Malahan kita nak tergelakpun ada dengan cara Abu Zar menekan shor, tapi, bukankah salah satu sifat Autisme suka bertanya soalan sampai dia rasa puas atau sampai kena marah? Fikir fikirkanlah, namun terima kasih kepada Abu Zar kerana dari soalannya dapat kita focus mencari malam Al qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
Terima kasih Abu Zar! Semua terjadi dengan Kehendak Allah!
Okey, itu kisah Nabi memarahi Abu Zar, ada tak kisah Sahabat lain yang ada masalah berkomunikasi dengan Abu Zar?
Oleh kerana sifatnya yang lurus, Abu Zar memang terkenal dengan mulutnya yang lancang dalam berkata kata, (jika autisme mereka akan dituduh kurang ajar) tapi itulah yang selalu terjadi, beliau selalu berdebat dengan sahabat lain terutama isu hidup secara zuhud, pernah beliau berdebat dengan Bilal, dan bila pendapat bilal tidak selari dengan dirinya, beliau berkata kepada bilal: “mak kau hitam!”
Bilal r.a sangat sedih dengan hinaan melibatkan warna kulit dan terus mengadu pada Nabi Muhammad SAW,dan Nabi bersabda, “Wahai, Abu Zar. Engkau telah menghinakannya dengan merendahkan ibunya. Di dalam dirimu terdapat sifat jahiliyah.” (HR. Bukhari).
Teguran dari Nabi sangat menyedihkan Abu Zar Lalu dengan menangis, dan menghampiri Rasulullah, Abu Zar berkata, “Wahai, Rasulullah. Beristigfarlah untukku. Mintakanlah ampunan dari Allah untukku.”
Mungkin melihat Nabi diam sahaja, terus Abu Zar keluar dari masjid sambil menangis dan terus meletakkan kepalanya di atas tanah yang dilalui Bilal dan berkata, “Demi Allah, wahai Bilal. Aku tidak akan mengangkat pipiku, kecuali engkau memijaknya dengan kakimu. Engkaulah orang yang mulia dan akulah yang hina.”
Lantas Bilal pun pergi menemui beliau, Bilal menangis dan terus mencium pipi Abu Zar dan mereka berpelukan sambil menangis.
Namun, walaupun dalam keadaan sedemikian, Rasulullah sangat sayang pada Abu Zar, dan banyak hadis tentang tauhid diajar Nabi kepada Abu Zar.
Ada satu lagi sifat pelik Abu Zar yang boleh dikaitakan dengan Autisme, ada satu waktu dalam perang, Nabi wajibkan mereka yang hanya ada binatang tunggangan sahaja ikut berperang, Abu Zar nak ikut tapi untanya sakit tidak mampu berjalan, dan beliau sudah jauh tertinggal di belakang, lalu Abu Zar tetap datang ke medan perang dengan mendukung Unta di atas belakangnya, melihat kejadian ini Nabi Muhammad SAW bersabda: “Semoga Allah mengampuni Abu Zar, dia datang bersendirian, akan hidup bersendirian, dan mati bersendirian.
“Bersendirian” itulah yang dimaksudkan dengan cara hidup seorang autisme yang selalu kelihatan menyendiri dari masyarakat kerana cara mereka memandang dunia adalah tidak sama.
Maka selepas kewafatan Rasulullah, Sabdaan Nabi adalah benar yang mana Abu Zar telah diasingkan oleh orang ramai kerana sifatnya yang sangat tegas berkenaan harta, katanya Nabi hidup miskin sahaja, tapi kenapa zaman sekarang ramai orang islam hidup mewah?
Maka dari tindakkanya itu membuatkan orang kaya Islam berasa tidak selesa dan mengadu pada pemerintah, tapi Abu Zar selamba berdebat dengan Muawiyyah, dan berdebat dengan Usman Khalifah islam waktu itu, akhirnya beliau di arah berpindah ke Damascus.
Namun selepas di ketahui kehidupannya di sana tidak gembira sebab terpaksa hidup dikalangan orang islam yang mulai hidup bermewah-mewah, lalu Usman benarkan Abu Zar pindah ke Madinah, pun Abu Zar tak seronok sebab orang Islam di Madinah juga sedang hidup mewah tak macam zaman Nabi lalu beliau minta izin untuk tinggal jauh di padang pasir.
Begitulah perkaitan dengan autisme, tidak boleh terima perubahan, dan lebih suka menyendiri dari hidup bermasyarakat, Khalifah Usman faham tentang pendirian Abu Zar dan benarkan beliau tinggal di padang pasir bernama Rubza jauh dari kehidupan bermasyarakat.
Walaupun beliau hidup bersama isteri dan anak perempuan dipadang pasir jauh dari masyarakat, tapi dari masa ke semasa, ramai Tabien datang belajar hadis daripada beliau.
Mendengar Abu Zar mengasingkan diri, Raya Syrira pernah kirim 300 dinar emas tapi Abu Zar terus bahagikan kepada orang miskin kerana tidak mahu hidup mewah, beliau betul betul nak hidup zuhud macam Nabi, dan bila ada sahabat lain melawat beliau dan melihat rumahnya sangat uzur lalu bertanya, mana pergi semua perabot dalam rumah ini?, jawab Abu Zar perabot semua sudah di hantar ke syurga.
Zuhud Abu Zar bukan di buat-buat, malahan sewaktu Nabi Muhammad SAW hidup lagi, Kerana hidup terlalu zuhud, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, Abu Zar berjalan di atas bumi sezuhud Nabi Isa anak Maryam.
Akhirnya Abu Zar meninggal di padang pasir hanya ditemani isterinya, menangis isterinya kerana nak tutup dengan kain kafan pun tiada kain yang sebesar jasad Abu Zar R.A, tapi sebelum meninggal Abu Zar bagitahu kepada isterinya, jangan bersedih, walaupun saya akan mati bersendirian di sini, tapi Nabi Muhammad SAW memberitahu, akan ada Satu Kabilah orang beriman akan sempat melihat jenazahnya.
Maka selepas kematiannya tiba tiba muncul rombongan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Abdullah bin Mas'ud.
Ketika pandangan Ibnu Mas'ud jatuh ke mayat Abu Dzar Al-Ghifari. Air matanya tumpah membasahi janggut lalu berkata, "Benarlah ucapan Rasulullah, kamu berjalan sendirian, mati sendirian, dan dibangkitkan juga sendirian"
Abu Zar telah pergi meninggalkan kita semua, tapi hadisnya bersama Nabi kekal hingga akhir zaman, pesan Nabi Muhammad SAW kepada Abu Zar:
"Hai Abu Zar, sesungguhnya kau dari keluargaku, dan aku akan berwasiat kepadamu, maka ingat-ingatlah, kerana wasiat ini menghimpun segala kebaikan dan pelaksanaannya.
Hai Abu Zar, sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat kepada-Nya. Maka bila nyata engkau tidak melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat engkau.
Hai Abu Zar, dua macam nikmat, kebanyakan manusia rugi, kerana tidak mempergunakan dengan sebaik-baiknya, iaitu sihat dan waktu lapang.
Hai Abu Zar, gunakan lima sebelum tibanya yang lima, gunakanlah masa mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan kekayaanmu sebelum miskinmu, dan kesempatanmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu.
Hai Abu Zar, awaslah jangan menangguh-nangguh sangat perbuatanmu, kerana engkau tergantung pada hari ini, dan bukan pada hari yang sesudahnya, maka apabila esok hari itu juga hakmu, maka lakukan sebagaimana hari ini, dan bila esok itu bukan hakmu, maka engkau tidak menyesal kerana tidak memperlambat apa yang harus kau perbuat hari ini.
Hai Abu Zar, sayanglah pada umurmu, lebih daripada kesayanganmu terhadap wang emas dan perakmu.
Hai Abu Zar, Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari kiamat, ialah seorang alim yang tidak berguna dengan ilmunya dan siapa yang menuntut ilmu sekadar untuk menarik perhatian orang-orang kepadanya, maka ia tidak akan mendapat bau syurga.
Hai Abu Zar, jika kau ditanya sesuatu yang tidak kau ketahui, maka jawablah, saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang tidak kau ketahui, supaya selamat dari siksa Allah pada hari kiamat.
Hai Abu Zar, maut akan datang secara tiba-tiba, dan siapa menanam kebaikan pasti akan menuai kebaikan. Dan siapa yang menanam kejahatan pasti akan menuai kemenyesalan, dan bagi tiap-tiap penanam hasil apa yang ditanamnya,
Hai Abu Zar, Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya itu bagaikan bukit besar yan dikhuatiri akan jatuh padanya, sedang orang kafir memandang dosanya itu bagaikan lalat yang hinggap di atas hidungnya.
Hai Abu Zar, Allah telah menjadikan kesenanganku dalam sembahyang dan aku puas dengan sembahyang itu sebagaimana puas orang lapar dengan makanan dan orang haus dengan air, sedang orang lapar jika makan kenyang dan orang haus jika minum puas, dan aku tidak merasa kenyang dari sembahyang ( Yakni tidak jemu-jemu sembahyang).
Hai Abu Zar, sesungguhnya selama kau bersembahyang, maka bererti kau sedang mengetuk pintu rahmat Tuhan dan siapa yang selalu mengetuk pintu raja pasti akan dibukakan baginya.
Hai Abu Zar, tiada seorang mukmin yang berdiri sembahyang melainkan bertaburan di atasnya rahmat antara kepalanya sampai arasy dan malaikat berkata: Hai anak Adam, andaikan kau mengetahui kedudukanmu ketika sembahyang dan siapa yang kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti.
Hai Abu Zar, dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.
Hai Abu Zar,Allah telah berfirman dan bermaksud: "Aku tidak akan menghimpun dua kali takut dan dua kali aman, pada hambaKu, jika ia merasa aman daripadaku di dunia maka akan Aku takutkan ia di hari kiamat, dan bila ia merasa takut kepadaKu di dunia Aku amankan ia di hari kiamat."
Okey, banyak lagi pesanan dari Rasulullah kepada Abu Zar R.a, cukup ini yang sempat saya sampaikan, balik kepada topik asal, adakah Abu Zar seorang mild autisme?
Rujuk sekali lagi hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda: “Semoga Allah mengampuni Abu Zar, dia datang bersendirian, akan hidup bersendirian, dan mati bersendirian.
“Bersendirian” itulah yang dimaksudkan makna sebenar Autisme, sedang nama ini baru di ilhamkan pada tahun 1943, sedang Nabi Muhammad SAW telah melebelnya 1400 tahun yang lalu! Subhanallah!
Kesimpulannya, Dari sejarah yang kita baca, jika benar ada ciri Autisme pada Abu Zar R.A bermakna kepada ibu bapa yang ada anak Autisme, jangan putus asa, sebab ada Autisme yang sudah menjadi Hafiz, ahli perniagaan, doktor, guru dan insyaAllah jika kena dengan perjalanan hidupnya, mampu menjadi seorang Dae yang berjuang untuk agama Allah.
Wallahu’alam.
Ps: Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat penulis semata mata. Jika ada fakta yang lebih tepat dari pandangan penulis, maka pendapat penulis tertolak serta merta. Semua yang baik dari Allah dan semua yang tidak baik adalah dari kelemahan saya sendiri.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「salah injury history」的推薦目錄:
- 關於salah injury history 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於salah injury history 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於salah injury history 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於salah injury history 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於salah injury history 在 Salah's injury history at... - The Liverpool Community | Facebook 的評價
- 關於salah injury history 在 I returned from injury so we won: Salah - EgyptToday 的評價
salah injury history 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
salah injury history 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
salah injury history 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
salah injury history 在 I returned from injury so we won: Salah - EgyptToday 的必吃
Mohamed Salah, the Egyptian star in Liverpool, was in a good mood after he scored against Manchester United for the first time in his history. ... <看更多>
salah injury history 在 Salah's injury history at... - The Liverpool Community | Facebook 的必吃
October 21, 2022 at 8:34 PM · Facebook for Android ·. Salah's injury history at Liverpool is insane. No photo description available. ... <看更多>