“Abang keretamayat, tolong ulas mimpi makcik dapat tahu masa depan!”
*******
Alkisahnya, sebelum PKP hari itu, pada satu hari, saya sedang nyenyak tidur, tiba tiba Smart Phone saya bergetar korus lagu Cromok ‘I’m not belong here’, saya capai telephone, tolak butang hijau dan dengar suara sorang lelaki, saya cam itu adalah suara seorang sahabat saya, setelah berbalas salam dan bertanya tujuan, rupanya dia nak tanya pendapat tentang mimpi seorang blogger dapat melihat tanda kiamat.
Katanya,
“Hamka, ada baca tak kisah Blogger yang ada berdialog dengan bishop?, jiran dia, dan Bishop tu cerita bahawa kiamat akan berlaku 2012, saya rasa macam ada kebenaran tentang apa yang si bishop tu cerita dan terangkan, semua yang dia cakap tu logic, dan buat saya sedar dan berfikir, dan yang saya paling pelik ialah pasal makhluk yang paling agung dan suci yang akan dilepaskan dari rantainya..., semua ada ciri ciri Dajjal, terus membuat saya seram sejuk la sebab dia kata 2012 tahun akan datang muncul makhluk tu.”
Saya pejam celik celik cuba hadam kata kata kawan saya tu, sekarang depan mata saya terlihat dua anak lelaki saya sedang berlari-lari bermain-main, kat tangan ada objek mainan, sorang umur empat tahun, sorang nak masuk tiga tahun. saya melilau mencari sorang lagi anak saya, pusing kepala 120 darjah, baru nampak ada kat belakang kerusi rupanya sedang sepahkan surat khabar, umur baru setahun lebih.., mana isteri saya? Bisik dalam hati..
Sahabat dalam tepon sambung cerita:
“Lepas tu kan Hamka.., nak dijadikan lebih ketidaktentuan saya ni... beberapa hari lepas saya menonton kat youtube..50 siri The Arrivals..malay subtitle.. Saya sambil menonton tu berdebar-debar...dan bergenang air mata... betapa selama ni rupanya dajjal dah memerintah dunia...dan kita sekarang dah ada kat fasa akhir pemerintahan dajjal laknatullah tu... ish...terkejut giler saya...”
Aduhhh, saya sambil dengar kawan cerita, sambil cuba sedarkan diri sebab suasana rumah ni, bukan rumah saya, tapi anak anak macam dah biasa kat rumah ni, apa hal telah berlaku pada saya?
Saya sekarang tengok anak perempuan saya umur dua tahun sepahkan surat khabar, terus saya tengok kat mulut dia takut-takut termakan sesuatu yang bukan makanan, air liurnya nampak meleleh, saya dekati dia, kemudian sapu air liur itu dengan hujung bajunya, kalau bini saya nampak tentu kena tegur.. Mana bini saya?
Sahabat dalam telefon teruskan cerita:
“Jadi Hamka, saya rasa orang-orang yang berpengaruh macam Hamka ni... patut galakkan orang-orang Malaysia ni tengok the arrivals tu dari Part 00 sampai Part 51. Saya ni risau.. kalau orang Islam tak sempat tahu kewujudan dajjal sekarang... makin sesat dan tak sedar lagi, Sekurang-kurangnya..kita dah tunjukkan bukti-bukti hadis Nabi Muhammad saw dan kebenaran Al-Quran kepada rakan-rakan kita... Dan kalau diorang tak nak ambil tindakan drastik tu kita tak dapek nak nolong...”
Dajjal apa pulak ni? tapi saya masih selamba dan kelihatan cool, baru bangun tidur.., dalam asyik dengar cerita, anak nombor dua saya menangis, si abanglah yang usik, saya jenggilkan mata pada anak sulung saya dan terus pasang telinga..
“Hamka, kalau boleh, tolonglah sebarkan tentang pemerintahan dajjal yang dah bertapak dalam fasa akhir ni, gunakan blog keretamayat kau itu, ini peluang kau berdakwah... dan kalau orang kristian tengok the arrivals pun mereka akan tahu mereka telah ditipu berkurun lamanya.... baik masuk islam je...lagi selamat..”
Sambil pasang telinga, Saya terdengar suara isteri dari dapur, juga suara wanita wanita lain, wanita kaya yang nampak sungguh bersih juga ada barangkali. Anak saya sudah berhenti menangis dan mulai menyambung permainan, menghabiskan tenaga libido.., oh! Baru saya synchronize bahawa saya sebenarnya kat rumah orang, bersempena kenduri pertunangan anak saudara bini saya, lepas solat tadi, saya tertidur keletihan dan kekenyangan kerana baru habis majlis Akikah anak perempuan saya serentak dengan majlis pertunangan anak saudara sabit,
Abang ipar saya ni ada bela banyak lembu, dan sempena pertunangan anak sulung dia, saya tumpang satu bahagian sebab anak saya perempuan, eh!, Anak bongsu (setakat cerita ini di tulis) sedang menangis pulak, saya hampirinya, dan tepuk-tepuk pujuk. Sedang telinga terus menerima gelombang dari handphone..
Cerita sahabat tu tiba ke fasa seterusnya, katanya..
“Video “the arrivals” tu ada 50 siri... dia cerita tentang kita sebenarnya sekarang hidup dalam pemerintahan dajjal...yang 40 hari tu... dia sertakan banyak bukti kebetulan, konspirasi pertubuhan rahsia dunia, hadis, ucapan ulamak,
Awal-awal video memang dia banyak tunjukan ape yang dah jadi kat dunia ni, tentang pertubuhan rahsia, konspirasi dunia, perang, sejarah & sebagainya..., saya tak terus ambil bulat-bulat la...lalu saya pun jumpa pakcik google & ingat-ingat balik sejarah yang penah saya baca & belajar...memang baca kebetulan... yang kompem betul tu memang betul la...tapi yang samar-samarpun nampak macam betul... tu yang saya nak kongsi dengan orang yang lebih open pemikiran dia...nak tau ape pendapat & pandangan...
banyak kali jugak la saya tunjuk ape-apa bahan internet ni kat orang yang lebih pandai ilmu agamanya dari saya, tapi jawapan yang saya dapat, jangan pecaya bende kat internet ni bulat-bulat...lalu saya pun biarkan ia berlalu..dalam hati "kalau saya percaya bulat-bulat, tak payah la saya tanya kepada tuan" Saya pernah bertanya kepada jakim tapi sampai sekarang takde berita... Saya andaikan movie maker ni seorang yang peka & banyak melancong ...”
Anak saya masih menangis, saya selak lampin dan intai bontot, manalah tahu kot-kot ada tahik ke apa?, takde, tapi lampin dah berat, kencing banyak dah ni, saya dukung dia dan cari bini saya sambil terus pasang telinga..
Kawan terus bercerita:
“Hamka, Semakin hari saya semakin risau, gusar dan resah. Betapa takutnya saya dengan berbagai-bagai perkara yang terjadi di sekeliling kita yang mana orang Islam tak perasan. Saya ingin meminta jasabaik Hamka untuk menggunakan pengaruh siber Hamka, bagi menyebarkan tentang perkara ini agar kita tak menyesal bila orang Islam terlanjur melakukan dosa sebab mereka tak tahu akan kebenaran di sebalik apa yang sedang mereka lakukan adalah dosa, Maaf, saya sedang tension..tension dengan DAJJAL!!!
Hamka, mungkin Hamka dah diberitahu tentang kajian dua orang Islam barat tentang kewujudan Dajjal yang telah bertapak di dunia kita telah mencapai 1000 tahun di Britain + 83 tahun di Amerika + 10 tahun dalam proses ke Jerusalam."
Sedang rancak kawan bercerita, masa tu bini saya datang ambik anak dan gerakkan mulut tanpa suara bertanya dan angkat kening yang bermaksud;
“Abang cakap dengan siapa? Serius sangat muka tu?”
Saya kepit telefon dengan bahu, dan guna dua tangan saya buat Bahasa isyarat yang bermaksud:
"Kejap, abang sedang cakap dengan kawan abang, nanti abang bagitahu siapa dia, , pergi tukar lampin anak dan tengok anak kita yang dua orang lagi tu, abang sibuk ni, sedang menambah ilmu di dada, dah-dah jangan buat muka konfius, pergi kemas barang, jap lagi nak balik kuantan.”
Bini saya angguk tanda paham, walaupun Bahasa isyarat saya merapu, mungkin isteri saya ada menggunakan kuasa gelobang magnetik.(tipu)
Sahabat tu cerita lagi tentang Dajjal:
“Hamka, Kita ada masa lagi 10 tahun lagi dalam dunia ni nak elakkan diri dari pengaruh Dajjal... Sejak beberapa hari ni saya makin tak lena tidur.. Dalam video tu ada beritahu, Friendster dan facebook adalah salah satu cara dajjal nak mencari Imam Mahdi. Sebab Dajjal tak sempat tengok muka nabi Muhammad, jadi dia tak kenal wajah nabi..sebab wajah Imam Mahdi macam wajah nabi kan sebab dia keturunan nabi...
Lepas tu.., beberapa hari ni, kalau saya buka akaun facebook saya, dia akan keluarkan sekeping demi sekeping foto kita, dia akan kotakkan/fokus wajah sorang-sorang dia suruh tag/namakan... Saya terkejut, dan fikir memang betul lah dajjal sedang mengenalpasti wajah-wajah manusia sebab dia nak tau mana yang bernama Muhammad..yang ada iras nabi kita.. Ya Allah... takutnya...
Lagi satu, dalam video tu, ada cakap, masa dajjal perintah dari Britain dunia kena ikut matawang euro selama 1000 tahun. Masa dajjal perintah dari US, kita semua kena pakai USD.. dan bila ke Israel, sejak tahun 2000, kita mula kena guna matawang israel..tapi dia pandai tak pakai currency yang betul.. dia pakai ATM/credit card/segala jenis loan bank.. Dia nak duit kita tak nampak, kita ada kad je.. atau hutang je.. biar kita bergantung pada dia satu hari nanti... sebab semua bank-bank besar dunia Dajjal pegang , ini yahudi durjana punya.. so, nak dijadikan bukti kukuh pulak...Minggu ni.. matawang USD jatuh mendadak.. dan bakal jatuh lagi... Memang betul lah kata video tu... Sebab dia nak hilangkan kuasa Amerika pulak..nak ganti ke Jerusalam... kat tanah suci Yahudi tu...”
Sedang asyik pasang telinga, Tiba-tiba, saya teringat, dari bangkit tidur tadi dan sedang asyik bersembang, saya belum solat asar rupanya, oh, alangkah laghanya saya, nanti saya kena azab dalam kubur baru tahu, kena azab kerana solat lengah-lengah, di panah kilat dan petir, di pukul lalu daging di badan tanggal dan tulang temulang terbenam dalam tanah, tempat yang cedera bertambah sakit seperti di jirus air panas.. oh oh oh!
Kawan saya masih gigih bercerita: “Malam tadi punya berita, Iran dah lancarkan peluru berpandu QIAM, bertulis YA MAHDI atas dia... Saya rasa mereka antara tentera-tantera Imam Mahdi yang mula bersedia nak menentang tentera Dajjal... Sebab kat Israel dah ada tentera yang bernama KAFIR... Ya Allah...seram saya...
Hamka, tolonglah tulis kisah ni di blog, Saya pun takut, sebab persediaan saya belum cukup nak menempuh dugaan besar macam tu... “
“kejap Bro, Panjang gila kau cerita, aku baru bangun tidur, mamai lagi ni, sekarang baru jelas, kau dah tengok video Arrival dan percaya itu tanda Dajjal nak keluar?”
“Ya betul, Video tu kejap jer Youtube delete sebab Youtube ejen Dajjal, dia tak nak orang tahu rahsia dia, tapi penerbit tu ada kod rahsia dan akan sebarkan lagi, jika Youtube delete, saya boleh bagi link baru”
“Memanglah Youtube delete sebab video tu petik filem Matrix, Filem Lord Of The Rings, penerbit Arrival tu dah cetak rompak karya orang, memanglah kena delete, siapa dajjal sekarang ni? Pencuri hak karya orang atau Youtube yang nak pengguna dia bermoral?”
“Eh? Hamka, kau tak percaya semua video tu?”
“Memang Tak Lah sebab video tu adalah TEORI KONSPIRASI yang boleh di reka oleh semua orang, yang percaya adalah bodoh, atau senang diperbodohkan.
Blog aku tak de cerita-cerita ramalan ni, biarlah tukang tilik jer yang meramal masa depan dunia dan mati masuk neraka, aku tak nak campur..
Pesan tok guru aku, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)
Dan aku tak nak terlibat dengan dosa orang yang quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, dan jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)
Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang! (aku pulak quote ayat al quran..)
Ok, aku teringin sangat nak bebel panjang lebar, tapi aku kat rumah abang ipar, lepas ni kita ngeteh, aku ulas betul betul bagi kau faham! Maaf letak telefon, aku sangat-sangat perasan sibuk, Bye!”
Tamat panggilan, terus saya bersiap nak solat Asar, tiba-tiba terdengar suara dari hati saya sendiri..
"Hamka, bukankah kau sudah solat asar tadi sebab dan buat jamak takdim?”
"ye tak ye juga”.
Lalu saya pergi ke dapur minum teh tarik yang bini saya buat, sebelum berangkat pulang, saya bersalam dulu dengan abang ipar, kemudian, dari dalam kereta, anak bini lambai tangan insyarat 'bye’ kepada ipar duai dan anak buah, lalu saya membunyikan hon sejurus menghilang dari pandangan mata mereka....
Sekian.
Ps: Kejadian berlaku sekitar 2008, dan pada tuhun 2012, kiamat telah berlaku dalam filem Hollywood, dan Youtube masih delete siapa siapa guna keratan filem tanpa izin walaupun dengan niat berdakwah, Youtube tetap akan delete. Now you know.
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di ra...
「rakan quote」的推薦目錄:
- 關於rakan quote 在 Facebook 的精選貼文
- 關於rakan quote 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於rakan quote 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於rakan quote 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
- 關於rakan quote 在 The Lovers - Xayah and Rakan quotes - YouTube 的評價
- 關於rakan quote 在 Voice - Rakan, The Charmer - English - YouTube 的評價
- 關於rakan quote 在 Rakan quotes - Home | Facebook 的評價
- 關於rakan quote 在 Pin by Huy Du le Do on Lol | Xayah and rakan, League of ... 的評價
- 關於rakan quote 在 Rakan quote、Lux quote、Zoe quotes在PTT/mobile01評價與 ... 的評價
- 關於rakan quote 在 pp 的評價
rakan quote 在 Facebook 的最讚貼文
Filem Polis terbaik dari Jepun?
Abang nak kongsi satu rahsia iaitu waktu kecik, cita cita abang adalah hendak menjadi seorang anggota polis.
Pendek cerita, Lepas habis belajar di IPTA, iaitu sekitar 90-an, abang susah nak dapat kerja, masa tu ekonomi gawat dan Anwar ibrahim ada buat demotrasi besar besaran di KL, bila susah nak dapat kerja, lalu abang di nasihatkan oleh kawan-kawan supaya pergi ke jabatan buruh, isi borang dan tunggu temuduga. Itu yang mereka lakukan dan sudah berjaya mendapat kerja walaupun dalam kegawatan ekonomi-tahniah.
Hmm, ini sudah bagus, abang pun nak ‘acu-cuba-trial-test’ jugak, baik!, abang nak jadi polis! abang sejak bangku sekolah lagi sudah bercita cita untuk menjadi seorang polis, lagipun abangkan ada susuk tubuh yang tegap, dada yang bidang dan tulang belakang yang tinggi, abang jugak mempunyai raut muka yang garang, kucing yang sedang curi ikan di dapur jika tertengok wajah abang terus lari ketakutan. Biawak besar yang melintas jalan pun sanggup undur balik bila melihat kelibat abang, memang muka garang giler. Oh, tak sabar abang nak jadi polis.
Korang tahu apa punca yang buat abang beria ria nak jadi polis?
Betul! Sama macam semua budak budak yang mudah terpengaruh dengan anasir Yin dan Yan dalam TV, abang jugak terpengaruh dengan filem watak polis yang sungguh hebat dan cool,, filemHong Kong yang berjudul Infernal Affairs lakonan Andy Lau, dan Tony Leung sungguh cool di mata abang, terus tak sabar nak jadi polis, dan filem ini bukan setakat cool di mata abang, malahan cool di mata pengarah Hollywood sehingga mereka buat balik (remake) versi barat yang berjudul The Departed yang di lakonkan oleh Leonardo DiCaprio dan Matt Damon, pendek cerita, dua dua filem abang suka, walaunpun ending berbeza, dan dua dua filem tu buat abang semangat nak jadi polis.
Kalau boleh abang nak bergaduh dengan orang jahat dalam supermarket macam jacky chan buat dalam police story, mula mula bergaduh dekat pasaraya giant, biar habis bersepah orang jahat abang belasah, minggu depan pulak abang nak bergaduh dekat pasaraya maydin, lepas tu Tasco, lepas tu Kasino Genting highland, argh, bestlah dapat bergaduh macam polis John McClane dalam filem Die Hard!
Abangpun terus menuju pejabat buruh dengan ‘roda roda kotaraya’, Sampai di sana, terngiang lagu ‘gerak gerak gerak khas’, terbayang wajah A galak, Ac mical dan Aby Abadi sebagai rakan setugas, argh abang dah tak sabar nak jadi polis, boleh minum teh tarik dengan yusof haslam, best!
Abang terus ambik borang dan pergi dekat kaunter pertanyaan lalu tanya,
“Errr, asalamualaikum kak, jika nak jadi polis, borang apa yang patut saya isi?”
Terus Akak kerani yang sedang sibuk asingkan borang berhenti akan aktivitinya lalu berceramah pada abang dengan ceramah: “jangan jadi polis kerana dot dot dot”,
Abang tak ingat sangat apa yang akak tu cakap, tapi lebih kurang adalah ungkapan seperti: jangan jadi polis dik, orang benci, gaji kecik, nanti terlibat dengan rasuah, lepas tu jika ada demotrasi, adik akan menjadi anjing kerajaan. Senang dapat bala bila cukup 40 orang melaknat, Lepas tu cepat mati kena tembak, anak bini kena tangkap dan suruh datang sorang sorang lalu kena bunuh, susah nak solat sebab kena jaga trafik, kejar orang jahat sampai sempadan terpaksa berhenti, ramai gengster buru sehingga terpaksa buat pembedahan plastik, baik macam mana tetap kena maki dengan pembangkang, jika mati dituduh konspirasi kerajaan dan macam macam lagi lah! (Akak ni banyak sangat tengok filem polis versi hindustan kot..?)
Abang yang masih muda, malas nak bergaduh dengan kakak tu lalu bertanya:
“kalau begitu... mana borang nak isi jika saya nak jadi pemandu keretamayat,?”
Woha!
*******
“Eh, jap bang!, abang cerita ni biar betul-betul, macam tipu jer, abang cakap kejadian di pejabat buruh tu tahun 90 an, sedangkan filem yang abang quote sehingga menaikkan semangat untuk jadi polis tu filem baru, Infernal Affairs lakonan Andy Lau, dan Tony Leung tu tahun 2002, The Departed tu tahun 2006, Gerak Khas, 2000, baik abang cerita kisah sebenar!"
Alamak kantoi..
Err, betul, cerita kat atas tu separuh tipu dan separuh benar, sebab abang tak nak nampak terlalu loser, tapi sebab dah kantoi, terpaksalah abang mengaku, bukan filem filem tu yang buat abang bersemangat nak jadi polis, abang minat nak jadi polis selepas menonton filem polis jepun pada tahun 80-an. Abang nak tulis takut korang tak tahu pulak filem tu sebab dah lama.
“Filem apa tu? “
Tak salahkan korang sebab genarasi sekarang memang tak sempat tengok filem tu, tapi jika korang tengok tentu akan bersemangat nak jadi polis macam abang, baik, tajuk filem itu adalah:
Polis angkasa Gaban.
Woha!
Ps: Selamat Hari Polis. Terima kasih atas segala keamanan.
rakan quote 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Quote of the Day / Petikan Inspirasi Hari Ini
Kualiti diri anda dilihat kepada siapa rakan dan sahabat anda. "Kamu adalah siapa yang kamu tarik sebagai rakan dan sahabat kamu".
Who are your friends are your personality mirror.
MDB
rakan quote 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di radio IKIM FM, anda pasti tahu betapa pentingkan untuk memotivasikan diri sebelum ke tempat kerja.
Untuk siapa?
Kata kata ini adalah untuk semua golongan, termasuk golongan yang bekerja dan juga yang sedang belajar. Tak semua orang faham dan mampu untuk bersimpati dengan masalah kita.
Untuk pelajar, kesukaran untuk mendapat gred yang baik itu mungkin akan membuatkan kita kecewa. Lambat untuk faham apa yang diajar juga salah satu faktor yang merunsingkan kita. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat supaya lebih kuat.
Untuk yang bekerja, tugasan dan kerja yang banyak pasti membebankan. Tambahan lagi dengan tekanan dari boss dan rakan sekerja yang kadang-kadang tidak pernah faham dengan kita. Bila bertimbun, hati menjadi sesak dan mula rasa depresi. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat agar dikurniakan kekuatan.
Bagi yang sudah berumahtangga pula, semoga masalah antara suami isteri dapat diselesaikan dengan cara baik. Tidak usah bergaduh dan menegakkan benang yang basah.
Sebelum itu, kata kata semangat yang dikongsikan di sini adalah dalam Bahasa Melayu, iaitu untuk orang Malaysia. Mungkin kedengaran sedikit pelik bagi orang Indonesia.
Tujuan berkongsi kata-kata semangat dalam Bahasa Melayu ialah kerana kebanyakan quote yang ada, semuanya dalam Bahasa Indonesia.
Izinkan kami berkongsi beberapa quote dan kata-kata yang diharapkan dapat memberikan semangat baru kepada anda.
Cara meningkatkan semangat dan motivasi diri
Seperti yang diulas di atas, tidak kira samada anda pelajar, golongan bekerja mahupun suami isteri, jangan rasa sedih selalu.
Dalam Islam, tidak digalakkan untuk sedih berpanjangan. Tidak elok untuk diri sendiri.
Ini beberapa tips dan cara meningkat motivasi diri yang rasa down selalu.
Abaikan kata orang lain
Ini adalah antara kata-kata motivasi yang perlu ditiupkan pada telinga sendiri.
Jangan terlalu mendengar kata orang yang selalu pandang rendah pada kita. Dia punya pendapat dia sendiri.
Sebaliknya, kita tahu diri kita sendiri.
Orang yang cenderung mendengar dan terusik dengan kata-kata orang lain, tak akan tenang hatinya.
Bergaul dengan orang yang positif
Kita akan rasa sakit bila terlalu bersama-sama orang yang negatif. Untuk mengelakkan dari rasa begini, cuba cari kawan yang benar-benar dapat membantu kita.
Ini penting untuk kelangsungan hidup dan memberikan kita semangat.
Orang-orang positif, dia sentiasa membantu dan memacu kita ke hadapan.
Raikan kejayaan
Sekecil manapun kejayaan yang kita kecapi, raikan untuk terus memberikan kita semangat. Jika tiada yang sudi bersama-sama kita, raikan secara bersendirian.
Secawan kopi Starbucks atau sepotong kek Secret Recipe mungkin dapat menceriakan hari anda.
Apa guna jika hanya menerapkan kata kata motivasi setiap hari, tetapi tidak dirai?
Akhir kalam
Sentiasa ingat bahawa orang yang diuji ialah orang yang beruntung.
Kenapa?
Kerana Allah akan menguji orang yang disayangi-Nya.
Semoga kata kata motivasi yang dikongsikan ini, benar-benar dapat memberi semangat pada anda untuk bangkit.
Semoga kita semua menjadi orang yang berjaya, dan bukan orang yang malas berusaha.
Jika ingin mendapatkan banyak lagi ayat, kata-kata dan quote tentang semangat, motivasi dan inspirasi, jemput singgah ke Facebook Page The Rohani.
Semoga bermanfaat.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
{✴} W€L©¤M€ βα©K T¤ M¥ ©Hαππ€L {✴}
D¤πT F¤®G€T T¤ ©LI©K ?
1• "$Uβ$©®Iβ€" [ ✅ ]
2• "LIK€" [ ? ]
3• "$Hᮀ" [ ? ]
{✴} THαπK$ α L¤T F¤® ¥¤U αLL {✴}
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
#MotivasiSemangat #QuotesMotivation
______________________________________
"...Ya Allah, ampunilah kesalahanku, Kasihaniah aku, Berilah petunjuk kepadaku, dan Berilah rezeki kepadaku..."
----------------------------------------------------------------------------------------------------
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
[ Im "CARDOCK^YOUTUBER^TEAM" ?? ]
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
____________________________________
•Youtubers Group Links•???
~ We Are Sarawakian Youtubers Community [ https://www.facebook.com/sarawakianscommunity/ ]
~ FB PAGE [ Sarawakian Youtubers Group ]
-----------------------------------------------------------------------------------------------
__________________________________
•Laman media sosial saya•??
~ Youtube Channel : https://bit.ly/2VDsBNj
~ Facebook : https://bit.ly/2UPdYZY
~ Facebook Page : https://bit.ly/2DaU4P1
~ Instagram : https://bit.ly/2IoCtGK
rakan quote 在 Voice - Rakan, The Charmer - English - YouTube 的必吃
This is the voice for the new Champion Rakan in English.Purchase RP here (Amazon Affiliate - NA): https://amzn.to/2qZ3BmvFor League of ... ... <看更多>
rakan quote 在 Rakan quotes - Home | Facebook 的必吃
Rakan quotes. Art. Send message. Hi! Please let us know how we can help. More. Home. Reviews. Videos. Photos. Rakan quotes ... ... <看更多>
rakan quote 在 The Lovers - Xayah and Rakan quotes - YouTube 的必吃
Have a video of Rakan being a cheezy fuck for like 10 minutes straight. Hope you enjoy!I hope to god there's no grammar errors in there. ... <看更多>