“Ah Sang ah sang (panggilan keluarga dan saudara kepada saya), awak di mana? Makcik makcik awak semua dah call Ah Woon Sok Sok (Sok Sok adalah pakcik dalam kantonis) dari pagi sampai sekarang (2 petang 15 Ogos) tak dijawabnya”, hantar ‘voice note’ dari ibu saya kepada saya dengan suara sebak.
Saya menjawab voice note; “Saya ada je di rumah baru habis satu online meeting. Saya akan ada lagi online meeting pukul 3 & 4pm. Kalau dah call lama tak jawab tu, kena minta pakcik yang duduk Jinjang untuk pergi atau Ah Gor (abang saya) untuk pergi.”
Ibu saya menjawab; “Aiya, pakcik tu kata dia sibuk dan abang awak pula kerja.”
Hati saya mula rasa tak sedap. Saya voice note ibu saya; “Ok la takpe la. Selepas saya mandi & solat. Saya akan bergerak ke rumah lama (di Jinjang Utara) untuk tengok keadaan Sok Sok (pakcik).”
Saya segera mandi, solat dan bergerak menuju ke rumah lama kami di Jinjang Utara, rumah di mana Sok Sok saya duduk seorang diri. Beliau bujang, tidak pernah berkahwin, tidak merokok, tidak minum arak & pakcik sebelah bapa saya yang paling baik dengan kami sebagai sanak saudara.
Sewaktu arwah nenek masih hidup & tidak mampu bergerak aktif, dialah yang belikan makanan atau masak, suapkan nenek, cuci baju, mandikan nenek dan segala keperluan nenek dialah yang menjaganya.
Saya keluar dari parkir rumah dan saya terima mesej dari kakak saya. Rupa-rupanya abang & kakak saya telahpun sampai ke rumah lama. Abang saya sengaja ambil cuti separuh hari untuk tengok keadaan Sok Sok. Kakak menghantar satu gambar kepada saya. Hati saya berdebar-debar.
Selesai download, kelihatan gambar Sok Sok kami terduduk di atas sofa ruang tamu. Saya berhentikan kereta seketika dan tengok gambar tu betul-betul. Kemudian saya call kakak saya;
“Jie, Sok Sok dah takde dah”
Kakak saya tanya, “macam mana you tau?” Saya kata berdasarkan cecair hitam yang ada di atas sofa yang Sok Sok duduk tu & mata serta mulut dia. Kakak saya mula sebak dan menangis.
Saya beritahu kepada kakak, “Jie, sekarang ni awak dan Ah Gor jangan sentuh dia. Keluar dari ruang tamu. Call 999 untuk ambulans datang dan check untuk sahkan. Saya pula akan call balai polis. Tolong sanitise diri awak dan Ah Gor”
Perjalanan 15 minit terasa amat lama untuk sampai ke Jinjang Utara. Saya parkir kereta di depan rumah jiran. Saya masuk tengok keadaan Sok Sok & saya bagitau sekali lagi kepada kakak & abang bahawa Sok Sok dah meninggal.
Dia dah tak bernafas melihat keadaan perut dia yang tak kembang kempis isyarat dia tidak lagi bernafas. Kakak menitiskan airmata. Saya faham perasaan dia. Saya menahan emosi saya untuk menenangkan keadaan. Saya perlu tenang menghadapi keadaan ini.
Saya minta kakak & abang saya jangan bagitau apa-apa dulu kepada IbuBapa kami untuk jaga kesihatan mereka tetapi mereka dah hantar gambar Sok Sok kepada mereka.
Ambulan tiba 15 minit selepas saya sampai. Kami ceritakan keadaan pakcik dan pegawai KKM masuk dan periksa Sok Sok & beliau mengesahkan bahawa Sok Sok telah tiada. Ketika pegawai menulis ‘rekod perkhidmatan respon ambulan’ dan menandakan;
‘Rigor mortis (irreversible body rigidity in all joints)’ kerana mayat telah kaku.
Jiran rumah juga terkejut bila diberitahu Sok Sok telah meninggal kerana dia masih nampak Sok Sok petang semalam (Sabtu 14 Ogos). Jiran seberang juga mendekati kami dan bertanya. Mereka berdua terus bakar colok dan sembahyang setelah mengetahui Sok Sok telah meninggal dunia.
Saya membawa kakak saya ke balai polis Jinjang Utara sementara abang saya menunggu menjaga mayat Sok Sok di rumah. Waktu itu, panggilan tidak henti kepada kakak saya dari pakcik & makcik. Kesemuanya enggan datang menjenguk mayatnya buat kali terakhir.
Pelbagai alasan diberikan. Tak boleh merentas daerah dan sebagainya tetapi Sarjan Farhan memberitahu kepada mereka menerusi ‘speaker’ bahawa mereka boleh merentas negeri apatahlagi daerah dengan adanya laporan kematian ini tetapi mereka masih memberikan alasan.
Ketika Sarjan Farhan bertanya kepada kakak keadaan Sok Sok, kami menceritakan bahawa kamilah yang uruskan dia untuk mengambil vaksin atas permintaan beliau kerana beliau tak guna smartphone. Kami daftarkan.
Malahan kali pertama dia pergi untuk mengambil vaksin pada 16 Julai, saya yang pesankan Grab Car untuk menghantar beliau ke sana dan balik ke rumah kerana IbuBapa saya, kakak, abang & dua anak saudara saya kesemuanya positif COVID & kuarantin di rumah pada waktu itu.
6 Ogos dia menerima dos yang kedua dan beberapa hari selepas itu, dia ada memberitahu kepada ibu saya bahawa kaki dia sakit sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Kami meminta nasihat Sarjan Farhan apakah relevan untuk kami meminta bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dia kerana Sok Sok seorang yang sihat, takde sejarah penyakit kronik dan walaupun usianya 66 tahun tetapi kalau lihat fizikalnya seperti orang berusia awal 50an. Sarjan Farhan setuju & kami meminta bedah siasat.
Setelah selesai laporan polis, seorang pakcik menghubungi saya untuk meminta kami membantu uruskan jenazahnya. Saya bertanya; “kenapa tak nak datang jenguk? Kalau awak busy, takkan anak-anak awak tak boleh datang? Kami bertiga yang anak saudara pun boleh sampai takkan awak sebagai adik beradik tak boleh?”
Pelbagai alasan diberikan dan akhirnya dia memberitahu saya;
“Okla saya nak bagitau terus terang. Saya baru ambil dos kedua ok. Saya takut mati. You all uruskan ok. Cari keranda yang murah murah & upacara simple sudah la. Kami takde duit sangat dah waktu pandemik ni takde kerja.”
Saya jawab;
“Saya Muslim, saya tak tahu berapa harga baru dikira murah. Kami Muslim murah aje. Dalam ratus sahaja. Kalau keluarga takde duit, masjid surau boleh bantu bayar.”
Kemudian dia memaki hamun saya dengan perkataan kesat dan dia menamatkan panggilan.
Kami sampai di rumah lama untuk menunggu pihak polis & PKD sampai untuk mengambil mayatnya untuk bedah siasat. Abang balik rumah untuk mandi dan Alhamdulilah, salah seorang makcik yang pada awalnya tidak mahu datang tetapi akhirnya telah datang bersama anaknya untuk melihat Sok Sok.
Pihak polis yang telah siap memakai PPE masuk ke rumah & mengambil mayat Sok Sok diletakkan dalam beg mayat & kemudian rumah disanitasi & mayatnya diletakkan di kereta Black Maria polis.
Bagi mengelakkan kecurian, polis mengizinkan kami untuk masuk dan ambil dokumen serta barangan berharga milik Sok Sok. Bila kami lalu di meja makan bersebelahan bilik Sok Sok, kakak perasan ada maggi sup yang belum habis dimakan.
Sebenarnya bukan tidak habis dimakan malahan Sok Sok mungkin baru makan sesuap dua dan kemungkinan ketika beliau sedang makan lalu beliau merasa kurang sihat lalu pergi duduk di sofa di ruang tamu tempat mayatnya ditemui. Maggi masih belum mengembang seolah-olah baru beberapa jam dimasak.
Tengahari Selasa 17 Ogos, mayatnya akan dibakar dan kemudian abunya akan ditaburkan ke lautan sebagaimana permintaan pakcik & makcik semua. Simpanan duit tunai yang kami temui di peti simpanannya InshaAllah mencukupi untuk membayar segala kos pengurusan mayatnya.
Antara semua pakcik sebelah ayak, pakcik inilah yang paling mesra dengan kami. Mesra, gaya hidupnya sihat. Suka bergurau. Pakcik saya ini juga menonton rancangan Tetamu Masjid China di mana saya menjadi pengacaranya. Perbezaan agama antara saya dengan dia bukan alasan untuk tidak berbuat baik kepadanya apatahlagi menguruskan mayatnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Kekesalan saya cuma satu, saya tidak sempat meluangkan masa yang banyak untuk berdakwah kepada beliau. Semoga Allah ampunkan kekurangan diri saya.
Rumah di Jinjang Utara inilah tempat saya membesar. Di rumah inilah kami lima sekeluarga tidur dalam satu bilik. Di rumah inilah saya menunggan basikal tiga roda Lerun kemudian jatuh dalam longkang dan pengsan. Di rumah inilah sewaktu zaman kanak-kanak, saya tanpa malu mandi air yang diisi dalam tembikar di luar rumah.
Banyak memori suka & duka di sana. Di rumah inilah kami akan berkumpul setiap musim perayaan ketika nenek masih ada. Hatta setelah ketiadaan nenek, Sok Sok inilah yang menjaga rumah ini dan kami tetap pulang ziarah.
Kini dia telah tiada. Suasana pastinya akan sangat berbeza. Kemeriahan sudah tidak lagi dirasai setelah kemesraan sudah lama menipis sesama kami sanak saudara. Yang rapat mungkin boleh dibilang dengan jari.
Subscribe Telegram Channel saya di https://t.me/brofirdauswong
punca merokok 在 Coach Anuar Facebook 的精選貼文
CARDIAC ARREST - PEMBUNUH SENYAP!
Yang suka bersukan pada waktu malam sila ambil perhatian. Berhati hati yea. Banyak dah jadi skrg ni.
5 hari lalu seorang guru besar sekolah umur 38 tahun di Sabak Bernam pengsan dan meninggal di gelanggang badminton. Semalam seorang lelaki di Gua Musang meninggal waktu bermain futsal. Kedua duanya berlaku ketika bersukan waktu malam dan kedua duanya akibat cardiac arrest.
Cardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya. Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction). Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama2nya.
Ia tak sama dengan serangan jantung (heart attack). Sama sekali berbeza. Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk circulation. Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. Manakala cardiac arrest berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali.
Orang yang kena cardiac arrest tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada. Jantungnya perlu di pump semula samada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal utk kejutkan semula jantung yang dah terhenti. Sebab itulah semua ahli sukan wajib belajar CPR atau pengurusan tempat bersukan perlu ada AED sebagai first aid. Tak perlu jadi first aider bertauliah, cukup jika anda tahu melakukan CPR utk bantuan awal.
Tidak salah bersukan waktu malam dan tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan anda faham waktu bila hendak berhenti. Juga pastikan badan anda tidak terlalu letih bekerja disiang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bolasepak atau gym.
Jika anda jarang bersukan dan tiba-tiba bersukan terlalu aktif atau aggresif, maka anda mungkin gagal kawal jantung. Jangan samakan diri anda dengan ahli sukan aktif atau professional. Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest.
Sebab itu perlunya sesiapapun membiasakan melakukan latihan cardio, iaitu membiasakan jantung bergerak dengan laju dan berhenti apabila laju seperti tidak melebihi 145 beat per second (bps) ikut umur.
Cara mengawal pernafasan juga amat penting bila bersukan. Larian pecut atau mendaki atau kayuh basikal dgn kelajuan tinggi dalam masa singkat mampu membiasakan jantung anda bergerak laju. Namun, teknik pernafasan mestilah betul dan tidak panik bila penat atau tercungap.
Terus bermain selepas merokok adalah satu sebab diserang cardiac arrest. Tetapi punca utama cardiac arrest ialah tekanan darah terlalu tinggi ketika bersukan dan ini lah yang ramai tidak tahu kerana tiada siapa yang ambil tekanan darah sebelum, sewaktu mahupun selepas bersukan.
Cardiac arrest juga sering menyerang dibilik air. Ramai sangka seseorang itu mati sebab jatuh bilik air (terutama orang tua). Tetapi sebenarnya matinya disebabkan cardiac arrest dan mangsa akan jatuh. Ini berlaku bila keadaan suhu badan berubah secara mengejut.
Ia akan menaikkan atau menurunkan tekanan darah secara mendadak terutama bagi pesakit jantung. Nabi juga ada mengajar apabila mulakan mandi, jangan terus disiram badan. Mulakan dari kaki utk biasakan dgn suhu air, perlahan naik ke betis secara beransur ansur dan seterusnya hingga mula basahkan kepala seperti biasa. Bukan terus terjah kepala dan seluruh badan.
Bersukan bagus, bersenam juga bagus, tetapi kena faham dgn kemampuan badan dan situasi. Warm up yang cukup, kawalan pernafasan yang baik, tidak mudah panik dan selalu lakukan latihan cardio amat penting. Warm up dan stretching dua benda berbeza. Warm up dulu baru stretching kerana badan perlu dipanaskan dulu sblm beraktiviti.
Mitosnya yang jadi amalan ramai ialah stretching dikala badan belum dipanaskan. Boleh tapi tak betul dari segi teknik bersukan. Lihat pemain professional, mereka akan berlari keliling padang dulu, kemudian baru melakukan stretching utk regangkan otot. Tapi ini bukan cara utama elak cardiac arrest.
Cara terbaik elak cardiac arrest ialah FAHAMI KEMAMPUAN anda.
Jangan over dan kawal ego. Masalah utama orang bersukan ialah EGO. Masing-masing nak tunjuk hebat dalam permainan mahupun main gym sedangkan badan ketika iti tak mampu. Ingat, Cardiac Arrest datang tiba-tiba. Tiada cara boleh tahu bila ia datang dan siapa nak diserangnya atau berapa umur mangsa.
Semoga bermanfaat utk semua terutama saya sendiri. Silakan TAG & SHARE dgn orang yang anda ambil berat. Tkasih
Artikel asal 👉 tuan Zack Rahim
punca merokok 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Betul kah penggunaan rokok elektronik seperti vape/caliburn @ pod adalah lebih bahaya daripada rokok?
Jawapan sy ialah YES vape/caliburn lebih bahaya daripada rokok!!
Setelah dikaji semula berkaitan dgn tonsil yg bru di operate 3 hari lepas, tonsil n ketumbuhan dlm hidung ini berkemungkinan besar berpunca dari wap air vape/caliburn.
Dari pengalaman diri sy sendiri, sy mengambil jalan mudah untuk berhenti merokok dgn menggantikan rokok kepada rokok elektronik ni. 3 bulan sebelum ini, mmg terlalu kerap sy menghisap vape/caliburn. Sehinggakan sy boleh katakan taknak pada rokok ! Katakan TAKNAK PADA ROKOK 😂😂
Sekarang katakan TAKNAK PADA VAPE ! 😅. Pendapat sy, cecair atau flavour vape/caliburn nie lah punca tonsil membesar dan menghasilkan kuman sekaligus menyebabkan ketumbuhan didalam hidung..
Bila berjumpa pakar, soalan lazim pakar akan tanya, merokok ke tak? Bila yes merokok, mereka hanya tersenyum 😊.
Bagi pendapat sy, vape atau caliburn bukan jalan yg mudah untuk berhenti merokok kerana ia tidak sesuai dgn antibodi sesetengah manusia sperti saya✌🏻
dan bukan sy nak menggalakkan merokok itu lebih baik dr vape atau caliburn, tapi ia bergantung kpd dri masing2..
Bukan benda main2 bila diri kita jatuh sakit. Lagi2 sakit bila kena operate di tiga tempat utama 😂😂
Sy hanya ingin berkongsi ape yg terjadi pada diri ini minggu ini dan sy kongsikan kos untuk jalankan operate disebabkan masalah merokok ni ✌🏻✌🏻
#merokokjugamembahayakankesihantan
#pengalamanke2vape
#jangankecamsy
Kredit Wan Muhamad Amirul
* Ada juga kata selepas baca ni terus saya berhenti, berhenti baca kisah menakutkan tentang rokok dan seangkatannya. Aduii...