Adilkah penilaian kita?
Kelmarin media melaporkan seorang pendakwah terkenal akan dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan. Ada netizen yang kurang pasti siapakah pendakwah tersebut manakala ada yang seolah-olah tahu siapakah individu itu.
Semalam media sekali lagi melaporkan dari Bukit Aman dan kali ini, Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Sri Jalil Bin Hassan menerusi kenyataan media mengatakan individu yang dipanggil adalah Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew (Ebit Lew) bagi membantu siasatan kes gangguan seksual di bawah Seksyen 509 kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 & Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
Pihak polis tidak mengeluarkan kenyataan samaada dia akan didakwa atau tidak apatahlagi mengatakan dia bersalah atau sebaliknya. Ebit Lew mengeluarkan kenyataan menafikan dan mengatakan dirinya difitnah melampau. Samaada penafian Ebit Lew itu benar atau tidak masih belum terbukti. Polis juga telah menggeledah rumah beliau untuk membantu siasatan.
Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan saranan Dato Sri Jalil agar semua pihak tidak membuat sebarang provokasi & spekulasi. Apa yang saya ingin kongsikan adalah reaksi kita sebagai netizen dan sebagai Muslim.
Netizen berbelah bahagi dalam isu ini.
Ada yang terus menyokong kenyataan Ebit Lew bahawa dia difitnah, ada yang mengatakan sebaliknya dan ada yang bersikap neutral. Namun persoalan yang perlu ditanya kepada diri kita termasuk saya sendiri adalah;
1. Bagi yang mencaci atau mengejek atau menghina Ebit Lew walaupun polis baru memulakan siasatan, adakah kita telah berlaku adil kepada beliau dengan menghina atau mencacinya?
Andai seseorang didapati bersalah sekalipun atas apa jua kesalahan mereka, Islam membenarkan kita menuntut keadilan tetapi Islam tetap tidak membenarkan kita menghina, mencaci atau mengejek seseorang yang fasiq. Jelas ajaran islam di situ.
2. Dahulu ramai yang meminta jikalau ada bukti maka buatlah laporan polis dan biar polis buat siasatan tetapi apabila ada pihak yang telah membuat laporan polis & pihak polis memanggil suspek untuk siasatan, segelintir netizen terus mengatakan ianya fitnah sedangkan pihak polis belum membuat sebarang kesimpulan kepada kes!
Di manakah prinsip anda yang terdahulu agar polis membuat siasatan?
3. Bayangkan jikalau anda sendiri adalah mangsa atau ahli keluarga anda menjadi mangsa gangguan seksual, adakah anda berani dan merasa selamat untuk tampil membuat laporan polis setelah melihat betapa taasubnya netizen sehingga menyerang bertubi-tubi di ruangan komen page atau individu yang berkongsi berita Ebit Lew dipanggil untuk siasatan?
4. Jika anda terasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Ebit Lew atas dasar dia sebagai manusia, bagaimana pula dengan hak mangsa yang juga manusia?
Di mana pula prinsip kita yang sepatutnya mendoakan kebenaran & keadilan dapat ditegakkan untuk mereka yang menjadi mangsa & mereka yang disiasat?
Bukankah belum masanya untuk sesiapa yang tidak tahu apa-apa untuk memihak kepada mana-mana pihak? Kenapa ada yang sanggup bersumpah laknat kepada orang memfitnah sedangkan belum lagi terbukti ianya adalah fitnah atau dakwaan itu adalah benar?
Justeru nasihat saya, berikanlah keadilan kepada mangsa-mangsa yang membuat laporan polis serta kepada pihak yang disiasat untuk mendapat keadilan mengikut lunas undang-undang negara.
Kita perlu mewujudkan keadaan yang cukup kondusif untuk mereka yang pernah menjadi mangsa gangguan atau serangan seksual untuk tampil ke hadapan mengheret pemangsa mereka ke muka pengadilan.
Kita juga perlu berpegang kepada prinsip ‘innocent until proven guilty’ maka tidak perlu menyebelahi mana-mana pihak.
Berikan keadilan juga kepada yang disiasat. Berikan juga keadilan kepada mereka yang dizalimi.
Mudah untuk kita yang bukannya mangsa untuk menulis dan bercakap tetapi betapa takutnya, traumanya mangsa-mangsa dengan kejadian yang menimpa mereka.
Bertambah trauma melihat ketaasuban netizen. Bertaqwalah kita semua kepada Allah Subhana Wa Ta’ala dan berlaku adillah. Allah berfirman:
(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ)
[Surah Al-Ma'idah 8]
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Bukalah minda kita seluas-luasnya akan sebarang kemungkinan. Seperti yang didedahkan sebelum ini, pemangsa seksual boleh terdiri dari sesiapa saja.
Baik dari selebriti penunggang agama, ahli politik, selebriti hiburan hinggalah kepada orang tidak ternama.
Begitu juga mangsa juga boleh dari sesiapa saja, samada orang lain atau ahli keluarga anda sendiri…
Ingatlah, berlaku adil bukan hanya kepada orang yang kita suka semata-mata tetapi juga kepada orang yang kita tidak suka. Keadilan adalah untuk semua.
Akhir kata, tanyalah diri sendiri... Apakah Kita adil dalam menilai?
Subscribe Telegram Channel saya > https://t.me/brofirdauswong
「penunggang agama 2 telegram」的推薦目錄:
penunggang agama 2 telegram 在 Facebook 的最佳貼文
Kes zina di kalangan remaja semakin membimbangkan. Bukan sahaja sesama remaja tetapi sumbang mahram hatta oleh mereka yang mempunyai ilmu agama.
Kita akan bincangkan dah bongkarkan semua ini dalam program baru, Perspektif Bersama Bro Firdaus Wong dengan tajuk “Penunggang Agama Atau Ditunggang Syaitan” bersama panel jemputan, Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Facebook Page rasmi saya pada Rabu, 2 Jun 2021 bermula 9.30malam.
Sesi soal-jawab juga akan dibuka kepada penonton. Jom saksikan malam ini, di Facebook Page rasmi saya. Ajak ahli keluarga, kawan-kawan & sanak saudara tonton sekali.
Jangan lupa SUBSCRIBE TELEGRAM saya ~ https://t.me/brofirdauswong
penunggang agama 2 telegram 在 Netizen tidak sabar tonton Penunggang Agama 2 - YouTube 的必吃
![影片讀取中](/images/youtube.png)
Pelakon berpengalaman, Tony Eusoff mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi poster filem terbaharu lakonannya, Penunggang Agama 2 yang ... ... <看更多>
penunggang agama 2 telegram 在 Yang belum sempat nonton Film Penunggang Agama di ... 的必吃
Yang belum sempat nonton Film Penunggang Agama di Facebook Group Tuan Film Official,bisa beralih ke Telegram, karena di Facebook Videonya di blok ... ... <看更多>