Salam selamat berpuasa
Cara memasak orang bujang untuk berbuka puasa macam ni lah gunakan sahaja produk ready-to-cook dari Mios Kitchen.
Kali ni Maha mencuba tuk buat Lasagna Bread dengan menggantikan kulit Lasagna dengan roti putih. Resipi penuh ada kat Youtube Channel Mahamahu. Plating tak menarik jangan marah yerrr...
Sangat cepat, mudah dan sedap. Kalau nak beli product dari MIOS Kitchen boleh layari www.mioskitchen.com.
#mioskitchen #readytocook #mahamahu #bloggerkakimakan #dapurbujang #dapurmahamahu #dudukrumah #stayhome #stopcovid19
kulit lasagna 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
LASAGNA
Mula-mula kita sediakan kuah daging dulu
KUAH DAGINg
300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce
CHEESE SAUCE
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api.
BAHAN HIASAN
1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas
Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter
Lasagna tak perlu di masak ye!
Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.
Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.
By : Nihadriz
Rujukan : My Resepi