Resepi Sayur Masak Lodeh yang dihidang bersama nasi impit, cukup menyelerakan! 😋
🛒 Bahan-bahan Digunakan 🛒
3 Keping Fucuk
Suhun
Air Secukupnya
1 Batang Terung
4 Batang Kacang Panjang
3 Batang Serai
½ Sayur Kobis
1 Biji Lobak Merah
1 Batang Cili Merah
1 Bungkus Tempe
1 Sudu Kecil Kunyit
1 Sudu Kecil Garam
2 Biji Tauhu
2 Biji Bawang Merah Besar
4 Ulas Bawang Putih
2 Inci Kunyit Hidup
2 sudu Udang Kering
Minyak Kelapa Rasaku
Krim Kelapa Rasaku
Semangkuk Udang (Dikupas Kulit)
😋 Cara Buat Sayur Masak Lodeh yang mudah! 😋
1️⃣ Potongkan Fucuk dan rendamkan bersama Suhun
2️⃣ Potongkan Batang Terung, Kacang Panjang, Kobis, Lobak Merah, Cili Merah, dan Tempe. Jangan lupa untuk titikkan Batang Serai.
3️⃣ Gaulkan Tempe dan Tauhu bersama Serbuk Kunyit dan secubit Garam.
4️⃣ Kisarkan Bawang Merah Besar, Bawang Putih, Kunyit Hidup, dan Udang Kering.
5️⃣ Gorengkan Tempe dan Tauhu menggunakan Minyak Masak Kelapa Rasaku. Selepas gorengkan, potongkan Tauhu ke bahagian dadu.
6️⃣ Tumiskan bahan-bahan yang dikisarkan dan letakkan Serai yang dititik bersama Lobak Merah.
7️⃣ Masukkan Krim Kelapa Rasaku dan sedikit air dan sebatikan bersama kobis, kacang panjang dan terung.
8️⃣ Letakkan juga semangkuk Udang dan Cili Potong. Jangan lupa juga letakkan sedikit gula dan garam.
9️⃣ Akhir sekali, letakkan Tempe, Tauhu, Fucuk dan Suhun dan masak sehingga lembut.
🥳 Jangan lupa tag Rasaku jika anda cuba resepi ini! 🥳
#rasaku #rasayangkurindu #resepimudah #kuahlodeh #citarasamalaysiabersamarasaku
同時也有8部Youtube影片,追蹤數超過370的網紅iamfuzy,也在其Youtube影片中提到,Resepi Lontong Kuah Lodeh ni memang sedap. Kalau beraya kat KL, ni la resepi famous yang saya akan masak sebab nak balas dendam sebab bila beli Lonton...
kobis panjang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Paprik Daging
Bahan-bahan
- Daging - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air
Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging. Kacau rata hingga daging masak.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.
Kredit:lubuk resepi viral
kobis panjang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Sapa cam ni?
Masak bihun goreng utk anak2 dan suami yg x makan pedas..sendiri kena gigit cili.
Ada yg minta resepi...bihun sempoii jaa..eh..kami panggil bihun..hampa panggil mee hoon ka?
Resepi dia🙂
Bihun cap jasmine separuh direndam dgn air paip dlm 15min atau agak2 dah lembut.kalau bihun cap lain saya terus nervous.😬😬
1.Tumiskan bawang besar sebiji + bawang putih yg ditumbuk manjaa , naik bau masukkan udang , dan carrot....lps tu masukan sos tiram 3 sudu dan masukkan 3cawan air dan terus masukkan garam sesedap rasa.
2. Bila air dah mendidih, masukkan bihun yg direndam tadi....masukkan kobis panjang..sawi x de stock..so saya guna kobis panjang..sedap jugak..manis je rasa dia..
3. Terus kacau..masa ni api slowkan tau..kacau dan kacau..kalau agak bihun keras lagi..masukkan air sikit2..jgn terus banyak..nnt bihun terlembik dan putus2.
4. Last sekali saya masukkan telor yg digoreng hancur..
Okay dah siap..boleh petik cili kat pokok 😁😁 ltk tepi pinggan..😆😆
kobis panjang 在 iamfuzy Youtube 的精選貼文
Resepi Lontong Kuah Lodeh ni memang sedap. Kalau beraya kat KL, ni la resepi famous yang saya akan masak sebab nak balas dendam sebab bila beli Lontong kat kedai memang tak cukup bahan dah tu dapat tauhu dan tempe seketul dua huhu. Jadi cara terbaik ialah buat sendiri, masak sendiri, cara sendiri dan selera sendiri.
Lontong ni pasti kena ada nasi impit, jadi sila rebus nasi impat awal-awal dan bila kuah lontong yang cepat di masak ni siap, dah boleh kita makan segera. Selain dari tu jangan lupa masak sambal bilis, kuah kacang dan sambal kelapa yang akan menambah kesedapan Lontong ni.
Bahan untuk dikisar
7 batang cili api
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci kunyit
Bahan B - diketuk
2 batang serai
lengkuas
Bahan C
Udang segar
Tempe - digoreng
Tauhu - digoreng
Soo hoon - direndam hingga lembut
Fucuk - direndam
Santan
Garam secukup rasa
Asam gelugur
Bahan D - Sayuran dipotong kecil
Lobak merah
Kacang panjang
Kobis
Terung *
Baby jagung *
Sengkuang *
Cili merah
Nota:
Saya tak makan udang kering jadi saya guna udang segar
* tak dimasukkan sebab PKP ni memang bahan payah nak ada.
Nak resepi seterusnya boleh tengok di blog www.dapursweetsourleyra.com

kobis panjang 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Selamat Datang ke Resepi Tok di Dapur Fendi, dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod kali ini, Fendi akan menunjukkan cara-cara untuk masak Paprik Ayam menggunakan Sos Tiram dan Kicap Lemak Manis dari Rasaku. Siapa yang rindu nak makan kat kedai Abe tu boleh lah mencuba resepi ini. Sangat mudah dan selamat mencuba!
Bahan-bahan untuk masakan Paprik Ayam:-
1/2 biji bawang holland
2 inci halia
1/2 lobak merah
6 potongan bunga kobis
Potongan kacang panjang
1 batang cili merah
3 batang cili padi
4 helai daun limau purut
Potongan isi ayam
1/2 pes cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Kicap secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan Paprik Ayam:-
Panaskan periuk bersama minyak masak
Masukkan potongan isi ayam dan goreng sehingga setengah masak
Masukkan bawang holland dan goreng bersama isi ayam
Tambah 1/2 pes cili dan 2 sudu sos tomato, kacau sehingga sebati
Kemudian masukkan potongan lobak merah
Tambah 2 sudu sos tiram dan kicap secukup rasa
Kemudian masukkan potongan bunga kobis dan hirisan halia
Masukkan sedikit air untuk mengimbangi kepekatan kuah paprik
Kemudian masukkan cili merah, cili padi dan daun limau purut.
Akhir sekali, imbangi ayam paprik dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan potongan kacang panjang dan gaul seketika
Ayam paprik sedia dihidang. Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #rasaku
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

kobis panjang 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
Dapatkan stok makanan sejuk beku dan barang-barang runcit yang lain di PFF. Servis penghantaran percuma dengan setiap pembelian RM200 ke atas.
Borang tempahan PFF » https://bit.ly/2VUKSH9
Nasi Kerabu bukan sahaja terkenal di Kelantan, malah menjadi salah satu makanan yang popular di semua tempat pada waktu bulan puasa. Antara kelebihan nasi kerabu ini adalah salah satu makanan yang mempunyai pelbagai tambahan lauk-pauk untuk digandingkan bersama. Hari ini Imran nak share resipi lengkap untuk memasak Nasi Kerabu bersama lauk Daging Kunyit.
Bahan-bahan untuk Kerabu Sayur:-
? Kacang Panjang
? Kobis
? Bunga Kantan
Cara-caranya:-
Hiris semua sayur dengan halus.
Gaulkan dengan sebati.
Bahan-bahan untuk Kuah Tumis:-
? Cili Kering 10-15 tangkai
? Bawang Kecil 10 ulas
? Bawang Putih 5 ulas
? Budu
? Air
? Serai 1 ulas
? Gula Melaka
? Santan 1 cawan
Cara-caranya:-
Kisar cili kering, bawang putih dan bawang kecil sehingga halus.
Tumis semua bahan kisar bersama budu.
Masukkan serai yang sudah dititik dan tambahkan gula merah.
Tambahkan santan dan kacau sebati. Tunggu sehingga kuah tumis pecah minyak dan masak.
Bahan-bahan untuk Nasi Kerabu:-
? Beras 600 gram
? Daun Limau Purut 3 helai
? Serai
? Pewarna Biru
? Garam
? Air 1 liter
Cara-caranya:-
Masukkan beras yang telah dibasuh bersih dan tambahkan air secukupnya.
Masukkan daun limau purut dan serai. Tambah sedikit pewarna biru.
Akhir sekali, tambah garam secukup rasa.
Bahan-bahan untuk Serunding Kelapa:-
? Kelapa Parut 1 biji
? Ikan Kembung
? Halia
? Bawang Kecil
? Serai
? Garam 1 sudu kecil
? Gula 3 sudu besar
? Cili Api 2 biji
Cara-caranya:-
Masak kelapa parut dengan api perlahan. Tambahkan sedikit halia, bawang kecil dan serai.
Masukkan ikan kembung yang sudah direbus dan dicarik isinya.
Kacau sebati sehingga semua ramuan bertukar ke warna keperangan.
Tambahkan gula, garam dan cili api. Gaul sehingga semuanya masak.
Bahan-bahan untuk Daging Kunyit:-
? Daging Lembu
? Serbuk Kunyit 1 sudu besar
? Bawang Holland 2 biji
? Bawang Putih 2 ulas
? Kacang Panjang
? Lobak Merah 1 biji
? Garam
Cara-caranya:-
Lumurkan daging yang telah dipotong bersama serbuk kunyit. Masak daging sehingga lembut.
Masukkan bawang putih dan bawang holland. Tambahkan lobak merah dan kacang panjang. Masak dengan sebati.
Tambahkan sedikit garam dan tunggu sehingga daging masak.
Facebook : https://www.facebook.com/Pfffrozen/
Instagram : https://www.instagram.com/panglimapff/
Panglima Frozen Food atau lebih dikenali sebagai PFF merupakan pemborong dan peruncit untuk makanan sejuk beku. Terdapat pelbagai jenis makanan laut dan sumber protein berkualiti tinggi dijual disana. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PFF menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tempat-tempat berdekatan. Tempah barangan anda bersama PFF sekarang.
?Lokasi » Panglima Frozen Food
No 137G & 139G, Jalan Permata 1/KS09 Pusat Perniagaan Bandar Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam, Selangor 42000 Klang
☎️ 018-220 8855
⏰ Waktu Operasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan » Isnin hingga Sabtu - 9 pagi hingga 5 petang
Ahad - 9 pagi hingga 1.30 petang
Teruskan menyokong Youtube Channel Destinasi TV! Jangan lupa untuk subscribe dan like video kami. Terima kasih kerana menonton dan jumpa di episod akan datang..
