出來說清楚吧! Mamak我請客!
Anjing dikatakan oleh sesetengah golongan sebagai binatang yang haram, kotor, tidak bersih, tidak suci dan sebagainya. Namun bagi saya mereka yang merampas nyawa-nyawa yang tidak berdosa ini dilihat lebih haram, kotor, tidak bersih dan tidak suci. Siapalah kita untuk menentukan hidup mati sesebuah nyawa milik jasad yang lain? Apakah kita diberi kuasa ataupun kebolehan berfikir oleh Tuhan untuk melaksanakan pembunuhan dan dosa sebegini? Bukankah sepatutnya kebolehan berfikir ini kita manfaatkan dengan sepenuhnya dan tampil dengan cara-cara penyelesaian yang lebih efisyen dalam menangani masalah-masalah penyakit dari haiwan-haiwan kecil ini? Apakah pembunuhan yang kejam sebegini benar-benar dapat dapat mengatasi masalah penyakit anjing secara menyuluruh? Mampukah pihak yang bertanggungjawab tampil dengan angka, butiran ataupun maklumat yang terperinci dalam membuktikan bahawa pembunuhan secara besar-besaran begini akan dapat menangani masalah yang wujud? Apakah ada sentimen keagamaan yang 'dilibatkan' oleh sesetengah pihak dalam pembunuhan sebegini? Saya harap ianya tidak benar kerana saya percaya rakyat Malaysia pada hari ini sudahpun faham erti perpaduan, kesefahaman dan saling menghormati antara kaum.
Saya kongsikan bersama anda dua cerita menarik untuk tanggapan kita semua. Renungkanlah.
[1] Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Ketika seorang laki-laki sedang berjalan, dia merasakan kehausan yang sangat, lalu dia turun ke telaga dan minum. Ketika dia keluar (naik dari telaga), ternyata ada seekor anjing sedang menjelirkan lidahnya menjilat tanah basah kerana kehausan. Dia berkata, ‘Anjing ini kehausan seperti diriku.’ Maka dia mengisi kasutnya dan memegang dengan mulutnya, kemudian dia naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kita boleh meraih pahala dari binatang?” Beliau menjawab, “Pada setiap hati yang basah terdapat pahala.”
[HR Bukhari no 2363 dan Muslim no 2244]
[2] Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw bersabda :
“Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing yang mengelilingi perigi pada hari yang panas terik. Anjing itu menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Lalu wanita itu menimba air dari perigi dengan kasutnya, maka dia diampuni.”
[HR Muslim no 2245]
不知道什麼事情的可以看這裡 Part 1 video : https://youtu.be/Sdc78Wu9wws
See these photos!!! : https://www.facebook.com/hopejb/posts/1910560162323513
-
欲網購黃明志最新實體專輯《亞洲通才》及歷年專輯和周邊商品請到。Purchase Namewee Latest 《Asian Polymath》 , Others Music Albums & Merchandises Please log in to https://namewee4896.com/
Namewee 黃明志 Official Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/namewee/
Namewee YouTube Channel Link:
http://www.youtube.com/namewee/
#Namewee #黃明志 #殺狗隊
Search