TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 50)
Umrah Bersama Emak & Abah
Memang setiap tahun saya dijemput ke Mekah di bulan Ramadhan bagi membentang kertas Syariah dalam seminar tahunan Dallah al-Barakah sejak awal 2000an.
"Tahun ni Daud nak bawa emak dan abah pergi Mekah sekali" saya mempelawa emak & abah di Alor Star. Muka mereka berseri2 seperti bulan mengembang penuh.
Kami duduk di sebuah bilik yang sama di Hotel Sofitel berhampiran kawasan al-Safa. Saya sengaja tidak ambil dua bilik. Waktu malam, mereka tidur atas katil & saya tidur atas tilam atas lantai macam kami tinggal di rumah kami yang daif di Simpang Kuala suatu masa dahulu. Seronok dapat rapat & bersosialiasi dengan mereka. Makan2. Rehat2. Sembang2 sebelum masing2 terlelap mata.
Masalahnya setiap malam masing2 duk pulun pelawa saya untuk tidur atas katil. Inilah ketinggian budi pekerti mereka. Saya tidak tahu macam mana nak tafsir ini.
Saya bawa mereka bagi umrah beberapa kali, ziarah & solat di Masjid al-Haram. Kami juga ke Madinah beberapa hari. Pertama kali saya naik teksi dari Mekah ke Madinah bagi mudahkan emak & abah. Kami datang ke Mekah tanpa ada syarikat travel Jadi semua kena buat sendiri.
Semua berjalan baik. Selepas 2 hari, muka mereka masam. Mereka tak nak beritahu sebabnya. Saya lihat mereka tidak berapa selera makan nasi arab. Selepas 2 hari hilang selera. Saya terus call beberapa rakan yang menguruskan jemaah Umrah. Saya dapat hubungi rakan dari Indonesia. Beliau uruskan jemaah Indonesia di sebuah apartment beberapa meter dari Sofitel. Saya dapat pakej makanan tenghari & malam untuk emak & abah. Muka bereka berseri2 semula walaupun hanya makan nasi putih, sup, ikan goreng & sambal. Kadang2 ibu bapa kita tak memerlukan apa yang mewah tapi apa yang dekat di hati.
Tak pelik bila ayat tentang ibadah haji dalam al-Quran cakap tentang logistik seperti pengangkutan, keselamatan, makanan & sosialisasi budaya. Saya merasainya sendiri bersama emak & abah. Hebat al-Quran.
Ini antara penerbangan indah bagi saya....terbang bersama dua hero saya di dua kota suci. Semoga Allah merahmati ruh emak & abah.
(Saya dah sampai siri 50. Perlu saya teruskan atau berhenti sekarang?)
#terbangbersamamdb
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「dallah」的推薦目錄:
- 關於dallah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於dallah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於dallah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於dallah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於dallah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於dallah 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於dallah 在 11 Dallah designs ideas | coffee pot, arabic coffee, tea pots 的評價
- 關於dallah 在 Dallah Restaurant - Home | Facebook 的評價
dallah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 42)
Sekolah Dallah al-Barakah
Soalan Sheikh al-Qardhawi walaupun secara berjenaka ada maksud yang dalam. Semua ini ilmu yang dikutip dalam setiap perjlanan. Saya suka memerhati & analisa.
Masa bagi saya bentangkan paper yang ditulis dalam bahasa Arab dah sampai. Tajuk yang sama ditulis oleh Almarhum Dr Wahbah Zuhayli. Dua pembentang bagi tajuk yang sama. "Pelanggaran hak intelektual dan hukuman ganti rugi dalam Syariah' itulah tajuk yang diberi. Kata2 penting - pelanggaran - hak intelektual - ganti rugi. Ini semua kena dikenal pasti.
Saya cuba sedaya upaya membuat pembentangan dalam bahasa Arab di hadapan sekumpulan ulamak yang tersohor. Selepas tamat, saya mendapat banyak soalan & komen. Sheikh al-Qardhawi pun komen. Sesi ini telah mendewasakan saya 10 tahun ke hadapan.
Inilah rahsia bila kita berani melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Bukan yang rutin yang biasa kita lakukan. Memang sengsara nak membaca, mengkaji, menganalisa, menulis, membentang, menjawab & menerima komen. Tapi kalau dah lalui sekali, kali kedua bukan lagi sengsara. Ia adalah nikmat.
Alhamdulillah, kertas saya ini diterima untuk dicetak dalam majalah Hawliyyah milik kumpulan perbankan Dallah al-Barakah. Ia mencetak paper terpilih dalam seminar tahunan Dallah al-Barakah.
Selepas itu, saya dijemput hampir 4 tahun berturut2 untuk menulis dan membentang kertas Syariah di bulan Ramadhan di Mekah. Kesemua paper saya dicetak dalam majalah Hawliyyah untuk kajian pelajar Syariah & kewangan Islam. Antara tajuk yang diamanahkan adalah BOT (Build, Operate & Transfer) dalan kontrak konsesi, pembiayaan harta intelek & definisi pihak yang berkaitan dalam Inah & Tawarruq.
Seminar Ramadhan Dallah Barakah adalah sekolah Syariah saya yang berkualiti tinggi. Ia melengkapkan sekolah vokasional Syariah saya sebagai ahli Majlis AAOIFI. Ia juga melengkapkan pengalaman di Granada & Harvard.
Saya sudah tidak lagi menulis selepas 5 siri pembentangan. Saya hanya hadir seminar ini hampir setiap tahun sebagai peserta.
Saya ingin buat perkara yang baru pula. Kerja rutin walaupun seribu tahun tidak akan mengubah masyarakat. Tidak juga akan mengubah diri.
#terbangbersamamdb
MDB
dallah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 41)
Di tahun 2000, saya telah dilantik sebagai ahli Majlis Shariah AAOIFI. Mungkin benihnya telah disemai sejak 1998 di pertemuan sosial dengan beberapa tokoh ulamak AAOIFI.
Bila hadir saja mesyuarat pertama di Bahrain, Almarhum Dr Abdul Sattar abu Ghuddah bertanya kepada saya.
"Boleh tak Dr. tulis sebuah paper tentang pelanggaran hak intelektual dan gantiruginya bagi dibentangkan di seminar tahunan Dallah al-Barakah di bulan Ramadhan di Mekah?"
Saya tergamam. Saya lebih berat nak menolak. Pertama tajuk ini berat. Jarang dikaji & ditulis. Kedua, dalam bahasa Arab. Ketiga, kena bentang depan para ulamak. Tapi saya juga terfikir, "Bila aku tolak cabaran ini, mungkin tidak ada lagi tawaran kedua." Ini memang cara fikir saya. Takut & gerun tapi kena buat juga.
Saya & isteri bersedia ke Mekah. Anak2 ditinggalkan di rumah saudara. Kami sampai di tengah malam. Memang meletihkan. Di pagi besok, berehat sepanjang waktu pagi. Inilah kali pertama isteri saya melakukan ibadah umrah. Pengalaman yang unik untuk kami sekeluarga.
Di waktu malam, selepas solat Tarawih, majlis ilmu seminar tahunan akan bermula. Perut memulas-mulas. Timbul soalan "nak pergi ke atau tidak?"
Kaki berat melangkah. Bila nampak wajah para ulamak lebih senior & veteran, peluh mencucuri tubuh badan. Senyum pun tak manis.
Saya ditegur Dr Izz al-Din al-Khoja, seorang ulamak dari Tunisia yang bekerja sebagai penyelidik di Dallah al-Barakah (sekarang CEO Bank Zaitunah di Tunisia). Waktu sampai di hotel semalam, dia yang menyambut saya dengan penuh kemuliaan. Malam ni, dia juga menyambut saya dengan senyuman manis.
Dia juga memperkenalkan saya kepada hampir semua ahli2 Syariah terkemuka. Mungkin beliau dapat baca air muka saya. (Bila saya menziarahinya di pejabatnya sebagai CEO di Tunis sekitar 2012/2013 saya menzahirkan rasa penghargaan saya).
Buat pertama kali saya bertemu & berbicara dengan Sheikh Yusuf al-Qardhawi. Mesra & mudah didekati. Banyak juga joke ilmiah yang dikongsi waktu rehat minum kopi. Selalunya seminar bermula jam 10pm sampai 3 pagi untuk sahur. Waktu beliau ditawarkan minuman air orange, "ini daripada Israel ke?" tanya beliau.
#terbangbersamamdb
MDB
dallah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
dallah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
dallah 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
dallah 在 Dallah Restaurant - Home | Facebook 的必吃
Dallah Restaurant. 6013 likes · 5 talking about this · 32 were here. Dallah restaurant is the first Yemeni restaurant in Kuantan & Kemaman.The opening... ... <看更多>
dallah 在 11 Dallah designs ideas | coffee pot, arabic coffee, tea pots 的必吃
Dec 29, 2015 - Explore inas Halabi's board "Dallah designs" on Pinterest. See more ideas about coffee pot, arabic coffee, tea pots. ... <看更多>