*INFO PRODUK CENDAWAN*
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Melancarkan 5 produk berasaskan CENDAWAN.
Produk
Chef Ustazah menjanjikan menu :
lebih sedap✅
Lebih cepat✅
Lebih sedap✅
Lebih sihat✅
Yang PENTING
Harga Jimat✅
PRODUK BERASAKAN CENDAWAN:
🍄🍄🍄🍄
*Sup Cendawan Berkrim*
HARGA : RM11👉 1 PEK
2 pek👉 RM20
Serving size 👉 5 orang makan
Ada 5 sachet X21 gram
Cara penyediaan :
🫕🫕🫕🫕
Tambah air panas mendidih
Atau..
Masak di atas dapur
🍄🍄🍄
*Bubur Nasi Cendawan*
HARGA : RM11 👉 1 pek
2 pek👉 RM20
Serving size : 5 orang makan
1 sachet👉 35gram
Ada 5 sachet x 35 gram
Cara Penyediaan
🫕🫕🫕🫕 :
Tuang air panas. Biarkan 3 minit
Atau.
Masak di atas dapur bersama 1 mug air sehingga bubur nasi kembang selama 3 minit
🍄🍄🍄🍄
*PERENCAH BIHUN CENDAWAN*
Harga RM11👉 1 pek
2 pek👉 RM20
Size Serving : 10 orang
Ada 5 sachet X 24 gram.
1 sachet utk 2 orang makan.
Cara masak 1 sachet :
🥘🥘🥘
Panaskan minyak. Tumis 3 ulas bawang putih.
Masukkan lauk pilihan dan perencah serta sedikit air. Masukkan bihun 300gram. Gaul rata. Boleh tambah telur serta garam jika perlu.
🍄🍄🍄🍄
*PERENCAH NASI GORENG CENDAWAN*
Harga RM11👉 1 pek
2 pek👉 RM20
Size Serving : 10 orang
Ada 5 sachet X 24 gram.
1 sachet untuk 2 orang makan.
Cara masak 1 sachet :
1. Panaskan minyak, tumiskan 3 ulas bawang.
2. Masukkan lauk pilihan, perencah serta nasi putih 300gram.
3. Pecahkan telur jika mahu serta perasakan dengan garam jika perlu.
4. Kacau rata. Siap!
🍄🍄🍄🍄
*SEASONING MUSHROOM POWDER*
HARGA : RM18👉 1 Botol
RM16 X2 botol
Berat : 150 gram.
Kegunaan :
🫕🥘🫕🥘🫕
👉 bahan penambah rasa
👉 penyedap makanan bergoreng atau sup
Cara Kegunaan :
🍄🍄Boleh tambah dalam sayur goreng, nasi goreng, sebarang sup.
Tambah 1-2 sudu ikut keperluan.
🍄🍄🍄Tambah 1-2 sudu makan dalam menu berkukus/rebus seperti ikan steam dan makanan laut.
🍄🍄🍄
Tambah 1-2 sudu makan dalam menu kerabu.
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH ? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10 Link Shopee » https://shopee.com.my/rasaku...
「bahan nasi kerabu」的推薦目錄:
- 關於bahan nasi kerabu 在 Chef Ustazah Facebook 的精選貼文
- 關於bahan nasi kerabu 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於bahan nasi kerabu 在 Abang Brian Facebook 的精選貼文
- 關於bahan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
- 關於bahan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於bahan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
bahan nasi kerabu 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Nasi Kerabu Kelantan 😋
Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Resepi ayam madu bakar
Bahan2
Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang blnder
Kuantiti sy agak2 je.. Tpi mmg guna bhan2 kat ats je..😊😊 Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
kredit:nurul farhanim
nak lagi resepi..join jer: Ibu Masak Apa Hari Ni
bahan nasi kerabu 在 Abang Brian Facebook 的精選貼文
Selamat hujung minggu semua! Kalo ade ulam lebihan tak larat nak habiskan dan takut layu, boleh je gunakan resipi ni
Ni abg brian payungkan resipi yang dikongsikan smlm di #SeleraAbangBrian
Ingat temu janji kite setiap Selasa-Jumat pada kul 9pm dan 11am hari ahad secara langsung di fb abg brian
Seperti biasa setiap jumaat, mlm ni pasti ade tetamu istimewa
Nasi Goreng Kerabu
2 cawan nasi semalaman
3 kacang panjang, dihiris kasar
1 ikat daun kesum
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris nipis
2 batang kacang botol, dihiris kasar
1 papan petai, dihiris nipis
Bahan kisar:
2 sudu besar ikan bilis, dicuci
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi
4 tangkai cili merah
Garam, gula dan lada hitam secukupnya
1. Tumiskan bahan kisar sehingga bau naik. Tambahkan sedikit gula.
2. Masukkan nasi dan gaul rata.
3. Masukkan kesemua ulam dan gaul. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa�
#Nasigoreng #halal #resipihalal #resipi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #koreanrecipes #resipikorea #friedrice #kerabu #ulam #rice #spicy
bahan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok Di Dapur Fendi, yang dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod lepas, Fendi dah pun tunjuk cara-cara membuat Tomyam Masak Lemak, Paprik Ayam dan juga Kerabu Taugeh dengan Kerang. Tak lengkap lah hidangan makan malam kita kalau tak ada pencuci mulut . Haaa jom tengok macam mana cara mudah buat Cendol dan Sagu Gula Melaka.
Bahan dan cara penyediaan gula melaka:-
Sedikit air
3 helai daun pandan
4 blok gula melaka
3 sudu gula merah
Panaskan periuk bersama sedikit air. Masukkan daun pandan, gula melaka dan gula merah. Kacau sehingga semua sebati bahan sebati. Biar gula melaka sejuk dalam suhu bilik.
Bahan dan cara penyediaan santan berlemak:-
Sedikit air
3 helai daun pandan
1 kotak kecil santan pekat Rasaku
Panaskan periuk bersama sedikit air. Masukkan daun pandan dan santan pekat Rasaku. Tambahkan sedikit garam untuk rasa yang lebih berlemak.
Bahan dan cara penyediaan Sagu Gula Melaka:-
1 mangkuk sagu
1 camca pewarna merah
4 sudu gula putih
Gula merah (dimasak)
Santan (dimasak)
Masakkan kesemua sagu bersama air dan pewarna merah. Biar selama 10 minit untuk sagu masak. Sejukkan sagu yang sudah dimasak dan sedia untuk dihidang. Hidangkan sagu bersama santan berlemak dan gula merah.
Bahan dan cara penyediaan Cendol:-
Ketulan ais batu
Cendol
Jagung manis Rasaku
Kacang merah tin
Gula merah (dimasak)
Santan (dimasak)
Tumbuk ketulan ais batu dengan lesung batu ataupun kisar dengan penyisar ais. Letakkan cendol, jagung manis dan kacang merah di atas ketulan ais. Tambahkan gula merah dan santan yang telah dimasak tadi. Cendol sedia dihidang untuk di nikmati pada waktu panas terik.
Jangan lupa untuk mencuba kedua-dua pencuci mulut dengan menggunakan produk Rasaku, mudah dan confirm sedap. Tag kami di Facebook dan Instagram @DESTINASI TV
#destinasitv #resepitok #rasaku #resepimuda #dapurfendi
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
bahan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok Di Dapur Fendi, yang dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod lepas, Fendi dah pun tunjuk cara-cara membuat Tomyam Masak Lemak dan juga Paprik Ayam, tak lengkap lah hidangan makan malam kita kalau tak ada sayur-sayuran. Haaa jom tengok macam mana cara mudah buat Kerabu Taugeh & Kerang tak sampai 5 minit pun!
Bahan-bahan untuk Kerabu Taugeh & Kerang:-
1/2 kilo taugeh
1 kilo kerang
3 sudu santan pekat Rasaku
1 sudu kerisik Rasaku
Garam
Gula
Bahan-bahan untuk Sambal Belacan:-
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili padi
5 batang kacang botol
1/2 potong belacan
Air secukupnya
*Kisar kasar dan jangan terlalu halus
Cara-cara membuat Kerabu Taugeh & Kerang:-
Bersih dan rebuskan kerang dalam 5 ke 7 minit.
Rebuskan taugeh kedalam air panas dalam 5 saat.
Potong semua kacang botong dengan potongan serong.
Potong hirisan bawang besar, cili merah dan cili padi untuk hiasan.
Cara penyediaan:-
Letakkan kacang botol, taugeh dan kerang yang sudah direbus diatas pinggan. Kemudian masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Tuangkan kesemua sambal belacan (bahan yang telah dikisar). Masukkan santan pekat rasaku dan kacau sehingga semua bahan sebati. Akhir sekali tambahkan kerisik dan hidangan Kerabu Taugeh & Kerang dah pun siap!
Jangan lupa cuba dan tag kami di Facebook atau Instagram @destinasitv. Jumpa lagi di episod seterusnya..
#destinasitv #resepitok #kerabutaugeh #resepimudah #rasaku
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
bahan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Dapatkan stok makanan sejuk beku dan barang-barang runcit yang lain di PFF. Servis penghantaran percuma dengan setiap pembelian RM200 ke atas.
Borang tempahan PFF » https://bit.ly/2VUKSH9
Nasi Kerabu bukan sahaja terkenal di Kelantan, malah menjadi salah satu makanan yang popular di semua tempat pada waktu bulan puasa. Antara kelebihan nasi kerabu ini adalah salah satu makanan yang mempunyai pelbagai tambahan lauk-pauk untuk digandingkan bersama. Hari ini Imran nak share resipi lengkap untuk memasak Nasi Kerabu bersama lauk Daging Kunyit.
Bahan-bahan untuk Kerabu Sayur:-
? Kacang Panjang
? Kobis
? Bunga Kantan
Cara-caranya:-
Hiris semua sayur dengan halus.
Gaulkan dengan sebati.
Bahan-bahan untuk Kuah Tumis:-
? Cili Kering 10-15 tangkai
? Bawang Kecil 10 ulas
? Bawang Putih 5 ulas
? Budu
? Air
? Serai 1 ulas
? Gula Melaka
? Santan 1 cawan
Cara-caranya:-
Kisar cili kering, bawang putih dan bawang kecil sehingga halus.
Tumis semua bahan kisar bersama budu.
Masukkan serai yang sudah dititik dan tambahkan gula merah.
Tambahkan santan dan kacau sebati. Tunggu sehingga kuah tumis pecah minyak dan masak.
Bahan-bahan untuk Nasi Kerabu:-
? Beras 600 gram
? Daun Limau Purut 3 helai
? Serai
? Pewarna Biru
? Garam
? Air 1 liter
Cara-caranya:-
Masukkan beras yang telah dibasuh bersih dan tambahkan air secukupnya.
Masukkan daun limau purut dan serai. Tambah sedikit pewarna biru.
Akhir sekali, tambah garam secukup rasa.
Bahan-bahan untuk Serunding Kelapa:-
? Kelapa Parut 1 biji
? Ikan Kembung
? Halia
? Bawang Kecil
? Serai
? Garam 1 sudu kecil
? Gula 3 sudu besar
? Cili Api 2 biji
Cara-caranya:-
Masak kelapa parut dengan api perlahan. Tambahkan sedikit halia, bawang kecil dan serai.
Masukkan ikan kembung yang sudah direbus dan dicarik isinya.
Kacau sebati sehingga semua ramuan bertukar ke warna keperangan.
Tambahkan gula, garam dan cili api. Gaul sehingga semuanya masak.
Bahan-bahan untuk Daging Kunyit:-
? Daging Lembu
? Serbuk Kunyit 1 sudu besar
? Bawang Holland 2 biji
? Bawang Putih 2 ulas
? Kacang Panjang
? Lobak Merah 1 biji
? Garam
Cara-caranya:-
Lumurkan daging yang telah dipotong bersama serbuk kunyit. Masak daging sehingga lembut.
Masukkan bawang putih dan bawang holland. Tambahkan lobak merah dan kacang panjang. Masak dengan sebati.
Tambahkan sedikit garam dan tunggu sehingga daging masak.
Facebook : https://www.facebook.com/Pfffrozen/
Instagram : https://www.instagram.com/panglimapff/
Panglima Frozen Food atau lebih dikenali sebagai PFF merupakan pemborong dan peruncit untuk makanan sejuk beku. Terdapat pelbagai jenis makanan laut dan sumber protein berkualiti tinggi dijual disana. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PFF menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tempat-tempat berdekatan. Tempah barangan anda bersama PFF sekarang.
?Lokasi » Panglima Frozen Food
No 137G & 139G, Jalan Permata 1/KS09 Pusat Perniagaan Bandar Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam, Selangor 42000 Klang
☎️ 018-220 8855
⏰ Waktu Operasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan » Isnin hingga Sabtu - 9 pagi hingga 5 petang
Ahad - 9 pagi hingga 1.30 petang
Teruskan menyokong Youtube Channel Destinasi TV! Jangan lupa untuk subscribe dan like video kami. Terima kasih kerana menonton dan jumpa di episod akan datang..